Wednesday, March 31, 2010

Huru-hara

minggu ni tak jadi ke tak. kalau main redah je kang. haru-biru jadinya. ish..
aku runsing.


err..ada sesiapa nak teman aku pergi Tapah, Perak??

ngeh..ngeh..ngeh..

Tuesday, March 30, 2010

Malam Nostalgia Filem & Lagu


pentas




pembukaan majlis oleh TM point.





kiteorang baru sampai





persembahan nyanyian staff

pakaian da boom, lelaki.
pakaian da boom, wanita.
pemenang pakaian dan persembahan terbaik
pemenang pakaian dan catwalk terbaik


bergambar dengan jay jay

meriahkan kami..ehee



kami pose duduk pulak

penat weh

hehehe







p/s: malam itu kami semua feeling artis. hehehe.. enjoy beb. best..

**sebenarnya banyak lagi gambar. korang layan yang ni je la ye..

sekian..

Monday, March 29, 2010

Malam red carpet selesai


i like malam red carpet jumaat hari tu..

err..korang tengok kat facebook aku je la eh..


=)

Thursday, March 25, 2010

Tangan berminyak

pernah ke korang bila tangan berminyak pas makan kopok lekor ke..makan cendawan goreng ke..atau ape ape makanan lah yang bila pegang tangan kamu akan berminyak.

konpem pernah punya..

pas makan tu korang amek tisu lap kan? atau pun korang pergi basuh je tangan kan?

tak best.

aku ada cara lagi best.

pas makan tu kan.. korang usap-usap kepala adik korang. sambil sambil tu puji la dia. puji dia cantik ke.. pandai ke.. hehehe.

result..

.


.


.



rambut adik kamu bersinar-sinar, berkilat-kilat. dah macam pakai minyak rambut cap kelapa dara dah..hahahahaha~

p/s: rindu kat Farah n Fadhil lah~

Wednesday, March 24, 2010

Betul ke kelkatu asal dari anai-anai?

memang menjadi pertanyaan bagi kami satu rumah di sri tebrau. betul ke kelkatu asal dari anai-anai?

semalam. pergh! banyak giler kelkatu dok urung lampu kalimantan rumah kami. time maghrib lak tu. itu satu trauma bagi kami. hakhakhak!

tadi punya la jalan-jalan kat google punya carian. aku terjumpa blog ni yang bagitahu kelkatu tu asal dari anai-anai. tapi kak chik (admin kat opis aku) cakap bukan pulak. "kelkatu tu datang bila nak ribut"-kak chik. aku senyum je la. malas nak berbalah ngan orang tua. kak chik cakap ikut pengalaman sepanjang dia hidup sebab dia umur separuh abad dah. tapi aku masih confuse.


aku ada cerita nak share kat korang semua, pasal kelkatu. bacalah!


Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI



gambar hasil carian di google


Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya.

Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu.

Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi.

Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi.

Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.

Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu?


Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu.

Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya.

Mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak bersolat.

Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap.

Mereka tahu berjudi itu haram namun tetap juga tikam sukan 4d.

Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya.

Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya.

Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana.

Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan.

Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun berperangai kalkatu.

IKTIBAR

Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir.

Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah lebih dahsyat daripada kalkatu .

kesian... kekatu juga yg dipersalahkan


p/s: cerita yang aku share kat korang tu aku petik kat forum ni. agagagaa~



Tuesday, March 23, 2010

ViolynViolet..adalah nickname aku juga..


taraaaaaaaaa!


gambar kat atas tu camne? ok atau tak? cantik atau tak? korang tentukanlah. bak kata orang omputih, lain mata lain cara pandangan dia. bagi aku dah cantik dah tu sebab kat atas tu aku la model dia. agagagaa~


gambar kat atas tu aku letak text sikit bagi meriah. hehehe. ada macam kulit novel tak? huhuhu. (feeling jadi penulis novel). gambar tu pernah ada kat pix profile fesbuk aku. gambar tu di ambil pada hujung tahun lepas. tak ingat lah..tapi yang pasti time tu cuti sekolah.


kat mana tu? teka la..hahaha. saje je suh korang berfikir sikit. agagagaa~


p/s: kalau nak pakai gambar tu untuk wat kulit buku ke..majalah ke..novel ke..amek la..tapi bagi tahu aku dulu k..nak minta komisyen sikit..kihkihkih~

Monday, March 22, 2010

Cubaan snap




ehem..


cantik tak gambar kat atas tu? gambar tu aku snap sebulan yang lepas. gambar tu dah jadi wallpaper komputer opis aku pun.
tu cubaan je.
korang try la teka aku snap guna kamera jenis ape..
xde hadiah pun. teka untuk suka-suki ape salahnya kan? aku tahu korang always happy. jom smile =)

Friday, March 19, 2010

Dengar-dengar

dengar-dengar unit aku nak rombak lagi,

dengar-dengar sorang team aku nak pindah ke KL,

dengar-dengar bos aku nak naik pangkat,

dengar-dengar aku nanti tukar ke bahagian lain,

dengar-dengar orang opis cakap aku makin berisi,

dengar-dengar HSBB dah nak launch kat IDR,

dengar-dengar time dinner nanti aku jadi AJK usherette,

dengar-dengar orang cakap ada jejaka suka aku,

dengar-dengar bos baca blog aku hari-hari,

dengar-dengar aku nak dapat laptop syarikat,

dengar-dengar ibu suruh aku kawen cepat.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

hidup manusia selalu berubah-ubah supaya hidup ini tidak bosan walaupun pahit harus kita telan..

sekian, terima kasih.

Thursday, March 18, 2010

Award beautiful blogger?


ape kes aku dapat award tu? dhamira yang bagi award tu. nak tahu sape dhamira tu. try la klik nama dia kat list blogger yang tersenarai tu belah kanan u oll k.

beautiful blogger? tu ditujukan kat aku la kan? wuwuwuwu.. beautiful ke aku ni? haihhh.. malu i. huhuhu.. dah orang nak bagi.. aku amek je la ngan rela hati. agagagaa~

err..aku nak bagi sape pulak ye? hurmmm... kang bagi orang ni kang orang tu kecik ati. hurmmm..camne ek? tak reti la nak bagi kat sape.. aku bagi kat korang semua la. yang follow blog aku ni. adil kan? kan? =)

4. State 7 things about yourself.

1. berat makin bertambah. adeh!
2. suka berkawan. "hai, saya liliyuli". agagagaa~
3. comel..agagagaa~
4. anak sulung.
5. ada 2 facebook..(nak cover line punya pasal)
6. keje kat JB
7. pemalu sungguh. wuwuwuwu~


notakaki:

kalau nak amek awrd ni..korang kena ikut syarat-syarat kat bawah ni ye..

1. Thank & link the person that gave you the award.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award

4. State 7 things about yourself.

Wednesday, March 17, 2010

Maria

maria, hampir nama sebenar. tiada lain maria hanya merisaukan tentang dirinya yang telah punya double chin. begitu trauma bagi dia. apa perlu dilakukan oleh maria?

dengan itu maria berazam untuk menghilangkan double chin tersebut seberapa pantas yang boleh. double chin atau perkataan sentifiknya adalah dagu berlapis. begitu hodoh skali bunyi perkataan sentifik itu.

rakan-rakan terdekat maria selalu menyalahkan maria sendiri kerana kuat tidur. dan adakah juga maria kuat makan? itu kita tidak tahu..

kepada kawan-kawan yang di luar sana. jika ada sebarang tips untuk menghilangkan double chin beliau..silalah sms ke 33221. ulang sekali lagi, sms ke 33221.

Tuesday, March 16, 2010

Jemputan Ke Malam Nostalgia Filem & Lagu

hye kawan-kawan =)






aku tengah pening ni nak pakai baju apa nanti. dah la berkonsepkan red carpet. meletop gitu. malam nostalgia lak tu. aiya ya ya.. 2 minggu lagi beb. 2 minggu lagi.. 26/3/2010.











cabutan bertuah yang paling tak tahan tu. harap2 aku dapat peti sejuk tu..agagaagaa~ kalau tak dapat peti sejuk pun, harap2 dapat mesin basuh tu..sebab nak ganti mesin basuh aku yang makin nazak tu..hehehe.











p/s: terkantoi lagi ngan bos masa aku nak update blog..adeh! apa boleh aku buat...senyum je la~





Monday, March 15, 2010

Sopan dan segan



" anda sopan, kami segan "


penah dengar ayat tu? atau terbaca?

tertarik bukan? hehehe.. sama la saya..kalau anda sopan saya segan. so, mari lah kita sama-sama sopan..ok?

Wednesday, March 10, 2010

Penembak terhandal

hye kawan-kawan =)


tembakkkkk!!!

beng! beng! beng!

senapang M-16 dengan kuasa peluru hidup 10 biji aku tembak semua tak kena pada sasaran. hahaha. tapi pestol dengan kuasa 5 biji peluru hidup aku berjaya menembak dengan semua 2 piring iaitu sasaran yang telah disediakan. best ke tak? ofkos best weh.. telinga berdesing kejap je pun. aku tak pekak pun lagi. puas ke tak? oh! oh! aku tak puas lagi..aku nak je menembak lagi. nak nak bila kita bayangkan di depan musuh durjana. kita tembak musuh durjana itu. hahaha!

walaupun aku takut nak main paintball. tapi ngan senapang M-16 dan pestol tu aku tak takut pun. sebab ada abang RELA yang tolong ajarkan cara pegang senapang dan cara nak masukkan peluru. agagaaa~

memang kenangan yang tak dapat aku lupakan. bukan senang nak pegang senapang dan pistol tu.. hanya orang tertentu je yang lepas menggunakannya. bukan sebarang..

Tuesday, March 9, 2010

Bila bos aku komen~

hai kawan-kawan =)



Faiz Mc Ateer tu la bos aku. sebab tu la aku ada 2 fesbuk. hahaha~
kalau dia tahu aku main petville, farmville dan bla bla time opis. naya aku. agagagaa~

masa team building aku masuk pertandingan menyanyi. aku mood dangdut masa tu sebab sakit tekak. 2 lagu bos aku dengar aku nyanyi lagu dangdut. hahaha~

aku dapat nombor 5 daripada 9 orang peserta. masa tu aku sakit tekak..kalau tak, nombor satu agaknya aku...huhuhu~

Monday, March 8, 2010

Program motivasi

hai korang..




aku baru balik dari



















melaka


best giler weh

ada jungle tracking.

pertandingan menembak guna senapang M-16 dan pistol. peluru hidup tu.

sukaneka--> baling belon ada air, makan epal tergantung, cari gula-gula guna mulut dalam tepung, futkat(lelaki main bola kena pakai kain pelekat)

aku dapat hadiah cabutan bertuah. dapat nombor 5 dalam pertandingan menyanyi dapat lagi hadiah.

makan sedap-sedap.




p/s: aku terlupa nak bawa spek mata. hari ni aku rabun ayam depan komputer. aku view sikit je eh dulu..hehehe




Friday, March 5, 2010

5,6,7 March 2010

hye kawan-kawan blogspot =)

aku nak pergi TEAMBUILDING ni.
tapi, badan tak berapa nak sedap.
tunggu dan lihat ape yang akan terjadi nanti..

next entry aku cerita kat korang ye..

tata korang.

doakan aku pergi dan balik dgn selamat ye..

meh aku bagi flying kiss satu kali. muach!!

agagagagaaaa~

Thursday, March 4, 2010

Contest Ayahku Sayang

hye kawan-kawan =)





entry kali ini aku masuk contest ayahku sayang. saje je masuk memandangkan aku rindu ayah aku. lalala~ sape yang anjurkan? mesti la cik bard kita. maaflah kalau ayat aku tunggang-langgang. aku baru je setahun jagung dalam arena blogging ni. ehee..










Lengkapkan ayat ini: SAYA SAYANG AYAH SAYA KERANA.........(nak buat pendek boleh, panjang pun boleh). tu arahan cik bard. tapi aku tukar saya tu kepada aku ye..huhuhu. bukan ape..asyik tersasul je. asyik je nak sebut 'aku 'jugak. agaga~










aku sayang ayah aku kerana dia adalah ayah aku. memang bunyi macam klise. tapi sudah memang ternyata kita harus menyayangi ayah kita bukan? siapa lagi kalau bukan kita sebagai anak. bagi aku ayahlah hero aku. tersenyum aku bila mengimbas kenangan zaman kecik aku dahulu bersama ayah. kini ayah berusia 54 tahun. alhamdulillah ayah masih sihat lagi.

dahulu, ayah mengajar aku membaca. aku ingat lagi ayah ajar aku mengeja "DUKU". masa itu begitu payah aku hendak memahami,mengingati ataupun membunyikan suku kata DU KU. ayah sudah marah-marah sebab aku menampakkan kelembapan mengeja. budak tadika lah katakan, mana nak baca-baca ni semua. apa yang ada dalam kepala otak budak tadika ketika itu adalah bermain permainan. Barbie, misalnya. perkataan DUKU sampai boleh masuk dalam mimpi lagi. hahaha. ayah sambung mengajar dalam mimpi. esok harinya aku sudah boleh mengeja DUKU itu. sebab itulah ayah hero aku.

dari tadika, kita naik pula ke zaman sekolah menengah aku. masa itu ayahlah yang menghantar saya ke sekolah dan menjemput pula bila balik sekolah. aku selalu mengeluh bila ayah kadang-kadang terlambat mengambil aku untuk pulang ke rumah. ayah diam je. tapi sebenarnya ayah selalu menunggu aku awal di panas terik. langsung ayah tak merungut atau marah pada aku kerana lama menunggu. sebab itulah ayah hero aku.

Selesai SPM, aku masuk ke tingkatan 6. aku redha dan pasrah je masuk tingkatan 6. tapi ayah tidak mahu aku ke tingkatan 6 itu. ayahlah yang berusaha mencari kolej yang mana patut. aku buat tidak tahu saje. ayahlah call sana sini. fax sana sini. sehinggalah aku masuk ke Kolej Multimedia, KL. ayah berhabis duit untuk aku. kolej la katakan, yuran mahal. tiap-tiap bulan ayah masukkan duit belanja yang banyak kepadaku. itu pun aku belajar main-main. ayah pesan pada aku. belajar betul-betul, insya'allah nanti dapat kerja, senang. aku tahu siang malam ayah doakan kejayaan aku sehingga kini. sebab itulah aku anggap ayah hero aku.

Selepas tamat pengajian diploma. aku dipanggil untuk ditemu duga untuk pengambilan kerja di sebuah syarikat swasta. ayahlah yang bagi semangat pada aku sampaikan nak pergi temu duga itu pun ayah yang menghantar aku hingga ke muka pintu. hahaha. tetiba aku teringat pula cerita PAPADOM. aku tak kisah orang nak kata apa pun. aku anak ayah ke atau apa. yang aku tahu aku sentiasa ada ayah yang sentiasa memberi semangat. ayahlah hero aku.


kini, aku sudah bekerja. ayah pasti ada ketika aku memerlukan bantuan. apa yang aku nampak pada ayah aku kini. ayah sudah tidak garang seperti dulu. faktor usia, mungkin. ayah aku suka karaoke. hehehe. aku pun turut sama suka karaoke beb. agagaga~ pernah je aku berduet nyanyi ngan ayah. kihkihkih. lantak la orang nak kata ke laut pun. Janji aku hepi nyanyi ngan ayah sebab ayah hero aku.

Sampai di sini sahaja lah aku cerita pasal ape aku sayang ayah aku. Kalau nak diikutkan memang panjang lagi aku nak ceritakan. Agaga~ korang harus tahu ayah aku seorang yang kelakar tau. Ada je lawak-lawak yang kelakar yang boleh buat kami sekeluarga gelak ketawa. Dan juga pandai bersilat. Tapi ayah tidak ajar aku bersilat. Ayah ajar adik aku yang lelaki saje. Aku tahu ayah tak ajar aku silat sebab ayah hero aku. Ayah akan selamatkan aku..

Kalau ayah tahu ni aku cakap aku sayang ayah. Mau berjurai-jurai air mata ayah. Agaga~ akhir sekali, aku nak tegaskan di sini ( Ecewah! huhuhu) aku sayang ayah sangat-sangat. Sekian, terima kasih.


Wednesday, March 3, 2010

Sakit tekak

betul ni.
aku sakit tekak. sejak semalam lagi dah sakit tekak.
bangun tidur pagi tadi. bertambah perit je rasa tekak ni.
harap-harap tak la demam nanti.
kawan-kawan doakan aku sihat ye.. terima kasih.
berharap sangat badan sihat sepanjang tahun ni.


macam mana nak comel kalau sakit tekak kan? agaga~

Tuesday, March 2, 2010

Selamat malam

hye kawan-kawan..



"berenang-renang dalam kolam..selamat malam" aku sms kat seseorang. hahaha. kira ok la kot. aku ni jenis suka wish good nite kat member-member yang aku rasa nak wish. tah. tak tahu kenapa.



dah jadi habit kot. bukan sorang je aku wish gud nite tu. kadang-kadang secara pukal terus. tak la ramai mana pun. runcit-runcit je. terutama member baik, lelaki selalunya. hehehe..


korang bagaimana? ada tak wish gud nite kat member?


kalau korang nak aku wish gud nite juga..meh nombor telefon. eceh! =P

Monday, March 1, 2010

Adnan semp-it vs Lu pikirlah sendiri de movie

belum terlambat lagi la kot untuk aku view kan movie yang aku pergi tengok hari tu. 2 movie cerita melayu. tetiba aku terrrrajin nak support wayang melayu. kahkahkah~
best. dari awal sampai habis ada je lawak bersahaja. 1-10 aku bagi 8 bintang untuk adnan sempit.

tak berapa nak best. aku tengok pun sebab ada nabil dan faizal tahir. 1-10 aku bagi 4 bintang je la.


p/s: kalau nak tahu sinopsis..sila gugel sendiri..saje je aku nak korang mahir gugel menggugel ni..ahakz!