Thursday, May 19, 2011

Tips jadi pengapit pengantin

hai, nak jadi pengapit? first time ke? hehehe..

aku dah jadi dah pengapit pada bulan tiga hari tu. first time juga tu. atas desakkan pengatin sebanyak beberapa kali, aku pun bersetuju jugalah. Pengantin tu kawan kolej aku, dia kawin itu hari bertarikh 12/3/2011 (nikah), 13/3/2011(sanding,rumah) & 19/3/2011(sanding,dewan). semua aku pulun habis jadi pengapit. hehehe.

memandangkan aku dah ada pengalaman jadi pengapit, aku share kat korang pula ye. pengapit perempuan dan lelaki lebih kurang sama je..

Tips jadi pengapit pengantin

1. cari ilmu
- maksud kat sini adalah baca tips kat blog ini. hehehe. selain itu, harus bertanya dengan orang yang pernah jadi pengapit sebelum anda. mana tahu pengalaman mereka lain dari tips yang aku bagi ni. setiap orang lain-lain dia punya pengalaman jadi pengapit.

2. cari baju
- kalau pengantin kata dia sponsor baju pengapit, jangan lupa tanya dah carikan atau belum. kalau belum tu faham-faham sendiri la ye, kena la cari. pandai-pandai korang la nak tempah atau nak beli siap je kat kedai baju. bagi yang pengapit tak sponsor tu, nasib korang la. huhuhu. baju aku disponsor tau. lalala..

3. harus ikut tema
- tanya pengantin tu, tema warna apa. pengapit dan pengantin harus berbincang atau ikut sahaja kehendak pengantin baju pengapit warna apa yang dia nak sebab itu adalah majlis pengantin. ape yang penting adalah harus sedondon antara pengapit lelaki dan perempuan supaya cantik dalam gambar nanti.

4. kerjasama antara pengapit
- ini perlu kerana masa korang jadi pengapit nanti korang akan saling ingat-mengingati. satu contoh eh aku nak bagi ni; selepas acara merenjis kot kot la korang terlupa nak bagi bunga telur kepada si perenjis, pengapit yang satu lagi tu akan ingatkan kat korang atau dia yang akan bantu korang bagi bunga telur. betul, masa korang jadi pengapit nanti kan korang akan cuak juga sama macam pengantin tu jugak...hahaha.

5. make up
- bagi pengapit perempuan terutamanya, korang jangan nak over mekap ye. mekap biar nampak natural bukan mekap macam nak pergi dinner atau nak pergi buat persembahan tarian. pengapit lelaki bubuh bedak je sudah le.. nak calit sikit gincu warna pink pun okey jek, manalah tahu ada jemputan majlis tu nanti tergeram dengan mulut anda rasa macam nak gigit-gigit jek. hahaha..

6. sediakan tisu
- ini penting. tisu amat diperlukan semasa majlis bersanding. korang kena lap peluh pengantin dan lap tangan pengantin selepas direnjis. masa acara renjis tu ada bahan seperti kapur, inai, beras dan air mawar. habis semula di talanya ke pengantin, kesian juga aku tengok pengantin. tisu lah senjata penyelamat pengantin pada masa tu. kesat la tangan pengantin tu mana yang dicalit inai atau kapur atau muka pengantin yang basah kena renjis air mawar. kalau korang takde tisu atau tisu dah habis korang minta dekat tuan rumah atau mak andam tau. ambil 2-3 kotak sekali gus. hehehe

7. harus rajin
- harus selalu pastikan pengantin terkawal. pastikan baju pengantin terletak elok, jaga veil pengantin perempuan okey! pengantin lelaki selalunya tak banyak masalah. selalu tanya pengantin apa yang diperlukan, samada pengantin nak air atau nak kipas laju-laju. hehehe. harus rajin bergerak pantas walaupun kasut korang tu tinggi 5 inci sekali pun. harus rajin senyum juga tau. takmo takmo masamkan muka walaupun korang penat terlampau. sekali lagi, takmo takmo malas malas yek. jangan abaikan pengantin tau!

8. pose
- senyum je sudah. jangan nak over-over posing. ini majlis pengantin, biar pengantin yang posing sakan. kalau photograper suruh posing, barlah korang leh posing sakan dengan pengantin tu. apa yang penting, time tu korang jalankan tugas pengapit korang tu okey.

9. masa makan
- pengapit akan makan bersama pengantin tau. bukan dengan pengantin sahaja, dengan mak ayah pengantin juga tau. korang kena jadi pelayan. sendukkan nasi, tuangkan air, cedukkan lauk. ingat tajuk nombor 7 tu, harus rajin! makan pulak biar beradab sebab orang akan perhatikan korang tau. jaga-jaga! hehehe.. pinggan korang tu jangan penuh-penuh sangat. biar beragak-agak okey.

10. kredit top up cukup
- mak ayah adik abang kakak pengantin akan sibuk bagai nak rak masa tu tau. so, mereka takde masa nak pikir bila pengantin lelaki akan sampai. masa tu lah tugas korang nak sms atau call pengantin lelaki atau pengapit lelaki. tanya dorang, bila mau sampai? pengantin perempuan dah kepanasan dalam bilik tu..hehehe

11. serasi
- harap korang jadi pengapit untuk pengantin yang korang kenal la lebih sesuai rasanya. bukan apa, supaya pengapit dan pengantin tidak berasa janggal atau tidak selesa antara satu sama lain. macam aku, pengantin tu kawan kolej aku a.k.a kawan serumah masa study dulu. kami agak rapat dan kenal satu sama lain. jangan pula korang jadi pengapit kepada si musuh. hahaha. haru-biru jadinya nanti. eh, korang ada musuh ke? musuh jangan di cari..

12. ucapan
- jangan lupa ucapan selamat pengantin baru kat pengantin tu tau. kalau ada hadiah tu lagi bagus. bukan orang lain yang kawin tu kan? kawan, sedara, sepupu korang juga kann..


rasanya cukuplah kot tips ni. yang lain-lain tu kalau ada pandai-pandai koranglah ye. good luck!!



persandingan belah lelaki



persandingan belah perempuan

25 comments:

  1. macam susah je jadi pengapit!!!!

    hahaa

    ReplyDelete
  2. heh! kalau minda kata susah, maka susahlah ia. kalau minda kata senang macam kacang jek, maka senang la ia.. tak gitu? yang penting ikhlas nak membantu..

    ReplyDelete
  3. wahh...nasib ada info kt sni... mggu dpn apis plak kne jd pengapit farousi... hehe... tq..

    ReplyDelete
  4. hehehe...igtkan tips jadi pengantin...

    ReplyDelete
  5. tak nak jadi pengapit ! nak jadi pengantin..

    ReplyDelete
  6. macam tak sesuai je ko jadi pengapit.
    bwahahaha!

    ReplyDelete
  7. jadik pengapit ni jalan kena kepit tak? hihihi

    ReplyDelete
  8. mcm ssh ja..huhh..thx utk tips2 neh..gemuruh btol..hehe

    ReplyDelete
  9. Pengapit org yg sangat penting, kena korban keselesaan diri untuk kebahagiaan rg lain

    ReplyDelete
  10. terer dah hang la jadi pengapit. bila nak kena kapit?

    ReplyDelete
  11. first time jadi pengapit, rasa cuak tak? hehe

    ReplyDelete
  12. waaahhhh... best nye... sy pon bru 'dilamar' oleh shbt sy utk jd pengapit die... rase truje pon ade... hehehe maklum la, pglmn pertama ^_^ ... papepon, tips2 kt ats tu best... hi3... TQ ye...

    ReplyDelete
  13. arabella,
    okey okey bawa bertenang ye cik arabella..hehehe

    keri,
    ko memang dengki ngan aku..wekk!

    aca,
    nak catwalk letteewwww...hehehe

    anon,
    ala..relax ar..

    duania abstrak,
    pengalaman..sekali sekala ape salahnya..

    speedrider,
    terer tak terer la ada offer minta aku jadi pengapit lagi, aku tolak. cukup la tu. hahaha!

    sala mansor,
    cuak tu xde la. tapi gemuruh sama mcm pengantin juga. hehehe

    zaqea,
    ok, good luck zaqea! ^_^

    ReplyDelete
  14. insyaAllah bulan 5 ni jd pengapit. seriously cuak! takut nnt kelam kabut maklumlahh first time nk jd pengapit :( btw, thanks for the info! :)

    ReplyDelete
  15. thanks....sngt berguna...(MATI LA AKU KALI NIH)

    ReplyDelete
  16. thanks....sngt berguna...(MATI LA AKU KALI NIH)

    ReplyDelete
  17. Thanks for the info jugaaaak!..... By the way, satu soalan:

    Pengapit nak letak handphone denagn bekas tisu yang berkepuk-kepuk tu kat mana? sebab biasanya perempuan buat baju takde poket.. kan?!

    (ha, apa kata letak kat kocek baju pengapit lelaki? kalau tak geng camane?)

    ReplyDelete
  18. thanx 4 da info..=) nak jd pengapit mggu depan..cuak ni kalah pgntin..fez timer..huhu

    ReplyDelete
  19. hukum merenjis ni haram tak? ape tujuan nak renjis beras la segala macam kat si pengantin? duduk bersanding dah la, tak paya nak merenjis2 bagai. baik lagi renjis beras tu kat ayam, ade gak pahala memberi makhluk Allah makanan.

    ReplyDelete
  20. nak tany,kipas nak pegang 2 2 belah tangan atau sebelah je?

    ReplyDelete
  21. Pg ni aku jd pngapit kwn seopis aku...peh!!!! Xsng tdo ni

    ReplyDelete
  22. . UKEHHH . SETTLE ! HAHA . DAPDUPDAPDUP NAK JADIK PENGAPIT PAKCIK AKHIR BULAN NIE . NSIB DAHHH BACE ENTRY NIE . HEHE .

    ReplyDelete
  23. wahh..! oke dpt gambaran sikit2 !
    thanks! next year iolls jadi pengapit oii.. nebess!

    ReplyDelete