Monday, January 19, 2009

Mari bermesra dengan DRAGON FRUIT

Cerita 1:
Isi dragon fruit atau bahasa melayu buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Zat yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser. Apabila memilih buah naga, pastikan buahnya berat, kelihatan segar, dan keras serta berkilat, dengan sisik, yang berwarna kehijauan. Buah naga sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Nama lain bagi buah naga ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid.

Cerita 2:
Pernah aku wat pencuci mulut sehari sesuntuk.. pas bekpes makan buah naga..pas lunch makan buah naga..pas dinner makan buah naga.. Rancangan tv pun kebetulan de gak cite pasal buah naga ni..haih! aku rasa mmg hari buah naga la hari tu.. nak kopek buah naga senang je..pejam mata pun boleh! huhuhu.. aku ingat nak pelbagaikan la cara makan buah naga tu.. nak masak lemak cili api buah naga ke.. goreng tepung buah naga ke..masak kicap buah naga ke..hehehe.


Cerita 3:
Di suatu situasi,

Jejaka A: huaaa..banyaknya buah naga! sedap ni kalau makan..nyum²
Jejaka B: ish...ne leh makan buah naga!! kang naga xde buah kalau ko makan..
Jejaka A: huh? buah tu naga punya ke..?
Jejaka B: hehehe..len kali sebut dragon fruit la..lebih sopan.
Jejaka A: hahaha..mengong ko! tu bahasa melayu la..yg ko dok suh sebut tu bahasa inggeris punya..lol
Jejaka B: kang naga marah aku tak tau haaa...ko sebut² buah dia..hahaha!!


7 comments:

  1. ui ui..! dah pandai menakal2 ye..!!

    ReplyDelete
  2. uit kelucahan tahap ke-2..nasib bek
    ambe dok paham..buah naga tu nmpk pelik
    cket..jus dia ade x, ambe mang tgh cari fosforus dlm buah2an

    ReplyDelete
  3. cis setiap komen kena verify dulu..cik adik tukor la setting nye..siot je ade ke verify
    "glers"..tesentoh hati cheq..

    ReplyDelete
  4. paiseh-->bukan gua la..jejaka itu saje la..gua x terlibat k..

    ecece-->jus ada je..cari kat kedai.

    ReplyDelete
  5. ecece-->hakhakhak!! "glers"?? bukan salah gua k..

    ReplyDelete
  6. aku xsuke buah ini.
    bkn xcube utk terima beliau,aku da cube.tp ati blom terbukak lagi utk menerima kehadiran beliau dlm idup aku.

    ReplyDelete
  7. jane doe-->sedap la buah tu..rugi ko!

    ReplyDelete