Monday, November 30, 2009

Berakhirnya bulan sebelas hari ini


hye kawan-kawan
aku dah makin sihat ni
minggu lepas 1 entry je yang berjaya aku buat
ahad, isnin dan selasa aku mengalami cirit-birit yang kritikal
akibat makan lauk daging kat kenduri sedara
satu kampung kena cirit-birit rupanya hasil dari selidikan aku
dan minggu lepas juga la aku keje selama 1 hari saje.
hahaha
keje hari rabu
esoknya khamis aku dah apply cuti siap² dah

jumaat, raya eidiladha.
ustat masjid kat KL cakap eidiladha bukan aidiladha.
pagi makan nasi impit ngan rendang ayam plus sambal kacang.
sambal kacang aku dah reti masak dah. ekeke..
senang je rupanya. huahuahua~
kejap² aku makan..kejap² aku makan..sampai la ke petang..

tiba-tiba..

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

satu badan aku kena bengkak merah gatal².
alergik mungkin.
tapi sampai sekarang aku tak tahu aku alergik pada ape.
sekarang ni aku nak buat kaji selidik ke atas diri aku ni.
1. makan ayam ada kesan ke tak~
2. makan udang ada kesan ke tak~

pergi klinik malam jumaat tu juga..tapi klinik tutup. hampeh. dah la cite nur kasih aku ter-mis 15 minit. klinik lak tutup. badan merah² gatal². kalau aku naik marah masa tu. ape akan terjadi pada aku masa tu ek.. adakah mcm alien tertelan basikal. ish..

esok pagi, sabtu.
aku ke klinik tu.
dah agak dah.
aku kena enjet.
bukan satu jarum. tapi dua jarum.
jangan korang gatal² nak tanya kat mana aku kena enjet. heh.
ubat lagi dapat. bulan ni byk dah ubat aku telan.

aku ishtharkan bulan sebelas tahun 2009 bulan sakit aku..horeyy!!
sekian..

Wednesday, November 25, 2009

Everyone

Everyone Connects... Over 5,000 party goers sang "Through My Window" in the biggest karaoke session, held by TM at Jalan Bukit Bintang on Saturday, 21 November 2009
Sape dok KL tu..korang ada tak kat situ??

Friday, November 20, 2009

Kali ni aku pula keluarkan gambar randum!

"nenek sanggup beli produk avon ni sebab nak cantik mcm kau nasha. cantik sungguh la kau ni nasha, owh!!"
.
itu bukan nenek aku
.
.
.
itu nenek sape tah
.
.
.
jangan tiru aksi itu di rumah
.
.
.
bahaya!


notasiku: xpe kan aku tiru korang (paiseh dan macha) wat entry pesen gambar randum~


Thursday, November 19, 2009

Syarat gubahan spontan

"wah! banyaknyer makcik-makcik ni bawa barang nak gubah!"-hati berkata.

jeling kiri kanan..


tengok meja aku....kosong!


yang ada cuma kain ela dan jarum peniti yg diberi siap oleh pihak anjuran.


makcik sebelah menyebelah takut la tu kat aku..aku gubah hantaran hanya bawa bakul dan telekung saje. aku pulak tak mahu kalah buat muka konfiden, hati waja, kental, lagak profesional. kalau tahu dek anuar zain ni..mau aku dijadikan pilihan bakal isteri dia.

pertandingan bermula aku lagak tenang tak sudah. hingga la ke tamat. aku masih lagi lagak tenang. tenang tapi berombak. jangan pikir dlm ombak xde ikan yu!

sedang leka aku menggubah. tetiba jarum sebekas jatuh. jatuh berterabur jarum. dalam sibuk aku. aku cuba gak kutip guna kaki. tengok jam. owh,baru luak 10 minit rupanya. aku tunduk aku kutip pakai tangan lak jarum tu. "adik!!! tak payah kutip! xde masa ni..fokus pada gubahan je..jarum tu xpe biarkan je, biar saya kutip". owh! ok. baru aku tahu. syarat² pertandingan gubahan hantaran. tak boleh kutip jarum yang berterabur. tu baru satu.

"boleh buka kasut kalau tak selesa nak gubah!". heh. time pertandingan dah stat baru la terhegeh-hegeh nak kabor. dah la aku pakai high-heel. kalau aku tahu awal-awal lagi aku pakai selipar pergi pasar jek. syarat ke-2 boleh berkaki ayam semasa menggubah.

meja kecik sebab tu la jarum aku berterabur tadi. damn! "puan-puan kalau tak cukup ruang untuk menggubah boleh la buat kat bawah, lantai". sekali lagi, apsal tak kabor awal²?? terus aku jatuhkan semua barang gubahan ke lantai. aku nak menggubah kat lantai jek. bersila lagi best. pihak lawan begitu kagum melihat tindakan spontan aku. syarat ke-3 diberi duduk bersila di lantai semasa menggubah.

syarat ke-4 dan terakhir, boleh snap gambar bersama rakan sepejuangan. ngeh³. syarat ni yg aku loike. pihak lawan begitu cemburu melihat aksi spontan aku bila di depan kamera.


tahun depan kalau ada lagi.. akan aku guna pakai syarat spontan yang diberi oleh pihak penganjur..

Wednesday, November 18, 2009

Al-kisah dan al-peristiwa


berkira-kira aku mau ke KL telah dilaksanakan tanpa dirancang.
ke KL aku disponsor oleh persatuan tiaranita.
aku ke KL bukan sorang tapi berlapan.
14hb 11 2009 dan 15hb 11 2009 tak akan aku lupakan.
gubahan paling ringkas selari dgn modal yang sebesar semut aku buat dan first time.
leisure hunt yang mengilatkan otak first time aku join.
dan wakil johor yang paling jelita adalah aku.

Monday, November 16, 2009

Tiara+wanita=Tiaranita

korang nak tahu ke cerita di sebalik cerita masa event tiaranita sabtu dan ahad aku?



hihihi..bila teringat balik memang kelakar. macam-macam ada. nanti aku cerita satu persatu.



ok² aku mengaku aku tak menang. modal pun ciput. yang menang tu modal sudah tentu banyak. sehingga ratusan pun ada, sume ni gara-gara nak menang la. kitorang join pun bukan nak menang sangat pun. just nak fun jek. bagi meriahkan majlis.



rata-rata yang join pertandingan tu sume pangkat mak-mak. wakil johor jek pangkat anak-anak. muka pun muka banyak main-main. gelak sana gelak sini. kecoh sana kecoh sini.



err...sejuk lah weh..jari aku dah beku ni. tak leh nak taip dah. korang layan gambar hadiah yang aku bawa balik ni la dulu. gergergergerger~ *gigil*






Friday, November 13, 2009

Pertandingan!

kewanitaan aku makin menjadi-jadi ni. esok ada pertandingan tiaranita kat KL. menara rebung. adat bertanding. ada tua ada muda. ada kalah ada menang. bila digabungkan. tua-kalah. muda-menang. so, aku muda. aku la menang esok! ngee!

esok aku masuk bertanding menggubah bunga, menghias kek, menggubah hantaran telekung, menggubah hantaran buah-buahan. ahad pula, ada game leisure hunt. lanyak kereta syarikat la ape lagi..hahaha.

Thursday, November 12, 2009

Chat kat ym jom!

"sila pilih 2 orang yang korang selalu borak dekat ym...dan citer sket pasal dorang..."

itu tajuk
tag dari jejaka yang bernama azizee dan aku ingat dialog dia sampai sekarang kepada awek dia "tapi xde ayang aku bosan" hahaha.. giler² hati taman..hahaha.

ym pertama:

♫hanim a.k.a pari² syurga..

selalu malam² chat ngan bini org ni. tu sebelum dia kawen la. sekarang dah kawen aku belom sempat lagi nak beborak ngan dia kat ym. best borak² ngan dia ni. kutuk² dia pun dia tak terasa hati. dia ni orang melaka. hari tu dia ni bersungguh-sungguh nak webcam ngan aku. masa tu kan aku sorok muka gula kapas aku ni. huhuhu. sekarang dah merebak dah muka gula kapas aku ni kat fesbuk.

ym kedua:

♫hanie a.k.a mak enon yang gebu..

first time aku webcam ngan dia ni. dia pose molek² depan lappy dia siap pakai cekak rambut. aku masa tu rasa kosong. aku pun gali bawah katil aku. aku pakai gak la cekak rambut. heh. akibat ym ngan dia tu selalu. tercetus la aktiviti mencantikkan gambar orang. kalah kak senduk tau.hahaha.


♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣

bila bergabung antara aku,hanim dan hanie di fesbuk..memang huru-hara..hahaha

notanetwork: lappy aku ada problemo..kena serangan demam panas..dah berapa minggu dah aku tak online malam. cedih! *sob..sob.. =(

Wednesday, November 11, 2009

Sila jawab!

kalau korang bijak la kan
dalam cerita kura-kura ngan arnab tu
berapa kalikah mereka berlumba?
A~1
B~2
C~3
D~4
E~5
F~6
G~7

Tuesday, November 10, 2009

Kisah majlis pari² syurga

ni la first time aku pegi kenduri kawen kawan blogger. ni entry pertama beliau selepas kawen. jumpa pulak blogger gedik santai. hanie, yanie, sakura, paiseh, macha dan darkk.

niat hati memang nak nyorok. last² nak balik baru pegi sergah dorang tu sume. tapi paiseh yg wat spoil. entah mcm mana tah dorang leh perasan aku. heh.

aku kempunan nak jumpa kak tasek, apei dan tedi. kak tasek aku sempat pandang sekali lalu jek. apei pulak langsung tak nampak bayang. tedi pun sama. kecik ngan hazirah, aku dah tahu dah dorang tak dapat nak menghadirkan diri sebab exam.

sana sini dorang buat entry pasal majlis tu. korang klik je la.
LI LI YU LI

gambar? gambar dorang banyak tag kat facebook. err..weh macha. apsal lu banyak sangat puji² wa? malu la ai..ekeke..

Thursday, November 5, 2009

Debaran pari-pari syurga

aku taip laju laju ni. hari ni aku bizi. dah la pagi tadi emel syarikat aku ada problem kat katalaluan. pas aku call ITSSO dan dapat katalaluan baru, barulah leh buka emel syarikat ni.

esok aku balik tampin. buat ape? buat ape korang tanya?? kat tampin tu kan ada ibu ngan ayah serta adik adik aku. bukan itu saje. tiga ekor kucing pun ada. pokok bunga ibu pun ada gak. owh! tak lupa juga pada hamster adik aku sekor dalam sangkar.

hari sabtu aku nak ke Melaka. makan nasi minyak orang kawen. sape kawen?
pari-pari syurga yang kawen. aku bila? tak payah tanya la weh.. tersentap aku..heh. nama dia hanim. dia dah dok dup! dup! dup! tu. berdebar-debar la katakan. semoga berbahagia hingga akhir hayat ye anim..

esok jumaat. lusa sabtu. haih! time ni la muka nak tumbuh jerawat la. nak sunburn la. bulu mata gugur la. haih! macam-macam. malu. segan. camne ni nak jumpa para blogger yang lain. ramai blogger otai lak tu. nak je aku makan laju laju pas tu terus balik. tapi aku nak main main ngan anak apei, orked. aku nak bagi tips kat orked cara-cara sepahkan rumah dan sorokkan remote. hahaha!

ape ape pun selamat pengantin baru ye hanim dan hafiz..

Tuesday, November 3, 2009

Kiri-kanan-kiri-kanan

dulu aku study kat Kolej Multimedia,KL. kat jalan semarak tu. masa sem satu di wajibkan tinggal di asrama. dalam kawasan kolej tu juga. masa sem satu juga la ada peristiwa stunami tsunami.

peristiwa stunami tsunami tidak membataskan aku untuk tinggal di asrama itu. aku selalu di tinggal tinggal kan oleh rakan sebilik. stat jumaat sabtu dan ahad aku tidur sorang-sorang aku. aku kuatkan semangat untuk tidur sorang-sorang dalam bilik. sekali sekala je aku tumpang tidur bilik ain tingkat atas.

sebelah asrama adalah pulapol. tempat training budak budak muda ada la baya baya aku dulu untuk jadi polis. selalu la ada gangguan untuk aku fokus pada pelajaran aku dulu. banyak buyik tikus yang di buat-buat. aku tak layan. aku tutup tingkap rapat rapat. langsir pun aku tutup serapat-rapatnya supaya tak ada udara kuar masuk.

petang yang boring, jumaat tengahari yang mengantok, adalah waktu yang genting. waktu tu la aku skodeng dorang budak pulapol. aku tak berseorangan. aku ajak member aku yg lain pun join aku skali. bukan skodeng dorang mandi hokeh! skodeng dorang berkawat lah. kena denda la. paling best skodeng dorang berkawat untuk pergi sembahyang jumaat. pakai baju melayu yang seragam. dorang tu suma mcm kembar lak aku tengok. comel je aku tengok. dah la botak. sama je. keding-keding pun sama.

dorang tu kat pulapol tu jalan sorang sorang pun kena jalan berkawat. kiri-kanan-kiri-kanan. muka dorang pun sunburn..sian dorang kan?