Thursday, April 30, 2009

2 mei bezday aku..







2 mei 2009 bezday aku. 2 mei hari sabtu.
2 mei aku berada di kampung..
semoga hari-hari aku indah seperti indahnya warna pelangi..amin



Wednesday, April 29, 2009

Bulan depan dah masuk Mei

Entri kali ni aku menjawab tag dari cik hanie mak enon... cik hanie mak enon sila hulur tangan ke arah monitor pc anda dan gerakkan jari anda seperti beralun. sebut 'mesra'..mcm bob af mesra tu..hahaha!

mula!

Adakah anda suka blogging? Kenapa?
tak suka pun sebenarnya nak blogging bagai. banyak keje lain aku leh buat. selagi followers aku tak cecah 100 orang selagi tu la aku tak suka nak blogging. ekeke..

Blog siapa yang selalu anda skodeng? Nyatakan 5.
1. cik hanie
2. paiseh
3. tasik merah
4. arabella
5. mrblind

Upload 5 gambar followers yang anda suka.Dan describe it.
* tidak semestinya orang yang anda nyatakan di atas.*
cik hanie pun tak upload gambar wat pe aku nak wat..kannnnnnn?
5 followers yang aku suka yang kat atas tu la..tu pasal la aku slalu skodeng..

Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapa kah orang itu?
ye saya. mesti la. kalau ada orang teman dan sayang kita sepenuh hati nak buat ape² pun terasa bahagia. nak senyum je meleret.. orang marah pun kita leh senyum².. hahaha! gila angau..ekeke

Taken or single? Mana lebih bagus?
Taken. hidup lebih bermakna aku rasa. ada orang tu cakap kat aku 'single is beautiful'.. ke nak amek hati aku je? huh? ye ke incik ecece..?

Pernah tak cinta anda tidak dibalas?
Aku tak pernah lak nak start cakap "saya cintakan awak". haishhhhhhhhhhh!!! tak pernah aku buat ahh.. aku biarkan je orang lelaki yang cakap dulu kat aku.. baru macho. ye dak? banyak gak la aku yang tolak cinta orang cara baik..maaf. huhuhu..

Ciri-ciri idaman gf/bf anda?Nyatakan 5.
ciri² idaman bf ehh? tapi kalau dah jodoh tu...terima je la seadanya..
1. nak lelaki yang lebih tua 5 tahun dari umur aku. baru la dato siti nurhaliza..bulih? hahaha..
2. kacak. hensem. jujur. tak mata keranjang. kelakar. setia kat aku. bertanggungjawab.
3. tak kedekut. duit mu duit ku jua..
4. sayang aku separuh mati..perghh!
5. rajin tolong aku. tak kira masa. aku tak minta tolong pun tapi terhegeh-hegeh gak nak tolong aku.. sweet je aku tengok...alololo..

Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?
merancang je ehh? bukan kawen kan? sekarang pun aku dah rancang..hahaha! aku nak pakai gaun putih kembang..baju sanding kaler pink..cincin aku pilih. hantaran 8888.88...hahaha!

Nak berapa anak?
kalau ikutkan aku nak sepasang je cukup la..tapi kalau dah namanya 'sihat'..setahun 2 anak..awal tahun sorang ujung tahun sorang..perghhh! giler ar.. hahaha!! gegurau je la..haih!

Orang bertuah yang anda ingin tag :
xde sape la..malas! aku tgh melanda kegusaran ni.. hurmmmm...

Tuesday, April 28, 2009

Aku suka besarkan mata..hahaha!!

testing 1...2...3...check²





Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya

Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya

Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah oh sayang
Mengasyikkan hati


Oh mata memandangku
Membuat ku tersipu
Mata menggoncangkan hatiku

tadi kat sinar fm de lagu mata ni..datang idea mau wat entri ni..untuk permulaan perkenalan wajah aku..ngeh³

Monday, April 27, 2009

Aku suka akhir kata aku kat entri ni

Jane doe telah tag wa secara tak langsung..



1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang..


tadaaaaa~ ni la wallpaper wa..


2) Bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...

wa cite secara serius nape wa suka wallpaper ni okey.. wallpaper tu penuh ngan kaler hijau. pastu tetiba lak si ladybird tu nyebok nak inteprem gak. sape nak jawab tu? ahkakkkkk ni jugekkkk... wa suka kaler hijau yang gitu. cam best je tengok. wallpaper tu nampak semacam unik.. ape tak uniknyerrr...! tu kan mcm kat kawasan air bertakung..air dia warna hijau sama kaler ngan daun.. giler kentang! betul-betul letak pewarna tambahan yang dibenarkan oleh kerajaan. seb baik ladybird tu menten kaler dia yang dot dot tu.. nama je natang tu ladybird..tapi jantan tu. korang jangan terpedaya okey. natang tu nama dia azwan amboi amboi..tunjuk jari kelingking. kuat inteprem. sesuai sangat la tu ngan artis kita yang mulut lazer amboi amboi tu. natang tu yg nak nama tu..wa daftarkan aje kat pejabat pendaftaran. violynviolet tu mcm biasa la..nickname wa yang da glammer kat multiply. sape yang ada connection multiply ngan wa tu tahu la..kan? kalau tak tahu tu hantuk skit bagi pulih semula ingatan..

akhir kata, hijau dan pink pilihan wa!

3) Tag 10 people...

wa mau tag kengkawan yang baru follow wa..cikhanie,ierma,yanie,mrblind..tu je la..buat ye,makacih!

Saturday, April 25, 2009

Pagi tadi aku berbual mesra ngan akak jiran sebelah

Aku bosannnn...


Mau mengarang tapi kepala masih lagi pening-pening lalat,terus hilang idea..







Aku mahu jual baju PUMA ORI..mari-mari beli...






kalau mahu sila beri nama pada aku



.....iklan


yang rambut pacak tu macam paiseh kan kawan kawan...hahaha!

*aku gegurau je paiseh..jgn marah ehh*

**update sikit 9.27pm-

syok tengok aril af7 gelek tadi...hahaha

**update lagi 10.58pm-

cis! terkeluar lak si aril neh..tapi apejadah aril naik bas KL HOP-ON HOP-OFF..

Friday, April 24, 2009

Telan ubat ngan air masak

mc yang aku dapat selama 2 hari ni aku gunakan sebaik mungkin dan aku raikan sorang sorang. sikit jam lagi mc aku akan tamat tempoh. sama lak tempoh roti gardinea yang aku beli hari selasa lalu. ni aku dok sorang sorang kat rumah ni layan astro je tak sudah sudah. aku on sume lampu rumah ni. gasak la! aku pun ada gak perasaan seram. aku manusia biasa.

bercakap pasal astro ni, rumah sewa aku ni dah pasang astro. petang khamis semalam. sedang nyenyak aku tido petang tu tetiba ada orang call. mau pasang astro katanya. olang cina yang pasang astro tapi nampak macam muka melayu looo..mesti hari hari dia berjemur panjat bumbung nak pasang telinga nabil lu pikir sendiri, kuali astro. aku leh tengok konsert af7 dah sekarang kat rumah sewa.

aku pening pening lalat ni..no idea mau merepek ape lagi. pembaca sekalian, doakan aku cepat sembuh sepenuhnya ya. muachh!



nota siku: hari ni bezday gelpren afad. kaksu opismet dapat anak gegurl semalam..

Wednesday, April 22, 2009

Senandung semalam

sah aku















DEMAM






tapi aku kena setelkan doket kat tollgate ni

baru leh p klinik amek mc

malasnyer aku mau menapak ke klinik, pale pening

adeh!


nota jari: wahai incik hosmet..balik la cepat..aku mau bermanja² ngan korang..huhuhu


Tuesday, April 21, 2009

Nak je aku belajar cakap Jawa!

Pagi tadi aku dah start batuk batuk. Adakah itu petanda aku mulai mahu demam? owh,tidak! aku tak mahu. tak mahu ok. Hari ini juga aku di tinggalkan sorang sorang aku kat rumah oleh dia dan dia. kira kira dalam seminggu gitu. dorang ada training futsal syarikat kat JB. aku tak join sebab aku tak into futsal.
gara² game tarik tali ni la aku sakit² badan sampai hari ini. cuba teka posisi manakah aku dalam gambar itu...ngeh³. tido aku ni tak habis ganti lagi. tunggu la sabtu dan ahad ni. akan aku ganti tido aku secukup-cukupnya.
balik dari kuar makan dan karok semalam. aku teguk air kacip ni. pergh! sedap giler minum sejuk². kunun nak kacip kan diri. ye la..badan dah penat dan sakit². bulan ni je aku dah minum 2 tin.
team building yang aku join ni adalah hanya dari unit aku sahaja. tak campur ngan unit lain pun.. kat sana aku banyak bersidai..bersantai la.. tunjuk kaki je sudah! tu pun dah menggambarkan betapa santainya aku..hahaha! jangan sesape ngade² nak tengok muka aku yang sunburn ini..adeh!



Monday, April 20, 2009

Basic basic dari aku

Aku banyak cerita nak dimerepekkan kat blogspot ni. tapi aku malas nak merepek la pulak. badan aku sakit sakit. al-maklum la aku baru balik dari team building Pantai Penyabong,Mersing. aku cite yang basic basic je ehh dulu.. esok esok aku story k..

Jumaat:

Sampai kat Penyabong tu dah kol lapan malam. BBQ. Banyak bbq sotong besar besar.


Sabtu:

Pagi pas bekpes rayau kejap kat Endau Rompin. time petang, ada Valley Ball n Bowling Padang aku tak join, sori my group G. aku join mandi laut lagi best..hahaha! malam ada ESQ a.k.a motivasi. 1am-3am aku kuar ngeteh (minum²) kat kedai plus karaoke open. lagu Retak-Ella n lagu Jangan Pisahkan aku karaoke ngan bakal AGM Sabah 4 Mei nanti.

Ahad:

Pagi senamrobik. Jungle Tracking (panjat bukit pasir lanun) dalam hutan, tinggi, bercuram. 10am aktiviti tarik tali. tarik tali ni aku join. kalah. sebab aku join..hahaha! dapat gak hadiah saguhati sebab kalah. frame. pas makan tengahari cabut balik. orang first balik adalah kami. 4 orang 1 kete waja. sampai rumah kol 4 lebih. terus tidur.

********
~tanpa AGM customer service management Johor kami yang sekarang ni xde la aktiviti yang best gini.. enjoy! terima kasih En. Shohor. wa respek lu! chaiyok²..

~jap g komputer aku nak di fomat..banyak virus Found Tracking Cookie. cilakak!

~aku nak p makan dah ni..hana dah tunggu kat bawah tu..daa~

Friday, April 17, 2009

Ku harap di sana ada bunga sakura

Hari ni hari jumaat. hari penghulu segala hari. i know u all tahu dah. jumaat minggu lepas aku ada jumpa seseorang. kawan. Syafiq Salleh. dia dari Taiping ke Johor Bahru. Jauh tuuu.. petang karang aku nak gerak ke Pantai Penyabong, Mersing.
Team Building. Aktiviti yang telah dirancangkan banyak yang santai santai. harap harap aku seronok di sana berkadar volume 3 hingga 5. sepanjang hari-hari aku adalah kebosanan. selalu aku ngadu kat Afad. pembaca sekalian doakan aku happy di sana ya! thanks.

Thursday, April 16, 2009

Aku sudah tahu lah!

Dalam talian telefon pada waktu kerja.

Customer cina: lu sapa nama?

Aku: saya liliyuli dari customer service management..

Customer cina: suara lu manyak sedap o..

Aku: ye,tahu dah. terima kasih puji..


Dia ingat selepas puji aku, dapat la panggilan percuma sebab nak tanya khabar sanak saudara kat negara china sana.
Jangan mimpi ok! hahaha..

Wednesday, April 15, 2009

Aku suka soalan nombor 35 itu

Incik Paiseh bagi. Aku buat siap siap dah semalam. baru tepek kat sini hari ni..

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
Nama betul betul ramai gak orang tiru..nama saje saje hanya aku sorang je sebab aku reka sendiri.

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
Masa menonton Talentime..

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
Minat gak la..kadang kadang terasa diri ini bekerja sebagai doktor lak..

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
Ikan kerisi masak lemak cili api ibu..

5. DO YOU HAVE KIDS?
Aku lom kawen la dol..

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
Kawan kan aje.. wat pe nak gaduh gaduh..

7. DO YOU USE SARCASM?
Untuk mengeratkan silaturahim je..

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
Ye la..tu pun nak tanya ke? haih!

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
Ohohoho..tak ahh!

10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
Nestum yang pekat..sampai nampak mcm bubur lambuk..

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
Ye..nak nak bila pakai kasut bowling..

13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
Aiskrim yang nampak mahal tu aku suka la..

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
Yang baik ke tengah yang jahat ke tepi..

15. RED OR PINK?
Pink..baju aku banyak kaler pink..

16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
Kalau aku cakap aku kuat makan bulih tak..?

17. WHO DO YOU MISS THE MOST?
Masuk sekolah teknik jurusan kejuruteraan awam kat Jasin,Melaka.

18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
Tak nak punnnnnnn..

19. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
Hitam dan hitam..

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
Wahai kau cinta-Radja

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
Luna.

23. FAVOURITE SMELLS?
Bantal tutup muka n telinga..hahaha!

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
Ibu..saje kacau ibu di petang hari sebab tak bagi tidur waktu petang..

25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
Suka. Kadang kadang aku panggil nama manja dia masa call dan berjumpa.

26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
Acara lari dalam guni.

27. HAIR COLOUR?
Rambut Farah adik aku kaler perang..

28. EYE COLOUR?
Tamlatru..hitam campur sikit coklat campur sikit biru.

29. DO YOU WEAR CONTACTS?
Tak..gigil..

30.FAVOURITE FOOD?
Laksa Johor.

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
Happy Endings..takmo dah nanges nanges..

32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
Talentime..

33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
Biru. Kaler air laut..

34. SUMMER OR WINTER?
Winter..leh peluk peluk..hahaha!

35. HUGS OR KISSES?
Kisses. Tapi...aku tamak, aku nak dua dua tu arr..huhuhu

36. FAVOURITE DESSERT?
Tembikai susu.

37. MOST LIKELY TO RESPOND?
Bila tatap monitor komputer lama lama dan tak cukup tidur mata jadi lebam macam koala bear..huh!

38. LEAST LIKELY TO RESPOND?
Bila ada orang ajak aku bersukan.

39.WHAT BOOK ARE YOU READING?
Novel Harum Chempaka. baca sikit,selang beberapa minggu pastu baca balik..hahaha!

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
Biru..Kain cadar tuan rumah.

41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
Cinta untuk ain. Pelakon: Nabila Huda dan Q Haida

42. FAVOURITE SOUND(S)?
Pop balada.

43. ROLLING STONES OR BEATLES?
Beatles.

44. WHERE IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Jepun, kat dalam mimpi..gasak la!

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
Berkeyakinan menyebut saiz kasut kaki aku dengan tepat kepada pekerja kedai kasut.

46. WHERE WERE YOU BORN?
Segamat, Johor.

47. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
Aku nak tag si kaki skodeng iaitu cik arabella dan cik hanie..buat okey!

Tuesday, April 14, 2009

Memulas-mulas vs. lega

Perjalanan jauh dalam bas kalau sakit perut nak berak memang membinasakan. macam ayam tertelan biji asam boi. membiru dan berselang seli dengan kaler kuning..jadilah runing. sangat sangat lah dah nak terkeluar dah. sipi sipi je lagi dah nak ber-au-cak. nak je aku lempang laju laju orang sebelah yang tengah tidur ternganga. (ye la ye la..orang sebelah tu tak bersalah..aku tahu!)

Perut memulas-mulas tak keruan. nak je jerit "pakkkkcikkkkkkkkkkkkk!!!!! berhenti!!!!!!! saya nak berakkkkkkkkkkkk!!!". tapi tak jerit pun. lakonan dalam hati je. aku pernah dapat anugerah pelakon terbaik dalam hati. aku bangga. kalau ter-melatah tu, habis sume terkeluar ape yang terbuku di hati. kantoi abes.

Tetiba ada sorang mamat ni pergi ke depan kat pemandu bas. bisik punya bisik aku ingatkan dia mahu turun tepi kubur kat Parit Jawa tu(batu pahat memang banyak nama tempat bermula ngan Parit). tak berapa jelas apa yang mamat tu cakap. penat aku pasang telinga memanjangkan leher bagaikan sang pari pari memetik buah pelam. pemandu bas tu cakap lagi setengah jam je lagi dah nak sampai basten. mamat tu patah balik ke belakang. sempat aku jeling sikit. hensem gak dia ni. beberapa saat kemudian, si mamat ni pergi semula ke depan. bisik-bisik lagi. pemalu sungguh. Tak sempat aku nak bersin, bas berhenti tepi surau. rupanya mamat tadi tu nak berak kat situ. ceh! tak senonoh tol dia ni. orang kalau singgah surau buat solat. dia? berak lak. tak ajak aku lak tu.. haih!

Aku berkira kira ni nak join berak ke tak. mamat tu sorang sorang dia je pi berak. penumpang yang lain dok tunggu dengan penuh rasa hormat dengan tindakan yang diambil oleh mamat tu. termasuklah aku. banyak kali aku berkira kira..1,2,3...tak jadi. 1,2,3..tak jadi lagi. kalau betul betul lah..1,2,3..melompat aku turun bas terus melulu ke jamban tanpa memikirkan hal orang memerhati dari dalam bas. aku tak buat. sungguh. hanya tinggal dalam kotak pikiran je. tak ke mana pun. perut aku tetiba je baik sikit dari mula mula cite tadi. pandai pula nak memahami time gini. terima kasih perut.

Sesampai je kat rumah. ape lagi..berak lah aku..


LEGA..

Monday, April 13, 2009

Sanggup dan gugup!

sebelum ni aku ada gak collect kerete ferrari dari shell gini..masa tu aku kecik lagi.. tak ingat ahh tahun berapa.model kerete masa dulu lebih best coz kete tu berat dari yang sekarang ni.. pintu kerete tu pun kita leh buka dan tutup. sekarang hanya tinggal 3 kete je untuk model kereta ferrari yang lama.. kalau tak silap yang lama ada 5 jenis model ferrari. lagi 2 tu adik aku dah jahanamkan bawa pi main selut agaknya.. ferrari yang keluaran 2009 ni ada 7 jenis semuanya..6230. aku sangka berat lah macam yang lama punya.tapi sangkaan aku ni salah sama skali. ringan sungguh lah, hanya salutan plastik semata-mata.. yang lama punya tu besi..berat..best..
aku minat untuk wat collection sebegini..aku suka tengok kereta ferrari. nak beli untuk kegunaan sendiri aku tak mampu. jadi,aku beli je la yang mainan je untuk tatapan..
selepas aku tengok speedrider beli..aku pun terus beli la kat shell segamat. kat kampung. 6/4/2009. kereta kereta tu sume aku tak bawa ke batu pahat.. aku tinggal kat tampin.. aku amanatkan kepada adik-adik aku untuk menjaga,mencuci dan juga mengelap.

Friday, April 10, 2009

Tag fantasi deting

fantasi deting ngan fantasi bulan madu macam lagu amy search tu..lain kan? kan? ohoho..

tag fantasi deting yang diberi oleh incik paiseh..buat aku terpikir-pikir..nak yang macam mana tu ek? kalau dating yang biasa biasa tu just kuar makan, tengok wayang, jalan jalan, shopping, dan say i lap u, u lap i...hahaha!!

ok lah..nak tau sangat ehh wahai incik paiseh macam mana fantasi dating aku ni.. nape? mau deting ngan aku ke? ohoho.. entri ni fantasi je tau..bukan ape ape pun..

fantasi deting liliyuli

1. makan aiskrim kat tepi tasik..pilih aiskrim yang ada bentuk hati.. tengah dok hangat bercinta la katakan.. mesti la nak yang ada berbentuk hati..ye dak? makan aiskrim tu aku dan si dia akan makan dengan comot sebaik mungkin..pas makan aiskrim tu aku dan si dia leh gelak gelak dan sesama kutuk sape punya paling tak kreatif comot kat muka..hahaha!! pas penat gelak sakan sambil tangan auto tampar tampar sayang oleh aku..aku dan si dia akan bertukar lap muka..aku lap muka dia..dia lap muka aku..sweet kan? hahaha!!

2. kalau aku berdating pakai high heel 4 inci.. aku akan paksa si dia gak pakai high heel yang sama tinggi ngan aku, 4 inci itu.. rasakan sama sama bagaimana penatnya berdating pakai high heel. baru lah dating itu akan lebih bermakna..ye dak? bak kata orang cinta itu perlukan pengorbanan..hahaha!!

3. aku dan si dia akan buat aktiviti dating tu lebih menarik dengan membeli ikan laga.. ikan laga tu murah je pun kalau mati..tak ralat ahh!! hahaha!! aku dan si dia akan laga ikan tu buat pertandingan sape paling kuat.. antara hidup dan mati.. sape kalah..dia kena pijak taik ayam punai yang masih hangat dengan kaki tanpa alas.. ni fantasi deting aku kan..so, ikan laga aku menang.. si dia lah yang kena pijak taik ayam punai tu..hahahahahaha!!!!!

4. bila time dating tu aku dah penat berjalan..aku mahu si dia dukung aku kat belakang dia.. bukan ape aku hanya mahu menguji ketahanan dan kekuatan dia je.. tak payah nak pergi gym la bagai..dukung aku je sudah.. kalau si dia penat lak. hurmmmm..berenti cari kerusi la duduk kejap hilangkan penat tu..tak kan la aku lak yang kena dukung si dia tu..aku ni dah la comel plus jelita macam roti jala..penyek la aku nanti..hahaha!!

5. aku dan si dia akan karaoke sama sama.. aku nyanyi lagu penyanyi lelaki dan si dia lak nyanyikan lagu penyanyi pompuan.. bila berduet pun sama gak..aku akan amek part lelaki...si dia akan amek part pompuan.. sebenarnya nak menguji je sama ada picing lari ke dak. hahaha!!

siap sudah! terima kasih penyapu lidi len kali bagi la tag lagi wahai incik paiseh.. =)

Thursday, April 9, 2009

CERITA DISEBALIK LILIYULI

Aku dah kembang kuncup dah sebab aku dapat award khas untuk blogger yang cam best dari cik hanie. aku dalam list top five lak tu.. ohohoho.. kalau nak tgk meh klik ni -liliyuli-. aku ingatkan award je yang dapat..tapi...tag juga tu skali dia selitkan..aiyoyo! sebelum ni aku dah buat dah cite pasal aku kat Multiply.. lagi banyak dari cik hanie tag ni.. aku de bagi tahu kat entri yang lepas. tapi tak pe la..kat blogspot ni aku lom wat lagi. demi cik hanie mak enon ni..aku wat gak.. lain dari yang kat multiply tu..




award ni aku tampal pada jumaat minggu lepas. hari ni hari khamis..genap seminggu aku tangguhkan untuk wat tag ni..hahaha!!


List 15 random facts about yourself.

1. Aku tak ada bakat melukis. dulu masa sekolah aku lukis orang lidi je dalam kelas pendidikan seni. nasib lah! hahaha! selalunya aku ambil jalan mudah masa sekolah rendah dedulu aku akan ambil tajuk yang ada wat corak cop² gunakan bahan semulajadi seperti bendi, kentang, belimbing dan memacam lah..ngeh³

2. Tinggi aku 152.5cm.. tu tahun lepas punya kiraan la..kira sendiri je. aku kira sendiri tinggi aku ni pun sebab nak konvo tahun lepas.. kunun nak tahu saiz jubah. tapi hampeh je jubah tu..besar gak yang aku dapat..ces! tahun ni tak tahu la kan..kot² aku ni dah makin tinggi sikit ke kan..huhuhu.

3. Aku ni serius orangnya..ekeke. serius ke? kahkahkah! aku ni banyak berdiam diri dari banyak bercakap. aku ni seorang yang pendiam sebab aku ni banyak berpikir. kalau penat pikir aku akan tidur.. masa tidur pun aku berdiam diri.. aku tak bercakap dalam tidur tau.. tapi kalau time aku merepek memang sangat² meriah la aku habaq kat hangpa..hahaha!

4. Aku suka dengar lagu² melayu..aku suka karok(karaoke). suara aku mirip sape? kalau nak tahu pegi tanya incik ecece n incik afad..huhuhu. tak pun pegi tanya incik hosmet aku..hahaha! selalu aku karok ngan incik hosmet. tu je la aktiviti ronggeng kami yang selalu selalu kami buat.

5. Aku ni seorang yang mudah a.k.a simple. aku suka yang mudah mudah. senang cite aku ni. tak banyak songeh ar bak kata orang.. sejak kecik lagi aku ni senang nak jaga. sebab aku ni mudah. tak kemêmê..

6. Aku ni tak leh tengok orang nangis.. nanti dengan senang aku leh nangis sama. kalau part drama yang sedih² tu lagi la aku tatahan..berjurai-jurai kuar airmata aku neh..haih! tapi..aku leh tengok dengan selamber jerk time adik aku nanges..hahaha!! tak berkesan langsung kat aku untuk turut sama nanges.

7. Aku suka tengok lelaki yang hensem.. suka tengok je bukan ape ape pun.. tapi kalau aku dapat boipren hensem plus baik dari segala hal tu kira bonus la tu kan..huwaaaaa... bagaikan di awangan je rasa..hahaha!! aku tahu..kebanyakkan yang hensem² ni lah yang buaya darat. menyampah aku!!

8. Aku tak aktif ape² jenis sukan pun.. cakap je la..semua sukan aku tak into..mahu pun sukan tradisional mcm batu seremban, congkak, gasing dan memacam lagi. main tu main gak la..tapi aku cepat busan.. tak into lahhhhh!!

9. Haih! penat dah aku pikir ni...ape lagi ek? baru nombor 9 ni.. nombor sembilan ni aku tak suka pun.. aku suka nombor lapan,dua dan lima.. sebab ada kaitan ngan aku. aku anak nombor satu.. aku ingat mahu hantaran RM8888.88. fuhh!! lawa siot angka tu.. teruja aku!

10. Aku suka cium bau baby baru lahir.. so...sweet bau dia. dah lama aku tak cium bau tu.. bila lah agaknya aku dapat cium bau baby aku..ohohoho..

11. Aku tak suka di kutuk².. tak suka! tak suka! tak suka!

12. Aku suka kaler pink.. banyak dah baju aku kaler pink.. tapi sejak bila entah aku tersuka lak kaler hijau.. banyak gak la baju aku kaler hijau sekarang ni..huhuhu. baju jalan kaler biru aku tengok semacam xde je.. hurmmm...pas ni aku mau beli kaler biru lak lah..

13. Aduh! baru nombor 13.. ape lagi aku mau merepek ni? 13 tambah 10 sama dengan? 23 kan.. 2 mei ni genaplah umur aku 23 tahun.. aaaaaaaaaaarrrrrrrr!!! 23 TAHUN???? ibu slalu tanya bila aku mau kawen..adui.. boipren pun takde lagi camne mau kawen...ye dak?

14. Dulu aku termasuk dalam kategori kurang berat badan.. but now! berat aku dah normal... horeyyy!!!! seimbang dengan ketinggian.. ucap tahniah kat aku cepat! hahaha!! terima kasih. terima kasih.

15. Aku suka gadgetry. macam camera, handphone, laptop dan memacam lagi ahh!


ok. siap! kepada cik hanie mak enon terima kasih daun keladi.. =)

Tuesday, April 7, 2009

Aurora

" cun sial dia ni " -mat rempit
aku takut..

" cantik la awak " -separa normal
aku takut..


haih! susah jadi orang yang jelita ni. hahaha!! ape ape pun orang separa normal lagi sopan dia punya ayat dari orang yang normal macam mat rempit tu.. fikir fikir kan lah!

Monday, April 6, 2009

Pengalaman aku hidup bersama si dia..

Aku kena tag oleh cik arabella. yang aku tak keruan tu adalah tag pasal purse. nama aku firts lak tu yang kena tag.. kalau tak caya meh klik sini. tak ku sangka ada gak tag sebegini rupa.. memandangkan aku ni suka sahut cabaran yang ala temeh remeh aku wat gak la tag sebegini. cik arabella kata yang bertanda star purse tgh masyuk.. hahaha!! xde maknanya lah.. duit bonus dah abes dah pun wat langsai hutang.

di sini aku nak cerita tentang purse kesayangan aku. secara jujur aku beli purse ni kat pasar malam.. pasar malam tapak pesta, batu bahat. bukan calang-calang pasar malam okey! pasar malam yang bertarafkan 5 bintang u know. pasar malam tu ada lorong kanan ada lorong kiri, masuk sini tembus sana, kalau terus masuk longkang..hahaha!! purse aku brand GUCCI. made in italy. mahal tau.. RM10..hahaha!! dah setahun lebih dah aku guna pakai purse ni.. banyak berjasa dia tu.. tu pasal la aku cayang.. ala..bucuk bucuk..keh3. incik paiseh, mung jgn mau imajin bagaimana aku tgh berkasih sayang dgn purse aku.

nak pakai purse aku ada step step yang harus di follow.. kalau tak ikut purse aku akan majuk. kalau majuk aku tak reti nak pujuk. kalau pujuk adik aku si farah tu okey lagi la kot aku ni.. ok..aku nak ajar korang ni step yang pertama.. pisahkan butang.. antara rumah butang dan anak butang..
begini >>
step kedua lak.. kembangkan isi² perut purse ni
sebegini >>. lihat lah.. ada kad² yang best digunakan.. betul...best! ada kad yang leh kuarkan duit..ada kad yang ada gambar aku. ada kad yang membenarkan aku memandu atas jalan raya. ada kad yang leh aku tebus mata ganjaran tapi tak pernah di tebus lagi.. kan best aku cakap sama korang..

2 step je yang harus di ikuti..mengerti kamu kamu semua? keh3..

di suatu sudut ada fungsi yang agak best..
kat sini >> poket simpan duit syiling.. ada alunan muzik kalau masuk duit lam poket tu.. tak caya? meh la try masuk kan duit.. ala..syiling je pun..bukan byk pun.. tak nak sudah!!! biar aku je yang masukkan dan aku je yang dengar sendiri alunan muzik tu.. hahaha!!

tadi kan aku de cakap duit bonus aku wat langsai hutang.. so,sekarang ni hanya tinggal duit singgit singgit je..uhukz!


ni je la yang aku leh ceritakan pasal tag purse ni.. sekian, terima kasih daun keladi wahai cik arabella..
*******************************
update cikit...aku sudah pandai mengetag orang..hakhakhak!! aku mau ngetag cik hanie mak enon sorang..buat ye cik hanie yang gebu gebu..tag lu esok wa buat coz kena tunggu turn..hahaha!

Friday, April 3, 2009

Bagaikan ku meniti bara yang merah!


Meniti Hari
Amy mastura

part corus
Begini lamunan asmara
Sehari bagaikan setahun lamanya
Terpisah di saat rindu yang membara
Kau jauh dari mata
Peritnya diri ku tak dapat diluah
Bagaikan ku meniti bara yang merah
Tersiksa gelisah mengharap menanti
Hadirlah menerangi
Kembali


Hari ni wa pulang menemui keluarga tercinta. Doakan wa selamat pergi dan balik ye..


Wa dapat rasa yang wa hari ni tak dapat naik bas yang drebarnye itu seorang pakcik yang aku suka. suka je. bukan ape ape pun. sape sape yang turun bas tak kira lah mahu berenti tepi jalan ke tepi kedai ke tepi kubur ke..dia akan turunkan. then pakcik tu akan tinggalkan pesan "hati-hati ye". tak kira bangsa dan jantina. selalu gak wa dapat naik bas yang drebarnya pakcik tu.. dia tak kenal wa pun tak ape ape bagi wa..sebab wa seorang penumpang yang senyap.. senyap la pasal wa tidur dalam bas.. apekejadah tidur pun nak hu ha hu ha.. ye dak? pakcik tu pun selalu gak berpesan gitu kat wa.. aku balas ngan senyuman yang paliiiiinggggggggg manis..

pakcik!! say cheese lah..ekeke


Thursday, April 2, 2009

Taman ape? Taman Desa Permai..


ini adalah VANDALIZE!!!!!!
aku marah ni!!
ekeke
ini kawasan perumahan ain zid
Bandar Baru Kangkar Pulai
pada 29/12/2007 aku snap gambar ni
hahaha!!
ain..sori ar aku terpomot lak aktiviti orang muda kawasan rumah ko.. ya! aku tahu orang lelaki muda yang baru belajar part persenyawaan silibes sains tingkatan tiga yang excited.. hahaha!! sengal..




Wednesday, April 1, 2009

Jangan main sorok-sorok, nanti kena tangkap momok!

bila bulan tgh mengambang mula lah cendawan tumbuh mencacak cacak..
aku redha je..kadang2 aku buat tak tahu je..selalunya aku tebas cendawan tu sume..
bila aku tebas mula la kulat menguasai kawasan..tapi tak lama..


aku musykil sekarang ni pasal cendawan nan satu ni..leh lak nyorok dalam satu lubang..

lubang telinga aku lak tu..hahaha!!

adeh! sakit lak tu..xde tempat lain ke nak tumbuh jerawat ni..