Monday, March 2, 2009

Apa yang terjadi telah pun terjadi

Entry eksklusif!




270209JU

Pagi kol 8 CJ hantar kami(aku n Ida) ke bus station. Bas kol 8.30am,ada masa lagi kami pergi cari sarapan dulu. aku order air teh o suam n roti telur sekeping. aku dapat 2 air dalam masa yang sama..aku minta teh o suam bukan teh o panas+air masak suam!sengal tol la mamak neh!hahaha! first time aku naik bas KKKL(bas gagap) 2 tingkat. aku wat cool je la. naik part atas. yes!! aku tinggi dari orang lain. hahaha!(gelak belagak). aku kurang senang kerusi yang aku duduk tu..haissshhh..aku pening-pening lalat sebab ada something smell yang kurang enak..macam bau air liur basi je..adeh! sampai KL kol 12 terus beli tiket pulang untuk hari ahad. gerak ke TM Bukit Mahkamah pula,ikut short-cut lalu kat Maybank,makan-makan+lepak-lepak.

Aku gerak ke MMC(multimedia college) pula, amek sijil sume bagai. Ikin pun ada(classmate dulu) mmg dah janji pun ngan dia jumpa di sana amek sijil tu sume sama-sama. dalam pejabat tu aku nampak Atiqah dok ngadap PC tak toleh-toleh kiri n kanan. xpe lagi. aku cool je. lama gak aku kat opis tu, xde respon pun dari Atiqah(tak toleh kiri n kanan,tetap keras ngadap PC) aku nak keluar ni,aku panggil dia "kak tiqah" dia toleh ke arah aku. just "hai" n "hai"..sempat gak aku kem salam kat wanzai n zila sbb aku tau rumah dia dengan ngan minah2 itu dekat..ngeh3. Snap2 gambar kat kawasan MMC tu..kembalikan nostalgia zaman muda-muda. hahaha. rindu. Aku,ida,ikin n bf ikin ke Sogo pula dengan incik gen 2 persona..camne tu?pikir la sendiri..hehehe. aku dapat beli beg jejalan..harga asal RM119 ada diskaun aku dapat harga RM25.90. best! Ikin pilih cincin tunang..patut la beria-ia dia mahu ke sogo..pilih punya pilih atas bantuan aku n ida, ikin pilih cincin berbentuk 2 hati. semoga hati korang berdua menjadi satu hingga ke akhir hayat ye..amin! korang berdua memang secocok. sweet je aku tengok..aku ni entah bila..

Tempat nginap aku kat pantai dalam(rumah sewa mak ida). sesampai je kawasan tu aku lihat macam pernah sampai..terus aku sms zila,tanya lokasi tersebut. rupanya dekat sangat ngan rumah zila. hahaha. tidak ku sangka. sampai rumah pun time maghrib,aku mandi2+lepak2+sms2+tidur2 ayam. aku try tido tapi tak leh arr..tempat baru biasa bg aku xleh tido bagai. kol 11.30pm, aku keluar semula ngan ida,bukan sorang. Aku naik incik sona abg-segak-bergaya-berbaju melayu-putih-berketurunan melayu ganu. target mahu jumpa yann di ampang. itu misi incik abg ganu itu. aku turuti saje. jam dah kol 1 setengah pagi ni, kat ampang point main bowling..ni la first time main bowling pagi2 buta. selama aku dok KL dulu mmg aku tak berkesempatan..dulu aku dok rumah baca buku je..baik kan..
aku baju pink tu..tgh baling bola boling..
Balik dari ampang point tu aku bagi cadangan yg sgt bernas kepada incik abg ganu untuk pergi merayau ke up town. yayy!! cadangan aku diguna pakai. aku suka. incik abg ganu tu bawa kami ke up town danau kota.. sampai rumah tepat jam 3 pagi. kami di tahan oleh pakgad. "nak hantar diorg balik" "tak boleh masuk,maaf". hampeh je! seb baik aku ada ida. kalau tak,aku paksa incik abg ganu tu teman aku sampai depan rumah.hahaha. Aku berjalan la pulang,sampai depan pakgad aku jeling 2 saat kat diorang ngan aku buat muncung pendek tanda protes. Masuk rumah aku terus tidur dalam bilik lak tu,tuan rumah tidur kat ruang tamu. layanan istimewa tu.. mekaseh ye kakak2 sekalian. aku tidur nyenyak sehh! maybe penat tahap penyu menyusukan anak. kuikuikui.



280209SA

Sebelum keluar ke Mid Valley aku alas perut ngan roti bakar n air kopi kak liza..sedap. Jumpa syu n anes.. best! diorang macam dulu gak..hehehe. jalan2,snap gambar situ sini,makan-makan. jumpa zila,wanzai n lina kat MPH. kejap je. aku nak jumpa abg ean pula. nak amek laptop. beli laptop dari beliau.


candid from me..abg ean n gf.


Pas jumpa abg ean..aku n ida terus balik rumah kat pantai dalam tu tanpa ragu-ragu..kami penat. Malam kol 8.30pm aku gerak keluar ke rumah zila dan wanzai di blok E-01-28. rumah aku nginap blok D-12-15. cantik rumah zila n wanzai tu..diorang baru pindah. kami sume kuar makan sama-sama. Ada orang telah menunggu kami di sebuah restauran makan berdekatan. Epit a.k.a epitome a.k.a mohd hafiz akhir. beliau blanje makan ayam golek...yay! mekaseh ye abg epit.. dah janji kan..kena la tunai kan..hehehe.



010309AH

Aku terjaga jam 0619 pagi. Ada orang ketuk pintu rumah dan bagi salam. beberapa minit kemudia aku dengar ada suara orang menanges..aku tak hiraukan lagi. Lampu bilik di buka, dan 2 orang akak masuk. diorang muka dah lain,muka mcm baru pas nanges. aku diamkan lagi diri. aku peratikan tingkah laku n percakapan diorg dalam pembaringan aku. rupanya..ayah kak zila meninggal dunia..aku bersimpati dan sedih. tanpa di sedari air mata aku menitis ke pipi. bukan setitis tapi bertitis-titis. Aku kesat. Aku tak mahu nanges depan kak zila sebab aku mahu kak zila tabah. tak dapat aku bayangkan kalau aku di tempat kak zila itu. adik-beradik kak zila tu ramai sume skali 11 adik-beradik,kak zila anak ke-2. pagi tu juga,kak zila balik kampung di kelantan bersama sedara yg datang beritahu tadi. semoga kak zila tabah ye..


Tengahari naik bas terus ke kota-maidin-pudu. Singgah maidin round2 1 jam kat dalam maidin tu. aku beli cheezy wedjes kfc makan dalam bas. sementara tunggu bas ada la sorang mamat ni mahu jual simcard celcom. aku dah cakap aku orang celcom(aku tipu) tapi masih lagi dia cakap ngan aku suh amek simcard tersebut. aku cakap ngan nada volume 1 tak jalan..skali aku naik kan nada volume 3 baru nak blah dari aku..hah!padan muka kena tengking ngan aku..hahaha! naik bas gagap gak balik ni.. bas baru seyhh! sonok. "sedara-sedari sekelian alam,kalau mahu makan dalam bas ni sampah2 tu tolong buang ye jgn ada tinggal dalam bas, air jgn tumpahkan,kalau air tumpah kat kerusi ni seminggu pun tak hilang2 lagi"-drebar bas buat pesanan. 2,3 kali beliau tanya boleh ke tak.. kali pertama aku diam..kali ke 2 aku senyum..kali 3 aku jawab "boleh" volume 3. sume org dalam bas dengar suara lemak merdu aku.hehehe. sampai rumah kol 5 lebih naik teksi dengan tambang RM8 cekik darah..seb baik share. aku pujuk kurang sikit la pakcik dekat je pun kampung sate tu..plzzzzzzzzzzzzzz.. tak dapat. pakcik itu tegar! nak tak nak aku naik gak la sebab aku byk barang di pikul di bahu aku..

9 comments:

  1. kak zila mane yg bapak dia meninggal tu? zila ke?

    ReplyDelete
  2. bukan ngedate la..ni ngedot..dot..sebab ramai.

    kak zila hosmet mak ida la..bukan zila kawan kita tu..kebetulan sama nama.harap maklum.

    ReplyDelete
  3. peh..! gile ekskusif lu punya adventure..
    tu baru 3 ari.. kalu seminggu gua rasa buleh jilid buat buku. hahahahaa..!!

    *sori weyh. gua dah agak2 tepu dah time kat uptown. naseb baik sempat sampai umah. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. hehehe..sori ar terrrrnyusahkan lu.hahaha!bukan slalu gua naik kl kan..kan..kan?

    ReplyDelete
  5. arghh mamat2 celcom kat pudu tu mmg sengal..aku ni dah selalu kena..aku dah pakai postpaid dia suruh amik gak..giler ape aku nak pakai bebanyak..

    ReplyDelete
  6. tu la pasal..aku tipu dia aku dah pakai postpaid gak(aku pakai prepaid)..dia tetap suh amek gak..aku tengking baru mau cabut lari dari aku..hahaha!

    ReplyDelete
  7. ne de sorok..kan dah cite dah tu...haih!

    ReplyDelete