Thursday, October 20, 2011

Dapurku gelap

" pakcik (adik tuan rumah merangkap penjaga rumah sewa kami), rumah sewa kat sri tebrau ni lampu dapur dah rosak. bila kami on lampu tu nanti lampu lain terpadam juga, semua. dah seminggu dah kami masak dalam gelap " - by phone.

penuh perasaan aku duk pungpang, bersungguh-sungguh. kalau boleh menangis aku dah menangis siap sedu-sedu lagi masa tu minta simpati adik tuan rumah supaya boleh baiki lampu yang rosak tu.

" seminggu dah ye lampu dapur rosak, esok pakcik datang baiki lampu tu. pakcik tengah sibuk masak ni (catering)  dan bla..bla..bla.. " - by phone.

aku report kerosakan bukan apa. kami takde tangga. kalau ada tangga dah lama dah aku baiki lampu tu dengan tanpa kemahiran membetulkan lampu. abes la jahanam nanti. hahaha

bila dapur gelap di malam hari. mood rajin memasak bertukar kepada mood malas memasak. bukan salah aku, salah lampu tu. bila masuk je ruang dapur. aku jadi gelap, rambut bertambah gelap, kaki jadi gelap, kuku jadi gelap, baju pink jadi gelap, spender pink jadi gelap, periuk jadi gelap, dinding jadi gelap. bukan itu sahaja, bila masak, makanan pun jadi gelap. sebab tu la malas aku nak masak, lauk jadi hangus. demm!

.
.
.
seminggu berlalu...
.
.
.
dua minggu berlalu...
.
.
.
.
ahad lepas,

ahad lepas baru baiki lampu. tak sangka pakcik (adik tuan rumah) penipu. sampai hati pakcik tipu kami. kata nak baiki esoknya selepas saya call. apa salah kami pakcik sampai pakcik nak tipu kami? apa salah kami pakcik membiarkan kami jadi gelap? pakcik suka eh kami jadi gelap??


sumber: google













8 comments:

  1. kesian! Eh sekurangnya ada alasan dap0r tak berasap waktu malam

    ReplyDelete
  2. tolak duit lampu dari duit sewa. Itu peraturannya

    ReplyDelete
  3. argh.. alasan malas masak je tu. haha

    ReplyDelete
  4. sha,
    ya betul! alasan untuk tidak masak pastu sendiri lapar..hahaha

    speedrider,
    boleh ke mcm tu? hurmmm..bagi aku pikir dulu sebelum bersuara..

    farhana,
    kalau masak megi pun megi jadi gelap ape kes? bukan malas..tapi ada la juga malas tu sikit2..kehkehkeh

    ReplyDelete
  5. masak siang sikit ye yang...

    ;)


    .

    ReplyDelete