Tuesday, March 3, 2009

Jantung sebesar penumbuk sendiri

Pagi tadi ada kuliah, ceramah dari ustaz. Dia ada sebut jantung kita sebesar penumbuk sendiri.. aku pernah dengar fakta itu. hari ni aku dengar lagi. naik je opis aku google "saiz jantung sebesar penumbuk?". hehehe. memang klise je ayat yang aku taip kat google tu.

Aku genggam tangan aku ni. buat penumbuk. aku belek penumbuk aku ni. dalam hati "kalau tumbuk orang best ni". huhuhu. tangan aku kecil cumil je..penumbuk aku pun cumil gak la.. ini bermakna jantung aku pun cumil la ye..alololo...cumilnyerrrr jantung ku cayang..ekeke..

wahai pembaca sekalian alam,baca la fakta yang bernas dan benar di bawah ni.

Jantung adalah organ yang terpenting di dalam badan. Jantung perlu bekerja sepanjang masa, supaya kita terus hidup. Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya kurang dari satu paun. Dalam masa 24 jam jantung anda berdenyut lebih daripada 100,000 kali, 7,000 liter darah dipam melalui jarak beribu batu di dalam sistem saluran darah.
Sumber : Kementerian kesihatan Malaysia

4 comments:

  1. Aku isap rokok untuk membolehkan jantung aku terus beroperasi..

    ReplyDelete
  2. sonot baca sambil imajin lu gedik sorang2.. hakhakhakhakhakhak..!!

    ReplyDelete
  3. speedrider,
    fakta itu salah sama skali..ok!

    husni,
    ko mau ikut fakta yg hampeh tu?ish³(sambil geleng kepala ni)

    paiseh,
    aku gedik bertempat.lu gedik tak bertempat langsung..hahaha!

    ReplyDelete