Wednesday, September 30, 2009

Separuh rasa

aku dah janji pada diri ku untuk tidak bersedih-sedih lagi di blog nukilan ku..
aku tetap xde mood mau tulis..
aku tengah berperang dengan incek batuk..
cilakak incek batuk..suatu minit nanti pasti aku akan menang jugak!
hari ni ada jamuan hari raya unit aku..
sume aku pakai telan jek..tak berapa nak rasa sgt ini tekak..
mood nak bergambar pun kurang..
hurmm..

Monday, September 28, 2009

Kak Senduk

korang nak baca blog bapok?
dia gelarkan diri dia kak senduk..
kelakar..suka lak aku baca blog dia..
hahaha!


mood menulis blog belom mari..maaf!

Tuesday, September 22, 2009

Raya ke-3

laporan raya ke-3.

hari ni tunggu sedara kluang datang beraya..

pas makan tghhari kteorg sepupu-sepapat pegi main bowling..

seronok!

aku la kepala nyerrr..(ketua rombongan ke bowling)

hahaha..

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya korang sume. raya tahun ni aku beraya kat segamat,johor. hehehe. korang dah tahu kan.. aku saje je nak tulis lagi. semalam aku nak update blog tapi network hampeh. ni pun dok celah kerusi. pun slow gak speed network ni.

hari ni hari raya yang ke-2. pergi rumah sedara mara jek. tu pun serumah dua. tak jalan sangat. sepupu yg kecik-kecik jek yg byk rumah pegi. pastu bawa balik duit raya. bila tengok dorang hepi beraya teringat aku masa aku kecik kecik dulu. sampai ke bandar segamat aku beraya. cuba bayangkan betapa banyaknya rumah aku beraya. seronok!

hari raya pertama semalam. tunggu sedara mara datang beraya rumah tokbak ni. soalan pertama mesti kuar 'dah kawen ke belum?'. aku sengih je la. selain sedara mara berkunjung rumah tokbak ni..budak budak kampung pun beraya gak. tu la tugas aku tiap tiap tahun. layan budak budak tu makan n minum. aku suka tanya tu tanya ni kat bebudak tu. sakat skali kat dorang. sape serik tahun depan tak datang lagi la gamaknya..hahaha!

hari raya pertama kat rumah tokbak ni kitorang menjamu selera dengan nasi minyak. ketupat pun ada gak. memang tiap2 tahun masak nasi minyak pada hari raya.

nnt la sambung lagi..sapupu sepapat yang kecik kecik ni kacau lak..

Saturday, September 19, 2009

Esok hari raya!!

kusyuk mengira mercun di tangan

mercun-mercunan

mercun naga

mercun bola

******
esok hari raya
kat kampung ni meriah dgn bunyi mercun
best
hari ni last berpuasa di bulan ramadhan
syawal tiba esok
ramai sanak saudara berkumpul
kecoh jadinya rumah ni

Friday, September 18, 2009

Mengemas

hari ni sesi

KEMAS RUMAH

esok balik kampung dah


tahun ni beraya kat segamat,johor.

yeah!



Thursday, September 17, 2009

Ramadhan ku

layan gambar la ye..
mood raya dah nak mari ni.
aku pun sejak semalam dah kat kampung.
mood nak menulis xde la..
layan je la gambar sepanjang ramadhan 2009 aku
sebenarnya banyak lagi gambar
korang layan yg ni je la ye
biskut bantal peluk saloma aku dah beli dah
huahuahua~
makan buffet hari tu
kuih beratur

steamboat


mee bandung muar

proses membuat kuih raya

dapat kek raya..bos bagi

ni cover kek tadi

kereta ida

biskut raya hosmet

dapat kurma

Tuesday, September 15, 2009

Bas

hari ni aku balik tampin. hari sabtu aku balik rumah tokbak kat segamat bersama famili. sedar tak sedar kita dah nak raya kan? sekejap je rasa. macam tak sempat nak buat pape pun. shopping tu sempat la. huhuhu. maaf la kengkawan yg ada invite aku berbuka bersama tapi aku tak dapat nak penuhi permintaan. atas sebab tertentu. dah². jgn nak nanges²!


dari start belajar kat key el. aku mula belajar naik bas express. kat tampin hanya ada satu jek bas express yg ada iaitu transnasional. 2 tahun lebih la aku naik bas transnasioanal tu ke key el. penah jugak kena tinggal gara² tgk cite ali setan 2. mmg setan ar cite tu. abes aku kena tinggal bas. cilakak! aku tak nak cite skrg camne aku kejar bas tu pada masa tu. tunggu entry akan datang..


start keje aku tercampak kat batu pahat. xde bas pun terus ke tampin. hanya ada bas orked saje ke melaka. ye! nama bas tu sama ngan anak apei. hehehe. 2 tahun aku terkejar-kejar bas tu. bas ni aku tak pernah tertinggal sebab aku slalu cabut awal time opis. hahaha. itu cerita dulu. cerita dulu ngan cerita skrg mana sama.


sekarang aku bekerja di JB. aku beralih semula mencari bas transnasional untuk pulang ke pangkuan ayahanda dan juga ibunda sebulan sekali. 4 jam perjalanan. kebas punggung aku. hari tu kan aku de balik tampin dlm bulan puasa ni gak kan. aku nak balik semula ke JB ni bas kol 1.45pm. time tu aku tak prektis teknik ninja lagi. sedap² berpuasa lagi. rupanya drebar bas tu tak puasa. cis! tak guna punya lelaki. tak malu lak tu dia berenti R&R untuk beli keropok. aku masa tu dok agak depan la jugak. aku dengar la dia kunyah kopok tu. krap! krap! krap! mmg cilakak! dah tua bangka pun tak reti nak puasa.


ish..tetiba lak aku hot bila sampai part drebar bas ni. k la u ol..aku nak reda kan hot aku ni. sekian..

Monday, September 14, 2009

Karipap 3 seringgit

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. Tanya gurunya.

RM 1 cikgu!. jawabmurid itu spontan.

Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.

mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1

Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar

Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!


*******


kat bazaar ramadhan tempat korang pula mcm mana harga karipap?

Friday, September 11, 2009

Biskut bantal peluk

tadi aku baca surat khabar utusan malaysia
hari ni tajuk berita yang mendapat perhatian aku lebih
adalah bertajuk
biskut bantal peluk saloma buruan pelanggan
bukan aku pilih kasih
aku tak macam rosyam noor
rosyam noor pilih kasih
aku baca tajuk² lain mcm tak best jek
tajuk tu je yg aku rasa paling 'kebamboom!'
so,
aku pilih tu je la sebagai bacaan penuh aku
yang lain aku baca sekadar tajuk jek
korang klik ni
selasa petang aku turun larkin
aku balik kampung
bas kol 6.30 petang
korang balik bila?
aku nak cari biskut bantal peluk saloma tu
tak kira!
aku mesti dapatkan jugak
mesti! (nada penuh semangat)
aku nak rasa
pastu aku ciplak resepi
melalui rasa je aku dah reti buat pe
pastu aku nak buh nama
biskut bantal peluk liliyuli
hahaha
marbeles!!

Thursday, September 10, 2009

Jalan-jalan cari makan




best!!

tu la hosmet aku kat taman sri tebrau ni

makan sampai tak leh nak bangun dah

masa amek makanan, masing² tak hengat dunia

masing² berpecah

ko amek tu

aku amek tu

ape lagi yg lom amek

cepat² pergi amek

amek

letak

amek

letak

last²

penuh meja ngan makanan

sampai tak muat

hahahahaa


berbuka puasa kat JB Catering

makan buffet yang menyediakan 200 jenis makanan
marbeles!!






Wednesday, September 9, 2009

Sudah ku sangka

tahun lepas
farah demam
farah darjah pat masa tu
aku ada kat tampin
balik cuti

sedaya upaya farah berpuasa juga walaupun demam
aku kesian tengok farah tu
aku gunakan pangkat aku dalam rumah tu
sebagai kaklong yang berdedikasi
aku cakap kat farah
"makan roti ni meh, pastu leh makan ubat"
farah turuti saje perintahku

waktu berbuka,

"ehhhhh! farah takleh makan skali kat sini, farahkan tak puasa"-aku

"bukan farah yang nak buka tadi..kaklong yang suruh makan. farah nak puasa tadi"-farah



sudah ku sangka!
aku dipersalahkan
hahaha

Tuesday, September 8, 2009

Kembali

pagi tadi aku sahur
itu tandanya
aku puasa hari ni
xde dah nak ninja²
sekian

Monday, September 7, 2009

Tag versi puasa

saje je aku peram tag ni sampai pertengahan bulan ramadhan..
thanks ya cik hanie mak enon ku cayang..
tag mu sungguh gebu sama mcm tuan dia yang mengetag aku..

5 perkara yang anda suka tentang bulan puasa:-
  • bulan puasa ni aku jadi berani sbb xde antu
  • makan kuih time berbuka..bulan lain makan kuih pagi² je
  • sahur! makan pagi² buta
  • get ready nak buat kuih raya tunjuk.."nak tu satu,tu satu, yg tu pun satu, yg ni pun ye" (sambil menunjuk guna jari telunjuk)
  • shopping baju raya

5 perkara yang best masa bulan puasa:-

  • mahir teknik penyamaran ninja
  • duit banyak habes
  • dengar lagu raya
  • borong kasut raya
  • seminggu je leh mamam

5 jenis makanan/minuman yang wajib ada masa berbuka puasa:-

  • roti jala ibu
  • nasi
  • air manis²
  • kurma
  • roti john

5 perkara yang wajib anda lakukan sebelum berpuasa:-

  • korek idung
  • niat puasa
  • makan
  • dalam hati tertanya-tanya family sahur pe
  • berkebun jap kat farmville

5 cerita best/tak best puasa anda:-

  • duit manyak habes lo (tak best)
  • time piot sama je mcm puasa gak (tak best)
  • ngantok sebab bangun sahur (tak best)
  • mengajar aku erti kesabaran (best!)
  • menahan lapar dan dahaga (best!)

5 orang yang terpaksa bocorkan rahsia puasa diorang:-

  • kak yus
  • arabella
  • jo
  • pari² syurga
  • yanie putrajaya

aku tag sang gadis je.. sebab sang gadis mmg mcm² pe'el di bulan puasa ni..hahaha

sila buat homework ye!

Sunday, September 6, 2009

Ramai orang

.
pun ramai orang singapore..
semalam aku berbuka ngan kak yus.
kat jusco tebrau.
pun ramai orang singapore..
hari ni aku pergi kotaraya.
pun ramai orang singapore..
pas pergi kotaraya pergi pula ke danga city mall.
pun ramai orang singapore..
dah puas pusing-pusing danga city mall pegi pula ke bazar larkin.
pun ramai orang singapore..

kesimpulannya,
johor ni penuh ngan orang singapore aje.


pun ramai orang singapore..

Friday, September 4, 2009

Mari kita berdoa

.
Semoga tokwan Norida Hanim(roommate)
.
cepat sembuh dari sakit..amin
.
korang kengkawan aku kan?
.
doakan jugak ye..
.
thanks

Thursday, September 3, 2009

Strategi diteruskan lagi

.
hari ke-2


misi untuk menggunakan teknik penyamaran ninja masih diteruskan lagi


penggunaan teknik penyamaran ninja ini akan berterusan selama seminggu


semalam aku telah menyamar sebagai meja opis


hari ni aku mahu menyamar sebagai pen, mungkin.


erkkkk...alhamdulillah.

oppssssssssssss!!!

ehee..

Wednesday, September 2, 2009

Pasang strategi

.
nak prektis teknik ninja..


sebab..


err..err..tak payah tahu la u ol


teknik penyamaran ninja aku rasa agak berkesan kalau diguna pakai..


**wink**