Wednesday, June 30, 2010

Mana pergi liliyuli dua tiga pat hari ni?

fuh! jumaat,sabtu,ahad,isnin,selasa....tak ada entry di Melodiku..
ada yang rindu tak? kalau takde takpe. ai kecewa..huhuhu.
aku blogger pun saje je suka-suka..takde hal lah ada orang rindu atau tak kan..

maaf, aku terlalu sibuk dengan kehidupan yang entah hape-hape. perasaan cinta is kosong. perasaan untuk berdiet amat mendalam sebab aku berjaya makan nasi suku polistrin. ayam aku tak telan. semoga kagum sama aku. hari minggu lepas balik kampung. isnin aku cuti. semalam sibuk tahap nak kencing pun kena tahan-tahan.

aku tak komen kat entry korang tu harap maaf ye..tak sempat la nak jalan-jalan kat blog korang. bukan sombong bukan anggap diri diva ke ape, cuma aku tak berkesempatan. nak jengah blog sendiri pun hanya satu minit 25 saat sahaja. sadis kan?

Thursday, June 24, 2010

Ganti puasa

puasa pertama kali selepas bulan ramadhan tahun lepas membuat aku tidak bermaya sehebat adamaya. hari ini hari pertama aku lakukan ganti puasa. terpaksa ganti sebab bulan mengambang ada di bulan ramadhan tahun lepas. bila bulan mengambang aku terpaksa makan di bulan ramadhan. jika aku tidak makan, maka nanti aku tidak menjadi manusia yang tidak normal. jika tidak makan aku akan bertukar kaler ijau. sape nak jawab? agagaga~

hebat tak hebat hari ini, walaupun aku pening kepala ala-ala pening lalat. aku gagahi jua dengan buat-buat takde pape walhal mulut ni asyik je sebut pening lah! keje seperti biasa. banyak menimbun. hari ini aku taknak cerita pasal kerja aku yang aku buat sebab terpaksa ni. walaupun banyak, aku akan buat buat macam tak banyak walaupun kena clearkan segala yang menimbun.

berbalik pada topik asal tadi. puasa aku hari ini diberi dugaan dengan opismate makan McD yang mereka order secara online dan akan dihantar segera. menangkap siot bau sedap makanan McD itu. tapi aku buat buat tak tahu saje, konon.

ada 6 hari lagi nak kena ganti ni. bagi gegirl, korang dah abes ke ganti weh? bagi boboy pula, korang ada ke ganti puasa macam kami yang gegirl ni? hehehe..

Wednesday, June 23, 2010

Whoa!

time skrg masih di opis,

80% unit complaint, 20% unit ISI(unit sebelum ni). unit complaint di aras G. unit ISI di aras dua.

naik..turun..naik..turun..

cuba bayangkan!


pergh!!!


kurus nanti aku~


Tuesday, June 22, 2010

Penjara Pudu dirobohkan sebab nak buat jalan

hari ini adalah hari ke-dua aktiviti merobohkan penjara pudu. sejarah tinggal sejarah. lepas ni, anak cucu kita yang mendatang dah tak kenal dah dan tak tahu dah ape itu penjara pudu.

kalau dari hari tu lagi dah tahu penjara tu dah nak dirobohkan. nak je aku tangkap-tangkap gambar kat situ. lantak lah orang nak kata ape pun. dorang yang cakap cakap tu mana tahu ape itu sejarah.

kalau dalam buku sekolah tingkatan 3 masuk cerita pasal penjara pudu kira okey lah ada lah juga untuk dikenang. ataupun pengetahuan pasal penjara pudu tu untuk generasi akan datang. ah! malas aku nak cakap panjang-panjang pasal sejarah. sah sah buku sejarah aku dulu malas nak baca. hikhikhik..

Monday, June 21, 2010

Cilok sana cilok sini

malam ni takde ape yang hendah dibuatkan selain makan malam, borak dengan hosmet, tengok tivi ala kadar, mandi, basuh pinggan selepas makan tadi, kalau sakit perut selepas makan aku ke jamban. begitu la sehari-hari aku di waktu malam selepas opis hour.

tapi, malam semalam tak sama. sebelum itu aku nak bagitahu weekend hari tu aku bercuti 2 hari satu malam di villa maktih aku kat taman anggerik, kempas. semalam, aku nak pulang semula ke taman sri tebrau ni sepupu aku yang hantarkan. nama dia, aman. memang bukan nama sebenar. dia lelaki yang boleh dibuat jadi bonzer aku. sekali dia debik orang tu terus pengsan tau.

aku ambil keputusan tak mau paktih dan maktih disusahkan dengan menghantar aku pulang. aku minta pertolongan aman. aman menghantar aku pulang dengan motorsikal. motosikal tu nama ape aku pun tak tahu. aku pakai bonceng aje. tak pernah-pernah aku naik motor di sekitar JB. memang seronok! rasa nak naik lagi je. cilok sana cilok sini. kiri kanan aku ada kereta. berulang-ulang tanpa segan akhirnya sampai ke rumah aku.

best! rasa nak naik lagi. okey! kepada bakal suami aku.. harap kamu ada motorsikal besar ye..huhuhu

p/s: maaf ending aku begitu..aku tak tahu nak tamatkan bagaimana..hehehe

Saturday, June 19, 2010

Mesin basuh ku

susah juga bila sampai masa nak basuh baju, mesin basuh yang aku lupa nak bagi nama buat hal. kali pertama dia ok. kali de dua ke tiga dan ke sepuluh pada masa yang sama dia tak mahu ok. puas aku bagi kata-kata hikmah kat dia. bagi tenaga aura sikit. pujuk memujuk. rayu merayu. pun tak jalan. tak makan saman punya mesin. syhhhhh! ni senyap senyap je aku luahkan kat sini. bukan ape. aku tak nak bagi dia dengar je. kang dia majok langsung tak nak kawan ngan aku langsung dia membisukan diri langsung tak nak bekerjasama membasuh baju aku seterusnya.

usia mesin basuh tu dua tahun lebih dan aku dah lupa bila tarikh birthday dia. usia dia pun aku main agak agak saje. mau saje aku mencari pengganti dirinya. tetapi aku tak sampai hati. dia dah banyak berjasa pada aku dan kawan-kawan aku yang aku anggap dorang hosmet aku. sebab dia lah hidup aku berubah. mana taknya, dulu masa study aku basuh baju pakai tangan bergandingan dengan berus. adanya dia, aku basuh baju pakai tangan hanya campak-campak baju ke dalam perut dia je. begitu mudah dan efisyen skali.

soalan di sini...haruskah aku cari pengganti yang baru?

Friday, June 18, 2010

Tiga tahun sudah

masa mula-mula lapor diri dulu. fresh. kurus, baru abes diploma, muka sweet seventeen, inosen, ala kadar, bangga dapat kerja, bla..bla..bla..

hari ini, genap 3 tahun bekerja di syarikat suruh lariskan streamyx ni. kagum aku sebab leh bertahan. ibu banyak kali suruh aku keluar dari syarikat suruh lariskan streamyx ni ke goverment. seribu alasan aku cipta. ehee..

dan, dalam tempoh tiga tahun ini lah juga aku sudah tukar ke tiga unit yang berlainan dalam department yang sama. takpe lah, aku anggap itu satu cabaran dalam hidup selagi aku mampu buat sebaik mungkin. chaiyok liliyuli chaiyok!!

kepada batch 18 JUN 2007...HAPPY ANNIVERSARY!!

Thursday, June 17, 2010

Pak Mat Tempe

salam hari khamis semua!

berita berkenanaan dengan tertangkapnya pelawak terkenal Saiful Apek itu buat aku kesal dengan sikap Apek itu. aku takde la minat nak mampos dia tu. sikit-sikit tu ada la. sesikit garam dalam masakan sayur kacang panjang.

aku geram bercampur marah. dah terkenal macam tu pula perangai dia. hisap ganja. tiuhh!!
tapir punya perangai. tak kesian ke kat anak-anak ko weh Apek?? aduyai..

tu la..gitu-gitu sangat. duduk la ko kat pusat serenti tu sampai lebam. Padan muka!


geram ni.

grrrr..

Wednesday, June 16, 2010

Sehari tak usik tak sah

salam sejahtera!

ada sorang hosmet ni. aku suka usik dia. sebab dia baik sangat. hehehe. weken hari tu, aku dan hosmet yang lain tonton dvd avatar. al-maklum la. aku tak sempat nak tengok kat pawagan yang berdekatan. tonton dvd kat rumah bersama hosmet yang lain pun kira okey la, muhibah sikit.

selepas itu, aku usik sorang hosmet aku yang sorang tu. aku panggil dia avatar. hehehe. dia marah. aku tahu. tapi aku panggil juga dia ngan nama avatar. dah berapa hari dah. aku panggil dia ngan nama itu, avatar.

sekarang, aku rasa serba salah pulak. kesian kat dia bila di pikir-pikirkan balik. ape pendapat korang? adakah harus aku teruskan memanggil dia ngan nama itu? hehehe..

ye la ye la...stop! pasni aku panggil dia ngan nama penuh siap binti skali..

Tuesday, June 15, 2010

Bukan jamu

.
fakta: manusia ada tahap kerajinan dan kemalasan nyer tersendiri.

auta: aku mempunyai tahap kerajinan level super saiya!


hehehe..

suka-suki jek.

Monday, June 14, 2010

Selagi ada

hye!

entry kali ni bukan pesen diari. bukan juga pesen rock leleh. entry hari ini adalah entry merupakan pengumuman aku buat kerja-kerja unit lain. iaitu unit complain.

buat masa ni aku selarasakan pasal pelarasan yang customer minta. gedik betul la customer ni. mende kecik pun nak besar-besarkan. RM4.11 sen pun nak juga minta pelarasan. aduyai..kecah sehh!

ok ok korang jangan nak merusuh. tu pandangan aku je. huhuhu. aku tahu pandangan korang lain-lain. ye ye aku tahu. itu hak dorang sebagai pengguna.

suasana unit ni pun lain. tune nak mengarang untuk entry pun tak berapa nak kencang sangat. tapi aku gagahi juga la jari ni menari-nari di keyboard yang tak hensem ni. keyboard aku lagi hensem tau. rindu pula nak bermesra pada keyboard aku tu..

k la u all. saya manyak korje. mau buat. daa~

Friday, June 11, 2010

Bos oh bos..

macam mana la lepas ni aku ber-bos-kan wanita. sebut wanita lebih manis daripada aku sebut pompuan atau gegirl. nampak dewasa skit tak la nampak gedik bos itu. bos wanita adakah akan lebih sempoi atau lebih bebel pesen mak mak. minggu depan stat la aku ke unit lain.

berat hati sebenarnya. betul. tak tipu. bayangkan aku pinokio. kompem hidung aku tak panjang sebab aku tak tipu. lainlah kalau main dam ular kompem aku tak nak letak pinokio tu dalam diri aku sebab nak menang punya pasal. ayah aku cakap tak baik menipu bila main dam ular. tapi nak buat macam mana. asyik turun je ke nombor satu ikut badan ular tu. memang tak aci.

lepas ni aku rasa aku akan lebih takde masa nak berblog atau berfesbuk lebih masa di siang hari. sikit sikit masa tu akan aku pastikan ada. dunia blog ni semacam dah sebati dalam diri. tak lena tidur tak lalu makan kalau tak berblog. ibarat air sirap hanie takde gula. ibarat evocil jo takde pemandu seperti jo, misalnya. atau ibarat ezam tak keje syif malam, mungkin.

selama tiga tahun aku bekerja di syarikat suruh lariskan streamyx ni. tak pernah pula aku ber-bos-kan wanita. sebelum ni aku ber-bos-kan dua bos lelaki. macho lak tu. eceh! bos dah kembang la tu..agagaga~

bos korang lelaki atau wanita? ape pula pandangan korang? kongsi skettt..



Thursday, June 10, 2010

Sesuatu itu adalah...

hye!

korang ingat lagi tak entry pasal ada sesuatu di rumah aku? senang cite meh la klik( ini ).
ni diaaaaaa!!


























bola besar! hehehe..
buat senaman okey. nak jadi superman pun boleh..hahaha.
ingat lelaki je ada bola? elehhh..
bola besar tu ida yang beli. bukan aku beli. aku tumpang guna je. huhuhu.
cara-cara senam jom tengok kat video kat bawah ni.



bukan bola besar je yg ada kat rumah aku. ada lagi alat senam. nak tahu? tungguuuuu~

jom senam! 1..2....3... lapan lagi!

Wednesday, June 9, 2010

Huruf pertama!

Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...



If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...


1. What is your name : Liliyuli

2. A four letter word : Lawa

3. A boy's name : Latip

4. A girl's name : Latipah

5. An occupation : Lariskan streamyx

6. A colour : Lipstik

7. Something you wear : Losyen

8. A food : Lolipop

9. Something found in the bathroom : Lurah dendam

10. A place : Lombong emas

11. A reason for being late : Lari-lari tiba-tiba terjatuh lalu luka dan sakit

12. Something u shout : Lapar!

13. A movie title : Lu pikirlah sendiri

14. Something u drink : Limau ais

15. A musical group : Linkin Park

16. An animal : Lebah

17. A street name : Lorong ada Lembaga

18. A type of car : Lexus LS460


senang je rupanya tag ni. err..ada lagi tak tag yang lagi susah? vee sila bagi lagi tau..huhuhu.

Tuesday, June 8, 2010

Debaran piala dunia

hye!

seperti yang kita tahu piala dunia semakin hampir. debaran demi debaran semakin terasa. hampir semua iklan di kaca tv berkisahkan tentang bola. bermula juga pada para lelaki yang akan makan bola, tidur bola, bola, bola, bola..

para isteri ataupun para awek sekalian, adakah anda juga sudah bersedia? bersedia untuk menghadapi kurangnya perhatian. disebabkan bola lelaki lupa segalanya. memang tidak patut.

bagaimana harus mengatasinya? harus ada perjanjian? atau mungkin hanya redha saje?

jika para lelaki menulis surat untuk isteri berupa seperti (ini). apa yang anda harus lakukan? bagi aku, harus ada surat balas yang tidak melampau sebagai seorang isteri. fikir-fikirkan lah. sebulan tuuu..piala dunia beb. haus haus kasih sayang~ hahaha!


Monday, June 7, 2010

Happy Birthday Ibu & Farah

5 jun, Happy Birthday ibu!!


6 jun, Happy Birthday Farah!!



Sayang kamu berdua. i know yu ol sayang kaklong (aku)..hehehe


korang sayang aku tak? *blushing*

Friday, June 4, 2010

Senarai wayang cik liliyuli (april,mei,jun)

hye!

entry kali ini nak bawa saudara dan saudari sekelian untuk mengetahui movie ape yang pernah cik liliyuli telah menonton di pawagam sepanjang april, mei, dan jun (buat masa ini).




kecoh betul ni aku tengok semalam, 3 jun 2010. kelakar weh. penat gelak. korang pegi la tengok! kesimpulan aku untuk cite ni: jangan berhutang pada ahlong, jangan merempit, semangat setia kawan, harus melawak walaupun masalah menimbun (eh? boleh ke? hehehe)


shrek forever after memang terbaiklah animasi yang dihasilkan. aku tengok pada 20/5/2010. harus tonton! pe lagi? siaplah sekarang pegi pawagam..hehehe. kesimpulan aku untuk cite ni: hargai orang sekeliling kita. kreatif untuk hidup. harus pandang ke hadapan, bak kata filem seram 'jangan pandang belakang'.




kick-ass pula, entah la. nak kata best. best la juga. nak kata tak best tapi best. nak tahu best ke tak. pegi la tengok! kesimpulan aku untuk cite ni: jadi diri sendiri lebih baik!

haunted room ni hurmm ok ok la. tak la seram mana. hantu dia pun macam alien. hahaha! kesimpulan aku untuk cite ni: setiap ibu pasti sayang anak dia. selamat hari ibu!!
p/s: nak tahu sinopsis? macam biasa..lu google lah sendiri beb. hehehe..

Thursday, June 3, 2010

KEMPEN KAMI BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL!!



ayuh kita menyokong kempen ini wahai kawa-kawan. pilihlah yang mana satu gambar di atas untuk letak di blog kamu sebagai menyokong kempen ini.
sumber dari (sini)

Wednesday, June 2, 2010

Jangan terkejut ye kawan-kawan

.
hye!

melodiku berwajah baru sekali lagi..

jangan terkejut ye kawan-kawan. kali ni melodiku mencuba dengan warna gelap seperti sekarang ini..



ok tak? ape pandangan kawan-kawan sekalian??


(^_^)V


.

Tuesday, June 1, 2010

Makanan yang jarang jarang masuk mulut

hye yu all !

aku nak tanya korang ni. korang selalu tak makan makanan yang jarang jarang orang makan. seperti daging arnab, daging rusa, daging itik, daging katak. eh! daging katak kita tak leh makan. huhuhu.. geli ah nak makan katak..eee!

hari tu aku dah makan daging rusa masak sup. semalam aku makan daging itik masak ape tah...huhuhu. pergh! menusuk!! aku tak reti nak terangkan mcm mana rasa. korang cubalah sendiri. hehehe.

nanti nak makan daging arnab la pulak.. arnab masak ape ye? ouh!! sate arnab. jom kengkawan kita rasa daging arnab pula.. =)