Friday, July 31, 2009

Akhir el julio hari ni

mowning!


hari ni aku kena panggil keje daa~ bos besar AGM sudah panggil daa~ "sesape xde demam tu kena keje" AGM. huh! aku baru nak merasai cuti pree dengan ikhlas tulus. seb baik aku tak cabut balik kampung semalam. kalo tak, naya aku. hohoho. aku kamceng ngan drebar bas transnasional balik kampung. semalam call dia. "bas ada kosong lagi tak?" "xde la dik,penuh sampai ke tangga ni". last minit plan nak balik mmg tak dapek la nak nolong eh tuk dapat tiket bas yang sempurna. aku tak balik kampung lagi weekend ni..hurmmm..

berikutan h1n1 ni.. company aku sedang berjaga-jaga sebenarnya. HR dapat tahu je sape yg demam n berkait rapat ngan si demam. terus HR call then suh balik. semalam aku berjaya menjadi suri rumah sepenuh masa. membasuh, menyapu, menyidai, tgk astro, gosip²..ehee. hari rabu hari tu aku pergi klinik kerajaan. konon² nak check kesihatan. hosmet pun pergi gak. lima orang ke semuanya.. pe jadi? huru-hara la klinik dengan adanya kami-kami ni..hahaha. aku pergi pakai selipar jepun warna hijau daun pisang+baju kaler biru. ngam kan? hahaha.. rumah ngan klinik kerajaan tu leh kira jaraknya ngan hanya 30 langkah bersamaan langkah kaki ku yang sopan ini.

Kesimpulannya di sini, berita utama semalam menyatakan sesiapa yang antibodi kuat mana pun leh gak kena virus h1n1 itu. mari kita sama-sama berjaga-jaga. tapi aku hairan la. semalam kenapa banyak nyamuk ek...?


Wednesday, July 29, 2009

Dok rumah diam²

hosmet aku 2 orang demam stat hari ahad ritu. sorang mc sampai 2 hari baru naik keje hari ni. sorang lagi g keje tak amek mc. hari ni pihak HR call suh balik dalam keadaan segera mcm mee segera. kena cek darah dan kena kuaratin seminggu. aku sebagai hosmet yang tegar tidak terkecuali di suruh balik gak. k la bye..

aku nak p klinik cek darah. doakan aku sihat dari h1n1 ye..

moga² aku dapat balik kampung gak..yay!

daa~

Tuesday, July 28, 2009

Tag dari cik hanie yang nyaris nak kena petir..hahaha

aku rasa dah buat tag yg cenggini byk kali ni...
demi menjaga hati kengkawan aku wat gak la..
seb baik aku ingat tag lu..
tq cik hanie bagi tag ni kat aku walaupun tak mencabar langsung tag lu ni..hahaha

_____________________________________________________________

1) Nama timangan : gadis jelita, gadis comel

2) Anda seorang yang : baik sangat =P

3) Insan yang teristimewa : family

4) Lagu kesukaan : mana lagu yang best tu la lagu aku suka

5) Makanan kesukaan : laksa johor

6) Sikap orang yang membuat anda stress : tuduh orang bukan²

7) Warna kegemaran : Pink dan hijau

8) Benda yang mesti ada dlm handbag : purse, handphone, gincu, cermin

9) Kali terakhir anda menangis : tah

10) Tag 6 rakan : xde

______________________________________________________________

Monday, July 27, 2009

Aku mahu itu

yuhuuuuu!

morning! hepi monday to u all..

semalam aku angkut kuali astro dari BP ke JB. maybe hari ni pasang kuali astro tu. leh tengok jangan lupa lirik. korang tahu tak camne nak join 'jangan lupa lirik' tu. aku nak masuk la. huhuhu. tengok orang yang nyanyi asyik salah je aku jadi geram. lirik tu pun tak tahu. aku gak la yang tolong sambungkan bagi jawapan yang betul. tapi sape yang dengar? aku kat rumah.

ada sorang peserta yang menang seratus ribu. nama dia nana. wa memang kagum la ngan dia. lagu yang nana dapat bernilai seratus ribu tu adalah lagu 'kasihku pertahankan'.ziana zain. jawapan aku sama ngan si nana tu. dengan yakin aku pun 'saya kunci lirik ni uncle aznil'. tapi sape je yang dengar? sape je yang nak bagi aku duit beribu-ribu itu? kalau la aku join jangan lupa lirik ni n bawa balik beribu-ribu hengget. u ol agak² sape datang cari aku balik? kikiki.. dalam pikiran aku..tak lain tak bukan...x,x,x,x,x,x,x,x,x-bf yang buaya darat tu la..hohoho. hish..tak la. ngarut la korang ni. aku gurau je..

akhir kata, aku nak masuk jangan lupa lirik wehhhh! camne???

Thursday, July 23, 2009

Relax je aku layan..


sabtu malam hari tu bersamaan 18 Julai 2009. hosmet ajak aku skodeng cite hantu ni. aku punya selamber angkat kening belah kanan tanda setuju. tiket jam 9.15pm. tengok wayang yg dekat dgn rumah je.


sit sebelah kanan aku xde orang pun. aku relax je la. xde la aku rimas dengar orang menjerit ketakutan. permulaan cite je kteorang dapat tgk movie pendek. free lak tu. tanda promote suh tgk yg akan datang punya.


cite baru nak stat hosmet dah standby jari jemari untuk bermesra dgn mata. "kalau aku renggangkan sikit, ko buka pun sikit je tau" jari-jemari beri pesanan. aku? aku err aku relax je kot time tu..tak ingat la.. owh! aku buat gadis arab pakai tudung.. kreatifkan aku..hahaha


part yang paling aku menyampah part fasha senduk tu.. dah la suara bingit telinga.. dapat skrip berulang-ulang.. "anak mak" anak mak""anak mak" anak mak""anak mak" anak mak"cak!". ada pulak tu main cak cak.. dah terjun perigi baru aman damai telinga..


balik rumah, tidurku seperti biasa tiada gangguan pun..

manja kan hantu tu.. hahaha!

Wednesday, July 22, 2009

La liliácea

holaaaaaaaaa

lupakan entry semalam

aku baru pas kuar makan ngan bos n amin, bertiga

bos blanje brekpes

siap dapat gift dari TMpoint lagi tu..bos bagi

semalam beli lagi cendol kat kembar arabella

nak snap curi² muka dia

tapi aku tak reti nak curi

len kali la aku try lagi


___________________________

wat masa ni aku mcm nak jadi 'lipstik'

jgn tanya kenapa dan mengapa

aku ada cara aku sendiri

___________________________

Tuesday, July 21, 2009

Dugaankah?

aku terkena lagi

kenapa aku?

dan

kenapa sekali lagi?

oh

bukan sekali

sudah berkali-kali

aku tertipu lagi

so sad

adakah ini dugaan

dari mu ya Allah


Monday, July 20, 2009

Sang kelembai tag aku

aku baca kat site tepi chatbox melodiku ni. leh lak sang kelembai ni sound suh aku jawab tag. aku pun dah lama tak wat tag ni bagai.. teruja gak la mau wat..huhu. sesape yg pernah tag aku dan aku tak buat² lagi harap jgn di simpan dalam hati ye.. tu dikira hangusssssssss.... berasap! kikiki.. sori ar..lupa sudah... kawan bizi kanmahen la..

1. Apa perasaan anda sekarang?
:::: perasaan aku skrg ni macam² ada.. korang nak tahu ke? aku bagi tahu 1 je la ehh.. err..aku tgh nak amek mood marah nak sound sorg gurl ni yang dok gedik kacau life kawan baik aku..

2. Saya nak makan?
:::: ulat sagu yg kat sarawak tu...hahaha ngarut

3. Saya tak suka?
:::: stress, lipas, dll

4. Impian saya?
:::: nak hidup bahagia serta kaya raya..pergh! giler mantop!

5. Haiwan yang saya tak suka?
:::: lipas...tikus... pernah tu ada lipas naik kat badan aku..kuang ajo punya lipas! tak skolah arab!

6. Saya harapkan?
:::: harapkan duit berjuta-juta depan mata..hahaha

7. Jika boleh putarkan masa?
:::: aku nak skodeng ibu ngan ayah...nak tahu camne ayah ngorat ibu dulu..hahaha

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
:::: seorang yg vogue...ecececececececee

9. Handphone saya adalah sebuah?
:::: sebuah gajet yg leh cakap ngan orang tanpa tgk muka

10. Saya pernah bercinta sebanyak?
:::: err...byk kot.. sebab asyik jumpa lelaki yg hampeh

11. Saya suka pada?
:::: kesenangan dan kebahagiaan.

12. Kawan-kawan saya?
:::: ramai kot.. saya suka berkawan..

13. Pernah dikhianati?
:::: pernah.

14. Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
:::: nak suh dia berkawan ngan beruang kutub. jgn balik² ke Malaysia ni lagi..huh!

15. Senaraikan 3 org untuk di tag:
:::: 1. Paiseh....(dah lama tak tag lu)
2. Hanie....(dah lama tak tag lu gak)
3. Ecece....(lu lagi la x pernah lagi kena tag dari wa kann) Yanie..(lama giler tak tag lu)

::::akhir kata dari wa::::
cik tijah terpijak kayu,
tenkiu.

Friday, July 17, 2009

Mirip arabella

Tadi makan cendol depan maybank. owner cendol tu hampir serupa wajah arabella. sungguh. nnt aku curi² snap muka owner cendol tu ye. tunggu.......
weh cik hanie mak enon.. dengar cite lu dah jadi org court mammot... hahaha
hari tu wa dah jadi org insuran takaful...hahaha
kepada kak yus...kita p ronggeng time gaji je la..hati² balik kampung tu ye kak..

Thursday, July 16, 2009

Bibir berdarah

bibir berdarah
ape ubatnya?
..comolot..
lagi?
korang ni....xde jawapan lain ke?
ish
tak baik tau
aku lom kawen lagi la

Wednesday, July 15, 2009

Ngantok ni

aku ngantok ni...
mata dah lalok je ni..
kepala pun dah pening² lalat..

kalau ada sesape tegur...nak je aku jawab

"i bukan lalok la....i manja.."(sambil lentok² libas rambut kiri dan ke kanan)


aku nak balik tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....

Monday, July 13, 2009

Maktih aku dok kat area Kempas,JB

apakah soalan itu maktih?
maktih adalah ibu saudara aku belah ibuku..

kaklong dah ada pakwe orang JB?

jawabku ringkas..."belum"

via sms


notamata: aku tidak mencari...aku hanya menunggu. kalau ada jodoh...adalah.

errr...sape mau carikan jodoh untuk aku? sila angkat satu jari ke atas..

Friday, July 10, 2009

Seram yang tak berapa nak seram

semalam aku TERtengok keliwon sampai habes. kalau tak, tak hengin aku mau tengok la. aku tengah makan laksa ida dan dan time tu la keliwon mau stat. hampes.

masa hantu mengilai. aku tak tengok pun tv. aku dengar je. aku wat tak tahu je. aku teruskan makan laksa. aku kemukakan satu soalan kat hosmet kerambit. kenapa hantu mengilai? dorang tak dapat nak jawab. dorang tgh ketakutan tu tgk hantu tadi, mungkin. aku tolongkan la jawab.. aku yg bagi soalan aku yg jawab sendiri.. "hantu tu ketawa mengilai sebab suka korang ketakutan lari lintang pukang bila nampak dia". hosmet diam tanda faham.

jam 11pm. sume dah masuk tido. aku nak ke bilik air pun dah rasa seram² sejuk je. hampeh ar keliwon ni.. ish.

Wednesday, July 8, 2009

Tiada jalan yang tidak berliku

kalau aku tak wat ni abes komitmen aku pada blog.
ni aku taip laju² untuk entry pada kali ini.


xde idea la pulak...hmmmm

ok² aku bagi teka-teki la kat korang.

mee ape yang ada ais?


motto aku:- "hadapi dengan senyuman" (walaupun senyuman ku itu kadang² palsu untuk menjaga hati orang sekeliling) hahaha

Tuesday, July 7, 2009

Aku jelita macam ape kawan²?



liliyuli jelita macam gula kapas


hehehe


saje nak bagi tahu


jangan marah haaa


aku hari ni de kursus


meh aku bagi kiss sket

ngade la korang ni
nak kiss jugak tu
hahaha
munggilkan bibir aku
lalala

Monday, July 6, 2009

Bagai bernafas dalam lumpur

bos bagi keje last minit tadi
banyak siot senarai customer yang nak aku kena check dan call
tangan kiri dok kucar-kacir pegang telefon
tangan kanan dok kucar-kacir pegang mouse

nak je aku guna jari kaki untuk kucar-kacir menaip
bulih gitu?

hahaha

itulah aku hari ni bagai bernafas dalam lumpur
berbekalkan gogel straw je nak sedut udara

Friday, July 3, 2009

Facebook?


.

aku dah اد facebook dah سکارڠ.
hohoho!
tapi ماسيه tak berapa nak faham lagi mende alah tu..ها ها ها!








.

Thursday, July 2, 2009

Sekupang

jumaat 26/6/2009



ayah: berapa?


waiter: dua puluh satu ringgit sekupang.


farah dan fadhil serentak pandang ke arah aku tanda pelik dan terus ajukan soalan yang sama pada satu masa.


farah dan fadhil: sekupang tu ape?


aku: sekupang tu sepuluh sen la.


kami sefamily serentak senyum dan mengeluarkan bunyi tawa hanya sedikit. tiba²..


ayah: dulu kaklong ngan abang pas pindah segamat dari pulau pinang. kaklong ngan abang tersasul cakap sekupang kat makcik kantin sekolah. masa tu kaklong darjah 2 abang darjah 1.





update sikit: semalam terlupa nak cakap. gambar kat atas tu adalah sekolah aku masa aku darjah 1 sekitar tahun 1993.

Wednesday, July 1, 2009

Selatan ke Utara

sila focus kat line hijau tu ye.. tu adalah laluan highway yang aku lalui untuk hantar adik aku ke uitm arau,perlis. dari selatan hingga ke utara. pergh! kagum tak? ekeke