Thursday, November 17, 2011

Fadhil dapat 2A dalam UPSR

Fadhil dan pemain bola sepak kebangsaan, zaquan

gambar sewaktu darjah 4 rasanya


sebelum aku bercerita lebih panjang. biar aku kenalkan siapa Fadhil ni.

Fadhil hampir nama sebenar, berasal dari Tampin. anak bongsu dari 6 adik-beradik. suka menonton rancangan Boboiboy serta Ben10. kegemaran nasi disirami kicap dan telur dadar. pemain hoki sekolah bercita-cita nak bermain hoki di luar negara. jika melihat gambar yang sewaktu darjah 4 di atas. warna kulit tidak sama sekali dengan kulit sekarang. kulit beliau sudah terbakar dek matahari akibat kesungguhan bermain hoki.

oh, masa tidak mengizinkan saya bercerita dengan panjang lebar lagi. dengan ini, saya cuma nak ucapkan kepada Fadhil tahniah kerana dapat 2A 2B 1C.

power Fadhil ni. entah bila masa tah dia belajar. yang aku tahu dia tak belajar/ulangkaji langsung kat rumah. power! power!

dan...

benkrap aku..

rupanya aku sudah berjanji dengan Fadhil kalau dapat 2A aku belikan dia handphone.

Fadhil tuntut janji aku!


huahuahua

1 comment:

  1. tengok dari tepi dah tau dia adik hang.
    tahniah. Cakap kat dia, masuk sekolah menengah, sukan dan akademik kena seiring

    ReplyDelete