Friday, May 29, 2009

Award dan tag

thanks cik hanie..wat susah susah je bagi award & tag ni..




1. Nama panjang :::liliyuli siti liliyuli nor liliyuli haliza liliyuli

2. Nama sederhana panjang::: liliyuli jelita macam gula kapas

3. Nama pendek::: yuli (slalu select nama ni time main bowling)

4. Berzodiak::: 2 mei

5. Rumah::: aku takde rumah sendiri lagi. rumah sewa adalah. rumah sukan dulu aku kaler kuning.

6. Sukakan gadis yang berwajah...::: berwajah comel. mcm aku...harharhar

7. takde soalan::: diam je la...

8. Kerja: pembantu pegawai je. slalu call customer sampai kering ayaq liur..

9. Minat main dam ular::: tak sangat. bosan je.

10. Cita-cita: sila lihat profile saya di sebelah kanan anda. okey!

Pra syarat untuk award kedua::

The winner can put the logo on his/her awesome blog – Baik!!!
Link the person you received your award from - Baik!!!
Nominate at least 7 other blogs – Baik!!!
Put links of those blogs on yours. - Baik!!!
Leave a message on the blogs of those you’ve nominated. – Wokeh!

Thursday, May 28, 2009

Ku ku ku ku ku

tadi apsal tah tetiba aku buka google aku klik imej aku taip kuku..apsal tah aku nak tengok kuku lak pepagi ni.. apakah?

Ramalan Bentuk Kuku

Gambar A
BENTUK KUKU DAN WATAK UMUM YANG DIKANDUNG(gam. A)
1. Kuku pendek. Energik, ingin tahu, intuitif, logis.
2. Kuku pendek, condong lebar daripada panjang. Kritis dan cepat marah.
3. Kuku lebar, panjang, bulat pada ujungnya, Orang yang pertimbangannya jelas dan masuk akal.
4. Kuku panjang berbentuk buah badam. Orang yagn tenang dan santai, pemimpi.
5. Kuku amat besar, segi empat Dingin dan egois
6. Kuku berbentuk baji. Sensitif belebihan.



Gambar B
BENTUK TANGAN DARI ATAS DAN WATAK YANG DIKANDUNG MENURUT PEMIKIRAN TERBARU(gam. B)
A. Praktis, Telapak tangan segi empat dengan jari pendek. Jujur, pekerja keras, dan membumi. Berkaitan dengan elemen bumi.
B. Intuitif, Telapak tangan panjang dengan jari pendek. Energik, tidak bida diam, idividualistik, berkaitan dena elemen api.
C. Sensitif, Telapak tangan panjang dengan jari panjang, imajinatif, emosional, kerap murung dan introver. Berkaitan dengan elemen air.
D. Intelektual Telapak tangan segi empat degan jari panjang. Cerdik, rasional, pandai mengungkapkan pikiran waspada dan teratur (terkadang terlalu teratur). Berkaitan dengan elemen udara.

Gambar C
BENTUK TANGAN DARI ATAS DAN WATAK YANG DIKANDUNG MENURUT PEMIKIRAN LAMA(Gam. C)
1. Elemental Tangan yang tebal, lebar, berjari pendek. Mungkin pemikir yang lambat, bersifat kasar dan fisikal.
2. Segi empat biasa disebut berguna Tangan segi empat dengan jari lebar dan tumpul. Bersifat praktis, konvensional, sulit beradaptasi, tidak intelektual.
3. Spatulat Tangan berbentuk sekop dan berjari lurus, bersifat ambisius dan energik. Independen, kacau, tidak terlalu intelektual.
4. Filosofis Tangan lebar dengan ruas jari besar, bersifat logis, hati-hati, berpikir mendalam dan introver, analitik ketimbang penghayal.
5. Artistik biasa disebut konik Tangan yang panjang dan fleksibel dengan jari lonjong. Bersifat sensitif, kreatif, lebih impulsif ketimbang metodik.
6. Idealisme biasa disebut psikiks Tangan yang lebih panjang dan lebih halus. “Berumah di atas awan” dan jauh dari realitas yang keras, pemimpi, mistik, estetiks.
7. Campuran Katagori yang perlu walaupun samar-samar kerena tidak seorangpun seratus persen cocok pada salah satu dari keenam kategori tersebut diatas. Kebanyakan tangan manusia merupakan gabungan dari dua atau lebih tipe di atas, seperti halnya sifat manusia.


WARNA JARI DAN WATAK UMUM YANG DIKANDUNG
Putih Dingin, congkak, dan egois.
Merah muda pucar Bersifat hangat dan santai
Merah Mudah mengamuk
Kebiruan Tidak sehat

Wednesday, May 27, 2009

Aku taip laju-laju ni

skali lagi aku terlalu bizi untuk hari ini. ni pun baru pas abes meeting. aku tengah taip laju-laju ni tanpa hiraukan suara dj radio sinar fm. aku tak dan la nak komen kat entri kowang sume..sori beb. ye la..hari ni jadual aku amat padat. nak buat keje hakiki lagi dan yang paling penting aku nak tido jap. daa~

Tuesday, May 26, 2009

Soal jawab di suatu petang

semalam petang hosmet tekun joging. aku tak joging pun..cuba teka aku tekun ape? teka tekuk lagi..haih! ye la ye la..aku jawab sendiri je. matlamat utama adalah nak ushar jejaka ensem yg main bola di padang..ngeh³. sesambil aku uji alat senam yg ada depan mata tetiba sorang jejaka terus ke arah aku untuk berkenalan. mula la sesi soal jawab bagai wartawan ngan artis. sebelum dia soal aku byk lagi, aku dgn pantas tanya umur dia. umur dia 22 tahun. owh! muda setahun dari aku rupanya. kalau menjadi ni mau aku ikut jejak rita rudaini. then, cepat² dia lak tanya umur aku. aku dengan selamba berkata "lapanbelas"


dia percaya!


wakaka!

Monday, May 25, 2009

Teka teka teka

internet hari ni kucar-kacir..menyampah aku. banyak kali cubaan nak sign-in blogspot ni tak berjaya..

so, hari ni aku just nak wat entri teka-teki je la..


korang dah ready nak jawab?


bersedia atau tidak...bolos saje dinding itu!



Sel apa yang berada kat luar badan?

Thursday, May 21, 2009

Lauk oh lauk..

Tadi baru kejap aku pergi beli nasi bungkus tapau pakai polistrin. Selalu aku tapau bersama-sama akak Su. ya! aku suka panggil dia 'akak Su'. sejak akak su dalam pantang skrg ni dia terpaksa bercuti atas kerelaan sendiri tanpa disuruh. aku tapau ngan Mcik @ kak Pah tadi. Pergi restoran afira,kat situ peberet aku adalah kentang goreng garing-garing. pergh! sekali kunyah kentang tu bunyik dia macam makan kopok twistis. krap! krap! krap!

Masa sedang asyik main² pegang senduk ceduk lauk. tetiba jari aku rasa semacam melekit. "aduyai!" separuh berbisik aku. jari aku terkena lauk sedikit. cari kain lap tak pula jumpa. slalu ada je kat celah-celah mangkuk. (sebenarnya tak cari pun kain lap tu..hahaha!) aku biar kan je jari aku bermesra ngan lauk nan sedikit yg ada ni sementara waktu. pas setel sume amek lauk pauk. aku pergi ke kaunter bayar. dalam perjalanan aku ke kaunter bayar tu aku terkesat jari aku tadi kat dinding. automatik! sungguh ajaib. hilang kesan lauk di jari aku secara mendadak.

harap² xde sape yg nampak kelakuan auto aku tanpa disedari itu. aku tak sengaja terkesat kat dinding tu..maaf.

notatumit: len kali buh kain lap di setiap sudut ye wahai tokey kedai..

Wednesday, May 20, 2009

Milo ais satu!

Aku tak sempat la nak add komen kat entri kowang sume..i'm bz. sorry eh. tapi aku nak cite skit kat kowang, tadi aku beli kad topup celcom RM30. tapi aku hanya bayar dengan harga cuma RM15 je. dapat separuh harga tu..



sila jeles!

Tuesday, May 19, 2009

Bola getah

Malam² selalunya aktiviti keluarga banyak dihabis masa dengan layan tivi je sampai jam 12. aku siap² ambil tempat yang rasa paling selesa ngan duduk di kerusi. selalunya kalau aku tengok tivi memang kusyuk. tapi aku kalah kat Fadhil. Fadhil lagi kusyuk kalau tengok otomen. tak berkelip beb!

Syafiq start baling² bola getah kat dinding. bola tu kira² sebesar buah oren. sindrom ape tah dia ni baling² bola kat dinding pas tu sambut malam² gini. bersebelahan ngan aku lak tu. berulang-ulang. baling-sambut-baling-sambut. aku sound siap² kat Syafiq sebab aku rasa-rasa macam tak selamat je. "jgn la baling²!!! kena kaklong kang siap kamu!" aku sound. "tak kena punya!" Syafiq menjawab dengan konfiden sambil menyengih.

tuing!

sebijik kena bola tu kat kepala aku. tak sampai beberapa minit pas aku sound garang tadi. kuang ajo lu budak. aku kejar adik aku tu sampai dapat. rasakan penampar laju-laju aku. baru fair..

Monday, May 18, 2009

Selamat hari guru

Hari Sabtu lepas 16hb Mei hari guru. bezday Fiza gak tu. Fiza hepi bezday! Fiza hosmet aku time study kolej dulu-dulu. Aku bukan nak cerita pasal si Fiza ni. Aku nak cerita pasal guru aku yang sorang ni. Nama dia Lee poh Ching. Cikgu ni ajar aku pelajaran matematik tingkatan 3 dan matematik tambahan tingkatan 4 dan 5. Tiga tahun aku mengadap muka dia ajar aku matematik. Garang cikgu ni.

Masa aku form 3, cikgu ni siap bawa rotan. panjang! sekali kena titik kat tangan, merah tapak tangan. Aku pernah kena. Gara-gara aku tak hafal punca kuasa. Lambat jawab pun kena gak. hampeh! Tapi aku selalu lepas jawab atas bantuan rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dengan gaya isyarat tangan. Geng² runcit aku masa tu adalah Mira, Dila dan Jalilah. Aku masa tu tak kawan pun ngan lelaki. Bukan anti lelaki. Cuma aku ni pemalu.

Suatu hari tu, cikgu ni dok syok ngajar kat depan sambil conteng-conteng pakai kapur putih kat papan hitam. Dia perasan mulut aku aktif bercakap mengalahkan dia bercakap kat depan. dia rasa tercabar. mungkin. dia terus ke tempat duduk aku lalu menyoal aku. Sebenarnya aku tengah mengajar rakan, siapa dia tu aku dah tak ingat. "saya pantang ada orang bercakap kat belakang semasa saya sedang mengajar di depan. Kamu pergi ke depan jawab soalan kat papan hitam tu!". Aku dengan bangga pergi la jawab. Kacang je soalan tu getus hati aku. Selesai je jawab aku ke tempat duduk semula dengan muka kerek sedikit. Aku percaya jawapan aku betul 100%. Cikgu tak berganjak pun dari tempat duduk aku tadi. "Lain kali jangan bercakap semasa saya mengajar." amaran. eleh! ingat aku tak reti jawab ke soalan matematik tu. aku dah pergi kelas berbayar la. Tuisyen. kacang je tu! Pembelajaran diteruskan semula..

Friday, May 15, 2009

Mutiara


......iklan!
cuba korang teka. wa kidnap mutiara kata tu dari mana? ngeh³..

Thursday, May 14, 2009

Khas untuk incik hosmet Jalan Talib Abu


uiii!!! wa chopp kuceng yang colourful tu okey!

Wednesday, May 13, 2009

Weh! Aku ada gak KACIP..ngeh³



Semalam aku tengok kat peti surat ada KACIP ni.. aku dah agak dah!

Tepat!!!

Tuesday, May 12, 2009

Tak nak tapi nak






Farah: Kaklong! hari jadi farah nanti farah tak nak pape la...


*cukup lega hati aku dengar masa tu*


Farah: tapi belikan farah penselbox je! ok!!!








ekeleh! apakah itu?

Monday, May 11, 2009

Semua pasal perempuan

1. Pastikan jantina anda ialah PEREMPUAN
Ye! LILIYULI tu perempuan lah

2. Copy badge sebagai award anda


3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan
  1. leh make-up. make-up itu seni. kalau nak pergi kerja tu hari-hari dok mewarna muka. lipstik je sudah. kalau aku terlebih rajin aku make-up ala² opera cina.
  2. tiap² bulan mesti nak ada bulan mengambang. kalau tak de tu bagi yang bujang dah risau² dah. yang pas kawen tu kalau takde bulan mengambang leh lagi senyum² bangga. senyum ada makna.
  3. leh pakai kasut tumit tinggi. lelaki takde pun kasut tumit tinggi kan.. aku jarang skali pakai kasut tumit tinggi. penat tau tak. haih!
  4. leh pakai baju dalam...kah.kah.kah
  5. leh pakai gelang,rantai dan cincin emas. sekarang jari aku takde cincin. sape nak sarungkan cincin kat jari aku sila buat temujanji.
  6. suara tak segarau lelaki. suara aku ni sedap gak la didengari. lembuttttttt je..
  7. ibu kata perempuan nak kena tahu memasak, kemas rumah dan memacam lagi. tapi aku tahu makan je wei...makan itu best!
4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda ok?
aku nak bagi badge award tu je kat incik hosmet. amek n tampal kat blog eh korang.. yang tag tu tak payah buat..dengar cakap kaklong! kah.kah.kah

owh! terlupa lak..tq jane doe kerana bagi award ni.. tau pun ko aku ni jelita macam roti jala.

hah. hah. hah.

Friday, May 8, 2009

Tag yang tiada tajuk utama dari cik hanie

Cik Hanie o Cik Hanie...nak carrot susu satu! sebab aku tengok ko macam pembuat air je la..hahaha. aku malas nak buat keje dah ni sebab aku dapat emel pagi tadi dari AGM yang menyatakan aku kena pindah ke JB dan tukar ke unit lain,unit yang mencabar bagi aku. Aku tak keruan ni... =(

Kak Hanie..aku jawab tag ko ni..


Nama Timangan
Dalam family hampir ke semua panggil aku ngan nama timangan kaklong. Pakwe-pakwe aku sume panggil aku ngan nama timangan sayang, laling, ucuk. Orang yang mulut jahat panggil nama timangan aku ngan nama katik. cilakak!!

Anda seorang yang...
cintanya tulus. pergh!


hah. hah.


Insan teristimewa, describekan mengapa dia terlalu istimewa
Ibu dan ayah serta adik-beradik..sebab dorang sume darah daging aku.



Lagu kesukaan yang dilayan sekarang.
Misha Omar-semoga abadi...al-maklum lah i sekarang ni,kannnnnnnnnnn...wink!



Makanan kesukaan
Aku suka makan daun saderi..mcm wonder pet. huh! tak lah!!!!
ingat aku ni suka bekerjasama ke? tidak sekali.

aku suka makan laksa Johor...nyum²!




3 benda yang wajib ada dalam beg
satu: ic
dua: duit
tiga: henpon




Kali terakhir menangis dan kenapa
aku tak pernah nanges lah. tak caye p tanya cikgu sekolah aku dulu..

kah. kah. kah.




Tag 6 rakan yang lain
1. arabella
2. jane doe
3. hannah joe

tu je la~

Thursday, May 7, 2009

Wahai rakyat Johor!

wahai rakyat Johor semesta alam


dato-dato,belia-belia,encik-encik,cik-cik,tuan-tuan,puan-puan,bapak-bapak,ibu-ibu,adik-adik,anak-anak,nenek-nenek,atok-atok,pakcik-pakcik,makcik-makcik
mari-mari kita memiliki telefon dan streamyx di rumah. jangan ketinggalan!
jika berminat sila sertakan butir² diri dan gambar kad pengenalan (depan & belakang) di sini

jika mahu keterangan lanjut silalah bertanya saya ye..jangan malu-malu!
promosi hebat ni..kalau tak amek ni, rugi tau!


Tuesday, May 5, 2009

Aku telah memiliki Perempuan Simpanan..



Aku baru dapat semalam Perempuan Simpanan itu. Semalam ada kejutan dari incik hosmet sempena bezday aku hari tu. thanks incik hosmet. seb baik aku pandai kaber. nyaris-nyaris bergenang air di kelopak mata. terharu semalam.
berbalik cerita pasal Perempuan Simpanan itu. aku slow talk ngan anak mat nor itu tunggu time gaji baru aku mahu beli Perempuan Simpanan itu..dompet kembung baru lah bergaya memiliki Perempuan Simpanan. atas budi bicara anak mat nor itu. dia telah chopp kan satu Perempuan Simpanan yang cun untuk aku..
Ya! aku masih belum terlambat la untuk memiliki Perempuan Simpanan yang cun..hahaha!

Monday, May 4, 2009

Tari Tualang Tiga

Aku balik kampung ibu ada cerita yang si Farah ada menyertai pertandingan menari secara berkumpulan. menang tempat ke tiga antara sekolah sekolah. sekolah rendah. tak sangka pula si adik aku ni ada bakat menari. kami satu family memang tak sangka lah.. hehe.. muzik yang mengiringi persembahan adalah lagu Tari Tualang Tiga.

Tari Tualang Tiga
Menyusun tari ala tari, sembah di beri
Cergas tangkas ala sayang, gerak dan geri
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni sejati
Pusaka asli ala asli, hai ibu pertiwi
Melenggang gaya ala gaya, gerak wanita
Dengan tari ala sayang, tualang tiga
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya
Dikenang bangsa ala bangsa, oh sepanjang masa
Langkah serentak ala sajak, sama bergerak
Sigak gaya ala sayang, pendekar puteri
Bertepuk tangan amboi tangan, tanda berani
Tiada gentar ala sayang, hai membela diri
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya
kalau mau lagu..donlod je kat google k
mungkin terngiang-ngiang lirik lagu itu terhadap Farah.. dalam kereta dia menyanyikan rangkap yang aku bold dan italic di atas lirik tu.. "Dengan tari ala sayang,tualang tiga"..
tapi..
Farah nyanyi rangkap tu jadi...."dengan tari ala sayang,tuala wanita"
hahaha!!!
agaknya selama ni Farah dengar rangkap tu begitu..hahaha!
puas ibu dan ayah serta adik beradik yang lain termasuk aku betulkan lirik tersebut..suruh Farah sebut betul betul..
tunjuk balik video dia menari then dengar betul-betul lirik tersebut..barulah Farah mau percaya..haih! Tu la dia..bebudak sekarang ni..dia ingat dia yang betul segala..