Friday, October 14, 2011

Mana kereta milik aku?

syok je tengok orang pakai kereta ke sana ke mari. berdesup kejap je dah sampai ke destinasi. dah penat dah berangan aku tengah pandu kereta sendiri. bawa kereta Vios, misalnya. kalau orang kata kereta tu jalan sendiri tak nampak pemandu. peduli apa aku. ingat orang berbadan kecil tak boleh pandu kereta besar ke? nanti buh la sit double. demm!

sasaran untuk beli kereta sendiri pada tahun lepas dengan bayar duit muka dan duit bulan-bulan sendiri, meleset. kira punya kira. tak cukup nak beli kereta. sedih. sedih dengan gaji yang dapat tapi alhamdulillah.

anganan nak beli kereta tahun lepas dibawa ke tahun ini. sekarang dah pertengahan bulan oktober. satu batang hidung kereta milik aku pun tak nampak. demm again! *nangis dalam hati*

bila ditanya kepada pakcik dan makcik kat opis ni. rata-rata menyuruh aku simpan duit. mereka nampak keperluan beli kereta pada aku, tak banyak. kalau tak tumpang naik kereta dengan housemate pergi kerja, aku boleh jalan kaki selama 8 minit. ya, opis dekat. tapi mereka tak tahu, betapa berdebarnya aku bila nampak anjing nak dekat. dorang tak tahu aku pernah kena kejar anjing masa nak balik terawih hari tu. setan, kau anjing!

ok. aku sudah ada keputusan sekarang.


kumpul duit.


untuk,



KAWEN!






=p




7 comments:

  1. simpan duit, derma kat aku sikit
    dapat pahala weh

    ReplyDelete
  2. Datang amik saya kat utm plisss

    ReplyDelete
  3. kawen?

    masalahnya dah ade calon kewww? hahahha.

    ReplyDelete
  4. kawen..itu yg sebaiknya..nnti rezeki awak dipermudahkan dan ada org anta awak pi kerja tau

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya... salam kenal.. jom jenguk2 n follow belog saya juga

    ReplyDelete
  6. alien,
    baik aku kumpul pahala aku ngan adik aku..heh!

    sha,
    okey, jemput sha naik ferrary eh. tunggu tau...tunggu...hahaha

    pari2 syurga,
    rahsia...jeng!

    duniaabstrak,
    amin..

    sahrom,
    harap-harap begitu la hendaknya..amin

    wan habibah,
    tq kak, tq follow my blog first..

    ReplyDelete