semalam. pergh! banyak giler kelkatu dok urung lampu kalimantan rumah kami. time maghrib lak tu. itu satu trauma bagi kami. hakhakhak!
tadi punya la jalan-jalan kat google punya carian. aku terjumpa blog ni yang bagitahu kelkatu tu asal dari anai-anai. tapi kak chik (admin kat opis aku) cakap bukan pulak. "kelkatu tu datang bila nak ribut"-kak chik. aku senyum je la. malas nak berbalah ngan orang tua. kak chik cakap ikut pengalaman sepanjang dia hidup sebab dia umur separuh abad dah. tapi aku masih confuse.
aku ada cerita nak share kat korang semua, pasal kelkatu. bacalah!
Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI
gambar hasil carian di google
Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya.
Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu.
Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi.
Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi.
Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.
Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu?
Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu.
Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya.
Mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak bersolat.
Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap.
Mereka tahu berjudi itu haram namun tetap juga tikam sukan 4d.
Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya.
Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya.
Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana.
Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan.
Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun berperangai kalkatu.
IKTIBAR
Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir.
Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah lebih dahsyat daripada kalkatu .
kesian... kekatu juga yg dipersalahkan
p/s: cerita yang aku share kat korang tu aku petik kat forum ni. agagagaa~
like..like...
ReplyDeletethanks for the info.
ReplyDelete:)
kal0 yg tikam yg 2 kupang pastu dapat mainan tu cmana?hu3
ReplyDeleteEntry yang bagus...
ReplyDelete:)
Best best.. share lagi tau info camni...
=)
sungguh mendalam.....
ReplyDeletekat hostel ni pun byk gila kalakatu. melekat kat dinding. huhu
ReplyDeletebukan kelkatu asal dr ikan sepat ke....?
ReplyDeletehehe. ok. ok. jgn naik hangin. aku melawak je....
eerhmmmm...! x pasti lah lili..
ReplyDeleteyang aku ingat 'bila sampai hari kiamat manusia akan berterbangan seperti kalakatu'!
jo,
ReplyDeleteTQ..TQ
nuyuljana,
*senyum* =)
sha,
entah. pergi tanya ustaz yg berdekatan anda..huhuhu
vee,
kalau ada yang nak membaca..ok je.. =)
ezam,
peringatan bersama.. =)
farhana,
tu maknanya..hostel tu byk anai-anai..
kakTasekMerah,
hehehe..akak ni..gigit kang aaaaaaaa..huhuhu
tedi,
owh. ye ke..hurmm..
Terbaik peringatan buat kita yg selalu lupa
ReplyDelete