Monday, November 30, 2009

Berakhirnya bulan sebelas hari ini


hye kawan-kawan
aku dah makin sihat ni
minggu lepas 1 entry je yang berjaya aku buat
ahad, isnin dan selasa aku mengalami cirit-birit yang kritikal
akibat makan lauk daging kat kenduri sedara
satu kampung kena cirit-birit rupanya hasil dari selidikan aku
dan minggu lepas juga la aku keje selama 1 hari saje.
hahaha
keje hari rabu
esoknya khamis aku dah apply cuti siap² dah

jumaat, raya eidiladha.
ustat masjid kat KL cakap eidiladha bukan aidiladha.
pagi makan nasi impit ngan rendang ayam plus sambal kacang.
sambal kacang aku dah reti masak dah. ekeke..
senang je rupanya. huahuahua~
kejap² aku makan..kejap² aku makan..sampai la ke petang..

tiba-tiba..

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

satu badan aku kena bengkak merah gatal².
alergik mungkin.
tapi sampai sekarang aku tak tahu aku alergik pada ape.
sekarang ni aku nak buat kaji selidik ke atas diri aku ni.
1. makan ayam ada kesan ke tak~
2. makan udang ada kesan ke tak~

pergi klinik malam jumaat tu juga..tapi klinik tutup. hampeh. dah la cite nur kasih aku ter-mis 15 minit. klinik lak tutup. badan merah² gatal². kalau aku naik marah masa tu. ape akan terjadi pada aku masa tu ek.. adakah mcm alien tertelan basikal. ish..

esok pagi, sabtu.
aku ke klinik tu.
dah agak dah.
aku kena enjet.
bukan satu jarum. tapi dua jarum.
jangan korang gatal² nak tanya kat mana aku kena enjet. heh.
ubat lagi dapat. bulan ni byk dah ubat aku telan.

aku ishtharkan bulan sebelas tahun 2009 bulan sakit aku..horeyy!!
sekian..

6 comments:

  1. kat mane kene cucuk tu???????? dah gatal nak tau nie hehehhuuuu

    ReplyDelete
  2. kalo terkena alergik memang rasa nak lempang orang laju-laju je kan.....??

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh wei...
    tu la...
    gatai2 sangat....

    kekekkekke

    ReplyDelete
  4. sharamli,
    adakah anda yang gatal? hahaha..

    koicupin,
    jangannnnnnnnnnnn tanyaaaaaaaaaa....huhuhu

    tedi,
    ubat kena makan kalau mau pulih..

    jo,
    memang...hahaha

    yanie,
    lu la yg ajar wa gatai²..kan wa dah kena dah..hahaha

    ReplyDelete