Thursday, December 31, 2009

Penutup 2009 hari ni dan ulang tahun Melodiku..

Aku baru perasan! rupanya blog aku ni sudah berusia setahun. setahun jagung gitu. kalau tak caye meh klik sini. hepi besday blog melodiku..!!

kat blog ni la aku jumpa kawan baru.

orang yang pertama sergah aku ialah jo. kedua pulak ialah kak yus. ketiga pari-pari syurga dan kecik. ke-4 pula ialah hanie, yanie, sakura, macha dan darkk masa wedding pari-pari syurga.

korang memang best weh.. bila nak blanje aku weh? ekeke..

tahun ni gadjet yg aku dapat collect ialah...laptop, panglima (N85), ermmm ape lagi ek? ala..lupa la..

tahun ni paling jauh aku pergi ke perlis sana..tahun depan aku nak pergi jauh lagi. ehee..

perihal percintaan tahun 2009 ni..ermm...biarlah rahsiah.

perihal kawan-kawan? ok-ok la.. lama tak jumpa hana.. rindu pulak kat dia. ye la aku skrg kat jb..hana kat bp.. hope semuanya ok ye hana..

kerja pula..ok la..leh je main farmville,fishville,petville,cafe world. hahahha...sempoi.

k la u oll.. aku nak sambung keje skit je lagi ni..bye 2009.

Eh! macam kenal..

Dalam bas transnasional..

"kak..nak tanya sikit boleh?"

"ye...tanya la.."

"akak ni akak fitri kan?"

"aha..nape? mana kenal?"

"saya kawan skolah fitri"

"oh. ye ke? ingat eh kat akak lagi?"

"tu la..tadi nak tegur takut salah orang sebab nampak akak ni macam dah tinggi sikit"


erk...

budak tu perli aku ke atau memang aku ni dah tinggi sket?

haih..

macam-macam..


untuk mengelak dari budak tu cakap macam-macam lagi.
baik aku sambung tidur.

Friday, December 25, 2009

Kuch Kuch Hota Hai

buat kerja² opis kat rumah sambil
pasang lagu bollywood kuat² syok jugakk..
ibu dan ayah mesti nyanyi² dalam hati lagu bollywood ni.
hehehe..

Wednesday, December 23, 2009

Cuti dan kerja..

via emel..

liliyuli, isnin pagi..

Untuk makluman bos yang budiman lagi baik hati, saya memohon cuti pada 24,28 & 29 Dec 2009.



bos, selasa petang..

Smbl baring2 n kunyah maruku cuti kismas ni, sila bla bla bla ni…
Slmt bercuti smbl bekerja :p




*gedebuk*-pengsan.

Monday, December 21, 2009

Storm warriorssssssssssssssssss..



.

genre: action + adventure + fantasy





penjejak awan & penjejak badai



Ekin Cheng & Aaron Kwok



komik yang berkaitan


mata aku tak lepas dari melihat penjejak awan. tak sengaja aku terminat melihat wajah penjejak awan itu. tak salah aku memilih untuk menonton wayang the storm warrior. watak heroin cerita ini agak bodoh. hanya sebagai penyeri majlis saje. kalau di matikan saje watak heroin itu lagi bagus. aku rasa buat semak mata aku saje. ending cerita aku tak puas hati sebab penjejak awan jatuh dalam gaung. sebab heroin penjejak badai tu la bongok penting diri. nak pakwe(penjejak badai) dia je selamat. abes penjejak awan aku mati. ceh.



oh. sweet sungguh Aaron kwok a.k.a penjejak awan pakai baju sejuk







Thursday, December 17, 2009

Larian..

Semangat ku hingga ke hujung puncak gunung. tiada tandingan lagi sehingga menitik-nitik peluh membasahi muka. jikalau di lihat dari sudut pandangan jauh, aku bagaikan harimau bintang kejar rusa untuk buat santapan.

pecutan ku semakin laju. tanpa menoleh kiri dan kanan. aku sampai juga ke garisan penamat. larian 200 meter itu telah mencabar kemanisan aku waktu itu. bagaikan gula kapas tanpa gula, misalnya.

tapi...

penat dan tercungap-cungap aku memang tidak berbaloi. aku di tempat ke akhir dalam acara 200 meter larian. aku hampir pengsan. dan hampir pengsan.. oh. aku tidak mengerti mengapa ini terjadi...oh!

Tuesday, December 15, 2009

Info menarik tentang Siti..

Antara 9 Siti yang patut dicontohi oleh Isteri-Isteri...

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

**9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah

Siti sifir, honda city dan siti nurhaliza tidak termasuk dalam ini cerita.. macihh.

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

entry kali ni entry copy n paste. aku wat entry ni sebab aku nak wat panduan pas aku kawen nanti...huhuhu. *wink*

Wednesday, December 9, 2009

Fadhil dan potong?

hari ni adik aku fadhil menjalani rawatan potong.
potong yang di maksudkan kat sini bukan potong wayar telefon.
sape potong wayar telefon?? aku nak marah ni..marah!

sejarah hari ini akan diingat oleh fadhil sampai bila-bila.
hari ini fadhil berkhatan. dalam bahasa melayu ringkas adalah bersunat.

tadi pagi aku call ayah.
then aku suh ayah pas handphone ke fadhil.
dapat aku bayangkan lagak ayah mesti macam pas botton dlm acara lumba lari 400meter.

aku cuba tenangkan fadhil supaya dia lebih rasa cemas.
pelbagai kata-kata telah aku guna pakai.
termasuklah lagu potong p1w1max bongok tu.

fadhil ada gak bertanya kepada kawan yang sudah lepas.
fadhil tanya "weh..sakit tak?"
boleh pulak kawan fadhil cakap tak sakit.
adus..hancur harapan aku untuk takut-takutkan fadhil.

aku tahu..fadhil berjiwa kental..macam aku..
sekian..

Tuesday, December 8, 2009

Jika kamu...

jika kamu baik pada ku.
aku akan baik pada mu.

jika kamu ketuk kepala ku.
aku akan ketuk kepala mu dua kali ganda.

jika kamu sayang pada ku.
aku akan sayang kamu juga.

jika kamu memaki aku.
aku akan maki maki maki kamu.

jika kamu cinta aku.
aku akan pikir dulu cinta itu ok atau tak.

jika kamu berikan aku hadiah.
aku akan berikan kamu hadiah senyuman.

jika kamu mengusik aku.
aku akan mengusik kamu sampai kamu menanges.

jika kamu es-em-es aku.
aku akan balas es-em-es kadar segera.

jika kamu berdiri.
aku duduk seorang diri.

p/s: karya liliyuli di peringkat kebangsaan.

Monday, December 7, 2009

Ain Zid dah bertunang..



alhamdulillah..

kini ain berstatus tunangan orang.

gadis kecil molek ini melangsungkan majlis pertunangan dengan kekasih hati iaitu nafi.

perkenalan sejak di bangku sekolah lagi telah disatukan dengan ikatan pertunangan.

walaupun jarak dan masa yang selalu memisahkan mereka berdua..namun,

dengan kepercayaan yang utuh serta cinta yang menggunung.. cinta mereka berdua tetap abadi.


******


pergh!

fisrt time neh aku buat ayat cenggitu..

nak termuntah lak aku..kahkahkah.


ainnnnnn...entry kali ni khas aku tujukan kat ko.

kepada kengkawan yang lain kalau nak tahu ain ni dulu kawan aku sama blaja kat kolej dulu.

aku suka usik dia. hehehe.


kat fesbuk yang aku dok mention nak dapatkan berkat pertunangan dari ain ni la..hehehe

ape² pun..semoga ain dan nafi bahagia lah hendaknya..amin.

Friday, December 4, 2009

Evolusi hosmet..

ke mana harus aku lari??
kuarantin dalam bilik??
oh. oh. oh. aku dilema.

hosmet.
taman sri tebrau, JB.
tiga dara itu mengalami mata sakit.
sakit mata boleh berjangkit.
aku je yang belom kena lagi.
aku tak nak kena!!
ya, allah. hindarilah aku dari sakit mata. amin..


mata dorang macam alien.
merah. bengkak.
serammmmm...ekeke~

dorang pergi klinik. dapat mc dua hari. tak elok lagi. pergi lagi klinik. amek mc lagi.
dapat ubat titis. mcm aimo tu.

tapi bila difikirkan balik. kalau budak kecik yg kena..lagi kesian kan?
mesti nanges je budak tu agaknya kan? gambar sume hasil dari google. tq google. muachhh!
aku lompat link sana link sini..tetiba aku terbaca satu artikel ni.. bacalah!!


kepada pembaca lelaki. tak payah la korang buat sakit mata nak tengok gambar kat bawah ni.. tak nampak punya!!






Wednesday, December 2, 2009

Keperihatinan aku..heh


nampak tak??
kan ada spider tu..

mana datang spider tu?
sape suh spider tu skodeng aku? ekeke..

sedang aku khusuk buat keje..tetiba aku nampak kelibat spider yg agak hensem membuat lagak ngeri dengan tali yg halus.. seperti dalam gambar.

spider tu dah la kecik. skali aku tekan pakai ibu jari. penyek berkecai. kat opis aku ni dah la sejuk tahap peti ais supersaiya. kang tak sengaja boleh je beku aku ni.

oleh itu, aku tak sampai hati membiarkan spider tu membeku terkaku tanpa kata-kata. aku bawa la ia keluar. wahai spider..bergembira la kamu di luar sana.. bina lah keluarga bahagia.. jangan tamak untuk berbini dua..heh.

Monday, November 30, 2009

Berakhirnya bulan sebelas hari ini


hye kawan-kawan
aku dah makin sihat ni
minggu lepas 1 entry je yang berjaya aku buat
ahad, isnin dan selasa aku mengalami cirit-birit yang kritikal
akibat makan lauk daging kat kenduri sedara
satu kampung kena cirit-birit rupanya hasil dari selidikan aku
dan minggu lepas juga la aku keje selama 1 hari saje.
hahaha
keje hari rabu
esoknya khamis aku dah apply cuti siap² dah

jumaat, raya eidiladha.
ustat masjid kat KL cakap eidiladha bukan aidiladha.
pagi makan nasi impit ngan rendang ayam plus sambal kacang.
sambal kacang aku dah reti masak dah. ekeke..
senang je rupanya. huahuahua~
kejap² aku makan..kejap² aku makan..sampai la ke petang..

tiba-tiba..

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

satu badan aku kena bengkak merah gatal².
alergik mungkin.
tapi sampai sekarang aku tak tahu aku alergik pada ape.
sekarang ni aku nak buat kaji selidik ke atas diri aku ni.
1. makan ayam ada kesan ke tak~
2. makan udang ada kesan ke tak~

pergi klinik malam jumaat tu juga..tapi klinik tutup. hampeh. dah la cite nur kasih aku ter-mis 15 minit. klinik lak tutup. badan merah² gatal². kalau aku naik marah masa tu. ape akan terjadi pada aku masa tu ek.. adakah mcm alien tertelan basikal. ish..

esok pagi, sabtu.
aku ke klinik tu.
dah agak dah.
aku kena enjet.
bukan satu jarum. tapi dua jarum.
jangan korang gatal² nak tanya kat mana aku kena enjet. heh.
ubat lagi dapat. bulan ni byk dah ubat aku telan.

aku ishtharkan bulan sebelas tahun 2009 bulan sakit aku..horeyy!!
sekian..

Wednesday, November 25, 2009

Everyone

Everyone Connects... Over 5,000 party goers sang "Through My Window" in the biggest karaoke session, held by TM at Jalan Bukit Bintang on Saturday, 21 November 2009
Sape dok KL tu..korang ada tak kat situ??

Friday, November 20, 2009

Kali ni aku pula keluarkan gambar randum!

"nenek sanggup beli produk avon ni sebab nak cantik mcm kau nasha. cantik sungguh la kau ni nasha, owh!!"
.
itu bukan nenek aku
.
.
.
itu nenek sape tah
.
.
.
jangan tiru aksi itu di rumah
.
.
.
bahaya!


notasiku: xpe kan aku tiru korang (paiseh dan macha) wat entry pesen gambar randum~


Thursday, November 19, 2009

Syarat gubahan spontan

"wah! banyaknyer makcik-makcik ni bawa barang nak gubah!"-hati berkata.

jeling kiri kanan..


tengok meja aku....kosong!


yang ada cuma kain ela dan jarum peniti yg diberi siap oleh pihak anjuran.


makcik sebelah menyebelah takut la tu kat aku..aku gubah hantaran hanya bawa bakul dan telekung saje. aku pulak tak mahu kalah buat muka konfiden, hati waja, kental, lagak profesional. kalau tahu dek anuar zain ni..mau aku dijadikan pilihan bakal isteri dia.

pertandingan bermula aku lagak tenang tak sudah. hingga la ke tamat. aku masih lagi lagak tenang. tenang tapi berombak. jangan pikir dlm ombak xde ikan yu!

sedang leka aku menggubah. tetiba jarum sebekas jatuh. jatuh berterabur jarum. dalam sibuk aku. aku cuba gak kutip guna kaki. tengok jam. owh,baru luak 10 minit rupanya. aku tunduk aku kutip pakai tangan lak jarum tu. "adik!!! tak payah kutip! xde masa ni..fokus pada gubahan je..jarum tu xpe biarkan je, biar saya kutip". owh! ok. baru aku tahu. syarat² pertandingan gubahan hantaran. tak boleh kutip jarum yang berterabur. tu baru satu.

"boleh buka kasut kalau tak selesa nak gubah!". heh. time pertandingan dah stat baru la terhegeh-hegeh nak kabor. dah la aku pakai high-heel. kalau aku tahu awal-awal lagi aku pakai selipar pergi pasar jek. syarat ke-2 boleh berkaki ayam semasa menggubah.

meja kecik sebab tu la jarum aku berterabur tadi. damn! "puan-puan kalau tak cukup ruang untuk menggubah boleh la buat kat bawah, lantai". sekali lagi, apsal tak kabor awal²?? terus aku jatuhkan semua barang gubahan ke lantai. aku nak menggubah kat lantai jek. bersila lagi best. pihak lawan begitu kagum melihat tindakan spontan aku. syarat ke-3 diberi duduk bersila di lantai semasa menggubah.

syarat ke-4 dan terakhir, boleh snap gambar bersama rakan sepejuangan. ngeh³. syarat ni yg aku loike. pihak lawan begitu cemburu melihat aksi spontan aku bila di depan kamera.


tahun depan kalau ada lagi.. akan aku guna pakai syarat spontan yang diberi oleh pihak penganjur..

Wednesday, November 18, 2009

Al-kisah dan al-peristiwa


berkira-kira aku mau ke KL telah dilaksanakan tanpa dirancang.
ke KL aku disponsor oleh persatuan tiaranita.
aku ke KL bukan sorang tapi berlapan.
14hb 11 2009 dan 15hb 11 2009 tak akan aku lupakan.
gubahan paling ringkas selari dgn modal yang sebesar semut aku buat dan first time.
leisure hunt yang mengilatkan otak first time aku join.
dan wakil johor yang paling jelita adalah aku.

Monday, November 16, 2009

Tiara+wanita=Tiaranita

korang nak tahu ke cerita di sebalik cerita masa event tiaranita sabtu dan ahad aku?



hihihi..bila teringat balik memang kelakar. macam-macam ada. nanti aku cerita satu persatu.



ok² aku mengaku aku tak menang. modal pun ciput. yang menang tu modal sudah tentu banyak. sehingga ratusan pun ada, sume ni gara-gara nak menang la. kitorang join pun bukan nak menang sangat pun. just nak fun jek. bagi meriahkan majlis.



rata-rata yang join pertandingan tu sume pangkat mak-mak. wakil johor jek pangkat anak-anak. muka pun muka banyak main-main. gelak sana gelak sini. kecoh sana kecoh sini.



err...sejuk lah weh..jari aku dah beku ni. tak leh nak taip dah. korang layan gambar hadiah yang aku bawa balik ni la dulu. gergergergerger~ *gigil*






Friday, November 13, 2009

Pertandingan!

kewanitaan aku makin menjadi-jadi ni. esok ada pertandingan tiaranita kat KL. menara rebung. adat bertanding. ada tua ada muda. ada kalah ada menang. bila digabungkan. tua-kalah. muda-menang. so, aku muda. aku la menang esok! ngee!

esok aku masuk bertanding menggubah bunga, menghias kek, menggubah hantaran telekung, menggubah hantaran buah-buahan. ahad pula, ada game leisure hunt. lanyak kereta syarikat la ape lagi..hahaha.

Thursday, November 12, 2009

Chat kat ym jom!

"sila pilih 2 orang yang korang selalu borak dekat ym...dan citer sket pasal dorang..."

itu tajuk
tag dari jejaka yang bernama azizee dan aku ingat dialog dia sampai sekarang kepada awek dia "tapi xde ayang aku bosan" hahaha.. giler² hati taman..hahaha.

ym pertama:

♫hanim a.k.a pari² syurga..

selalu malam² chat ngan bini org ni. tu sebelum dia kawen la. sekarang dah kawen aku belom sempat lagi nak beborak ngan dia kat ym. best borak² ngan dia ni. kutuk² dia pun dia tak terasa hati. dia ni orang melaka. hari tu dia ni bersungguh-sungguh nak webcam ngan aku. masa tu kan aku sorok muka gula kapas aku ni. huhuhu. sekarang dah merebak dah muka gula kapas aku ni kat fesbuk.

ym kedua:

♫hanie a.k.a mak enon yang gebu..

first time aku webcam ngan dia ni. dia pose molek² depan lappy dia siap pakai cekak rambut. aku masa tu rasa kosong. aku pun gali bawah katil aku. aku pakai gak la cekak rambut. heh. akibat ym ngan dia tu selalu. tercetus la aktiviti mencantikkan gambar orang. kalah kak senduk tau.hahaha.


♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣

bila bergabung antara aku,hanim dan hanie di fesbuk..memang huru-hara..hahaha

notanetwork: lappy aku ada problemo..kena serangan demam panas..dah berapa minggu dah aku tak online malam. cedih! *sob..sob.. =(

Wednesday, November 11, 2009

Sila jawab!

kalau korang bijak la kan
dalam cerita kura-kura ngan arnab tu
berapa kalikah mereka berlumba?
A~1
B~2
C~3
D~4
E~5
F~6
G~7

Tuesday, November 10, 2009

Kisah majlis pari² syurga

ni la first time aku pegi kenduri kawen kawan blogger. ni entry pertama beliau selepas kawen. jumpa pulak blogger gedik santai. hanie, yanie, sakura, paiseh, macha dan darkk.

niat hati memang nak nyorok. last² nak balik baru pegi sergah dorang tu sume. tapi paiseh yg wat spoil. entah mcm mana tah dorang leh perasan aku. heh.

aku kempunan nak jumpa kak tasek, apei dan tedi. kak tasek aku sempat pandang sekali lalu jek. apei pulak langsung tak nampak bayang. tedi pun sama. kecik ngan hazirah, aku dah tahu dah dorang tak dapat nak menghadirkan diri sebab exam.

sana sini dorang buat entry pasal majlis tu. korang klik je la.
LI LI YU LI

gambar? gambar dorang banyak tag kat facebook. err..weh macha. apsal lu banyak sangat puji² wa? malu la ai..ekeke..

Thursday, November 5, 2009

Debaran pari-pari syurga

aku taip laju laju ni. hari ni aku bizi. dah la pagi tadi emel syarikat aku ada problem kat katalaluan. pas aku call ITSSO dan dapat katalaluan baru, barulah leh buka emel syarikat ni.

esok aku balik tampin. buat ape? buat ape korang tanya?? kat tampin tu kan ada ibu ngan ayah serta adik adik aku. bukan itu saje. tiga ekor kucing pun ada. pokok bunga ibu pun ada gak. owh! tak lupa juga pada hamster adik aku sekor dalam sangkar.

hari sabtu aku nak ke Melaka. makan nasi minyak orang kawen. sape kawen?
pari-pari syurga yang kawen. aku bila? tak payah tanya la weh.. tersentap aku..heh. nama dia hanim. dia dah dok dup! dup! dup! tu. berdebar-debar la katakan. semoga berbahagia hingga akhir hayat ye anim..

esok jumaat. lusa sabtu. haih! time ni la muka nak tumbuh jerawat la. nak sunburn la. bulu mata gugur la. haih! macam-macam. malu. segan. camne ni nak jumpa para blogger yang lain. ramai blogger otai lak tu. nak je aku makan laju laju pas tu terus balik. tapi aku nak main main ngan anak apei, orked. aku nak bagi tips kat orked cara-cara sepahkan rumah dan sorokkan remote. hahaha!

ape ape pun selamat pengantin baru ye hanim dan hafiz..

Tuesday, November 3, 2009

Kiri-kanan-kiri-kanan

dulu aku study kat Kolej Multimedia,KL. kat jalan semarak tu. masa sem satu di wajibkan tinggal di asrama. dalam kawasan kolej tu juga. masa sem satu juga la ada peristiwa stunami tsunami.

peristiwa stunami tsunami tidak membataskan aku untuk tinggal di asrama itu. aku selalu di tinggal tinggal kan oleh rakan sebilik. stat jumaat sabtu dan ahad aku tidur sorang-sorang aku. aku kuatkan semangat untuk tidur sorang-sorang dalam bilik. sekali sekala je aku tumpang tidur bilik ain tingkat atas.

sebelah asrama adalah pulapol. tempat training budak budak muda ada la baya baya aku dulu untuk jadi polis. selalu la ada gangguan untuk aku fokus pada pelajaran aku dulu. banyak buyik tikus yang di buat-buat. aku tak layan. aku tutup tingkap rapat rapat. langsir pun aku tutup serapat-rapatnya supaya tak ada udara kuar masuk.

petang yang boring, jumaat tengahari yang mengantok, adalah waktu yang genting. waktu tu la aku skodeng dorang budak pulapol. aku tak berseorangan. aku ajak member aku yg lain pun join aku skali. bukan skodeng dorang mandi hokeh! skodeng dorang berkawat lah. kena denda la. paling best skodeng dorang berkawat untuk pergi sembahyang jumaat. pakai baju melayu yang seragam. dorang tu suma mcm kembar lak aku tengok. comel je aku tengok. dah la botak. sama je. keding-keding pun sama.

dorang tu kat pulapol tu jalan sorang sorang pun kena jalan berkawat. kiri-kanan-kiri-kanan. muka dorang pun sunburn..sian dorang kan?

Friday, October 30, 2009

Buaian

masa sekolah rendah dulu..

aku sekolah kat hulu langat selangor di suatu kawasan perumahan. di situ ada tempat kanak-kanak bergumbira hingga tak terkira. taman permainan. ada gelonsor,ada jongkang-jongkik,ada kuda spring,ada buaian. aku nak cerita pasal buaian. pasal gelonsor lak nanti aku cerita di lain entry.

selalu aku berlari-lari pegi cop buaian. basikal aku dah siap parking tombang. tongkat tak de tembok tak de jawabnya tombang la aku parking basikal tu. brek basikal pun tak makan. brek pakai kaki je sudah. pas brek lompat terus. basikal tercampak tombang aku tak hirau.

buaian aku terjah tanpa salam. tapi aku duduk cara sopan. memula aku main buaian tu feeling bawang merah. tak sampai 3 minit 2 saat. aku dah tak tahan. mana taknya. putera raja tak muncul muncul pun pas aku nyanyi "buai laju laju, aku nak kawen ngan anak raja".

aku pun ape lagi. aku up kan skit skill gimrama aku. aku tak duduk dah. terus aku berdiri atas buaian tu tanpa segan silu. aku buai sekuat hati. kelajuan membuai memang memberi kepuasan tahap gaban. hampir hampir seratus lapan ploh darjah buaian itu dihayun.

meter hayunan hampir pengsan. aku melakukan brek hayunan secara perlahan-lahan sehinggalah tiada hayunan buaian lagi. aku pun ditimpa pening-pening lalat. bawa basikal pun terhoyong-hayang. sungguh tidak berhemat pemanduan ku..


notasiku: harap-harap adik-adik aku tak main buai macam aku.

Thursday, October 29, 2009

Kuih

cuba teka kuih apakah itu?
bukan kuih koci.
bukan juga kuih karipap.

.

.

.

.

.

.

.

.


jeng! jeng! jeng!
jeng! jeng! jeng! lagi.
gambar hasil daripada penculikan di google

nama kuih tu ialah kuih puteri dua sebilik. nama kuih tu aku tahu dari member kat opis ni. semalam ada tahlil kat opis ni haa..so, ada la makan² skit kan.. first time aku jumpa weh..huhuhu. al-maklum la aku baru je 23 tahun hidup. tinggal pun kat London. baru je balik Malaysia ni bulan nam hari tu. hahaha. cara bungkus kuih ni sebiji macam kuih koci. dari luaran anda memang tertipu. aku dah kena dah semalam yela ingatkan kuih koci. rupanya kuih lain.


ingatkan semalam aku nak up entry. tapi atas kesibukan mengalahkan adik aku buat keje sekolah. aku up kan je hari ni. semalam aku siap dah google kuih ni. dari semalam sampai la ke hari ni aku konpius. konpius ngan nama kuih ni la setelah di gugel. ada orang panggil kuih puteri dua sebilik dan ada orang panggil kuih dua puteri sebilik. haih..mana satu tah.


korang panggil kuih tu ngan nama ape?



Tuesday, October 27, 2009

Ribut

aku berkira-kira mau ke KL


Thursday, October 22, 2009

Lima dalam satu

.
aku menghala ke kedai vcd dan dvd. sesampai je kedai tu. kami (2 org tokei dan aku) bersua muka. muka dua tokei tu agak comel sebab masih muda. muka aku lagi la comel sebab aku rasa aku lagi muda dari dorang. tapi bukan comel jadi ukuran untuk entry pada kali ini.

aku: err..
tokei 1 dan 2: ada! ada! ada!
aku: *senyum* ada tak dvd harry porter dari movie satu sampai lima?
tokei 1 dan 2: ada! ada! ada!
aku: eh. saya mau satu dvd dalam ada lima movie tau.
tokei 1 dan 2: *ternganga*
tokei 1: ada eh macam itu?
aku: ada larr..saya pernah beli maa.. (aku tipu,sbb aku first time nak beli ni,aku pernah nampak jek sblm ni)
tokei 1: kalau ada problem leh tukar tak kat kedai yang awak pergi tu dulu?
aku: boleh! (aku buat muka series)
tokei 1 dan 2: *mengatur strategi pemasaran dlm pikiran*


ye...aku nak beli dvd cetak rompak punya. heh! tapi masa tu aku tak beli la sebab dvd lima dalam satu tu kedai tu tak de. so..aku pun berlalu keluar la dari kedai itu..

Wednesday, October 21, 2009

Hatiku perlu diubati

may-sendiri

hattan-mahligai syahdu

ezlynn-sengsara

nadia-salam untuk kekasih

slam-jika kau rasa getarnya


*****

aku berada dalam situasi tak sedap.

maaflah jika tak suka entry kali ini.

lenkalikitagelakgelakye

Tuesday, October 20, 2009

Laluan ke berita penting

entri berkaitan..





ok aku mulakan cerita..








begini kisahnya..







eida ajak aku pergi tengok wayang-dia ajak then dia yang select nak tengok cite ape-aku ikut kan aje-budak² memang gitu-aku ikutkan aje pe'el budak²-hahaha-dalam kotak pikiran aku tercetus untuk mengajak jo skali-call punya call-mau tiga pat kali aku gigih call jo-jo pun jawab-suara jo mcm nenek kebayan jek aku dengar-seram-jo tak leh ikut ajakan aku kerana dia kat skudai rumah mak dia-ngan suara macam nenek kebayan sempat lagi tu boleh dia buat nada megah tak tentu hala-jo berkata-aku dah tengok dah la weh-sama pesen ngan pari-pari syurga-ajak hosmet-diorang tak nak-kata diorang dok rumah lagi best-leh tengok astro.






tu je la aku nak cerita-hahaha-nak aku ceritakan pasal papadom tu tak payah kot-korang mungkin ramai dah pegi tengok kan-aku tengok sana sini blogger buat entry pasal papadom-tak pun korang search je kat google sinopsis dia-weh jo-aku minta sori-aku kutuk suara ko sekali lagi-kali ni versi taip taip-kat bawah ni ada gambar-korang tengok je la ye-orang kata-gambar memainkan peranan penting kerana melalui gambar boleh mencerita segala galanya-sekian-terima kasih.



kalau tak nampak text kat gambar tu
pepandai la korang buka mata besar-besar




Sunday, October 18, 2009

Cuma teringat je

.
dari selasa hingga ahad

JB-BP-muar-melaka-muar-melaka-tampin-KL-JB


*****

"tidur rumah aku je..senang gerak sesama"-eida,muar,2009.

"woit...aku ada kat bawah opis ko neh..turun sekarang"-pari-pari syurga,melaka,2009.

"aku tak sempat..jangan majuk eh"-paiseh,KL,2009.


Wednesday, October 14, 2009

Papadom





************



nanti aku cerita pada entry akan datang

ape kaitan ngan aku

tunggu..


bizi la


nanti eh

Thursday, October 8, 2009

Tekun berkursus..

tekun.focus.tekun.focus.tekun.focus.tekun.focus.tekun.focus.
tekun.focus.tekun.focus.tekun.focus.tekun.focustekun.focus.
tekun.focus.tekun.focus.tekun.focus.tekun.focustekun.focus.
tekun.focus.tekun.focus.tekun.focus.tekun.focustekun.focus.
tekun.focus.tekun.focus.tekun.focus.tekun.focustekun.focus.

aku tengah berkursus ni..


kat melaka.

2 hari beb....2 hari!!!


semalam petang pas abes kursus untuk hari yg pertama aku pergi jumpa pari-pari syurga ngan kecik.. best!

tu je nak cite...hahaha

k la u oll..

aku nak~

tekun.focus.tekun.focus.tekun.focus.tekun.focus.

susah tau kursus ni..

nak kena kira ip la.. koding la.. dam macam-macam lagi..

-cisco router configuration-


Tuesday, October 6, 2009

Seperais!

seperais!!

cantik tak blog aku? cantik kan? kan? kan?

lalala~~

seperais bukan? ekeke..

sampai aku pun kena gak seperais..ish

siap je sume aku save la kan..

pastu aku jerit "owh tidakkk!"

bayangkan nasha aziz yg cakap owh tidak tu..

haaaa..mcm tu gak la aku..

bersambung lagi..

"mana pergi link kowang sume?

manaaaaa?"

ayu bukan? nasha aziz cantik macam tu gak la aku..

nak muntah? peduli ape aku..ada aku kesah?

hahaha..

sori eh kowang..nnt aku letak balik link kowang tu sume..

adeh..

ni sume gara-gara nak cantikkan blog la ni..

musim raya la katakan..

blog pun nak gak kena cantikkan..

tapi...hampeh!

link kowang tetibe jek xde lak...haih..

camne aku nak pegi blog kowang?

camne? ekeke..

blog rakan artis pun xde jugak tu..

puas la aku nak cari balik..

Monday, October 5, 2009

Daun itu hijau

sabtu dan ahad lepas.

pergh!

ai bizi kan mahen ai ni u oll..

bizi pergi open house bagai..

sabtu~ ada tiga open house. dari petang hingga la ke malam.. pergi ngan hosmet sume. 1 JB ni kiteorang round. hehehe

ahad~ beraya kat Kluang-Batu Pahat-Muar. sehari sesuntuk beraya. ngan sume hosmet gak. lebam biji muka. lima buah rumah kitaorang beraya. sakan kan? hehehe

skrg duit gaji pun dah abes.. mood dok rumah diam-diam je skrg ni..

huhuhu.

notafizik: aku mahu lepaskan mood yg entah hape-hape ni bagaikan melepaskan kentut..

Friday, October 2, 2009

Bersemangat

hari ni aku macam bersemangat sikit..
bersemangat nak buat kerja..
bersemangat nak menyembang..
bersemangat nak tulis blog pun ada gak..
bersemangat nak gelak ketawa..
bersemangat nak ngulor tetap ada gak..hahaha
bersemangat nak berjalan-jalan..
bersemangat nak makan banyak-banyak..
bersemangat nak pegi jamuan raya petang karang..
bersemangat nak senyum..
bersemangat nak nyanyi-nyanyi kat opis walaupun suara aku tgh rock skrg ni(batuk)..
bersemangat nak nyakat orang pun ada gak(kat fesbuk)..
bersemangat nak tidur pun ada gak ni..

nak tahu sebab ape?

sebab..


hari ini ramai orang puji aku lawa..

ngee!

hari ni aku pakai baju lain skit dari hari yg lain ke opis..
sebab petang kang ada jamuan raya kat tingkat 5..
ada pulak tu hadiah untuk pakaian tercantik..
hahaha..
aku tak berharap pun aku dapat hadiah tu..
sebab kat bangunan ni ramai lagi orang pakai cantik-cantik dari aku..

Wednesday, September 30, 2009

Separuh rasa

aku dah janji pada diri ku untuk tidak bersedih-sedih lagi di blog nukilan ku..
aku tetap xde mood mau tulis..
aku tengah berperang dengan incek batuk..
cilakak incek batuk..suatu minit nanti pasti aku akan menang jugak!
hari ni ada jamuan hari raya unit aku..
sume aku pakai telan jek..tak berapa nak rasa sgt ini tekak..
mood nak bergambar pun kurang..
hurmm..

Monday, September 28, 2009

Kak Senduk

korang nak baca blog bapok?
dia gelarkan diri dia kak senduk..
kelakar..suka lak aku baca blog dia..
hahaha!


mood menulis blog belom mari..maaf!

Tuesday, September 22, 2009

Raya ke-3

laporan raya ke-3.

hari ni tunggu sedara kluang datang beraya..

pas makan tghhari kteorg sepupu-sepapat pegi main bowling..

seronok!

aku la kepala nyerrr..(ketua rombongan ke bowling)

hahaha..

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya korang sume. raya tahun ni aku beraya kat segamat,johor. hehehe. korang dah tahu kan.. aku saje je nak tulis lagi. semalam aku nak update blog tapi network hampeh. ni pun dok celah kerusi. pun slow gak speed network ni.

hari ni hari raya yang ke-2. pergi rumah sedara mara jek. tu pun serumah dua. tak jalan sangat. sepupu yg kecik-kecik jek yg byk rumah pegi. pastu bawa balik duit raya. bila tengok dorang hepi beraya teringat aku masa aku kecik kecik dulu. sampai ke bandar segamat aku beraya. cuba bayangkan betapa banyaknya rumah aku beraya. seronok!

hari raya pertama semalam. tunggu sedara mara datang beraya rumah tokbak ni. soalan pertama mesti kuar 'dah kawen ke belum?'. aku sengih je la. selain sedara mara berkunjung rumah tokbak ni..budak budak kampung pun beraya gak. tu la tugas aku tiap tiap tahun. layan budak budak tu makan n minum. aku suka tanya tu tanya ni kat bebudak tu. sakat skali kat dorang. sape serik tahun depan tak datang lagi la gamaknya..hahaha!

hari raya pertama kat rumah tokbak ni kitorang menjamu selera dengan nasi minyak. ketupat pun ada gak. memang tiap2 tahun masak nasi minyak pada hari raya.

nnt la sambung lagi..sapupu sepapat yang kecik kecik ni kacau lak..

Saturday, September 19, 2009

Esok hari raya!!

kusyuk mengira mercun di tangan

mercun-mercunan

mercun naga

mercun bola

******
esok hari raya
kat kampung ni meriah dgn bunyi mercun
best
hari ni last berpuasa di bulan ramadhan
syawal tiba esok
ramai sanak saudara berkumpul
kecoh jadinya rumah ni

Friday, September 18, 2009

Mengemas

hari ni sesi

KEMAS RUMAH

esok balik kampung dah


tahun ni beraya kat segamat,johor.

yeah!



Thursday, September 17, 2009

Ramadhan ku

layan gambar la ye..
mood raya dah nak mari ni.
aku pun sejak semalam dah kat kampung.
mood nak menulis xde la..
layan je la gambar sepanjang ramadhan 2009 aku
sebenarnya banyak lagi gambar
korang layan yg ni je la ye
biskut bantal peluk saloma aku dah beli dah
huahuahua~
makan buffet hari tu
kuih beratur

steamboat


mee bandung muar

proses membuat kuih raya

dapat kek raya..bos bagi

ni cover kek tadi

kereta ida

biskut raya hosmet

dapat kurma

Tuesday, September 15, 2009

Bas

hari ni aku balik tampin. hari sabtu aku balik rumah tokbak kat segamat bersama famili. sedar tak sedar kita dah nak raya kan? sekejap je rasa. macam tak sempat nak buat pape pun. shopping tu sempat la. huhuhu. maaf la kengkawan yg ada invite aku berbuka bersama tapi aku tak dapat nak penuhi permintaan. atas sebab tertentu. dah². jgn nak nanges²!


dari start belajar kat key el. aku mula belajar naik bas express. kat tampin hanya ada satu jek bas express yg ada iaitu transnasional. 2 tahun lebih la aku naik bas transnasioanal tu ke key el. penah jugak kena tinggal gara² tgk cite ali setan 2. mmg setan ar cite tu. abes aku kena tinggal bas. cilakak! aku tak nak cite skrg camne aku kejar bas tu pada masa tu. tunggu entry akan datang..


start keje aku tercampak kat batu pahat. xde bas pun terus ke tampin. hanya ada bas orked saje ke melaka. ye! nama bas tu sama ngan anak apei. hehehe. 2 tahun aku terkejar-kejar bas tu. bas ni aku tak pernah tertinggal sebab aku slalu cabut awal time opis. hahaha. itu cerita dulu. cerita dulu ngan cerita skrg mana sama.


sekarang aku bekerja di JB. aku beralih semula mencari bas transnasional untuk pulang ke pangkuan ayahanda dan juga ibunda sebulan sekali. 4 jam perjalanan. kebas punggung aku. hari tu kan aku de balik tampin dlm bulan puasa ni gak kan. aku nak balik semula ke JB ni bas kol 1.45pm. time tu aku tak prektis teknik ninja lagi. sedap² berpuasa lagi. rupanya drebar bas tu tak puasa. cis! tak guna punya lelaki. tak malu lak tu dia berenti R&R untuk beli keropok. aku masa tu dok agak depan la jugak. aku dengar la dia kunyah kopok tu. krap! krap! krap! mmg cilakak! dah tua bangka pun tak reti nak puasa.


ish..tetiba lak aku hot bila sampai part drebar bas ni. k la u ol..aku nak reda kan hot aku ni. sekian..

Monday, September 14, 2009

Karipap 3 seringgit

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. Tanya gurunya.

RM 1 cikgu!. jawabmurid itu spontan.

Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.

mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1

Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar

Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!


*******


kat bazaar ramadhan tempat korang pula mcm mana harga karipap?

Friday, September 11, 2009

Biskut bantal peluk

tadi aku baca surat khabar utusan malaysia
hari ni tajuk berita yang mendapat perhatian aku lebih
adalah bertajuk
biskut bantal peluk saloma buruan pelanggan
bukan aku pilih kasih
aku tak macam rosyam noor
rosyam noor pilih kasih
aku baca tajuk² lain mcm tak best jek
tajuk tu je yg aku rasa paling 'kebamboom!'
so,
aku pilih tu je la sebagai bacaan penuh aku
yang lain aku baca sekadar tajuk jek
korang klik ni
selasa petang aku turun larkin
aku balik kampung
bas kol 6.30 petang
korang balik bila?
aku nak cari biskut bantal peluk saloma tu
tak kira!
aku mesti dapatkan jugak
mesti! (nada penuh semangat)
aku nak rasa
pastu aku ciplak resepi
melalui rasa je aku dah reti buat pe
pastu aku nak buh nama
biskut bantal peluk liliyuli
hahaha
marbeles!!

Thursday, September 10, 2009

Jalan-jalan cari makan




best!!

tu la hosmet aku kat taman sri tebrau ni

makan sampai tak leh nak bangun dah

masa amek makanan, masing² tak hengat dunia

masing² berpecah

ko amek tu

aku amek tu

ape lagi yg lom amek

cepat² pergi amek

amek

letak

amek

letak

last²

penuh meja ngan makanan

sampai tak muat

hahahahaa


berbuka puasa kat JB Catering

makan buffet yang menyediakan 200 jenis makanan
marbeles!!






Wednesday, September 9, 2009

Sudah ku sangka

tahun lepas
farah demam
farah darjah pat masa tu
aku ada kat tampin
balik cuti

sedaya upaya farah berpuasa juga walaupun demam
aku kesian tengok farah tu
aku gunakan pangkat aku dalam rumah tu
sebagai kaklong yang berdedikasi
aku cakap kat farah
"makan roti ni meh, pastu leh makan ubat"
farah turuti saje perintahku

waktu berbuka,

"ehhhhh! farah takleh makan skali kat sini, farahkan tak puasa"-aku

"bukan farah yang nak buka tadi..kaklong yang suruh makan. farah nak puasa tadi"-farah



sudah ku sangka!
aku dipersalahkan
hahaha

Tuesday, September 8, 2009

Kembali

pagi tadi aku sahur
itu tandanya
aku puasa hari ni
xde dah nak ninja²
sekian

Monday, September 7, 2009

Tag versi puasa

saje je aku peram tag ni sampai pertengahan bulan ramadhan..
thanks ya cik hanie mak enon ku cayang..
tag mu sungguh gebu sama mcm tuan dia yang mengetag aku..

5 perkara yang anda suka tentang bulan puasa:-
  • bulan puasa ni aku jadi berani sbb xde antu
  • makan kuih time berbuka..bulan lain makan kuih pagi² je
  • sahur! makan pagi² buta
  • get ready nak buat kuih raya tunjuk.."nak tu satu,tu satu, yg tu pun satu, yg ni pun ye" (sambil menunjuk guna jari telunjuk)
  • shopping baju raya

5 perkara yang best masa bulan puasa:-

  • mahir teknik penyamaran ninja
  • duit banyak habes
  • dengar lagu raya
  • borong kasut raya
  • seminggu je leh mamam

5 jenis makanan/minuman yang wajib ada masa berbuka puasa:-

  • roti jala ibu
  • nasi
  • air manis²
  • kurma
  • roti john

5 perkara yang wajib anda lakukan sebelum berpuasa:-

  • korek idung
  • niat puasa
  • makan
  • dalam hati tertanya-tanya family sahur pe
  • berkebun jap kat farmville

5 cerita best/tak best puasa anda:-

  • duit manyak habes lo (tak best)
  • time piot sama je mcm puasa gak (tak best)
  • ngantok sebab bangun sahur (tak best)
  • mengajar aku erti kesabaran (best!)
  • menahan lapar dan dahaga (best!)

5 orang yang terpaksa bocorkan rahsia puasa diorang:-

  • kak yus
  • arabella
  • jo
  • pari² syurga
  • yanie putrajaya

aku tag sang gadis je.. sebab sang gadis mmg mcm² pe'el di bulan puasa ni..hahaha

sila buat homework ye!

Sunday, September 6, 2009

Ramai orang

.
pun ramai orang singapore..
semalam aku berbuka ngan kak yus.
kat jusco tebrau.
pun ramai orang singapore..
hari ni aku pergi kotaraya.
pun ramai orang singapore..
pas pergi kotaraya pergi pula ke danga city mall.
pun ramai orang singapore..
dah puas pusing-pusing danga city mall pegi pula ke bazar larkin.
pun ramai orang singapore..

kesimpulannya,
johor ni penuh ngan orang singapore aje.


pun ramai orang singapore..

Friday, September 4, 2009

Mari kita berdoa

.
Semoga tokwan Norida Hanim(roommate)
.
cepat sembuh dari sakit..amin
.
korang kengkawan aku kan?
.
doakan jugak ye..
.
thanks

Thursday, September 3, 2009

Strategi diteruskan lagi

.
hari ke-2


misi untuk menggunakan teknik penyamaran ninja masih diteruskan lagi


penggunaan teknik penyamaran ninja ini akan berterusan selama seminggu


semalam aku telah menyamar sebagai meja opis


hari ni aku mahu menyamar sebagai pen, mungkin.


erkkkk...alhamdulillah.

oppssssssssssss!!!

ehee..

Wednesday, September 2, 2009

Pasang strategi

.
nak prektis teknik ninja..


sebab..


err..err..tak payah tahu la u ol


teknik penyamaran ninja aku rasa agak berkesan kalau diguna pakai..


**wink**

Monday, August 31, 2009

Merdeka dan gadjet

Merdeka! merdeka! merdeka!


ehee..



hari ni aku hepi. aku miliki gadjet baru.. lalala~
seb baik ada adik aku, fitri.
dia yg tolong aku sama-sama cari gadjet itu.
duit pun melayang-layang.
huahuahuahua

notafizik: gadjet tu aku namakan incik panglima. kihkihkih

Sunday, August 30, 2009

Tenda hijau

kat rumah ni line tak clear..




update ni pun celah kerusi..




network pun cam hampeh..




esok wa nak g kedai henpon..



ehee..

Friday, August 28, 2009

Tak sengaja konon..

dulu..



masa umur aku berapa ek..hmm tak ingat la..
masa tu aku dok kat hulu langat..taman sri nanding(nama taman perumahan)
aku bukan nak cite pasal aku..
aku nak cite pasal fitri..adik aku yg tinggi dia 17++cm
cett!
camne dia leh tinggi dari aku??



masa tu masih darjahan..
tokbak(panggilan atok versi johor) datang melawat kami dari kampung..
tokbak mmg suka berjalan-jalan rumah anak anak beliau.
bawa rambutan berguni-guni



fitri baru bangun dari tido(konon letih sangat sebab puasa)
terus salam tokbak..
amek port baik punya duduk.
tiba-tiba..
aku nampak fitri dok sedap makan rambutan.
" ibu! fitri makan. " -aku
" hey! puasa. " -ibu marah
" tak ingat. tak sengaja makan. " -fitri hentikan makan


aku jeling fitri. masa tu menyampah aku tgk..suka-suka je dia makan.. konon tak sengaja..
cis! aku nak gak makan.. pas tu buat² tak sengaja..
ibu cakap kalau betul-betul tak sengaja xpe. masih lagi di kira puasa..
aku tetap tak puas hati ngan fitri masa tu..cis!





notaaku: balik tampin hari ni bas kol 6.30pm. berbuka dalam bas. tak tahu nak makan ape nnt. kalo org sebelah nak share..aku tak bagi. sebok je!

Thursday, August 27, 2009

Pernah

berbuka di kedai makan..pernah

berbuka di tepi jalan raya..pernah

berbuka dalam rumah..pernah

berbuka dalam bas..pernah

berbuka dalam bilik..pernah

berbuka kat hostel..pernah

berbuka dalam kereta..pernah

berbuka di rumah orang..pernah

berbuka ngan member..pernah

berbuka ngan family..pernah

berbuka ngan mak sedara..pernah

berbuka kat KL..pernah

berbuka kat shah alam..pernah

berbuka kat Tampin..pernah

berbuka kat JB..pernah

berbuka kat Segamat..pernah

berbuka kat Hulu Langat, Selangor..pernah

berbuka ngan hati sedih..pernah

berbuka ngan hati gembira..pernah

Wednesday, August 26, 2009

Tak boleh

.
fadhil: korek idung tak boleh kan?
masa tu fadhil baru nak mula blaja berpuasa

aku: berak ngan kentut pun tak boleh.
nada serius


hahaha.. aku suka usik fadhil..




.

Tuesday, August 25, 2009

Tak macam dua hari yang lepas

hari ke 3 puasa bersamaan 3 ramadhan..

via sms~

tak mcm 2 hari lepas 1:

aku: sakit hati. nasi lemak 2.50 tp lauk smbal sotong sikit jek. kamu buka pe?
fitri: kwn bwk lauk. ayam sambal.. kari ayam.. fitri jap lg ayh amek.. kene kuarantin 5 ari.. dmm pnas..

tak mcm 2 hari lepas 2:

aku: abg demam..siap kena kuarantin..ijah buka pe? kaklong nasi lemak mahal tp x best pun..cis
ijah: pergh..siap kne kuarantin lg? k'long, blnje eja tpap.. eja tggl bpe sen je ni.. nsb bek mcg k'long 1 sen tau..da aktif no kaklong da..


haihhh! mcm²...

Monday, August 24, 2009

Apa khabar sayang?

.
ijah,18(bukan nama dlm ic) dia ni adik aku yg study kat uitm arau, perlis.

fitri,22(hampir nama sebenar) dia ni adik aku yg study kat uitm shah alam, selangor.




via sms hari²



aku: sahur pe?

aku: buka pe?





aku sms kat 2 ketul adik aku tu.. sungguh mengambil berat aku ni kan? nak tunggu adik aku 2 ketul tu tanya aku sahur pe buka pe..harammm..xde pun.



agak-agak korang la kan..aku ni layak dapat award

"kaklong of the year"

kan? kan? kan?

hahahahaa..

Sunday, August 23, 2009

Tak usah risau

.
2 ramadhan..


aku mengalami sindrom

1. takleh tido lagi pas kol 9 pagi..mata dah rabak ni.
2. perut berdendang dari pagi tadi..cepat sgt lak.
3. main farmville kat fesbuk..mentor adalah pari-pari syurga.

Saturday, August 22, 2009

Sahur pertama di taman sri tebrau

sahur..
alarm henpon bunyi. aku stopkan. henpon bunyi tanda ada msg. aku tak hiraukan. pintu diketuk kuat.. dengan suara suh bangun. aku kelam kabut bangun... (hosmet bilik lain kejut)

5.13am. menandakan aku bangun masa itu. aku termenung seketika. aku khayal. aku mamai.

aku bancuh nestum madu 3 in 1. itulah sahur pertama aku untuk ramadhan pertama ini.
di selang-selikan nasi goreng ida masak malam semalam. masih elok. aku tak suka membazir.

sekian sahaja...laporan sahur dari si jelita mcm gula kapas..

Friday, August 21, 2009

Sayap-sayap baru

gua buat fesbuk yg baru
fesbuk lama?
ada lagi
tapi tak aktif kot nnt
sebab ape buat baru?
sebab
gua rasa tak bebas
bos gua add gua la
ish
korang add gua ye
nama gua kat fesbuk
violyn violet
gua petik sempena nama emel gua
kat multiply gua pemes ngan nama itu
kepada sahabat seperjuangan
lu jgn kantoikan kat bos gua
okey
ini serius

Thursday, August 20, 2009

Tag ape yang aku pikir hari ni

dah dua kali dah dak azizee ni tag aku. apsal tah. cuba korang tolong tanyakan untuk aku. aku segan nak tanya dia. ekeke. aku baru pas makan. dah kenyang. baru mari mencurah-curah itu pikiran timbul. kalo tak..nak pikir pun malas. lesu tak bermaya. ok². aku stat buat tag tu ye..


Ape yang aku pikir hari ni

1. hari ni kompem punya aku jelita macam gula kapas.
2. kenapa bos tanya tadi aku dah makan ke belum ek?
3. raya pertama nnt aku nak pakai yang mana satu baju raya..pink dulu ke purple dulu ke hijau dulu..
4. sape la bakal suami aku nanti..hensem kah tarak hensem kah..
5. dapat ke bercuti selama sebulan siap dapat gaji tanpa buat keje langsung
6. ada ke tak orang rindu aku ek
7. ada ke orang buat macam aku buat ni ek..makan nasi campur sampai 2 sudu sbb garfu xde
8. tak sabar tunggu gaji..cepat la tarikh gaji.
9. nak pegi ke tak ek ke PBB kat PD tu..
10. bila la aku ni nak kaya raya
11. rasa macam nak nyanyi lagu cinta versi jerman la
12. kan best kalau aku ada kuasa magic
13. farah adik aku tgh buat ape ek








Wednesday, August 19, 2009

Gadjet baru aku miliki

tadaaaaaaaaaaaaaa!!!
tengok je eh
pinjam tak leh
aep!
hahaha






skrg korang jgn pelik kalo aku on9 malam malam
ewah!
hehehe

Tuesday, August 18, 2009

Jom round² KL

round² KL...

lalu pavilion..

lalu kat jln bukit bintang..

lalu klcc..

lalu sungei wang..

lalu plaza imbi..

lalu low yatt..

lalu lorong haji taib..oppsssss!

lalu jln TAR..

lalu jln pudu..

lalu midvelly..

********************************

wa tau..korang pun slalu gak round² KL kan...
peberet wa round² kat area BB la weh..
kenapa?
hehehe
sebab...
siang malam ada je mat saleh bersepah dok berciom tepi jalan
dia ingat tempat tu bapak dia yang punya ke?
ish...
tetiba lak wa naik marah..

Monday, August 17, 2009

Dua orang blogger kidnap wa

best tak tajuk aku letak tu? korang excited? perkara ini benar-benar berlaku! pada yang tak excited tu xpe la. aku tak suh pun korang excited. ni la first time aku buh tajuk entry terlebih dahulu. slalunya aku buh tajuk last pas abes wa merepek kat blog ni.. cuba korang teka. sape blogger yang berjaya kidnap aku tanpa segan silu tu.. aku suka dorang kidnap aku. kenapa? sebab dorang bedua ni cukup bagi aku makan, pakai. komplit. kidnap la lagi..kidnap la lagi. hahaaha.

ok la. ok la.

aku bagi tahu je senang kannnn..

lagi pun memang aku nak bagi tau kat korang pun..hahaha

gadis manis kecil molek,
suka makan telur benjo,
kidnap wa time balik,
brutal suci dialah jo.

hahaha!

hambek ko! lu memang brutal beb. masa lu perkenalkan diri lu. "hai! gua jo!" aku dah ketar lutut. menggigil nak bercakap ngan lu. bukan ape. aku ni pesen gadis melayu beb. tapi brutal² lu pun. mari kidnap aku lu pakai baju kurung. tu pasal la aku kata lu brutal suci. lu pun terjebak ngan aku mcm gadis melayu. hahaha. lu memang macam-macam.. nak aku cite ke lu beli ape kat UO? xmo? ok²...hahaha.

peng-kidnap yang kedua lak.


punya sorang anak yang comel,
dia ni seorang ibu yang gebus,
tapi aku lagi comel,
aku panggil dia kakyus.

wahwahwah! kebambooommmm!

hahaha!

akak ni brutal gak. kidnap aku siap bawa anak. seb baik aku ni ada miliki ciri² ibu mithali. ekekeke. pas akak ni kidnap aku. sok harinya aku pergi rumah dia. ye la..rindu la katakan.. akak ni kidnap aku tak sampai sehari pun. kan dah. aku sampai rumah dia. hahaha. rumah dia beshar. leh main tenteng..hahaha. akak...jangan marah haaa...

Thursday, August 13, 2009

Ibu

tetiba aku teringatkan ibu
kali ni aku nak buat entry pasal ibu
tapi tepon tak gak
huhuhu


ibu selalu suh aku mengalah ngan adik-adik
ibu slalu pesan jangan tinggal solat
kalau aku nak balik semula ke JB
ibu mesti bekalkan aku lauk
tak satu lauk mesti dua lauk
aku cakap satu lauk je cukup la
ibu ikutkan saje
ibu suka ketawa
kalau dah ketawa tu
tangan mesti nak naik gak
bedebik kena kat badan
sesape yang dekat tu
nasib la
ibu memang baik
yang baik tu ibu aku
ramai orang kata muka aku ada rupa ibu
sedara yang jauh
jarang jumpa aku
pun cakap perkara sama
muka aku sama muka ibu masa muda
aku percaya sikit-sikit je
suatu hari nanti aku pun akan jadi ibu
kepada anak anak ku
nanti kaklong nak jadi macam ibu gak la
huhuhu
walau macam mana pun
ibulah satu-satunya ibu kaklong
setiap hari pun adalah hari ibu
so,
selamat hari ibu, ibu
*wink*

kalau ibu aku tahu blog aku ni
mau menages ibu aku baca ni
ekeke




Wednesday, August 12, 2009

Peptalk

tadi wa de peptalk
lebih mesra dipanggil morning talk
turn wa present something
pergh!
berderau darah wa
jari jemari dah mari sejuk tahap esbok
wa kontrol tenang
tenang tak tenang la wa gigil jugak
semalam wa dah siapkan text ape yg nak cakap tadi
wa cuma tulis sikit je
2 baris je
wa pegang mic wa ok lagi
ye la
dah biasa pegang mic la beb
karok
tapi wa nak stat kuarkan suara
wa terketar-ketar
tetiba blur
wa kontrol lagi keayuan wa
seb baik ada bekap en aziz
jap g wa nak ucap mekaceh kat en aziz
wa nak berpantun pun tak sempat
soalan mari tembak bertubi-tubi
macam la wa ni pro sangat
wa cuma biasa-biasa saje
kalau nak wa luar biasa
tunggu wa jadi GM lu
baru keluar itu luar biasa
.
.
.
.
kepada yang wa es-m-es lu
kepada yang lu es-m-es wa
semalam
lu org wa masukkan dalam drama mimpi wa
nasib la korang
watak luar biasa wa bagi kat lu
ها ها ها