Tuesday, March 31, 2009

Buaya darat aku ketuk!


satu dua tiga lekuk,

jantan buaya darat aku ketuk,

empat lima enam dan tujuh,

lapan sembilan dan sepuluh,

sebelas duabelas dan tigabelas,

sume awek si buaya darat mau kebas,

patbelas limabelas dan nambelas,

aku marah ni leh tak kepala dia aku libas libas!!?

Monday, March 30, 2009

Ke hulu ke hilir aku mencari arah

pelakon utama: liliyuli..aku le tu..*wink*
pelakon lain-lain: ida,kakpah,en.bat
pelakon juru pandu: en.dolah
pelakon co-pilot: en.along
lokasi: dalam avanza syarikat ke up town danau kota
masa: 10pm-11pm 28/3/2009
babak haru-biru: 6 orang johor ke up town yg tak tahu jalan, sit aku belakang co-pilot

"macam mana nak ke up town danau kota dari kg. baru ek? "(call incik paiseh) incik paiseh pun pot pet pot pet tunjuk arah. aku ikut je. byk kali aku tanya.. mekaceh ye incik paiseh. ikut signboard. cari punya cari..tak gak jumpa jumpa. haih!

dah area setapak ni. tanya orang lak. aku gak la yang turun pergi tanya sorang pakcik ni dalam kete dia. "err..tumpang tanya, bulih?" pakcik tu angguk dia punya kepala. "macam mana ye dari sini nak ke up town danau kota?" pakcik tu diam (sedang pikir) "saya ni orang KL tapi tak dok kat area ni..awak sume dari mana?" aku terkejut. nape lak dia tanya kan.. rupa-rupanya dia dok tengok avanza syarikat gua meronggeng tgh2 malam ni..hahaha!! "errr..kami dari Johor..hari ni ada kursus kat sini" aku cakap sesambil menyengeh.. "mcm ni lah, saya tunjukkan sampai simpang kat depan sana tu nnt awk belok kiri..saya ingat2 lupa la.." "betul ke? terima kasih"

perjalanan di terus kan lagi..tak gak jumpa.. sampai di simpang traffic light co-pilot lak yang p interbiu org. org yg ala-ala mat rempit atas motor. "mashuk shimphang ni..terush je pash tu belok kiri..nanti jhumpa jpj..terush lagi pash tu belok kanan lak.." mamat tu cakap mcm tak de gigi la pulak..sengau pun ada gak..cukup sume..hahaha!! seb baik kami kami ni paham.. akhirnya sampai gak dengan mudah.. kesimpulan di sini..tanpa mat rempit sengau tu maka sesat la kami sampai kol bape pun tak tahu..hahaha!!


nota siku: apekejadah kat up town danau kota ada jual g-string untuk lelaki..adakah incik paiseh dan incik ecece telah memiliki g-sting itu..ish³

Friday, March 27, 2009

Hidung merah, mata bengkak sikit



semalam 26 mac 2009 aku ngan homet 2 orang tu dah plan sehari yang lepas mau tonton movie TALENTIME. teruslah kami ke Square One dengan harapan ada movie tu kat wayang baru tu. skodeng punya la skodeng..takde lak..haih! kami pun bergegas la ke summit parade lak dengan harapan yang sama tapi tu wayang lama. kat summit ni kami tak skodeng..kami ushar baik punya ushar, ada. kami tersenyum kucing parsi.


masa tu tak ramai pun. semua melayu. ada la dalam 20 orang. sebelum aku duduk atas kerusi wayang yang empuk tu..aku siap pesan dah kat hosmet. "cite TALENTIME ni sedih tau. kang jangan tengok aku nanges!". hahaha!!
sepanjang movie tu aku menten tak nanges.. tapi part last! perghhhhhhhh!!! berjurai-jurai air mata aku kuar.. arhhhhhhhh!! tidakkkkkkkk!! aku rasa aku eknik kreatif..tak rock. huh! pasni aku nak beli DVD TALENTIME ni lah.. korang nak pinjam? ahhh!!!! tak bolehhhhhhh!!!!!
hahaha!!

kepada incik ecece, tadi wa request lagu yang tersenarai kat atas tu jam 1030 via sms. tu sume ye. tu sume lagu yg ada kat TALENTIME movie. tolong wa ye incik ecece yang baik hati. plus gagah perkasa. plus encem. wa sangat minat dan teruja ngan lagu tu sume. jangan hampakan wa. wa kagum ngan lu coz lu terer download lagu kat 4share..hahaha!!





Thursday, March 26, 2009

Berani cuba berani tanggung!





Korang nampak atas tu gambar sayur bendi kan? Kenapa bendi? kenapa tak sayur kobes ke...kangkung ke.. kenapa? tanya la..tanya la..
hahaha!!
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, bendi mengandungi sebanyak 2 peratus protein, 7 peratus karbohidrat dan 1 peratus serat. Selain itu, bendi juga kaya dengan zat galian dan juga vitamin terutamanya kalsium. Bendi juga dikatakan elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan traditional, bendi digunakan sebagai perangsang membuang air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.
fullamak!! terer tak aku terangkan khasiat bendi tu.. petik jari je la.. hahaha! *wink
semalam aku makan bendi..sedap! aku yang masak..kuikuikui.. sebelum ni aku tak leh nak kamceng ngan bendi u know.. tapi sekang tidak lagi..tidak lagi ye kawan kawan.. aku start leh telan dengan jayanya bendi tu pada tahun lepas..yayy!! hasil cubaan yang berani.. ye. aku seorang yang berani..huhu.

Wednesday, March 25, 2009

Aku kumpul anime ku dalam laci

.
BUDAH GETAH a.k.a ONE PIECE
Jam 10.30am, ahad. NTV7
aku dan family aku follow cite ni skrg..ngeh³

dulu

aku dan family aku follow cite Dragon Ball di TV2


kat tv siap tukar bahasa dah..dari bahasa jepun ke bahasa melayu.
tak lupa juga aku follow cite

Atashinchi,tv3
dan Shin Chan,ntv7


syok!!
sebenarnya aku mau cite pasal anime budak getah tu..cite tu lanun yang kelakar..tak siyes langsung..hahaha!! nak je aku join dorang melanun..ekeke








Tuesday, March 24, 2009

Aku..waktu ini..aku


diri ku umpama gambar itu
anda menilailah sendiri
tafsirlah sendiri bagaimana aku di waktu ini
banyak maksud tersirat di situ

Monday, March 23, 2009

Aku hampa..

Astro tak pasang lagi T_T
Aku hampa..
Aku cari orang tu aku marah marah. "saya nak tengok konsert af la mlm ni!!!"
seb baik dia tu encem..tak de la aku nak marah mcm burung garuda.. "jangan la marah saya..order tu tak siap lagi..sori" gelabah.
hahaha!!


aku nak buat puisi hampa..

aku hampa
astro tak menjelma lagi
aku hampa
ibarat awan mendung atas kepala aku sorang sorang aku
ku pandang kiri, ku pandang kanan
astro tiada
aku hampa
T_T



Friday, March 20, 2009

Berlari-lari aku chopp tiang

.
stesen putra masjid jamek-stesen putra damai

aku sorang sorang aku.

tiang penuh tangan dah.

takde ruang lagi untuk aku pegang tiang..aku penuh ngan beg kiri dan kanan. besar besar.

ada gadis santun depan aku..time train mau berenti aku pegang lengan dia je.

sori ar gadis, awak jadi tiang lak!

hahaha!!!

Thursday, March 19, 2009

Ape nak jadi lah!?!

.

haih!!


aku nak sidai baju pun tak senang!!


nak buat di siang hari pun jangan ar depan depan aku!!


apekejadah buat siang siang hari!!


aku halau pergi pun tetap tak di peduli..ape nak jadi lah!!


nak tak nak,aku sidai gak la baju depan korang!!


haih!!


ape nak jadi lah!?!



abaikan baju aku yg kat belakang tu

Wednesday, March 18, 2009

Sepandai-pandai ayam berkokok, pandai lagi si duyung berenang..hahaha!

semalam aku daftar astro promosi siap pasang hanya RM30 saje.
tapi hari sabtu baru nak pasang ape kes? macam siput vavi.

xpe ar...janji aku ada astro.

aku tak leh mau senyum meleret sekarang ni, kuali astro lom bertenggek lagi atas bumbung. xpe! aku tunggu. kalau xde hari sabtu tu..tau ar ape aku nak buat. hahaha!!

Tuesday, March 17, 2009

Oh mama, oh papa!

Semalam,
touch screen. aku select artis Dewi-dewi. tajuk "doktor cinta". karaoke.
itu semalam punya hal..tapi kenapa sampai sekarang lirik tu berlegar-legar di fikiran aku ni. di mulut aku jangan cite ar..asyik sebut-sebut je rangkap yang ni..haih!

mama, mama, mama
tolonglah aku yang sedang bingung
ku rasakan virus-virus cinta
ku butuh dokter cinta

papa, papa, papa
inikah yg di namakan cinta
mengapa sakit yg kurasakan
ku butuh dokter cinta
*butuh(indon)-perlu(malay)

Monday, March 16, 2009

Angkara lalat berak kuar tahi

Masa aku sekolah dulu ada seorang junior kelihatan seperti lembut lembut penasaran. Aku peratikan je. Member aku tahu ciput ciput je pasal dia..

Aku: sape nama dia ye?
Rakan: entah. tapi orang panggil dia kak pah.
Aku: nape?
Rakan: sebab muka dia banyak tahi lalat macam Sharifah Aini..
Aku: wow! hahaha..

glem sehh budak tu angkara tahi lalat..hahaha!

Saturday, March 14, 2009

Sambil kenyit mata boleh je mengunyah

ada orang tu kata aku ni ramai skandal. ape kes? aku rimas dengan itu. tidak okey. di sini aku menegaskan! aku hanya punya ramai kawan lelaki yang biasa-biasa sahaja. harap maklum. aku belum punya teman istimewa lagi buat masa ini. aku ada lirik lagu untuk itu. bukan aku yang cipta. jom layan dan hayati.


Aku Skandal

Kan ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Jangan disimpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulu
kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam
ditemani bintang terang
Hancur hati bila kau
undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan daku sendiri

Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri



dah layan dan hayati? hehehe..santai je kan? saje je aku nak seriuskan pasal mende ni.. aku nak gak korang tahu yang aku ni leh gak jadi seorang yang serius..hahaha!

nota jari: aku berasal dari Johor sebab aku lahir di Segamat,Johor. Family aku saje menetap di Tampin.

Friday, March 13, 2009

Apa yang aku dok pikirkan dan khayalkan sangat?

kenapa dengan aku ni? ape yang aku dok pikirkan sangat..ape yang aku dok khayalkan sangat..

errr..err...aku nak masuk dalam lif aku buka selipar jepun luar lif tadi.

seb baik xde orang. aku tepuk dahi. dalam lif aku gelak bagai nak gila. hahaha!

Thursday, March 12, 2009

Tag yang buat aku terkesima selama 2 saat

My rules.

1. baca dengan teliti.
2. baca dan fahamkan betul-betul.
3. kalau tak percaya, baca lagi sampai anda percaya.
4. kalau mahu baca entri ini sila afundi aril..aril af7 okey!
5. selepas baca entri ini sila tinggalkan komen anda sekurang-kurangnya 2 komen. 2 je. xmo lebih-lebih okey!

Share 7 facts about yourself on your blog.

1. aku dan blog ibarat aur dan tebing..
2. adanya aku maka adalah blog ini..
3. kadang kadang aku terlupa yang blog aku ni ada sang pembaca, ku pikirkan diari bawah bantal..
4. apa yang aku taip kat blog ni sume berlaku kat aku dan sekeliling aku..
5. aku akan teruja bila ada orang yang aku tak kenal add blog aku ni secara tiba-tiba..
6. aku sayang ngan semua pembaca setia aku.kamu,kamu,kamu lah!
7. aku dan blog. blog dan aku. memang kacip. setuju? ok. terima kasih kerana setuju..


Tell 6 unspectacular quirks of yours

1. umur aku 23 tahun ini kan? tapi orang kata aku ni budak sekolah. tapi aku suka gak ngaku aku ni umur baru nak masuk 20 tahun.
2. novel yang aku beli bertajuk "Chempaka" karya norhayati ibrahim tak abes abes lagi aku baca. dah berapa bulan dah. aku malas baca. aku tgk je novel tu tanpa rasa mau sentuh dan baca. aku rasa aku tak kamceng la ngan novel bertajuk Chempaka tu. novel lain aku leh lak baca.
3. kalau aku berjemur walaupun sekejap. muka aku akan sunburn. dengan sekelip mata. sekelip je.
4. aku makan gula-gula yang tertentu saja. gula-gula lain aku tak pandang. kalau gula-gula yang murah-murah tu lagi la aku tak pandang. aku jeling je.
5. aku cuma alih kan pandangan aku je. tapi orang kata aku jeling pada dia. tak berniat pun. aku tak bersalah okey! lain lah kalau mmg aku mahu jeling. sekali aku jeling jgn sampai terbawa dalam mimpi sudah.
6. aku tak tahu macam mana aku ni leh di jadikan seorang yang amat bijaksana..bijak,pandai,berdikari,lawa,comel, dan yang sewaktu dengannya lah. sungguh mencabar! ekeke

~maaf! aku tak bersedia lagi mahu ngetag orang..aku segan..orang tag aku,xpe..huhu
~terima kasih kepada arabella kerana mengetag saya. saya amat terkesima selama 2 saat.

Wednesday, March 11, 2009

Bila kondaktor bas mengomel sendiri

"manusia ni macam macam perangai!". kondaktor bas mengomel sendiri dengan volume 4..

kalau manusia tak macam macam perangai bukan la manusia namanya, ye dak?


nota siku: af7 dah start ni..astro lom pasang lagi kat rumah..aiyakk!!

Friday, March 6, 2009

Aku rindu, hari ini aku balik..

هاري اين اكو باليق تمڤين
اكو ريندو رومه ايت
اكو ريندو تمڤرن اوتو ايبو
،اكو ريندو سوارا ماچو ايه
اكو ريندو نق مڠارح فاضل
اكو ريندو نق ڤلوق فاره
اكو ريندو نق كتوق كڤالا تايڬر﴿كوچيڠ فاضل
اكو ريندو تۏ رومه ايت
،اكو ريندو سواسان رومه ايت
،اكو ريندو ماسقن ايبو
،اكو ريندو بيليق اير رومه ايت
،اكو ريندو نق نصيحتكن اجه دان شافق
،اكو ريندو ڬلق تاو سموا اورڠ د رومه ايت
hari ini aku balik tampin..
aku rindu rumah itu,
aku rindu tamparan auto ibu,
aku rindu suara macho ayah,
aku rindu nak mengarah fadhil,
aku rindu nak peluk farah,
aku rindu nak ketuk kepala tiger(kucing fadhil),
aku rindu tv rumah itu,
aku rindu suasana rumah itu,
aku rindu masakan ibu,
aku rindu bilik air rumah itu,
aku rindu nak nasihatkan ijah dan syafiq,
aku rindu gelak tawa semua orang di rumah itu..
nota tumit: aku akan bercuti pada hari sabtu,ahad,isnin dan selasa..rindukan aku ye..muahhh!

Thursday, March 5, 2009

Tanya sama hati

Mari kita layan lagu ni..hehehe..tadi dengar kat radio hot fm.
chop! chop!
sebelum tu aku nak korang bayangkan aku yang nyanyi mcm dalam cerita anakku sazali tu..
ingat tak camne?
ala..yang kat tepi sungai tu..
macam ni
aku bagi zoom lagi sikit
sudah ingat? kalau tak ingat gak aku tak tahu la korang ni di abad mana..setahu aku orang Malaysia pasti tengok cerita P.Ramlee.
sweet kan aku? lalala~
sambil nyanyi tu aku celup celup kaki kat air sungai. aku bunuh nyamuk. hahaha. tu dalam hutan tu pasti banyak nyamuk. pintal pintal rambut. senyum malu malu. pakai baju kebaya. nyanyi nyanyi ngan si dia..
sape si dia aku pun tak tahu sape..hahaha!bayangkan je la si dia tu bakal suami aku akan datang. romantik kan? kan?sooooooo....sweeettttttttt..ok la ok la..mari start nyanyi.

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Wednesday, March 4, 2009

Aku cukup tak berkenan la pasal itu!


ni la adik bongsu aku. mohd fadhil nama dia. tengok la tu. kecik kecik lagi dah punya handphone. aku sangat tidak berkenan budak budak ada handphone ni. cuba korang pikir. dia nak sms atau call sape. mana lak nak dapat duit untuk top up. dari duit belanje? memang tu je la sumber yang ada. duit belanje untuk makan pagi kat kantin sekolah ok. bukan untuk top up.

tengok la tu sungguh busy dia ushar handphone dia. tu tak de kredit tu aku tau. hahaha! tapi kunun² banyak kredit. kebiasaan dia main game je la. kalau nak main game baik main game yg betul betul game. ye dak? kalau minta duit top up dari aku jangan harap la dapat. kalau minta duit nak beli jajan aku boleh lagi layankan je.. ni duit top up. malas aku nak layan. menanges air mata hijau pun aku tak layan.

memang betul zaman sudah maju. ramai bebudak sekarang ada handphone. tapi tak praktikal untuk bebudak ok. aku leh je harungi hidup dengan tenang tanpa handphone masa sekolah dulu. apedehal...kan? dia sekarang pakai handphone jenis nokia 3310. warisan tu..hahaha! ok la dia sedar dia kecik lagi dia tak demand. bila masuk sekolah menengah nanti dia mahu handphone baru dari aku..siap dia. aku sekolahkan dia cukup cukup. bukan nak kedekut. kan aku dah cakap tadi. aku cukup tak berkenan budak sekolah ada handphone bagai ni. sebab tak mendatangkan hasil pun. pelajaran entah ke mana asyik dok tot tet tot tet ngan handphone je tak sudah sudah.

dah la. malas aku nak cakap banyak banyak pasal benda yang aku dok tak berkenan ni. sekian..

Tuesday, March 3, 2009

Jantung sebesar penumbuk sendiri

Pagi tadi ada kuliah, ceramah dari ustaz. Dia ada sebut jantung kita sebesar penumbuk sendiri.. aku pernah dengar fakta itu. hari ni aku dengar lagi. naik je opis aku google "saiz jantung sebesar penumbuk?". hehehe. memang klise je ayat yang aku taip kat google tu.

Aku genggam tangan aku ni. buat penumbuk. aku belek penumbuk aku ni. dalam hati "kalau tumbuk orang best ni". huhuhu. tangan aku kecil cumil je..penumbuk aku pun cumil gak la.. ini bermakna jantung aku pun cumil la ye..alololo...cumilnyerrrr jantung ku cayang..ekeke..

wahai pembaca sekalian alam,baca la fakta yang bernas dan benar di bawah ni.

Jantung adalah organ yang terpenting di dalam badan. Jantung perlu bekerja sepanjang masa, supaya kita terus hidup. Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya kurang dari satu paun. Dalam masa 24 jam jantung anda berdenyut lebih daripada 100,000 kali, 7,000 liter darah dipam melalui jarak beribu batu di dalam sistem saluran darah.
Sumber : Kementerian kesihatan Malaysia

Monday, March 2, 2009

Apa yang terjadi telah pun terjadi

Entry eksklusif!




270209JU

Pagi kol 8 CJ hantar kami(aku n Ida) ke bus station. Bas kol 8.30am,ada masa lagi kami pergi cari sarapan dulu. aku order air teh o suam n roti telur sekeping. aku dapat 2 air dalam masa yang sama..aku minta teh o suam bukan teh o panas+air masak suam!sengal tol la mamak neh!hahaha! first time aku naik bas KKKL(bas gagap) 2 tingkat. aku wat cool je la. naik part atas. yes!! aku tinggi dari orang lain. hahaha!(gelak belagak). aku kurang senang kerusi yang aku duduk tu..haissshhh..aku pening-pening lalat sebab ada something smell yang kurang enak..macam bau air liur basi je..adeh! sampai KL kol 12 terus beli tiket pulang untuk hari ahad. gerak ke TM Bukit Mahkamah pula,ikut short-cut lalu kat Maybank,makan-makan+lepak-lepak.

Aku gerak ke MMC(multimedia college) pula, amek sijil sume bagai. Ikin pun ada(classmate dulu) mmg dah janji pun ngan dia jumpa di sana amek sijil tu sume sama-sama. dalam pejabat tu aku nampak Atiqah dok ngadap PC tak toleh-toleh kiri n kanan. xpe lagi. aku cool je. lama gak aku kat opis tu, xde respon pun dari Atiqah(tak toleh kiri n kanan,tetap keras ngadap PC) aku nak keluar ni,aku panggil dia "kak tiqah" dia toleh ke arah aku. just "hai" n "hai"..sempat gak aku kem salam kat wanzai n zila sbb aku tau rumah dia dengan ngan minah2 itu dekat..ngeh3. Snap2 gambar kat kawasan MMC tu..kembalikan nostalgia zaman muda-muda. hahaha. rindu. Aku,ida,ikin n bf ikin ke Sogo pula dengan incik gen 2 persona..camne tu?pikir la sendiri..hehehe. aku dapat beli beg jejalan..harga asal RM119 ada diskaun aku dapat harga RM25.90. best! Ikin pilih cincin tunang..patut la beria-ia dia mahu ke sogo..pilih punya pilih atas bantuan aku n ida, ikin pilih cincin berbentuk 2 hati. semoga hati korang berdua menjadi satu hingga ke akhir hayat ye..amin! korang berdua memang secocok. sweet je aku tengok..aku ni entah bila..

Tempat nginap aku kat pantai dalam(rumah sewa mak ida). sesampai je kawasan tu aku lihat macam pernah sampai..terus aku sms zila,tanya lokasi tersebut. rupanya dekat sangat ngan rumah zila. hahaha. tidak ku sangka. sampai rumah pun time maghrib,aku mandi2+lepak2+sms2+tidur2 ayam. aku try tido tapi tak leh arr..tempat baru biasa bg aku xleh tido bagai. kol 11.30pm, aku keluar semula ngan ida,bukan sorang. Aku naik incik sona abg-segak-bergaya-berbaju melayu-putih-berketurunan melayu ganu. target mahu jumpa yann di ampang. itu misi incik abg ganu itu. aku turuti saje. jam dah kol 1 setengah pagi ni, kat ampang point main bowling..ni la first time main bowling pagi2 buta. selama aku dok KL dulu mmg aku tak berkesempatan..dulu aku dok rumah baca buku je..baik kan..
aku baju pink tu..tgh baling bola boling..
Balik dari ampang point tu aku bagi cadangan yg sgt bernas kepada incik abg ganu untuk pergi merayau ke up town. yayy!! cadangan aku diguna pakai. aku suka. incik abg ganu tu bawa kami ke up town danau kota.. sampai rumah tepat jam 3 pagi. kami di tahan oleh pakgad. "nak hantar diorg balik" "tak boleh masuk,maaf". hampeh je! seb baik aku ada ida. kalau tak,aku paksa incik abg ganu tu teman aku sampai depan rumah.hahaha. Aku berjalan la pulang,sampai depan pakgad aku jeling 2 saat kat diorang ngan aku buat muncung pendek tanda protes. Masuk rumah aku terus tidur dalam bilik lak tu,tuan rumah tidur kat ruang tamu. layanan istimewa tu.. mekaseh ye kakak2 sekalian. aku tidur nyenyak sehh! maybe penat tahap penyu menyusukan anak. kuikuikui.



280209SA

Sebelum keluar ke Mid Valley aku alas perut ngan roti bakar n air kopi kak liza..sedap. Jumpa syu n anes.. best! diorang macam dulu gak..hehehe. jalan2,snap gambar situ sini,makan-makan. jumpa zila,wanzai n lina kat MPH. kejap je. aku nak jumpa abg ean pula. nak amek laptop. beli laptop dari beliau.


candid from me..abg ean n gf.


Pas jumpa abg ean..aku n ida terus balik rumah kat pantai dalam tu tanpa ragu-ragu..kami penat. Malam kol 8.30pm aku gerak keluar ke rumah zila dan wanzai di blok E-01-28. rumah aku nginap blok D-12-15. cantik rumah zila n wanzai tu..diorang baru pindah. kami sume kuar makan sama-sama. Ada orang telah menunggu kami di sebuah restauran makan berdekatan. Epit a.k.a epitome a.k.a mohd hafiz akhir. beliau blanje makan ayam golek...yay! mekaseh ye abg epit.. dah janji kan..kena la tunai kan..hehehe.



010309AH

Aku terjaga jam 0619 pagi. Ada orang ketuk pintu rumah dan bagi salam. beberapa minit kemudia aku dengar ada suara orang menanges..aku tak hiraukan lagi. Lampu bilik di buka, dan 2 orang akak masuk. diorang muka dah lain,muka mcm baru pas nanges. aku diamkan lagi diri. aku peratikan tingkah laku n percakapan diorg dalam pembaringan aku. rupanya..ayah kak zila meninggal dunia..aku bersimpati dan sedih. tanpa di sedari air mata aku menitis ke pipi. bukan setitis tapi bertitis-titis. Aku kesat. Aku tak mahu nanges depan kak zila sebab aku mahu kak zila tabah. tak dapat aku bayangkan kalau aku di tempat kak zila itu. adik-beradik kak zila tu ramai sume skali 11 adik-beradik,kak zila anak ke-2. pagi tu juga,kak zila balik kampung di kelantan bersama sedara yg datang beritahu tadi. semoga kak zila tabah ye..


Tengahari naik bas terus ke kota-maidin-pudu. Singgah maidin round2 1 jam kat dalam maidin tu. aku beli cheezy wedjes kfc makan dalam bas. sementara tunggu bas ada la sorang mamat ni mahu jual simcard celcom. aku dah cakap aku orang celcom(aku tipu) tapi masih lagi dia cakap ngan aku suh amek simcard tersebut. aku cakap ngan nada volume 1 tak jalan..skali aku naik kan nada volume 3 baru nak blah dari aku..hah!padan muka kena tengking ngan aku..hahaha! naik bas gagap gak balik ni.. bas baru seyhh! sonok. "sedara-sedari sekelian alam,kalau mahu makan dalam bas ni sampah2 tu tolong buang ye jgn ada tinggal dalam bas, air jgn tumpahkan,kalau air tumpah kat kerusi ni seminggu pun tak hilang2 lagi"-drebar bas buat pesanan. 2,3 kali beliau tanya boleh ke tak.. kali pertama aku diam..kali ke 2 aku senyum..kali 3 aku jawab "boleh" volume 3. sume org dalam bas dengar suara lemak merdu aku.hehehe. sampai rumah kol 5 lebih naik teksi dengan tambang RM8 cekik darah..seb baik share. aku pujuk kurang sikit la pakcik dekat je pun kampung sate tu..plzzzzzzzzzzzzzz.. tak dapat. pakcik itu tegar! nak tak nak aku naik gak la sebab aku byk barang di pikul di bahu aku..