Wednesday, April 21, 2010

Hijau bumiku..2

.
kerapkali kita terbaca pelbagai laporan dan berita tentang kejadian pemanasa bumi sejagat dan kesan kejadian ini kepada kehidupan manusia. jangan tidak tahu kejadian banjir besar yang berlaku di Johor tiga tahun lepas adalah salah satu kesan daripada pemanasan bumi sejagat.

Perkara yang wajib diketahui dan difahami oleh kita semua adalah kejadian pemanasan bumi ini adalah hasil daripada tingkahlaku manusia. secara amnya peranan manusia mempercepat dan memperhebatkan masalah ini tidak dapat disangkal lagi.

oleh itu, menjadi satu ingatan kepada kita bahawa perubahan gaya hidup secara besar-besaran perlu dilakukan demi mengatasi masalah ini. kita tiada pilihan. perubahan gaya hidup mesti dilakukan demi memelihara alam yang kita diami.

Ingat, apa sahaja yang anda lakukan adalah satu usaha yang memberikan kesan. Walaupun kelihatan kecil, namun ia boleh berubah menjadi suatu yang besar dan bermakna.


tips ringkas untuk kita yang bekerja di pejabat


p/s: Selamat menyambut Hari Bumi!

Mulakan Hari Ini, Untuk Hari Esok.

episod lepas: hijau bumiku..1


10 comments:

  1. yeah... dari purple kite tukar ke hijau...
    :) tapi untuk sehari aje eh?
    :)

    ReplyDelete
  2. wa rasa mcm baca karangan BM masa SPM lah.

    ReplyDelete
  3. parti bulan tu hari-hari sambut hari bumi.

    ReplyDelete
  4. sngt suka warna hijau...so...sayang bumi jugak..:)

    ReplyDelete
  5. betul...macam karangan budak sekolah...

    ReplyDelete
  6. vee,
    hehehe..boleh aje. janji hijau bumiku..

    hanie,
    hahahha..skali skala je kann?

    keri,
    ye la..mungkin dorang suka pokok..kira ok la tu

    edy,
    sama la..suka kaler hijau. tapi saya paling suke kaler pink..ahakz!

    jo,
    nak kata aku ada salah tatabahasa la tu..heh

    ReplyDelete
  7. wah! macam dokumentari gitu.
    TQ atas peringatan
    moga bumi masih sempat di selamatkan

    ReplyDelete
  8. saya xsuka budak rumah hiaju time hari sukan..sekian

    ReplyDelete
  9. tedi,
    hehehe..moga bumi baik-baik saje

    alimaz,
    moh~ hehehe

    sha,
    dengki la tu..tau la rumah ko kalah..hahaha

    ReplyDelete