Saturday, October 29, 2011

Surat buat ex-kekasih hati separuh tahun 2011

ke hadapan ex-kekasih hati separuh tahun 2011.

terima kasih atas segalanya. kau telah membuang masa aku setengah tahun, kau tahu? sejak kau sms aku mengatakan yang kau mahu putus dengan aku. aku menangis. perempuan. biasa la, menangis.

kau tahu atau tidak. semasa aku couple dengan kau dulu. aku cuba diet. tapi susah mahu turun berat badan. sebab masa itu kau pandai membahagiakan aku. hari-hari aku tak pernah lepas dengan hati berbunga-bunga. selepas kau minta putus dengan aku, berat badan aku turun mendadak kau tahu? kau memang celaka.

tak ape, aku bersabar lagi selepas babak kau minta putus itu. hari-hari sebelum tidur aku akan dengar lagu seribu sesalan. sampai aku upload video lagu seribu sesalan itu dekat facebook. ayah aku siap bagi komen lagi kat video tu. " kaklong tengah sedih ke? " ayah tanya. masa tu apa aku nak jawab? takkan la aku nak jawab " iye, kaklong tengah sedih ". mana nak letak muka sebagai gelaran 'kaklong' kepada keluarga aku nanti. gelaran kaklong bukan senang hendak dipikul. hati perlu gagah. aku jawab " kaklong okey je, makan banyak macam biasa ". harap-harap ayah percaya.

minggu lepas aku dapat tahu kau sedang membuat persiapan hendak bertunang. itu apa cerita woi? celaka betul la kau ni. aku tak reti nak mencarut. tapi setakat cakap kau celaka betul tu boleh la. kau memang celaka!! aku benci kau. penipu. kau kata kau minta putus dengan aku sebab kau ada masalah yang tak mahu melibatkan aku. aku redha aku pasrah masa itu.

aku buat surat ini pun bukan apa. aku nak kau tahu yang kau ni memang celaka. minta maaf kau itu, aku TAK maafkan kau, kau tahu? sampai bila-bila pun aku tak maafkan kau.





6 comments:

  1. sabar ek.jangan dipikirkan lagi si celaka tu. think +ve eh. dia tak sesuai utk ko.

    ReplyDelete
  2. insyallah pasni ko jumpe yg lebih baik dari celaka tu..cuma ko jgn layan kan sgt perasaan kecewa tu..sibukkan diri..move on..good luck!

    ReplyDelete
  3. wau garang nye cik liliyuli ni.... sabor jelah ye

    ReplyDelete
  4. setiap yang berlaku ada hikmahnya.

    semoga tabah dan sabar!

    ReplyDelete
  5. Wohh..rileks beb...yg celaka biarla trs celaka..tp hidup perlu terus...

    ReplyDelete
  6. la... malina.... mmg la lelaki camtu cam kurang hajar sikit taw... nk tahu tak kisah lagi lebih kurang sama...

    kite pun sama jugak mcm malina.. mcm senasib jugak la... tahu ape jadi, bekas kekasih yang kategori yang sama jenis nya mcm bekas kekasih malina cakap.. dia cakap die takde duit, die takde ape2,.. at the end, cinta kami putus...

    tp, mmg kategori cam cela** tu.. sbb lepas seminggu putus dia bertunang, lepas tu dia kawen... kurang hajar kan...~

    ReplyDelete