Thursday, October 28, 2010

Masa tu budak-budaklah katakannnn..

Bagan Lalang, Pulau Pinang. 1992.

masa tu aku tadika. pergi berhantar balik berjemput. sebelum balik ke rumah ayah bawa aku ke tempat kerja dahulu. ada la beberapa kali. ayah TUDM (Tentera Udara Di raja Malaysia). berunifom. segak. kacak. tampan. bergaya. ayah sape? ayah aku la weh..hahaha.

ayah terbang sana terbang sini. fuhyo!! pergi ke kedai atas suruhan ibu atau pergi beli jajan. pandang langit, ada helikopter atau jet pejuang je terus aku jerit. AYAH!! AYAH!! dengan harapan ayah nampak aku dari atas sana. masa tu aku bergaya dengan basikal berwara merah. siap bawa barbie doll tau. giler selebet!

*************

Sekolah Menengah. Tingkatan satu.
sebenarnya aku tak berapa nak pasti anggap je la aku masa tu aku tingkatan satu la yek..kehkehkeh. aku mempunyai kesedaran bahawa ayah-bukan-pilot-helikopter-mahupun-jet pejuang. tah macam mana tah aku boleh tahu aku pun tak pasti. aku bertanya pun tidak, mungkin datang dalam mimpi. 

cis!! macam mana aku boleh sengal tak tahu yang ayah aku bahagian pentadbiran dalam TUDM tu sebelum ini. mungkin faktor umur budak kot masa tu tahu ayah keje tentera udara jek terus pikir ayah keje kat udara sana. hahaha.. ayah selain bahagian pentadbiran dalam opis, ayah mengajar kawad kaki. ada masa ayah hilang suara sebab jerit-jerit nak bagi arahan. siannn ayah. 

ayah pencen TUDM masa aku habis tingkatan satu. then terus pindah TAMPIN. aku tak suka dok tampin okeh...sekian, terima kasih.




4 comments:

  1. Laaa... ini je ke dear?
    Mane lagi kisah form 2,3 and sampai cite dating2?
    =)

    ReplyDelete
  2. untuk pengetahuan ko, rumah aku atas dari bagan lalang, tempat ayah ko masuk ke gate belakang di Kampung Benggali untuk masuk kerja.
    Kat situ la rumah aku.

    ReplyDelete
  3. aku pun sama tak tau ayah aku kerja apa aku pun tak suka duduk tampin

    ReplyDelete
  4. vee,
    hah? hah? dah ada kot...cuba vee baca entry lepas..hehehe

    speedrider,
    oooo...tapi aku langsung tak tahu la weii..masa tu aku kecik lagi..hahaha

    brutalsolo,
    ko tiruuuuuuuuuuu....ahahaha

    ReplyDelete