Friday, December 31, 2010

Penghujung tahun 2010 dan Melodiku cukup 2 tahun beraksi..


hari ini genap 2 tahun Melodiku beraksi di alam maya ini. followers pun makin ramai. tapi tak la seramai mana pun cuma 91 followers je buat masa ni. huhuhu.. aku tak paksa sape-sape pun nak jadi followers aku. macam biasa, terima kasih menjadi followers aku. terharu seyyyy..ehee.. ok ok tak lupa juga kepada silent reader..aku tahu silent reader aku ramai..hehehe..mekaceh!

macam biasa pada hujung-hujung tahun gini aku akan buat kesimpulan pada diri sendiri. macam tadi, sebelum aku nak buat entry ini aku buka balik entry 31 disember tahun lepas. senang, nak kaji balik azam aku dah terlaksana atau belum..huhuhu.



sebelum ada kesimpulan yang lebih panjang jap lagi aku taip. aku nak minta maaf la kalau sepanjang entry tahun 2010 ni aku ada terkasar bahasa atau terguris hati sesape okey..

liliyuli punya cerita 2010 disimpulkan

1. awal tahun aku berjaya buat reunion untuk kawan-kawan kolej. mana yang sporting dorang join.

2. kawan baik punya pasal, aku sanggup pergi ke Tapah Perak sana nak menghadiri majlis perkawinan dia. bukan kat Tapah je, kat Klang sana pun. eh, tak lupa juga kat Pontian sana.. ada lagi...PD pun.. hehehe

3. cinta masih tak lekat sama aku. heh! masih mencari cinta sejati..kwang kwang kwang..

4. cerita pasal kerja pula, aku cover dua kerja. unit flying squad aku buat, kerja unit complaint pun aku buat. pertengahan tahun dah mula la tak sedap dah nak buat kerja sebab kena buat kerja complaint tu.

5. rumah sewa, still menetap lagi di taman sri tebrau. cuma, awal disember hari tu aku pindah bilik dari bilik belakang ke bilik depan. syokk!

6. dari segi berkawan pula, ada sedikit bosan di situ. heh! tapi seb baik ada jo yang rajin ajak aku tengok movie..keh3

7. ouh! 27hb disember hari tu aku buat pasport. ngeh3.

8. dua kali buat gambar ukuran pasport yang segera punya. 2 minit siap. so, gambar tidak memuaskan bagi aku..cis!

9. tak ada gadjet yang aku beli tahun ini. sadis!

10. sempat juga aku mengikuti seminar millionaire mind power tapi tak mengamalkan ape yang diajar. heh.

11. macam biasa, ibu asyik dok sebut-sebut bila aku nak kawen..ah, bosan.

12. blog melodiku, mungkin tahun ini ada kelainan sedikit cara penulisan aku sehingga ada member cakap aku hipokrit. percayalah, aku tak hipokrit pun. aku cuba sebaik mungkin jadi diri aku di blog ini.

13. peneman setia aku adalah laptop. hehehe.. kalau takde laptop kesanyangan aku ni tak tahu lah ape aku nak buat. eh, lupa la nak bagi nama kat laptop ni. hehehe

14. bulan ramadhan hari tu dah booking tiket kapal terbang pergi ke bali tahun depan..ehee.

15. terlepas peluang nak join member pergi holiday kat Phuket sana..wuwuwu

16. tahun ni aku banyak beraksi dengan senapang M16..best tau menembak ni.. memanah tu try test jek..langsung tak mengena tempat target tu..sume jauh menyimpang..hahaha

17. bab mandi manda, aku tahun ni mandi kat pantai PD dan air terjun Jeram Toi Seremban. best! best!

18. nak sangat bertentang mata dengan shahir af8 tu..dah jumpa dah. lalala~

19. tak tahu nak simpulkan ape lagi dah. takat ni je la yek..huhuhu


#selamat tinggal tahun 2010.


 

Thursday, December 30, 2010

Pengumuman pertukaran unit di tempat kerja

Team, By next year I’m going to realignment ur team in order to boost up/maximize  ur team capabilities.  I’m going to permanently park Cik Amalina (hampir nama sebenar cik liliyuli) under complaint team umbrella...Shohor, AGM, Disember 2010, via email.


Tq boss. Complaint team amat mengalu-alukan Cik Amalina as permanent staff di Complaint. Sehingga bulan Mei 2011 kami akan kekurangan 1 staff kerana cuiti bersalin...Asemah, Manager, Disember 2010, via email.


ah!! klise sume ayat tu...heh! wahai puan asemah...cuba la buat ayat lain bagi aku berbesar hati dok buat keje under you! ni tak...giler hampeh nak isi kekosongan sebab staff you yang lain nak bersalin..

dem!


Tuesday, December 14, 2010

Lagu Jepun

dulu, sekitar tahun 2006. masa tu aku di bangku kolej lagi. masih mentah. bercita cita tinggi. mampu juga menghafal lirik lagu luar negara. lagu negara Jepun, misalnya. sekitar tahun 2006 tu juga popular dengan lagu Mirai e nyanyian oleh Kiroro. heh!

rakan-rakan kolej mahupun rakan-rakan serumah semuanya dok suka layan lagu miraie tu berulang-ulang. kena pukau dek lagu tu aku rasa, termasuklah aku juga. cis! masa tu ada juga dok buat ringtone lagu miraie tu, aku tak lah sebab masa tu henpon aku henpon tiga-tiga-sekupang. heh!

ada satu hari tu, aku tolak semua buku yang harus aku baca sebab periksa dah nak dekat. apa nak jadi, jadilah! aku tak kira! aku meluangkan masa semata-mata untuk menghafal lagu miraie tu..hehehe. masa tu, terasa bangga giler pada diri sendiri sebab pandai dah cakap bahasa jepun. heh!

lepas je hari yang diluangkan itu. bila ada je lagu miraie kedengaran. dengan selamba dan bangga. aku nyanyi lagu tu tanpa buka buku baca lirik pun. harap-harap orang pandang aku dengan kagum giler siap minta outograf..kahkahkah!

Lagu : Mirai e
Penyanyi: Kiroro, jepun

hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai
haha ga kureta
takusan no yasashisa
ai wo idaite ayume to kurikaeshita
ano toki wa mada osanakute
imi nado shiranai
sonna watashi no te wo nigiri
issho ni ayundekita
yume wa itsumo
sora takaku aru kara
todokanakute kowai ne
dakedo oitsuzukeru no
jibun no sutoori dakara koso
akirametakunai
fuan ni naru to te wo nigiri
issho ni ayundekita
sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
hanareta haha e sunao ni narezu
hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai
sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
hanareta haha e sunao ni narezu
hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai
hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai
mirai e mukatte
yukkuri to aruite yukoo

[the translation]

look at your feet and see
this is the path you walk
look in front of you and see
that is your future
Mother has given me a lot of kindness
"Embrace love and walk" she repeated
that time when I was childish and didn’t understand her meaning
she held my hand
together, walking we came.
dreams are always from high in the sky
it is scary that we might not reach them but continue to try
for this reason I won’t abandon my story
when I became anxous she held my hand
together, walking we came.
that kindness was occasionally unpleasant
when I was away from mother I couldn’t obey
look at your feet and see
this is the path you walk
look in front of you and see
that is your future
that kindness was occasionally unpleasant
when I was away from mother I couldn’t obey
look at your feet and see
this is the path you walk
look in front of you and see
that is your future
look at your feet and see
this is the path you walk
look in front of you and see
that is your future
slowly towards the future let’s walk

Thursday, December 9, 2010

Astro ria Mari Menari



korang tengok tak mari menari? astro ria 104. aku tengok sebab aku suka tengok orang menari. ehee..
aku nak je menari tapi tak berkesempatan. tapi insya'allah aku akan masuk menari wakil company negeri Johor. ngeh3.




 pasangan razif


tarian tema fantasi cinta, pasangan razif tu buat aku tersentuh. tapi leh cover lagi. melainkan aku tengok drama pasal kekeluargaan. melelehhh. touching giler bila ada watak ibu ibu nanges dalam drama. heh! aku vote pasangan razif. tema fantasi cinta tu dorang dapat lagu gita gutawa. kembang perawan. terus aku download beb. tapi nak download tu aku kena tunggu jiran buka wifi dia la..hahaha!



 lisa surihani


lisa tak boleh sebut huruf R. lisa jadi host mari menari bersama awal ashari. tak leh sebut huruf R lisa tu aku baru perasan dari rancangan trek selebriti. kalau tak, memang aku tak perasan pun. huhuhu. lisa kata itu unik. sama juga sheila majid, piere andree, lagi sorang aku lupa nama dia. yang aku tahu si piere yiba yiba andree tu tak leh sebut huruf S. hehehe. ape-ape pun suka dengar lisa surihani sebut 'mari menari' .hehehe..

Tuesday, December 7, 2010

Oh yeah!

bulan bulan
cahayamu bersinar
terus bersinar
buat aku cantik
biar dia terus jatuh cinta
pada aku

matahari matahari
cahayamu bersinar
terus bersinar
buat aku cantik
biar dia terus jatuh cinta
pada aku

oh yeah!


episod 3.

Monday, November 15, 2010

Jamuan deepavali

pergh!

tadi ada jamuan deepavali kat opis. unit lain yang buat.
aku berebut nak amek tosei. makan panas panas memang mabeles!


aku tak nak cerita banyak banyak.


aku nak amek lagi satu tosei.


lalala~

Thursday, November 11, 2010

Pesen makcik-makcik kat opis

 .
entry kali ni aku nak cerita pasal pesen makcik makcik kat opis ni.. bukan nak mengumpat, cuma nak mengata..boleh? kehkehkeh.

tadi aku nak lukis gambar pesen makcik kat opis ni tapi tangan aku tak ditakdirkan untuk pakar melukis. tak menjadi pun lukisan aku tu. hancur. hurmm...nasib badan. dulu masa jurusan pendidikan seni aku lukis orang lidi je woi..kahkahkah.

berbalik cerita pasal pesen makcik makcik kat opis ni. dorang pergi keje ofkos la pakai tudung la kann.. kalau dah tua-tua tu tak reti-reti nak pakai tudung tu aku tak tahu la nak kata ape. kalau makcik-makcik tu semua pergi keje tak pakai tudung dorang nak tayang ape wei? nak tayang rambut beruban? nak tayang leher berkedut? eeeuuuuuwwww....tak sesssswaiii okeh.

kebanyakkan makcik makcik kat opis ni pakai tudung atas dia punya nen. ada pulak tu tengah tengah dia punya nen tu terjuntai rantai siap ngan loket besar dia skali. pesen nak tayang rantai besar memang itu pesen makcik makcik kat opis ni. plus tayang nen skali...pakej woi..pakej tu..kahkahkah.

bila korang gegirl dah tua nanti jangan macam tu yek. tak sesswaii tau. pesanan pada diri aku juga ni..huhuhu.

Tuesday, November 9, 2010

Chill Out bersama Adam AF2

" saya nak sampaikan lagu bertajuk elina " adam af2

" ada ke kat sini bernama elina? " adam af2 lagi

soman dan anwar pandang tepat ke mata adam af2 sambil buat aksi menuding jari telunjuk ke arah aku.

" betul ke awak bernama elina? " adam tanya aku dari atas pentas

aku dengan pantas mengangguk sahaja tanpa bersuara.

" lagu ini ditujukan khas buat awak, elina " adam af2 senyum-senyum nakal kat aku

lepas tu sambil-sambil adam af2 nyanyi dia pergi ke arah aku. sekali lagi aku ulang. adam af2 pergi ke arah aku. perghhhh! semua orang pandang aku. berderau darah aku beb. berderau!! kehkehkeh.

gambar adam af2 pandang aku

sesampai je adam af2 betul-betul di hadapan aku, aku dah tak tentu arah dah. tak tahu nak buat ape. senyum je la, senyuman paling manis aku bagi free free.. adam hulur tangan tanda nak salam aku. aku sambut salam adam af2 tu tanda hormat. semua orang pandang aksi aku dan adam af2 bersalaman..

adam bergerak semula ke pentas tapi masih berlegar-lagar berhampiran aku sambil nyanyi-nyanyi lagu elina. muka aku merah tak usah cakap la bila aku adegan 'malu-malu tapi mahu' aku tadi menarik perhatian ramai, tak abes lagi. kahkahkah.

adam macam tahu-tahu je aku terlupa nak tangkap gambar bersama dia. alih-alih adam af2 datang semula ke berhampiran aku. aku pun tangkap la gambar bersama adam af2. kihkihkih.

aku pun tak paham kenapa muka aku macam tu


pada hari tu sahaja aku tukar nama elina

kehkehkeh

p/s: itu hari aku bertugas ye..bukan kerana adam semata-mata. harap maklum. agagaga~

Thursday, November 4, 2010

Boleh saya tanya?

pelanggan ni menafikan talian di mana dia tak pernah memohon pun talian jalur lebar.

aku pun siasat~

nama: Y D Nahar

sebelum call customer ni minta dia fax report polis dia, aku tanya opismate aku. Y D tu ape? Yang Dipertuan ke? Yang  Disayangi ke? Yang Dihormati ke? atau Yang Dikasihi? harammm sorang pun tak tahu..heh!

pung-pang punya pung-pang aku call si Y D Nahar tu.. aku panggil dia Encik Nahar jek. last skali aku beranikan diri tanya apekejadah ada Y D kat depan nama dia.

" Y D kat depan nama Encik tu shortform ape? " -aku tanya

" kahkahkah " dia boleh gelakkan aku? ciskek betul !

" nak tahu jek, sebab macam pelik " - aku

" ramai orang tanya tapi kalau nak tahu jom kita kuar makan saya blanje " -sah, memang ciskek!

Tuesday, November 2, 2010

Orang dalam mimpi cakap tak boleh korek

mimpi memang syok kalau mimpi jadi tuan puteri kayangan yang pakai baju pengantin hari-hari. minta ape saja semua dapat sebab dalam mimpi...kihkihkih.


tapi...



apsal hari tu aku mimpi tah sape tah cakap kat aku sebagai manusia yang normal. tak boleh korek hidung. kepala hotak dia la kannn..

kalau tak korek hidung...abes la penuh bijih timah dalam hidung kannn. cis! mimpi pun nak permainkan aku. mencik! mencik!

korek hidung kan nikmat macam blog ini...(klik sini) kahkahkah. aku suka header blog ko wei.... sempoi~



seb baik aku pantas kipnap jo punya header sbb skrg jo dah pakai header lain
hahaha

Friday, October 29, 2010

Suka jumaat?

sape tunggu hari jumaat?

saya!


                  saya!                                                              saya!


                                                    saya!

                                                                                                                                saya!
                                                                                                         saya!



saya!


                                       saya!




ramai juga yang sokong aku suka hari jumaat. sebabbbbb...hari jumaat hari last kerja untuk lima hari berkerja.


esok cuti!!! horeyy!!
       

Thursday, October 28, 2010

Masa tu budak-budaklah katakannnn..

Bagan Lalang, Pulau Pinang. 1992.

masa tu aku tadika. pergi berhantar balik berjemput. sebelum balik ke rumah ayah bawa aku ke tempat kerja dahulu. ada la beberapa kali. ayah TUDM (Tentera Udara Di raja Malaysia). berunifom. segak. kacak. tampan. bergaya. ayah sape? ayah aku la weh..hahaha.

ayah terbang sana terbang sini. fuhyo!! pergi ke kedai atas suruhan ibu atau pergi beli jajan. pandang langit, ada helikopter atau jet pejuang je terus aku jerit. AYAH!! AYAH!! dengan harapan ayah nampak aku dari atas sana. masa tu aku bergaya dengan basikal berwara merah. siap bawa barbie doll tau. giler selebet!

*************

Sekolah Menengah. Tingkatan satu.
sebenarnya aku tak berapa nak pasti anggap je la aku masa tu aku tingkatan satu la yek..kehkehkeh. aku mempunyai kesedaran bahawa ayah-bukan-pilot-helikopter-mahupun-jet pejuang. tah macam mana tah aku boleh tahu aku pun tak pasti. aku bertanya pun tidak, mungkin datang dalam mimpi. 

cis!! macam mana aku boleh sengal tak tahu yang ayah aku bahagian pentadbiran dalam TUDM tu sebelum ini. mungkin faktor umur budak kot masa tu tahu ayah keje tentera udara jek terus pikir ayah keje kat udara sana. hahaha.. ayah selain bahagian pentadbiran dalam opis, ayah mengajar kawad kaki. ada masa ayah hilang suara sebab jerit-jerit nak bagi arahan. siannn ayah. 

ayah pencen TUDM masa aku habis tingkatan satu. then terus pindah TAMPIN. aku tak suka dok tampin okeh...sekian, terima kasih.




Wednesday, October 27, 2010

Dugaan bila aku berdiet

sedang kusyuk aku buat kerja tiba-tiba sms masuk~



Makanan kegemaran hanya dihujung jari anda dengan pelbagai MMS resepi yang pasti menyelerekan. PERCUMA selama seminggu. Hanya taip ON M1 ke 28444 sekarang!-CELCOM, 11AM, 27/10/2010




harus ke aku taip ON M1 ke 28444??
aku tengah diet ni..
tengok gambar je ke tu?
camne ni? adoiyai...
tapi tengok gambar je takpe kan? kan?

Tuesday, October 26, 2010

Usia bukan penghalang

Berdasarkan kajian oleh CEUPACS, had umur persaraan bagi negara jiran lebih tinggi iaitu Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun. Sememangnya ada pelbagai pro dan kontra dalam membuat keputusan terhadap isu ini.


 Kalau jadilah gesaan CEUPACS tu macam ni kut jadi keadaannya ye!...

copy & paste dari emel 2 minggu lepas

Nanti nak letak ke mana pula graduate muda macam kami ni semua jikalau mereka yang dah berumur lambat bersara? aku ni dari swasta nak ke kerajaan entah ada peluang atau tidak. ibu aku asyik la dok bising-bising suruh aku kerja di kerajaan. 

dulu aku kerja kat batu pahat. ramailah orang dah berumur macam ibu dan ayah aku.  memang boring. ahahaha. nak cuci mata tengok mamat hensem pun kena la kuar dari bangunan itu. giler sadis aku rasa.

tapi aku bersyukur, aku dapat kerja time tu. kena pula tercampak ke batu pahat. awalnyer aku ingat aku kerja kat melaka. tapi hampa...ape nak buat? dah dapat kerja kat batu pahat dulu tu, pergi je la. sama juga masa time study diploma dulu...jauh ke KL sana. pergi je la..aku pasrah aku redha. ecewahh! ehee..

p/s: Rezeki ada di mana-mana.

Monday, October 25, 2010

Ohhhhhhhhhhh

KLIK KLIK KLIK KLIK

nuffnang  ---->


KLIK !

bukan ape. korang kan kawan aku. mana yang follow blog aku dan silent reader ke...tolong la aku ni sikit. huhuhu. kalau korang klik nuffnang aku tu, baru la semangat sikit nak update entry. huhuhu.

 
 
plz! plz! plz!


(tebal dah muka ni)

 klik la ehhhh.. korang baik kan kan kan?

kalau tak klik kang 



kang aku nangis kang aaaaaaaaaa


HAHAHAHAHA


awak klik? korang klik? abang klik? sis klik?

oh!!! terima kasih ye!
korang memang bestlah!!








Friday, October 22, 2010

Banafee menjadi saksi

berdebar. tu je di rasa sebelum bertentang mata. memang macam cilakak. baru nak jumpa orang je pun bukan nak jumpa hantu siam ke ape. kalau terjumpa hantu siam, entah-entah hantu siam tu yang lari lintang-pukang duluuu... tu lagi la macam haramm..hahaha.



" assalamualaikum " kata Tom Cruise mendahulukan mukadimah

" wa'alaikumsalam " sambut mesra si manis lagak ayu


restauran banafee menjadi saksi. mereka berdua memesan menu nasi ayam penyet. banafee memang istimewa dengan nasi ayam penyet. kena pula perut tengah lapar gila. perut pun dah bunyi kruukkk krukkk. memang nak minta penampar perut tu. manja sangat, sikit sikit nak merengek. bunyi pulak nak krukkk krukkk. haram tak sedap untuk didengari..

nasi ayam penyet sampai..

mereka berdua berpandangan dan senyum. makan-makan-makan-makan-makan-makan-makan-makan-makan dan licin. mereka berdua berpandangan dan senyum..




episod 2.

Jangan tidur dengan...

hari tu aku share cara tidur nabi kita untuk kita ikuti.. hari ni aku nak share yang ni pula.. untuk panduan aku juga. lepas ni aku tidur tak nak dah pakai mende tu...huhuhu. mende tu la..alaaa...mende tuuuu..malas aku nak sebut.. korang baca sendiri la kat bawah ni yek..hehee



Larangan ketika tidur

Manusia dapat bertahan 2 minggu tanpa makan, tetapi hanya bertahan 1 minggu saja tanpa rehat. Tidur adalah waktu istirehat yang sangat baik, dgn tidur organ-organ tubuh kita dapat beristirehat. Kekurangan tidur dapat merosakkan organ dan otak kita.

Ada 5 LARANGAN DALAM TIDUR :

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI BRA (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai bra lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MENGENAKAN MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dpt bernafas

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin tidak bangun-bangun lagi (kerana dibunuh suaminya hoho)



psstttttttt....info ni aku dapat kat emel...bos aku puan asemah yang bagi..

Thursday, October 21, 2010

Blusher di pipi

" ko slalu pakai blusher eh? " -kak nurul (opismate)

" nape? " - aku

" takde la..akak suka tengok orang pakai blusher, merah merah pipi " -kak nurul

" kan slalu i pakai, kak "

" hati ko tengah berbunga eehhhh? "

" ish..ape pulak akak ni...sejak pindah JB tahun lepas i dah pakai slalu.. "

" elehhh " sambil kak nurul buat corak bunga kat dada dia





episod 1.

Wednesday, October 20, 2010

Mencari

100 hari mencari cinta









boleh gitu?

Tuesday, October 19, 2010

Pak-ko-pak-ko-pak-ke-bum ke-bum-ke-bum

16/10/2010, Sabtu.

senyum aku melihat pengantin itu..

akhirnya bersatu juga mereka berdua. siapa kata tiada dugaan? aku rasa macam-macam mereka tempuh untuk hidup bersama. weh korang, mohd muhaimin dan ain alfida. aku doakan korang berdua bahagia hingga akhir hayat.

biarlah bermacam-macam orang nak kata, biarlah mereka. janji korang berdua bahagia hendaknya...amin.

ain tu kiranya bekas housemate aku. amin tu rakan setugas aku. tapi, dua dua tu kerja dalam satu bangunan yang sama. ehee.. dulu gadoh-gadoh sekarang kan dah kawen dah korang..

SELAMAT PENGANTIN BARU.

Friday, October 15, 2010

Sudah tiada lagi

 .

AL-FATEHAH


pakcik saya meninggal malam semalam

dia abang ipar ayah saya


semoga roh pakcik saya tu dicucuri rahmat

.

Thursday, October 14, 2010

Lepas raya ni tak tahu lah berat aku dah berapa kilo

sedang kusyuk aku cedok lauk pauk kat JB Catering. ada sorang lelaki ni tetiba je cakap kat aku.

"makan cara buffet ni kena makan nasi sikit tapi lauk kena banyak"


aku pun meng-iye-kan kata-kata dia dengan "ye la kalau makan sikit nanti rugi"

dia menjawab "tu la RM15.90 tu"

aku sambut dengan senyuman dan berlalu dari situ setelah aku berpuas hati melihat pinggan yang aku pegang tu tak nampak nasi dah..lauk je penuh pinggan..hahaha.


ermm..korang rasa lelaki tu perli aku ke ape? hahahaha.. ada aku kesah!

Tuesday, October 12, 2010

Ayah aku yang kacak

" Dah 12 oktober dah ni. Hehe. Selamat hari lahir ayah yg ke-54 tahun. Semoga ayah murah rezeki dan sihat sentiasa. Sayang ayah.. " via sms, liliyuli, 12.03 AM, 12 oktober 2010.


" Ok, Tq Kak Long. " via sms, ayah, 12.05 AM, 12 oktober 2010.



kihkihkih. ayat last aku tu aku tebalkan hati macam batman. tak pernah-pernah aku terlalu berterus-terang cakap tu...tu..ala..korang baca sendiri la ayat yang last tu.. huhuhu.


ape pun, ayah tetap ayah yang best walaupun ayah banas baran. hahaha. 

Monday, October 11, 2010

Aku berdebar

 .


duP! dUp! dUP! Dup! DUP! dup! dup! 







.

Friday, October 8, 2010

Kalau ada jodoh..

semua bertanya..
aku baru berkawan je pun..
kalau ada jodoh..
ada la nanti..
kalau tiada jodoh antara kita..
itu ketentuan ilahi..





rasa macam nak panjat gunung je tengok keindahan flora..

Thursday, October 7, 2010

Woi..kau ni tak de keje lain ke??

kawasan rumah aku ada pencuri spender dan coli semasa ketiadaan tuan rumah. memang cilake la orang tu, perangai macam babi. aku marah ni, marah!! harap-harap spender dan coli aku selamat la hendaknya.. ye la, pas basuh kita tinggalkan sidai bagi kering pastu kita pergi bekerja.

wahai pencuri itu..kau jangan curi aku punya spender reben dan coli poka dot aku okeyy.. kalau ko berani try la curi..aku cari kau sampai ke lubang cacing...aku siat-siat kulit muka kau. aku bagi amaran ni.

p/s: wahai kawan blogger ku yang girl semua, korang pun kena berhati-hati okey.. jiran-jiran yang ada time kejadian pun tak leh harap tau.

Wednesday, October 6, 2010

Perihal peptalk kali-2

pagi hari ini turn aku untuk sesi peptalk.

sejak hari isnin dapat tahu hari rabu ni turn aku pula. sejak tu la aku dah cuak. ape yang aku nak cakapkan ni? semalam lagi la aku berterus terusan aku asyik dok pikir. oh, aku nak bagi tahu juga ni..semalam 1 bangunan tempat aku bekerja ni buat jamuan hari raya dan meraikan orang yang nak pergi membuat haji.

time aku berebut nak amek sate time tu la idea aku mengarang ayat untuk peptalk tu ada. time aku testing suara untuk karaoke pun sama, time tu juga la idea cakap kat peptalk tu mari. fuhh! seb baik aku sakit tekak, so aku terlepas dari karaoke depan orang ramai. lagi pun lagu raya susah walawei...baru aku tahu. hahaha.

time aku tengok tv pun tak ketinggalan, idea pun berlari-lari mari ke otak aku. giler banyak gak la. time time lain tu pun ada tapi aku dah malas nak taip. hehehe. kiranya ini kali ke-2 la aku peptalk cakap kat depan orang bercakap perihal keje. peptalk pertama ada juga aku buat entry kat blog Melodiku ni..huhuhu.

start je aku bercakap. aku memang gugup. pernafasan rasa tersekat. hahaha! macam cilake punya perasaan berdebar tu. lain macam beb aku punya debar tu. rasa macam mak mertua sarungkan cincin tunang pun ada. eh? bila masa pula aku ni pernah bertunang?? hahaha..

abes hilang sume idea semalam mari yang tak leh tahan-tahan tu. at last, ape aku cakap kat depan tu pun aku pakai hentam kromo je la.. kehkehkeh. aku ni punya la nak cari aura bercakap kat depan. pakai baju pun kaler pink. hahaha.

" konon konon berkeyakinan la tu pakai baju kaler pink "

tu ayat korang la tu kan? kan? elehhh..aku tahu ape korang nak kata. hehehe..

Monday, October 4, 2010

Pabila ibu dan ayah turun JB

sabtu dan ahad kelmarin ibu, ayah, farah dan fadhil datang JB. wawawa..gumbira rasa hati ini. setelah sekian lama aku merantau di kejauhan ini..ececeh. dah setahun lebih dah aku dok JB ni, ini lah kali pertama mereka melawat aku. hehehe..

aku bawa pergi open house rumah kakchik, aku tunjuk jalan beraya ke rumah sedara yang baru semalam aku baru tahu aku ada sedara kat situ. kat taman kobena JB. kahkahkah.

pada hari tu aku rasa aku mempunyai kelebihan..aku dah tahu jalan JB..tak sesat pun...lalala~

korang tahu ke jalan JB ni? *aku tanya je...ehee

Friday, October 1, 2010

Opismate sume

kat opis ni...pas dia, dia tu pulak, dia ni pun nak juga, dia yang tu haa, dia yang ni haa, dia tu pun, dia yg ni pun dan dia dia la..

sambung menyambung. sume nak mengandung!

haihhh..dah musim mengawan secara berturutan agaknya.

seb baik aku tak kawen lagi, kalau tak dengan aku aku skali lawan mengandung ngan korang..hahaha!

mengandung la korang... janji anak korang tu panggil aku ni kakak...okeh! hahaha

Wednesday, September 29, 2010

sofea dan rita

sofea 24 tahun. orang dia biasa-biasa sahaja. kata jamal abdillah siapa bilang gadis melayu tak menawan. sofea memang gadis melayu yang menawan. cuma kalau sofea gelak memang tak pandai nak kaber, suka gelak kuat kuat. sejak orang kata dia dah gemok, dia pandai pula tu kaber, makan sikit-sikit je. kalau tidak, sofea makan la sampai tak boleh nak jalan dah.

tapi, dalam masa setahun je. ada la beberapa jejaka muda setahun dari umur sofea ni cuba cuba mengorat sofea. sofea berasa pelik. sofea mula mencorak pertanyaan demi pertanyaan pada diri sendiri. nampak muda sangatkah aku? aku ni umur berapakah sebenarnya? aku ni nampak macam umur 17 ke? comel sangat ke aku ni?

begitulah beberapa pertanyaan yang terbuku di hati sofea. itu pertanya sofea pada diri sendiri. ini pula pertanyaan aku di sini..adakah sofea memakai produk safi rania gold macam rita rudaini pakai tu?

"usia bukan penghalang" - rita rudaini

Tuesday, September 28, 2010

Nak!

orang kata kalau nak akan sesuatu tu kita kena tanam azam. bukan setakat azam je..niat pun termasuk skali dalam kamus 'nak' tu. tanam niat dan azam tu dalam dalam serta usaha. setakat niat dan azam tanpa usaha, tak menjadi juga..kan? usaha untuk mendapatkan sesuatu..

azam tambah niat tambah usaha samadengan memiliki.

setuju??

ngehngehngeh..

tahun depan aku ingat nak sebat la kereta sebiji..

murni kan niat aku tu?

Monday, September 27, 2010

Dua hari ulang alik bagaikan tempe di goreng sambal

ape yang dirancang telah pun dilaksanakan dengan lancar. kini, alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Sabtu dan Ahad semalam aku dipenuhi dengan hari-hari yang ceria dan bermakna. kehkehkeh...

takde mende lah..

ayat propa je tu..hahaha. Sabtu aku pergi beraya ke Batu Pahat dan hari Ahad pun aku beraya di Batu Pahat. sungguh penat hokeh. mana taknya, JB-BP-JB-BP-JB. tapi bukan aku drive la..huhuhu.

calon-calon yang terpilih aku beraya rumah mereka adalah seperti berikut....

Sabtu,
1. Rumah tuan rumah sewa dulu..
2. Rumah encik mad din
3. Rumah kawan nama dia dirahsiakan...lalala
4. Rumah mak dak
5. Rumah kawan nama dia salmiah
6. Rumah bos pangkat exec nama dia Ellyana

Ahad,
1. Rumah Bos pangkat manager nama dia Asemah
2. Rumah cik Ju
3. Rumah kak limah

wahh!! ramai rupanya kenalan aku di BP sana. ingatkan dah takde dah...huhuhu. tu pun ada lagi yang tak sempat nak pergi.. lain kali lah..tahun depan ke...kuikuikui.

semalam kol 9pm aku dah tido dah..pergh! giler awal...hahaha

Friday, September 24, 2010

UPSR aku dulu dan UPSR farah sekarang

Farah UPSR tahun ni. semalam last paper dia ambil. dulu aku lepas 3A jek. yang A tu pun BM1, BM2 dan Math jek. kuikuikui. harap-harap farah 5A la hendaknya. sebelum farah ambil UPSR tu cabaran dia adalah musim raya. risau aku tengok. orang raya dia raya. orang raya dia raya. orang raya dia ikut raya. study dia aku leh kira. hurmm..

dulu aku UPSR takde pun buku rujukan yang harga dia puluhan ringgit. malah seingat aku takde lah ape nama segala buku rujukan. sadis! aku hanya bergantung pada latihan yg cikgu bagi jek. oh! aku ada juga pergi tuisyen. tuisyen kat rumah cikgu lagi tau. masa tu kat hulu langat, selangor.

masa tu masya'allah aku selekeh nak mampus. hahaha. selekeh selekeh pun ada gak seorang teruna sama kelas dok minat kat aku. aku ingat lagi. kuikuikui. pakai tudung dulu bukan mcm tudung skrg. skrg shawl. eceh! ekeke.

eh! aku nak ke open house tokei kantin opis jap. oooo...patut la kantin tutup hari ni. rupanya nak bagi kami kami ni makan free.. cayang kak G...*time ni la baru nak sayang bagai..huhuhu

Thursday, September 23, 2010

Blog berwajah baru semperna raya!

jangan terkujat terkejut lak ngan blog aku yang berkaler baru nih.
pergh!! terangkan mata korang.
keh keh keh

















cantik tak? *tanya ala ala eric leong











errr...mata bengkak sebelah kanan ape ubatnyer? aduh!!

Tuesday, September 21, 2010

Farah UPSR

hari ni farah UPSR
good luck farah!!
kaklong doakan farah dapat 5A k

Monday, September 20, 2010

Cerita raya 2010

hye korang!! ^_^

dah lama dah aku tak update blog kan? huhuhu.. al-maklum le RAYA. bizi je memanjang..

sehari sebelum raya aku dah balik kampung kat segamat sana. kampung kat segamat tu kampung belah ibu aku. paling rapat la jugak. sampai-sampai je aku dah bizi. mana nak blen lada la, nak basuh pinggan la, nak dengar gosip mak mak sedara la, nak berbuka akhir ramadhan lagi, nak tengok sepupu main mercun lagi, tengok tv pun tak sempat..sampaikan iron baju pun kol 12 tengah malam. iron baju tu pulak bukan aku iron utk aku sorang..baju ibu, ayah, fitri, syafiq, farah, fadhil, aku. baju ijah biar dia iron sendiri..keh keh keh

hari raya pertama je aku dah sibuk nak salam salam keluarga, keluarga aku besar kat segamat ni. mana nak salam lagi, nak bagi duit raya kat sepupu la, mana nak makan lagi, nak berak pun, orang datang lagi la berduyun-duyun, masa tu juga la nak bluetooth bunyi sms kucing meow meow la.

begitulah hari-hari seterusnya..nama pun hari raya. kunjung sana kunjung sini. upload gambar kat facebook la pastu tag sepupu sepapat sume. raya ke-3 malam sempat lagi main bowling bersama sepupu. main bowling hari raya tu kira dah macam acara tahunan la pula. konon konon main bowling tu nak mengeratkan lagi lah silarurahim sesama sepupu. kehkehkeh.

seminggu aku cuti, semalam balik JB semula. nak atau tak nak, aku kena la juga balik ke JB semula. keje semula hari ni. sungguh tak sedap bila kena bangun pagi dan kena bersiap untuk pergi kerja. raya tahun ni aku dapat dua ringgit je. baik sungguh sedara tah belah mana aku dah tak ingat tu.. mak sedara yang lain kedekut nak bagi aku duit raya..wekk!

eh, raya korang amacam? sama tak bizi macam aku?? huhuhu..

Tuesday, September 7, 2010

Ucapan sebelum aku balik kampung!!


selamat hari raya tau korang
aku bizi la
nak abes kan keje sebelum raya ni
nanti backlog banyak pula
bila malam lak jiran tak on wifi
camne la aku nak online kan?
keh keh keh
maaf eh aku tak sempat nak melawat blog korang
balik kampung tu hati-hati tau
makan kuih raya dan ketupat rendang
jangan lupa kat liliyuli tau
huhuhu
nah flying kiss
muuaaahhhh!!
^_^

ni greeting card my team keje
lantak kau di situ aku sorang-sorang gadis
~agagaga~

Saturday, September 4, 2010

Acara berbuka puasa secara beregu


ye!
tajuk aktiviti tu aku bagi nama
'acara berbuka puasa secara beregu'
keh keh keh
dorang suka atau tak tajuk yang aku bagi tu, terpulang~
aku rasa doarang suka kot
sebab dorang sporting jek datang ke acara tu
thanks korang
jo tu dah banyak kali dah aku jumpa
slalu dah kuar dating ngan jo tu
si sha n si jana ni first time jumpa
seronok kenal dorang tu
hehehe
2 september 2010
angsana, jb


p/s: 2 september adalah bezday bos aku. En. Faiz hepi bezday yeah! semoga panjang umur dan murah rezeki

Thursday, September 2, 2010

Tu lah dia

bulan ramadhan tahun ni aku tak dapat title "kaklong of da year".
T_T
sebab
duit aku banyak dihabiskan untuk bayar booking flight
rm373.00
ke bali tahun hadapan 2011
aku dah lari bajet
raya tahun ni aku dok je la kat rumah diyam-diyam
T_T



tu lah dia
kalau dah kata dia
kata dia juga
nak pergi juga tu ke bali
-ibu

Wednesday, September 1, 2010

Al-kisah bazaar larkin

bazaar larkin #1

hari pertama puasa aku, ida, kakmaliana dan fiza pergi ke bazaar larkin sebab nak cari makanan untuk berbuka. pergh! ramai orang siot kat sana. macam2 jenis orang aku jumpa. bukan orang melayu je yg ada. bangsa lain pun ramai. ada masa kami melawan arus. ada masa kami ikut arus. bila kami melawan arus, aku folo belakang ida. bila kami ikut arus, aku potong jalan ida jalan depan dia. kehkehkeh. ouh ida, ko la penyelamat aku dari arus orang ramai yang lapar itu. wuwuwuwu~


bazaar larkin #2

nak beli nasi lemak kukus semahal rm6. kira punya kira, takpe, gaji dah nak dekat, leh cover lagi. kahkahkah. pilih punya pilih ayam, alih-alih mamat tukang jual tu pulak yang dok pilihkan ayam yang besar dan bungkus cermat-cermat untuk aku. ape kes? adakah service five star? kehkehkeh. fiza dan kakmaliana kata serentak "tak sia-sia liliyuli pakai liptik kan dah dapat layanan baik punya". free free aku kena bahan. cis!


**liptik adalah sebutan manja manja bagi lipstik..ngehngehngeh

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka ke-53

semalam semasa najib berhujah pasal kemerdekaan ke 53, aku snap gambar dia. kehkehkeh.
yang paling aku ingat najib kata, di malaysia ni lah tempat kita mencari rezeki, tempat berlindung, tempat mencari kebahagiaan...


 satu malaysia menjana transformasi


kibarkanlah bendera malaysia kita

merdeka! merdeka! merdeka!

salam merdeka buat kawan-kawan blogspot yang follow blog saya..tq

Monday, August 30, 2010

NUR EHSAN

jumaat, 27 Ogos 2010.

pertama kali aku ke pusat jagaan warga emas. PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN. di kempas, JB. program berbuka puasa bersama mereka anjuran syarikat tempat aku bekerja.

sesampai je di sana, aku lihat ramai orang tua yang sakit. nak bangun pun tak larat. ramai juga yang sudah nyanyuk, gelagat dah macam baby. sayu hati aku melihat dorang yang ditinggalkan oleh anak dorang. sampai hati anak-anak dorang kan? tau la nasib anak-anak dorang tu nanti..akan ada balasan!

aku nak cite sikit pasal ada warga emas sepasang suami isteri ni, aku lihat begitu romantik walaupun dah tua dan sakit. si suami menyuap si isteri makan walaupun si suami sendiri sakit. mempunyai anak sorang lelaki sorang perempuan. ditinggalkan begitu saje sehingga terlantar sakit di rumah. sungguh kejam itu anak! jiran yang menghantar ke hospital dan NUR EHSAN yang ambil dorang dan jaga sehingga ke hari ini.

cite kedua aku, ada sorang nenek ni, dia pakai bedak kepuh di muka. tup! tup! aku teringatkan pada arwah tokmak aku yang suka pakai bedak kepuh-kepuh di muka. (kat johor ni nenek di panggil tokmak/tok ibu/tok wan). aku pergi dekat, cuba bermesra. aku ambilkan seketol buah pisang aku beri kepada dia. dia ambil dan menghulur semula pada aku. suruh kupaskan kulit pisang itu. ye, dia orang tua yang sudah nyanyuk dan macam budak umur 2 tahun. sesambil aku kupaskan kulit pisang itu aku menahan sebak di dada bercampur geram. aku geram pada anak nenek itu yang sanggup menghantar ke rumah orang tua. bila aku bercakap-cakap dengan nenek itu, nenek itu menongkat dagu dan senyum kepada aku. begitu comel sekali. sekali lagi nenek itu buat aku sebak di dada. sayu!

p/s: semua orang tahu syurga di bawah telapak kaki ibu. derhaka kepada ibu bapa tahu lah tuhan nak bagi balasan ape. korang paham tak ape aku ceritakan tu? kah kah kah. aku tak reti nak bercerita panjang-panjang. semua entry aku sebelum ni sume pendek-pendek jek.. kang lagi panjang entry aku kang berbelit lak aku bercerita. kah kah kah. sampai sini je la aku tulis pengalaman aku pergi melawat warga emas di NUR EHSAN sana. kalau ada kesempatan aku nak pergi lagi melawat. "nanti datang lagi ye nak"- atok. aku sebak lagi!!

JANGAN HANTAR IBU BAPA KE RUMAH ORANG TUA, JAGALAH MEREKA SEPERTI MANA MEREKA MENJAGA KITA SEMASA KITA KECIL DAHULU!

Tuesday, August 24, 2010

Pertama kali bertentang mata


pertama kali bertentang mata
hatiku berdebar
dup! dup! dup!
..kehkehkeh..
sukaaaaaaaaaa!

niat nak berjumpa Shahir AF8 termakbul. sukaaaaaaaaaaa!! Shahir ni pemalu orangnyer. sama la macam saya..hehehe. sepadan kan saya ngan shahir...kan..kan.. wuwuwuwu~
lepas ni harap-harap dapat jumpa lagi. huhuhu..

Monday, August 23, 2010

PERSOALAN HUKUM BERKAITAN PERUBATAN


saya kongsi......................................................untuk korang my friend

klik gambar bagi besar punya..kehkehkeh

PERSOALAN HUKUM MENGENAI MANDI WAJIB


p/s: soalan tu bukan aku yg tanya okeh. aku lom kawen lagi. harap maklum. just nak share jek.


sila klik gambar untuk tumbesaran serta kejelasan text~

Thursday, August 19, 2010

Salam ramadhan






salam ramadhan dari aku ^_^
hari ni ramadhan yang ke-9
semoga ramadhan ini ramadhan yang indah
aku pun tak paham kenapa aku senyum macam tu dalam gambar...hahaha!
korang nampak tak muka aku tu bercahaya selepas amek wuduk..ahaks!

PERSOALAN HUKUM MENGENAI TERTELAN AIR LIUR


dulu masa aku kecik-kecik asyik la meludah buang air liur sebab tak reti nak kawal air liur yg ada dlm mulut bila time puasa, takut terbatal puasa la katakan. hahaha!

sekarang tak lagi sebab aku dah besar...sebagai wanita. eceh!
hahaha!

korang macam aku juga kan masa kecik-kecik dulu, baik ngaku...hahaha!

p/s: soalan tu bukan aku yang tanya okeh..aku petik dari emel syarikat jek..untuk dikongsi bersama.

PERSOALAN HUKUM MENGENAI MERASA MAKANAN YANG DI MASAK



ada ke lelaki macam tu punya cerewet?? ish..ish..

Wednesday, August 18, 2010

Sesi jumpa kawan sekolah di fb

malam ni aku tak pasang lagu bola-bola api kat lappy aku ni. huhuhu..
malam ni aku sibuk add kawan-kawan sekolah menengah dulu kat facebook..

hari ni baru terhegeh-hegeh aku nak add semua kawan sekolah aku tu dulu..huhuhu
kawan-kawan yang lain sume dah add antara satu dgn yg lain..

aku bukan nak menyombong sebelum ni. aku just segan jek.
kalau nak tahu, aku ni dulu lain...sekarang dah lain...huhuhu

dulu aku comot+sunburn..wakaka!
korang comot+sunburn jugak?

ehee..

PERSOALAN HUKUM MENGENAI TERTELAN BAKI MAKANAN




pengetahuan bersama

Tuesday, August 17, 2010

Baru seminggu puasa

as salam..

baru seminggu kita berpuasa dan berbuka puasa. baru seminggu!! tapi kenapa kat pasaraya dah ada orang buka lagu raya?  kenapa? dah tak sabar sangat ke? bukan ke keghairahan berpuasa baru je nak bermula?

kat radio nasib baik tak pasang lagi lagu raya. selalunya lagu raya akan berkumandang bila di pertengahan ramadhan atau seminggu nak raya. barulah betul cara tu..

tengok aku. pasang lagu bola-bola api(paling comel) nyanyian arwah achik spin ngan siti nordiana. barulah semangat nak berpuasa esok. eh? puasa ke aku ni esok? wakaka!

Thursday, August 12, 2010

Wednesday, August 11, 2010

Sambutan awal ramadhan

salam ramadhan rakan-rakan sekalian,

selamat sehari puasa kita pada hari ini. hari ni awal ramadhan negeri johor sambut dengan cuti. best!


hihihi.. betapa bestnyer aku cuti sampai kat facebook aku dok pung pang..kehkehkeh. korang2 yang tak dok kat johor sila jeles. hehehe. astagfirullahalazim...bulan ramadhan ni wahai liliyuli. jangan asyik nak mendengki orang jek..

bulan ramadhan tahun lepas, aku dapat pegang title ' kaklong of da year ' dan aku jadi ninja seminggu gara-gara bulan mengambang. hihihi. tahun ini? aku niat nak memantapkan lagi sahsiah diri, nak jaga solat, nak jaga percakapan, nak sopan sutun santun, rajin, berdikari, dan nak menten kiut.

p/s: ape itu title kaklong of da year dan ninja? sila rujuk entry ramadhan tahun lepas..terima kasih. ^_^


hari ni aku berbuka dgn air tebu..korang minum air ape?

Tuesday, August 10, 2010

Esok awal Ramadhan

esok dah 1 ramadhan
gembira pun ada
berdebar pun ada
berdebik tak ada

jika aku kelihatan cergas
jangan tanya mengapa
honey apple jawab aku
sedap, sihat, segar!

Monday, August 9, 2010

Khasiat cuka epal

Halal Haram Cuka Epal
Soalan : Saya ada membaca tentang kebaikan apple cider vinegar. adakah ianya halal diminum?
Jawapan :Setakat ini pihak kami mendapat tahu ianya adalah cuka yang dibuat dari buah epal dan ianya halal diminum kerana pembuatannya bukan bermaksud untuk pembuatan arak dan ia tidak mengandungi alkohol. Ia juga mempunyai khasiat perubatan yang tertentu seperti sakit sendi dan sebagainya.

Sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf

Antara Khasiat Cuka Epal :
* Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.

* Melindungi organ hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.

* Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid dalam badan.

* Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.

* Memecahkan molekul lemak dan secara tidak lansung membantu proses penurunan berat badan.

* Memperbaiki masalah sistem kencing.

* Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing
 
mesti tahu! sila klik link ini--> http://www.honeyapple3.com/ 
 
jika berminat honey apple 3
orang johor sila cari saya.
orang melaka/ n.sembilan sila cari ayah saya.
 
^_^
 
 
sedap! sihat! segar!
 

Saturday, August 7, 2010

Enam hari......

hai u all

selamat hari sabtu ^_^

aku kat opis ni..buat ot.

alaaaa...korang jangan ar buat muka hampeh. saje je nak bagi tahu sebab sepanjang aku bekerja kat jb ni, baru hari ni la aku buat ot hari sabtu. hikhikhik.

ok, semua semua ucap pada saya selamat bekerja ye!

semangat bekerja ni aku =P

Friday, August 6, 2010

Jawapan saya, esok. boleh gitu?

orang a : bila nak kawin?

orang b : bila nak kawin?


orang c : bila nak kawin?


orang d : bila nak kawin?


orang e : bila nak kawin?


orang f : bila nak kawin?


orang g : bila nak kawin?


orang h : bila nak kawin?


orang i : bila nak kawin?


orang j : bila nak kawin?


orang k : bila nak kawin?


orang l : bila nak kawin?


orang m : bila nak kawin?


orang n : bila nak kawin?
 
orang o : bila nak kawin?




orang p : bila nak kawin?

orang q : bila nak kawin?


orang r : bila nak kawin?


orang s : bila nak kawin?


orang t : bila nak kawin?


orang u : bila nak kawin?


orang v : bila nak kawin?


orang w : bila nak kawin?


orang x : bila nak kawin?


orang y : bila nak kawin?
 
orang z : bila nak kawin?





korang tak nak tanya gak ke? heh.

Thursday, August 5, 2010

Jikalau pelangi itu selalu ada..

ada kawan opis aku ni. dia ternampak aku baca blog. bukan blog aku. blog sape tah masa tu aku baca. tetiber dia buat satu teka-teki.

" kalau liliyuli dah ada boyfriend, masih lagi ke liliyuli berblog? "


hahaha! soalan ape tu wei? tapi aku buat cool seperti selalu.. nak tahu jawapan aku?

" teruskan je la, ape masalahnyer? " eh! aku tanya dia balik pulak....hahaha

err..korang percaya tak ngan jawapan aku tu? kawan opis aku tu percaya sudaa....hahaha!

Aku cakap je rindu tapi tak pun...ego seorang kawan..hahaha

tetiba terrindu pula sama itu hosmet masa zaman kolej dulu..

tup! tup! teringat terus part kejam masing-masing.

part tarik-tarik tuala selepas member selesai mandi. hahaha!

masing-masing nyaris-nyaris terb**el. nyaris-nyaris jek. masih boleh diselamatkan lagi. hahaha.

balas-balas tepuk t**ek selalu..hahaha. perangai cilakak masing-masing..hahaha!

-->ain aziz, nad, anith, leeya, aku<--

**nama ikut susunan tempat tidur di ruang tamu..hahaha!

Wednesday, August 4, 2010

Demam yang tercampak

hari minggu hari tu kan aku balik kampung kan.. tengok-tengok farah rupanya kena ayam pop. ciken pop lah. hahah..atau bahasa melayunya ialah demam campak. nak tahu lebih-lebih info pasal demam campak, sila google sendiri ye abang-abang kakak-kakak..huhuhu.

aku dah kena dah demam campak tu masa darjah empat kot. entah la, yang pasti aku dah pernah kena. so, aku balik kampung hari tu aku tak perlu risau untuk berjangkit. menurun kata orang tua-tua, demam campak ni hanya kena sekali je seumur hidup. nak tahu kepastian lebih tepat, sila rujuk pada pakar doktor sana.

teringat aku masa kena demam campak tu dulu. semua terbatas. tak leh makan telur, tak leh makan ayam, tak leh makan nasi kicap. tu baru dari segi pemakanan.. main hujan pun tak leh, main tangkap berudu lagi lah tak leh, main tangkap pepatung pun tak leh, panjat pokok pelam pun tak leh. masa tu kena duduk dalam rumah je. soooo, bosan!

dulu, masa kecik aku tengok berudu tersangatlah comel. siap tangkap pakai tangan. sekarang, aku tersangatlah geli pada berudu. nak tengok pun tak lalu. eeeuuuuuu!!

Tuesday, August 3, 2010

Satu tak cukup la weh!

3:43 AM

02/08/2010

sms masuk ke panglima~

sahabat blogger si pari-pari syurga rupanya yang msg. kata dia, dia telah selamat melahirkan seorang anak lelaki jam 12:01 bersamaan 02/08/2010.

tahniah beb. aku tumpang gumbira!!


puisi khas untuk pari-pari syurga..

hanim telah menjadi ibu yang bersahaja,
semoga keluarga bahagia selalu sampai tua,
jadilah ibu kepada beberapa orang anak lagi la,
sekarang pun aku tengok hanim dah macam anak lima.





^_^

Friday, July 30, 2010

Rindu situasi itu..

turun dari bas..

aku mencari kereta ayah. mencari tanpa bantuan cermin mata. aku rabun ayam. aku bukan pinjam mata ayam okey. maksud aku, mata aku ni banyak silau, senang cerita aku ni rabun.

toleh kiri, toleh kanan. aku tak jumpa jumpa kereta ayah yang mana satu. ayah dapat mengesan kepayahan aku mencari nombor plat pesona beliau. ayah punya idea. ayah pasang lampu kecemasan dan farah serta fadhil akan melambai-lambai bagai nak giler supaya aku perasan keunikan situasi itu..hahaha!

jap lagi nak balik tampin. bas jam enam petang. horeyy!!

aku rindu keunikan situasi itu....hahaha!

doakan aku selamat pergi dan balik yek! mekasehhh!

p/s: maaf ye kawan-kawan, aku tak sempat la nak drop komen kat korang punya blog. minta maaf sangat-sangat-sangat-sangat! nah flying kiss....muuuaahhhhhhhhh!!!

^_^

Thursday, July 29, 2010

Tenaga extra

cerita pasal kastel..

aku kan ajk prasarana sukan batminton. dua hari aku meluangkan masa aku untuk menumpukan sepenuhnya perhatian aku terhadap sukan batminton itu. dari situ juga la aku belajar seba sedikit tektik teknik smash padu. bukan tu je. bah kan cara pemakaian dorang(rasa-rasa korang, dorang pakai tak bra sport?), jenis rekett dorang, cara gelak dorang, cara senyum dorang, cara sokongan dorang, jenis kasut dorang. paling aku ingat skali, bekalan makanan dorang. begitu rare skali. negeri mana aku tak mahu sebut.

bekalan buah pisang!

pisang memberi tenaga extra untuk mencapai kejayaan!

itu rahsia pemain sukan batminton.

jom beli pisang!! hahaha..

Wednesday, July 28, 2010

Suriram...suuuuriram ram ram...

ehem...ehemm...

huhuhu..hai korang! lama dah aku tak update kan? kan? berapa hari ek? akak bizi la nyah. tetiber korang jadi nyah ni apsal?? hahaha..

aku bizi ngan sukan syarikat. tahun ni tahun negeri johor jadi tuan rumah. ok ok aku bukan atlit. aku hanya ajk sahaja. ajk jalan-jalan cari makan. wakakaka! takde lah, aku jadi ajk prasarana sukan batminton.

nak bagitahu korang ni. sukan tahunan syarikat aku bertajuk KASTEL. ape itu kastel? lu pikirlah sendiri.. asah minda anda..tetiber..hahaha!

okey lah, akhir kata dari saya (ber-saya pulak)
majulah sukan untuk negara...assalamualaikum!

Tuesday, July 20, 2010

Nak tembak burung di langit kena ada lesen?

hujan renyai-renyai. becak itu sudah pasti. niat asal harus diteruskan juga. jadual aktiviti telah dirancang seperti yang ditetapkan. baju askar kelihatan sana sini. senapang m-16 tersusun kemas di suatu sudut. mahu menembak sasaran iaitu piring~

alamak!

ape lagi ek aku nak cakapkan yang aku pergi menembak hari ahad 18 Julai 2010 hari tu. huhuhu..

aku dapat dua piala menembak. piala menembak perseorangan aku dapat tempat ke empatbelas daripada duapuluhempat orang. piala menembak berkumpulan pula, aku dapat JOHAN. sila kagum sama aku! =P

-kem TLDM Tanjung Pengelih Johor-

p/s: menembak itu best. try la weh!

**UPDATE: JANGAN TERPEDAYA DENGAN TAJUK ENTRY.  SEBENARNYA BERKISAHKAN PERTANDINGAN LATIHAN MENEMBAK PIRING BUKAN BURUNG. HAHAHA!!

Monday, July 19, 2010

Gambar hilang!

Fine!

gambar aku sudah di-delete oleh aku sendiri dan sekarang tiada gambar itu lagi. ingatkan gambar dah di sent to destop. cilakak! folder tu jadi images-shortcut then aku terus delete gambar yang ada dalam henpon. pergi balik ke folder tu....pun ter-delete sama. aku tak perasan folder tu jadi macam tu. cari balik kat recycle bin pun takde. sekarang aku sakit hati pada kesengalan diri sendiri.

baru nak belagak ngan kengkawan aku dapat piala menembak semalam. baru nak share kat facebook. ye! semalam aku pergi menembak guna M-16 sekali lagi. nanti aku buat entry pasal tu..tunggu!

nak tidur la..nak cari ilham macam mana nak cari balik gambar yang telah di-delete oleh aku. mungkin ada backup lagi kot..korang tahu tak macam mana nak cari? T_T

Saturday, July 17, 2010

Conteng-conteng

aku tak tahu nak tulis ape. konon nak tulis cerita gembira tapi hati aku tak macam tu. konon nak tulis cerita lawak idea pula tak mari. konon nak tulis cerita menyayat hati kang kata aku tiru cerita drama pula kang. penat aku pasang lagu sedih kuat kuat konon nak buat cerita nasib aku tak de pakwe lagi, tak juga nak kencang idea tu. ape kata korang bagi aku tajuk entry nanti aku merepek di situ. huhuhu! nak senang je liliyuli ni kan? kuikuikui..

okeylah kawan-kawan. aku nak tidur dulu lah..selamat malam!

muahhhhh!!! *sambutlah flying kiss aku tu dengan nafas segar ni baru gosok gigi**

^_^

Thursday, July 15, 2010

Intro latihan batminton

petang tadi aku main batminton bersama rakan opis tidak jauh dari rumah. lepas ni aku nak selalu training batminton lah. tadi aku pinjam batminton rekett encik abdul. best siot dia punya batminton  rekett. ringan! mahal tuuuuuuuuu..

nanti nak beli la batminton rekett satu. nak beli yang paling ringan. nak beli bra sport juga. nanti tak de la lantunan berlebihan. eceh! perasan saiz cup 36B. hahahaha!

kasut pun nak kena beli juga ni. kasut dah rabak je aku tengok tadi tapi aku pakai juga sebab aku dah takde kasut lain. sian kan aku? uhuks!

kalau selalu berlatih main batminton, lama-lama nanti aku akan terer main la kan? peluh pun kuar jurai-jurai kat ketiak. tu tandanya ketiak aku sihat! hahaha!!

Wednesday, July 14, 2010

Kasut tumit tinggi

aku ada kasut tumit tinggi. paling tinggi antara kasut aku yang lain. awal bulan hari tu baru beli. vouge kasut tu. sebab tu la aku beli..eceh! *wink**

tapi yang aku mushkil sekarang ni. apsal aku baru pakai kasut tu buat hal? kasut tu tak suka kat aku ke? bongok ah kasut tu! cis! cis!

tak sampai pun sehari tau aku pakai. tapak kat heel tu tercabut. hantar ke kedai balik pegi minta tukar kasut baru. tapi takde saiz kaki aku lagi. tu yang last. cilakak betul la kedai tu. dipendekkan cerita. tokei kedai tu just betulkan kasut aku tu.

esok pakai lagi kasut tu. baru pakai sekejap. tercabut lagi tapak heel tu. kuang ajaq la tu. kannn? hahaha..
apsal eh? kasut tu tak suka aku ke? tau la aku tak reti pakai kasut tumit tinggi..cis!!

Tuesday, July 13, 2010

Perut oh perut kenapa engkau sakit?

sakit perutttttttttttttttttttttttttt!!
arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!

aku tak curi minum 'teh orang kampung' rumet punya.
aku tak makan makanan yang pelik-pelik.
aku tak makan rumput.
aku tak minum air paip.

tapi kenapa aku sakit perut ni? korang ada petua nak hilangkan sakit perut?

Monday, July 12, 2010

Berakhir sudah piala dunia

semalam berakhirnya piala dunia 2010. kehidupan kembali normal semula. semalam aku terkilan tak dapat nak tengok perlawanan akhir sebab nak tengok bola tengah malam tak ada geng. siap set alarm jam 2.30am. tidur awal jam 10pm. lampu bilik dibiarkan terbuka. konon nak bangun semula dan tengok perlawanan akhir piala dunia itu. tapi niat itu dimatikan dengan mematikan bunyi alarm dan tutup lampu bilik. ye la..nak tengok bola sorang-sorang aku, mana best beb. tah tah nanti tivi yang tengok aku. huhuhu. ajak hosmet tengok, sume tak mahu. haih! sape sokong spain semalam, suka la tu. tahniah spain. oh! ada satu lagi aku terkilan semasa demam piala dunia tu. vuvuzela aku tak dapat nak miliki...adeh! hampa..

Friday, July 9, 2010

Keychain bear kiut

kebanyakkan para gadis suka pada benda yang nampak kiut. keychain henpon contohnya. pelbagai bentuk keychain yang ada di pasaran yang berdekatan mahupun yang berjauhan. tapi....

ada juga tu lelaki yang ada halkum pakai juga keychain kat henpon tu. bila ditanya kenapa pakai.

" dah orang bagi, pakai je la. jeles la tu. nak ke? " - lelaki ada halkum

" no need la. tak rock la brader " - aku

heh. aku rasa mesti awek dia yang bagi tu. kalau awek dia yang bagi tu nape dia bagi keychain bear kiut? benda lain kan leh bagi. atau dia nak pakwe dia nampak kiut? hahaha. adoiyai..macam-macam. kalau tak silap. adik aku yang lelaki tu ada juga kot keychain bear kiut kat henpon dia. mesti awek dia juga yang bagi tu. adoiyai...takleh bla siot. budak U zaman sekarang ni memang pesen gitu ke wei? kihkihkih.

lantak la korang. yang pasti kalau aku nampak LELAKI yang ada keychain bear kiut kat henpon dia. aku akan gelak besar. HAHAHA! macam tu. sorry to say la.

nanti bila lelaki yang ada keychain bear henpon kiut ni dah ada anak. korang cerita la balik. " dulu ayah gantung kat henpon keychain bear kiut..kiut kan ayah? ".

Thursday, July 8, 2010

Seorang brader

ada seorang brader ni. tinggi, macho, smart, dan hitam manis. hussein bukan nama sebenar.

macam bagus sangat!!

menyampah aku.


sekian..

Wednesday, July 7, 2010

Vuvuzela

terasa macam nak memiliki vuvuzela. sape tak tahu vuvuzela tu apemende meh klik <sini>. sementara cerita bola dah nak hujung-hujung ni tapi belum habis lagi. baik aku beli cepat-cepat kan? eh? tapi nak buat ape vuvuzela tu padahal aku tak tengok bola. hahaha.



tapi aku nak gak vuvuzela~


ok kan??

Tuesday, July 6, 2010

Kipas kecil berdiri

bila tekan ke level 3 angin bertiup kencang ke muka dan rambut pun menerbang bak lambaian manja. itu terjadi bila kipas tu baru basuh dia punya cover. terasa angin suci menerjah ke pipi. syahdu!

bila dibiarkan selama sebulan. tak perlu nak cukupkan setahun. sebulan je dah cukup penuh segala gumpalan habuk. mana datang habuk tu pun aku tak tahu. habuk tu memang dengki sama aku. takleh nak tengok aku senang sikit.

bila tekan ke level 3 angin bertiup mendayu-dayu ke muka dan rambut pun menerbang bak lambaian tak bermaya. itu terjadi bila kipas tu dah lama tak basuh dia punya cover. terasa angin kotaraya menerjah ke pipi. terharu!


weeken nantilah aku basuh! ehee..

Saturday, July 3, 2010

DIET~

sejak akhir-akhir ini feeling makan macam tak makan seminggu aku semakin merosot. puasa ganti tak juga habis cepat. panahan mahu menahan makan banyak masih kuat. aku harus guna sebaik mungkin kata-kata aku di facebook iaitu DIET~

nasi aku suap hanya sedikit. kuantiti lauk sayur yang banyak diperlukan sehabis mungkin. jika sebelum ini sayur hanya sekali telan untuk buat cukup syarat sudah memadai. tapi tidak sekarang kerana hanya satu perkataan aku mahu DIET~

dalam pemakanan yang seimbang aku ini. tidak lupa kepada zat protien yang dikasihi. jika sebelum ini ayam, esok ayam lusa ayam tulat ayam. kini, seminggu sekali je kunyah ayam. ini semua kerana DIET~

kenapa bila aku sebut aku menahan makan banyak. orang semacam tak percaya? kenapa? aku tak mahu 47 la..aku mahu 45 la. sekian saja entry kali ini kerana aku DIET~

Friday, July 2, 2010

Budak praktikal unit complaint

" kenapa penggali kubur tak gali kubur pakai selipar? " - budak praktikal.

" sebab dia pakai cangkul " - aku jawab.

teka-teki tu olskool la weh..hehehe. tapi tak pe. cubaan untuk bergurau senda dengan kami di opis ni amat dialu-alukan. janganlah senyap seribu bahasa ye dik. hikhikhik.. budak praktikal yang bagi teka-teki lapuk tu lelaki. umur 21 atau 22 kot. baru seminggu lebih dia praktikal di sini.

ouh! jangan bagitahu dia yang aku buat entry kali ni pasal dia eh.. hikhikhik. auw! tetibe~

Thursday, July 1, 2010

Jodoh ditentukan atau dicari?

pakcik (bapa saudara belah ibu adik-beradik kandung) dari JB berpindah ke Seremban pada 27/6/2010. aku, ayah, ibu, farah dan fadhil pergi jalan-jalan melawat ke tempat kejadian. sesampai kami di sana, barang isi rumah semua telah siap di bawa masuk. aku menghembuskan nafas lega sebab aku tak payah bersusah payah untuk itu dan pandangan ku sarat sebab barang itu belum siap disusun.

dalam perbualan ibu dan pakcik, tiba-tiba je pakcik petik nama aku. ouh! tidak. pakcik mahu menjodohkan aku dengan rakan pejabat dia. aku tak terkata apa. ibu ada juga pesan pada pakcik, biar aku berkawan dahulu supaya dapat tahu serasi atau tidak nanti. kalau hensem macam anuar zain aku no hal. agagaga~

ibu risau sungguh jika aku kata cinta is kosong. ibu nak sangat dah menantu. ape kes? aku muda lagi pe? relax2 je sudah~~~~


haru~

Wednesday, June 30, 2010

Mana pergi liliyuli dua tiga pat hari ni?

fuh! jumaat,sabtu,ahad,isnin,selasa....tak ada entry di Melodiku..
ada yang rindu tak? kalau takde takpe. ai kecewa..huhuhu.
aku blogger pun saje je suka-suka..takde hal lah ada orang rindu atau tak kan..

maaf, aku terlalu sibuk dengan kehidupan yang entah hape-hape. perasaan cinta is kosong. perasaan untuk berdiet amat mendalam sebab aku berjaya makan nasi suku polistrin. ayam aku tak telan. semoga kagum sama aku. hari minggu lepas balik kampung. isnin aku cuti. semalam sibuk tahap nak kencing pun kena tahan-tahan.

aku tak komen kat entry korang tu harap maaf ye..tak sempat la nak jalan-jalan kat blog korang. bukan sombong bukan anggap diri diva ke ape, cuma aku tak berkesempatan. nak jengah blog sendiri pun hanya satu minit 25 saat sahaja. sadis kan?

Thursday, June 24, 2010

Ganti puasa

puasa pertama kali selepas bulan ramadhan tahun lepas membuat aku tidak bermaya sehebat adamaya. hari ini hari pertama aku lakukan ganti puasa. terpaksa ganti sebab bulan mengambang ada di bulan ramadhan tahun lepas. bila bulan mengambang aku terpaksa makan di bulan ramadhan. jika aku tidak makan, maka nanti aku tidak menjadi manusia yang tidak normal. jika tidak makan aku akan bertukar kaler ijau. sape nak jawab? agagaga~

hebat tak hebat hari ini, walaupun aku pening kepala ala-ala pening lalat. aku gagahi jua dengan buat-buat takde pape walhal mulut ni asyik je sebut pening lah! keje seperti biasa. banyak menimbun. hari ini aku taknak cerita pasal kerja aku yang aku buat sebab terpaksa ni. walaupun banyak, aku akan buat buat macam tak banyak walaupun kena clearkan segala yang menimbun.

berbalik pada topik asal tadi. puasa aku hari ini diberi dugaan dengan opismate makan McD yang mereka order secara online dan akan dihantar segera. menangkap siot bau sedap makanan McD itu. tapi aku buat buat tak tahu saje, konon.

ada 6 hari lagi nak kena ganti ni. bagi gegirl, korang dah abes ke ganti weh? bagi boboy pula, korang ada ke ganti puasa macam kami yang gegirl ni? hehehe..

Wednesday, June 23, 2010

Whoa!

time skrg masih di opis,

80% unit complaint, 20% unit ISI(unit sebelum ni). unit complaint di aras G. unit ISI di aras dua.

naik..turun..naik..turun..

cuba bayangkan!


pergh!!!


kurus nanti aku~


Tuesday, June 22, 2010

Penjara Pudu dirobohkan sebab nak buat jalan

hari ini adalah hari ke-dua aktiviti merobohkan penjara pudu. sejarah tinggal sejarah. lepas ni, anak cucu kita yang mendatang dah tak kenal dah dan tak tahu dah ape itu penjara pudu.

kalau dari hari tu lagi dah tahu penjara tu dah nak dirobohkan. nak je aku tangkap-tangkap gambar kat situ. lantak lah orang nak kata ape pun. dorang yang cakap cakap tu mana tahu ape itu sejarah.

kalau dalam buku sekolah tingkatan 3 masuk cerita pasal penjara pudu kira okey lah ada lah juga untuk dikenang. ataupun pengetahuan pasal penjara pudu tu untuk generasi akan datang. ah! malas aku nak cakap panjang-panjang pasal sejarah. sah sah buku sejarah aku dulu malas nak baca. hikhikhik..

Monday, June 21, 2010

Cilok sana cilok sini

malam ni takde ape yang hendah dibuatkan selain makan malam, borak dengan hosmet, tengok tivi ala kadar, mandi, basuh pinggan selepas makan tadi, kalau sakit perut selepas makan aku ke jamban. begitu la sehari-hari aku di waktu malam selepas opis hour.

tapi, malam semalam tak sama. sebelum itu aku nak bagitahu weekend hari tu aku bercuti 2 hari satu malam di villa maktih aku kat taman anggerik, kempas. semalam, aku nak pulang semula ke taman sri tebrau ni sepupu aku yang hantarkan. nama dia, aman. memang bukan nama sebenar. dia lelaki yang boleh dibuat jadi bonzer aku. sekali dia debik orang tu terus pengsan tau.

aku ambil keputusan tak mau paktih dan maktih disusahkan dengan menghantar aku pulang. aku minta pertolongan aman. aman menghantar aku pulang dengan motorsikal. motosikal tu nama ape aku pun tak tahu. aku pakai bonceng aje. tak pernah-pernah aku naik motor di sekitar JB. memang seronok! rasa nak naik lagi je. cilok sana cilok sini. kiri kanan aku ada kereta. berulang-ulang tanpa segan akhirnya sampai ke rumah aku.

best! rasa nak naik lagi. okey! kepada bakal suami aku.. harap kamu ada motorsikal besar ye..huhuhu

p/s: maaf ending aku begitu..aku tak tahu nak tamatkan bagaimana..hehehe

Saturday, June 19, 2010

Mesin basuh ku

susah juga bila sampai masa nak basuh baju, mesin basuh yang aku lupa nak bagi nama buat hal. kali pertama dia ok. kali de dua ke tiga dan ke sepuluh pada masa yang sama dia tak mahu ok. puas aku bagi kata-kata hikmah kat dia. bagi tenaga aura sikit. pujuk memujuk. rayu merayu. pun tak jalan. tak makan saman punya mesin. syhhhhh! ni senyap senyap je aku luahkan kat sini. bukan ape. aku tak nak bagi dia dengar je. kang dia majok langsung tak nak kawan ngan aku langsung dia membisukan diri langsung tak nak bekerjasama membasuh baju aku seterusnya.

usia mesin basuh tu dua tahun lebih dan aku dah lupa bila tarikh birthday dia. usia dia pun aku main agak agak saje. mau saje aku mencari pengganti dirinya. tetapi aku tak sampai hati. dia dah banyak berjasa pada aku dan kawan-kawan aku yang aku anggap dorang hosmet aku. sebab dia lah hidup aku berubah. mana taknya, dulu masa study aku basuh baju pakai tangan bergandingan dengan berus. adanya dia, aku basuh baju pakai tangan hanya campak-campak baju ke dalam perut dia je. begitu mudah dan efisyen skali.

soalan di sini...haruskah aku cari pengganti yang baru?

Friday, June 18, 2010

Tiga tahun sudah

masa mula-mula lapor diri dulu. fresh. kurus, baru abes diploma, muka sweet seventeen, inosen, ala kadar, bangga dapat kerja, bla..bla..bla..

hari ini, genap 3 tahun bekerja di syarikat suruh lariskan streamyx ni. kagum aku sebab leh bertahan. ibu banyak kali suruh aku keluar dari syarikat suruh lariskan streamyx ni ke goverment. seribu alasan aku cipta. ehee..

dan, dalam tempoh tiga tahun ini lah juga aku sudah tukar ke tiga unit yang berlainan dalam department yang sama. takpe lah, aku anggap itu satu cabaran dalam hidup selagi aku mampu buat sebaik mungkin. chaiyok liliyuli chaiyok!!

kepada batch 18 JUN 2007...HAPPY ANNIVERSARY!!