Monday, May 18, 2009

Selamat hari guru

Hari Sabtu lepas 16hb Mei hari guru. bezday Fiza gak tu. Fiza hepi bezday! Fiza hosmet aku time study kolej dulu-dulu. Aku bukan nak cerita pasal si Fiza ni. Aku nak cerita pasal guru aku yang sorang ni. Nama dia Lee poh Ching. Cikgu ni ajar aku pelajaran matematik tingkatan 3 dan matematik tambahan tingkatan 4 dan 5. Tiga tahun aku mengadap muka dia ajar aku matematik. Garang cikgu ni.

Masa aku form 3, cikgu ni siap bawa rotan. panjang! sekali kena titik kat tangan, merah tapak tangan. Aku pernah kena. Gara-gara aku tak hafal punca kuasa. Lambat jawab pun kena gak. hampeh! Tapi aku selalu lepas jawab atas bantuan rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dengan gaya isyarat tangan. Geng² runcit aku masa tu adalah Mira, Dila dan Jalilah. Aku masa tu tak kawan pun ngan lelaki. Bukan anti lelaki. Cuma aku ni pemalu.

Suatu hari tu, cikgu ni dok syok ngajar kat depan sambil conteng-conteng pakai kapur putih kat papan hitam. Dia perasan mulut aku aktif bercakap mengalahkan dia bercakap kat depan. dia rasa tercabar. mungkin. dia terus ke tempat duduk aku lalu menyoal aku. Sebenarnya aku tengah mengajar rakan, siapa dia tu aku dah tak ingat. "saya pantang ada orang bercakap kat belakang semasa saya sedang mengajar di depan. Kamu pergi ke depan jawab soalan kat papan hitam tu!". Aku dengan bangga pergi la jawab. Kacang je soalan tu getus hati aku. Selesai je jawab aku ke tempat duduk semula dengan muka kerek sedikit. Aku percaya jawapan aku betul 100%. Cikgu tak berganjak pun dari tempat duduk aku tadi. "Lain kali jangan bercakap semasa saya mengajar." amaran. eleh! ingat aku tak reti jawab ke soalan matematik tu. aku dah pergi kelas berbayar la. Tuisyen. kacang je tu! Pembelajaran diteruskan semula..

7 comments:

  1. poyo siak... patut la Amin jatuh hati kat hang.

    ReplyDelete
  2. ye laa.. ye laa.. lu terer..
    terer takat mana..
    itu yang kita tak tau.

    ReplyDelete
  3. Weh nyah ,ko skandal dgn Amin mane nih????meh le citer..huhu

    ReplyDelete
  4. misz.hanie,
    keadaan memaksa...hahaha!

    arabella,
    huhuhu..

    speddrider,
    amin? bf baru aku mana mau letak? haih!

    sharamli,
    pe tu koya? molek tu wa la kan? hahaha

    paiseh,
    gaya lontaran bahasa lu neh mcm wa pernah baca je...tapi di mana ya? huh!

    arabella,
    laju ke ko ni kalo bab skandal..ko jgn dengar ape yg mus merepek tu..tak betul tu..

    ReplyDelete