entry kali ini aku masuk contest ayahku sayang. saje je masuk memandangkan aku rindu ayah aku. lalala~ sape yang anjurkan? mesti la cik bard kita. maaflah kalau ayat aku tunggang-langgang. aku baru je setahun jagung dalam arena blogging ni. ehee..
Lengkapkan ayat ini: SAYA SAYANG AYAH SAYA KERANA.........(nak buat pendek boleh, panjang pun boleh). tu arahan cik bard. tapi aku tukar saya tu kepada aku ye..huhuhu. bukan ape..asyik tersasul je. asyik je nak sebut 'aku 'jugak. agaga~
aku sayang ayah aku kerana dia adalah ayah aku. memang bunyi macam klise. tapi sudah memang ternyata kita harus menyayangi ayah kita bukan? siapa lagi kalau bukan kita sebagai anak. bagi aku ayahlah hero aku. tersenyum aku bila mengimbas kenangan zaman kecik aku dahulu bersama ayah. kini ayah berusia 54 tahun. alhamdulillah ayah masih sihat lagi.
dahulu, ayah mengajar aku membaca. aku ingat lagi ayah ajar aku mengeja "DUKU". masa itu begitu payah aku hendak memahami,mengingati ataupun membunyikan suku kata DU KU. ayah sudah marah-marah sebab aku menampakkan kelembapan mengeja. budak tadika lah katakan, mana nak baca-baca ni semua. apa yang ada dalam kepala otak budak tadika ketika itu adalah bermain permainan. Barbie, misalnya. perkataan DUKU sampai boleh masuk dalam mimpi lagi. hahaha. ayah sambung mengajar dalam mimpi. esok harinya aku sudah boleh mengeja DUKU itu. sebab itulah ayah hero aku.
dari tadika, kita naik pula ke zaman sekolah menengah aku. masa itu ayahlah yang menghantar saya ke sekolah dan menjemput pula bila balik sekolah. aku selalu mengeluh bila ayah kadang-kadang terlambat mengambil aku untuk pulang ke rumah. ayah diam je. tapi sebenarnya ayah selalu menunggu aku awal di panas terik. langsung ayah tak merungut atau marah pada aku kerana lama menunggu. sebab itulah ayah hero aku.
Selesai SPM, aku masuk ke tingkatan 6. aku redha dan pasrah je masuk tingkatan 6. tapi ayah tidak mahu aku ke tingkatan 6 itu. ayahlah yang berusaha mencari kolej yang mana patut. aku buat tidak tahu saje. ayahlah call sana sini. fax sana sini. sehinggalah aku masuk ke Kolej Multimedia, KL. ayah berhabis duit untuk aku. kolej la katakan, yuran mahal. tiap-tiap bulan ayah masukkan duit belanja yang banyak kepadaku. itu pun aku belajar main-main. ayah pesan pada aku. belajar betul-betul, insya'allah nanti dapat kerja, senang. aku tahu siang malam ayah doakan kejayaan aku sehingga kini. sebab itulah aku anggap ayah hero aku.
Selepas tamat pengajian diploma. aku dipanggil untuk ditemu duga untuk pengambilan kerja di sebuah syarikat swasta. ayahlah yang bagi semangat pada aku sampaikan nak pergi temu duga itu pun ayah yang menghantar aku hingga ke muka pintu. hahaha. tetiba aku teringat pula cerita PAPADOM. aku tak kisah orang nak kata apa pun. aku anak ayah ke atau apa. yang aku tahu aku sentiasa ada ayah yang sentiasa memberi semangat. ayahlah hero aku.
kini, aku sudah bekerja. ayah pasti ada ketika aku memerlukan bantuan. apa yang aku nampak pada ayah aku kini. ayah sudah tidak garang seperti dulu. faktor usia, mungkin. ayah aku suka karaoke. hehehe. aku pun turut sama suka karaoke beb. agagaga~ pernah je aku berduet nyanyi ngan ayah. kihkihkih. lantak la orang nak kata ke laut pun. Janji aku hepi nyanyi ngan ayah sebab ayah hero aku.
Sampai di sini sahaja lah aku cerita pasal ape aku sayang ayah aku. Kalau nak diikutkan memang panjang lagi aku nak ceritakan. Agaga~ korang harus tahu ayah aku seorang yang kelakar tau. Ada je lawak-lawak yang kelakar yang boleh buat kami sekeluarga gelak ketawa. Dan juga pandai bersilat. Tapi ayah tidak ajar aku bersilat. Ayah ajar adik aku yang lelaki saje. Aku tahu ayah tak ajar aku silat sebab ayah hero aku. Ayah akan selamatkan aku..
Kalau ayah tahu ni aku cakap aku sayang ayah. Mau berjurai-jurai air mata ayah. Agaga~ akhir sekali, aku nak tegaskan di sini ( Ecewah! huhuhu) aku sayang ayah sangat-sangat. Sekian, terima kasih.
good luck lili!!
ReplyDeletelama dah contest ni ek? lom tutup lagi rupanya.. :)
syukur ade bapa lagi kan? ehehe.. kontes neh buka lagi ke? wawawa.. lamanya..
ReplyDeletehai bapak!
ReplyDeletebest wooo ada bapak lagik...
ReplyDeleteakk dh tak ada la...
buleh ke msuk kontest nih???
hai uncle!!!!
ReplyDeletetedi,
ReplyDeleteTQ tedi...20march tarikh tutup..huhuhu
jard,
20/3/2010 kata bard tutup..
paiseh,
ape bapak bapak? nak kena pangggg? agaga~
arryani,
boleh lagi kot kak..saya pun pakai redah je kak...huhuhu
ezam,
ReplyDeleteeh..tertinggal 1 minit nak jawab komen ezam..huhuhu
ayah gua pun hero jugak..
ReplyDeletemacam superman woo...
hai dear..thx yer join contest saya.. =)
ReplyDeletepakcik..anak pakcik nakal kan..
ReplyDeleteni baru b0leh tgk pic die..kal0 x..asek tutup je..
jo,
ReplyDeleteko biar betul superman...spender kat luar tu weh...hahaha
bard,
harap terima ye..huhuhu
sharamli,
hakhakhak..alaaa..kat FB kan ada gambar aku..saje je kan sha ni..