Friday, April 30, 2010

Semoga afad baik-baik saja

hye u oll.. sejak semalam lagi aku sedih. ye la mana tak nya kawan baik, afad, eksiden pagi semalam. parah lak tu. ='(


lantx a.k.a incek ecece( blogger pencen) yang bagitahu via sms. sebelum tu fyza ada cakap cakap pasal afad di fesbuk tapi tak sedetail lan bagitahu. thanks ya lan. i hargainya..


ni la afad yang di maksudkan tadi. my bff. kawan tempat aku mengadu. huhuhu. sori afad, aku curi gambar ko kat fesbuk. hik3.. menurut kata lan, dia cedera teruk. afad patah tangan kanan. dia bawa moto masa tu. sian afad. aku nak melawat tapi afad jauh kat penang sana. camne ni?
kalau aku 3g lan nak tengok keadaan afad kira ok tak? hurmmm..korang doakan afad cepat sembuh dan sihat ye..thanks ye korang..


afad..kuatkan semangat ko tau. sabar dan tabah ye!

Thursday, April 29, 2010

Adamaya slot akasia


hye u oll.. cantik kan lisa surihani dan hensem kan hussien tu? wuwuwu.. aku suka sangat tengok cerita adamaya ni. korang bagaimana?

memang benar sana sini para blogger lain telah wujudkan entry berkenaan adamaya ni. tapi edisi melodiku baru hari ini nak bercerita. hehehe..

kalau nak tahu sinopsis cerita lebih detail. sila klik gula kapas. ape kaitan dengan gula kapas? korang dah lupa ke? aku kan semanis gula kapas selama-lamanya..hehehe

kesimpulan yang aku nak buat, aku suka cerita adamaya. ye. tu je. ehee..


Wednesday, April 28, 2010

Inner M14

hye u oll.. fesyen tudung sekarang memang macam-macam kan? nama tudung pun macam-macam. naik jenuh nak ikut peredaran masa. kang kalau pakai tudung bawal sahaja. kata kita tak up-to-date. shawl aku dah melambak dah aku beli. cakap je nak warna ape. sume ada. hik3.


minggu lepas aku beli inner tu via online. aku beli pun memalui facebook. sape kata aku tak reti beli cara online. heh! tapi...aku tak reti nak pakai..hukhuks!

aku beli inner tu pun sebab aku nak lawa macam sharifah nur tu.. awal-awal lagi inspirasi aku pakai tudung tu adalah dari heliza af5 sebenarnya. inner tu kena pakai dgn shawl ye..

cantik heliza pakai tudung tu. kan?



aku beli cara online kat akak siti fatimah tu. hik3. aku loike pink. so, aku pilih M14. nak tengok aku pakai ke? tunggguuuu...






Tuesday, April 27, 2010

Ok ok minggu ni kaklong balik ye farah najihah

panglima berbunyi.
"Oh, you know it'll all turn out
And you'll make me work so we can work to work it out
And I promise you kid to give so much more than I get
Yeah, I just haven't met you yet"

aku: hello.
farah: hello. kaklong buat ape?
aku: *rahsia(taknak bagitahu korang)*
farah: ohhhh..kaklong dah makan? makan ape?
aku: *rahsia(taknak bagitahu korang)*
farah: farah saje je call. k la. bye!
aku: k. bye!

3 hari berturut-turut farah call aku..

nampaknya aku kena balik kampung juga hujung minggu ni. harap-harap tiket bas ada lagi. korang doa doa la ada lagi tiket bas aku..TQ

Monday, April 26, 2010

Jom heboh danga bay

langkah aku melangkah
asak aku berasak
ramai memang ramai
penat aku jangan pertikai
cuaca hebat adalah anugerah
jom heboh memang kecoh!

ramai memang ramai
sampah-sarap pun ramai
beg bergendung-gendung
duit keluar mencurah-curah
baik besar hingga kecil
berasak tetap berasak
fesyen bermacam-macam
nasib baik tiada anak kecil yang hilang!


15 minit 5 saat
melangkah dah tak tertahan
20 saat boleh lagi snap gambar sendiri
muka berkilau-kilauan
bahu bagai nak retak
baik cabut dari situ sebelum terlambat!



satu beg sepuluh ringgit malaysia
lima beg korang kiralah sendiri
adakah itu diet seimbang?
tepuk dada tanya selera sendiri
cantikkan beg tu semua?
ehee..

Friday, April 23, 2010

Takkan berhenti

.
tadaaaaaaaaa!!

melodiku berwajah baru. lagi~

ehee..



p/s: creadit to tedi sebab share info pasal blogger in draf..thanks ya!

Thursday, April 22, 2010

Hijau bajuku hijau lagi daun di taman


selamat hari bumi

Hari ini hari bumi





Selamat Hari Bumi semua!!


korang pakai baju kaler hijau tak hari ni tanda sokongan?



fakta: Hari Bumi, yang disambut di seluruh dunia pada 22 April setiap tahun, telah diperkenalkan pada 1970 untuk meningkatkan kesedaran tentang perlunya pemeliharaan bumi bagi generasi yang akan datang.




buat apa yang patut

incek google pun sokong hari bumi

p/s: jap lagi aku update gambar aku yek. tunggu!

Wednesday, April 21, 2010

Hijau bumiku..2

.
kerapkali kita terbaca pelbagai laporan dan berita tentang kejadian pemanasa bumi sejagat dan kesan kejadian ini kepada kehidupan manusia. jangan tidak tahu kejadian banjir besar yang berlaku di Johor tiga tahun lepas adalah salah satu kesan daripada pemanasan bumi sejagat.

Perkara yang wajib diketahui dan difahami oleh kita semua adalah kejadian pemanasan bumi ini adalah hasil daripada tingkahlaku manusia. secara amnya peranan manusia mempercepat dan memperhebatkan masalah ini tidak dapat disangkal lagi.

oleh itu, menjadi satu ingatan kepada kita bahawa perubahan gaya hidup secara besar-besaran perlu dilakukan demi mengatasi masalah ini. kita tiada pilihan. perubahan gaya hidup mesti dilakukan demi memelihara alam yang kita diami.

Ingat, apa sahaja yang anda lakukan adalah satu usaha yang memberikan kesan. Walaupun kelihatan kecil, namun ia boleh berubah menjadi suatu yang besar dan bermakna.


tips ringkas untuk kita yang bekerja di pejabat


p/s: Selamat menyambut Hari Bumi!

Mulakan Hari Ini, Untuk Hari Esok.

episod lepas: hijau bumiku..1


Tuesday, April 20, 2010

Jomlah naik kereta aku drive ni..ehee

hye u oll. hari ni aku nak jawab soalan yang telah di-tag oleh dhamira. memandangkan sedikit pun aku tak bercerita pasal pengalaman aku memandu kereta. kali ni aku cerita k. dah ready u oll? eceh! huhuhu..

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
owh! ada dah. aku ambil lesen kat batu pahat dulu.. pas keje je aku dah ready dah tunggu pak sarip ambil aku kat rumah. hari-hari aku belajar memandu. masa tu aku kerja di batu pahat sana. sebab tu aku ambil lesen di sana.

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
tahun 2008. masa tu aku takde blog lagi. dua ploh lima bulan sebelas ni genaplah dua tahun lesen P aku. ehee..

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
err..lama dah. hari-hari aku pergi keje bawa kereta. huhuhu..sila jangan merusuh. yela yela..aku tipu. masa aku belajar memandu sebab nak dapat lesen kereta je aku drive. pastu aku tak bawa dah. sebab aku tak punya kereta. wuwuwuwu sedih! kalau aku balik kampung ayah akan cuba ajar aku memandu untuk memperkukuhkan cara pemanduan aku. ape lagi, persona ayah la jadi mangsa. mesti ayah kecut perutkan tengok aku bawa kereta ayah. takut kemek remuk tercalar. hahaha..

Pengalaman pahit ketika memandu?
nak tahu jugak ke? alaa..malu la..huhuhu
memandangkan aku jarang memandu. so, aku pilih pengalaman pahit masa memandu ialah bila enjin mati dan nyaris nyaris nak langgar kereta orang(masa tu aku drive guna kereta ida pulak tu,roommate). huhuhu. mula la aku trauma kejap. hik3. ye la..mana tak nyer..aku drive pakai kereta orang tu..kang dua-dua kereta aku kena tanggung. kang canggung aku! hehehe..

Pengalaman manis?
masa belajar memandu ngan ayah. manisnya bila aku rasa aku dah boleh bawa ayah jalan jalan keliling kampung. huhuhu.. ibu taknak naik lagi sebab ibu takut aku bawa kereta. uhukz! takpe lah ibu, kaklong faham. ibu tu penakut bila kaklong drift kan? ekekeke.. tunggulah bila kaklong dah pro nanti. nak ke mana ibu, kaklong boleh bawakan. ehee..

3 tabiat ketika memandu?
1. gelabah
2. malas nak tukar gear
3. cepat bosan

3 pantang time memandu bila?
1. bila orang hon aku. apsal hon aku? tak nampak ke stiker 'P' tu? aku kan baru belajar..cis.
2. bila jalan berlekuk-lekuk aku lalu. tah pape tah jalan tu. buat aku risau je masa memandu kereta. huhuhu.
3. bila orang tak leh nak bertolak ansur ngan aku di jalanraya. takpe takpe. ada ubi ada bas..

tag pada pemegang lesen kereta
1. jo
2. ezam
3. paiseh
4. tedi
5. vee violet
6. tasek merah
7. my followers yang lain. buatlah! =)


p/s: ada sape-sape yang berani naik kereta bila aku memandu? miahaha..

Monday, April 19, 2010

Meh aku komen sikit evolusi KL drift


sejak bila entah aku dah rajin pula menonton wayang arahan orang melayu kita. dorang promote cerita sana sini. bajet best la sangat. kencang abes la konon. tapi aku tengok macam ok-ok je la. ini pandangan aku la. pandangan korang lak camne? setiap orang lain-lain pandangan..kan?


baru-baru ni aku menonton cerita tu la evolusi KL drift 2. mengikut pemerhatian aku ramai lelaki yang nak sangat menonton cite ni. konon puas la tu dapat tengok shamsul tu drift. cett! best lagi farid kamil drift. tapi apakan daya watak farid hanyalah si tempang yang emo tak sudah sudah. tah pape!




ni la dia shamsul si pengarah filem tu dan si watak utama. konon P.Ramlee adalah idola yang mana dia lah pengarah dia lah pelakon. padahal dia nak jadi macam bapak dia tak cakap! eleehh. tak payah nak tipu la weh. pastu pulak ada hati nak nyanyi. seb baik pak yusof tak bagi..ikut pulak tu kata pak yusof. hahaha! bagus juga tak nyanyi..kalau tak bernanah telinga peminat dia dengar. hahaha! aku bukan peminat dia..harap maklum..






korang kalau tak tengok lagi cite evolusi KL drift ni. beli lah dvd. tapi jangan pulak tersalah beli ye. kang terbeli pulak cite kat atas tu. drift special beauty battle. aku rasa lagi lah tah pape! ape jadah dia nak drift pakai coli jek. macam vavi hutan. aku dah conteng sikit dia punya longkang. kang terliur pulak si paiseh tengok. hahaha!



ni antara pelakon evolusi KL drift 2 tu. seb baik hetty salini tak banyak dialog. sebelum ni dalam evolusi kl drift 1 dialog dia macam milo basi. berulang-ulang. watak batu api. tah pape! dan seb baik fasha sanda tak de dalam cerita kali ni. malas aku nak dengar suara halus lagi membingitkan itu. hahaha!


ni dia yang aku suka tengok dorang berlakon. gengster abes siot. dialog cakap cina lak tu. yang penting dorang hensem. ahakz!




evolusi KL drift 1, kisah rebut-rebut awek. bosan dowh! yang ni aku tak ingat pula tengok celah mana. wayang atau dvd. abaikan! malas aku nak ingat. baik aku ingat balik cerita adnan sempit. best sikit. leh aku gelak-gelak. hehehe..


p/s: semua gambar aku incek google yg bagi..hehehe






Friday, April 16, 2010

Mesyuarat Tiaranita

hye u oll! =)

aku hari ni dijemput hadir ke mesyuarat Agong Dwi-Tahunan Kali ke3 Tiaranita Johor dan Pemilihan Exco Sessi 2010-2012.

Tarikh : 16/4/2010 (Jumaat)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Hotel Selesa, Jln Abdullah Tahir, Johor Bahru


adakah aku dilantik sebagai Presiden Tiaranita? hahahaha..

kalau aku jadi Presiden buat masa sekarang ni abes la huru-hara persatuan Tiaranita.
ahahahaha!

k la..daa~

jumpa korang isnin depan ye..

p/s: weh jo! hepi besday..aku nak rasa kek besday ko kat rahsia resepi (secret recipi) weh..agagaga~

Thursday, April 15, 2010

Bila, kereta, gaji

aku lihat slip gaji.

aku kira.

aku simpan slip gaji dalam laci.

aku buat kira-kira semula.

hurmmmmm...(keluh-kesah)

tahun ni kalau beli kereta. makan pasir aku.

bila aku nak beli kereta ni wei?

bilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa??? aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...




kaklong ku pulang dari kota
kaklong ku beli kereta
kereta kecil warna merah
boleh kaklong bawa farah ke sekolah
pon pon pon pon pon pon pon
kereta kecil kaklong berbunyi


kalaulah farah nyanyi lagu tu kat aku. mau aku tersentap. heh!

Wednesday, April 14, 2010

Kacang pool

hye kawan-kawanku yang manis-manis dan hensem-hensem sekalian..

hari ini cuaca mendung. jam dah menunjukkan pukul satu petang. masa makan korang kan? atau masa tidur korang? hehehe..

hari ini aku nak perkenalkan kat korang makanan orang Johor iaitu kacang pool. sebut biar betul ye kawan-kawan. tang pool tu. bukan bunyi po'ol. secara ringkas bunyi tu ialah 'pol'. tu satu harakat. hehehe. kita slalu sebut dua harakat. kacang pool. meh call aku leh dengar sebutan yang jelas lagi terperinci. hehehe..


ni gambar kacang pool yang aku makan hari tu

rasa kacang pool ni sedap weh. cuba lah! sedap makan bila masih panas lagi. tak kira la waktu apa pun. pagi boleh. tengah hari boleh. petang boleh. malam pun boleh. pada korang yang tengah berdiet tu makanan ni bagus untuk kesihatan lah. jangan risau.

kacang pool ni, korang leh pergi kat kedai makan bomba larkin atau kat medan selera larkin. kawan yang di luar sana kalau sampai di Johor ini jangan lupa cari kacang pool ye. entry ini aku dedikasikan untuk speedrider networks yang kuat makan. hehehe. tapi buat masa ni dia macam bersedih pulak. semoga entry ini dapat menghiburkan hati dia sedikit sebanyak. sabar ye mus!

dan kepada paiseh, kat KL tu ada ke kacang pool? heh!

Tuesday, April 13, 2010

Entry 13 April

hye followers!

tahun lepas aku buat entry pasal apa ek?

mari kita lihat balik... 13 April 2010 2009

eheee...

keliru aku semalam tak abes lagi. maaf ye kawan2..nanti aku wat entry yg mcm selalu tu..

maaf lagi sebab aku tak sempat nak tengok2 blog kowang..aku bizi la.. nanti aku terjah eh. kowang jangan majok ngan aku lak k. bagi aku semangat ngan komen2 dari kowang tu..ahakz!

Monday, April 12, 2010

Kau

jangan kau dekati
jika kau tidak sedia
jangan kau mulakan
jika kau kosong
jangan kau begitu
biar aku keliru

ya! aku keliru..

Friday, April 9, 2010

Ganti-gantian

eh!

hari ni hari Jumaat?

kejap je kan?

esok sabtu, lusa ahad..

tak de pe nak cite lah.

weeken ni aku nak ganti tidur.

tidur sampai lebam...hihihi









zzZZzzZZZzzzzZzzZ

=P

Thursday, April 8, 2010

Sun glasses

hye kawan-kawan! *senyum*

korang sihat hari ini? aku sihat je. tapi ngantok la hari ini. nak je tidur time gini. huhuhu.

sekarang ni dalam kepala otak aku ni asyik terfikir nak beli sun glasses bila dapat duit bonus nanti. dengar cerita dapat bonus nanti masuk sama-sama time gaji. hujung bulan. alhamdulillah. ada juga duit bonus walaupun tak setinggi mana jumlah dia dari syarikat yang lain.



aku tak tahu nak pilih jenama ape nanti. korang ada cadangan tak untuk aku. mata aku ni harap je besar tapi mata aku ni punya masalah silau. rabun jauh ciput je. kalau diikutkan jenama memang macam-macam. Gucci Sunglasses, Armani, Chanel, Yves Saint Laurant, Dior, Carrera, Diesel, ED Hardy, Fossil, Prada, Valentino, etc. korang ada cadangan?







agak-agak korang, kalau aku pakai sun glasses nanti ada tak aku akan jadi seperti gambar di atas? hahahaha..

Wednesday, April 7, 2010

Mylook?

hye!


orang cakap sharing is caring.

ni aku nak share ngan korang yang mana tak tahu lagi tu. aku baru je sign up. huhuhu..

Kalau guna google,yahoo utk search kita tak dapat hasil ape2
Cuma guna search engine di bawah utk dapat sen, sekali search 20sen.

http://mylook.com/join.php?x=54164


Tuesday, April 6, 2010

Ahad 4/4/2010

hye!

macam biasa. mood nak menulis tak mari selepas lama cuti. semalam aku cuti. balik kampung. rindu punya pasal. hehehe..

kat bawah ni ada gambar. korang layan gambar la ye. enjoy lah dgn gambar yang ada tu. =)



peta nak ke Tapah,Perak. hanya berpandukan sekeping kertas bukan kad jemputan. di sebabkan dia ni seorang kawan masa aku blajar dulu. aku pergi juga la ke majlis di sana.

Selamat pengantin baru Rahiman & Zanariah.



ini la dia orang kuat!
thanks korang.



len kali ikut lagi ye rombongan cik kiah aku...hihihi~


p/s: aku terlupa nak tangkap gambar masa beli jambu. tak dapat la nak tunjuk jambu tu kat hanie...huhuhu

Friday, April 2, 2010

...seorang yang...

hye awak =P


salam jumaat semua!


kejap je dah jumaat kan?


hari ni aku nak korang ikhlas ngan aku..

sila sambung ayat --> liliyuli seorang yang.........( hanya 3 patah perkataan je k, jangan lebih)


p/s: ayat biar manis...hahahahaha

Thursday, April 1, 2010

Tahi lalat vs pusat

semalam..

ida(roommate) tengok tahi lalat aku kat dahi..

tahi lalat kat dahi aku jauh dari kening. ida cakap bakal hasben aku orang jauh. hahaha. tah sape sape la kan? yoyoor je ida tu..

yang aku tahu pusat dalam je dapat orang jauh. sejauh mana kebenarannya. itu kita tidak tahu selagi aku tak kawen lagi. kalau dah kawen nanti, barulah kita tahu sejauh mana kebenaran yang di war-war kan..

jeng! jeng! jeng!


siapakah bakal hasben aku? kuar la cepat! lambat sangat la dia ni.. ibu aku dah bising-bising dah tu..suh kawen cepat. haizzzzzzz!

korang pusat dalam ke? hehehe..