Saturday, October 29, 2011

Surat buat ex-kekasih hati separuh tahun 2011

ke hadapan ex-kekasih hati separuh tahun 2011.

terima kasih atas segalanya. kau telah membuang masa aku setengah tahun, kau tahu? sejak kau sms aku mengatakan yang kau mahu putus dengan aku. aku menangis. perempuan. biasa la, menangis.

kau tahu atau tidak. semasa aku couple dengan kau dulu. aku cuba diet. tapi susah mahu turun berat badan. sebab masa itu kau pandai membahagiakan aku. hari-hari aku tak pernah lepas dengan hati berbunga-bunga. selepas kau minta putus dengan aku, berat badan aku turun mendadak kau tahu? kau memang celaka.

tak ape, aku bersabar lagi selepas babak kau minta putus itu. hari-hari sebelum tidur aku akan dengar lagu seribu sesalan. sampai aku upload video lagu seribu sesalan itu dekat facebook. ayah aku siap bagi komen lagi kat video tu. " kaklong tengah sedih ke? " ayah tanya. masa tu apa aku nak jawab? takkan la aku nak jawab " iye, kaklong tengah sedih ". mana nak letak muka sebagai gelaran 'kaklong' kepada keluarga aku nanti. gelaran kaklong bukan senang hendak dipikul. hati perlu gagah. aku jawab " kaklong okey je, makan banyak macam biasa ". harap-harap ayah percaya.

minggu lepas aku dapat tahu kau sedang membuat persiapan hendak bertunang. itu apa cerita woi? celaka betul la kau ni. aku tak reti nak mencarut. tapi setakat cakap kau celaka betul tu boleh la. kau memang celaka!! aku benci kau. penipu. kau kata kau minta putus dengan aku sebab kau ada masalah yang tak mahu melibatkan aku. aku redha aku pasrah masa itu.

aku buat surat ini pun bukan apa. aku nak kau tahu yang kau ni memang celaka. minta maaf kau itu, aku TAK maafkan kau, kau tahu? sampai bila-bila pun aku tak maafkan kau.





Friday, October 28, 2011

PSTBA




Penghujung Selatan Tanah Besar Asia sudah ucap tahniah kepada saya.

Anda bila lagi?


=P

Thursday, October 20, 2011

Dapurku gelap

" pakcik (adik tuan rumah merangkap penjaga rumah sewa kami), rumah sewa kat sri tebrau ni lampu dapur dah rosak. bila kami on lampu tu nanti lampu lain terpadam juga, semua. dah seminggu dah kami masak dalam gelap " - by phone.

penuh perasaan aku duk pungpang, bersungguh-sungguh. kalau boleh menangis aku dah menangis siap sedu-sedu lagi masa tu minta simpati adik tuan rumah supaya boleh baiki lampu yang rosak tu.

" seminggu dah ye lampu dapur rosak, esok pakcik datang baiki lampu tu. pakcik tengah sibuk masak ni (catering)  dan bla..bla..bla.. " - by phone.

aku report kerosakan bukan apa. kami takde tangga. kalau ada tangga dah lama dah aku baiki lampu tu dengan tanpa kemahiran membetulkan lampu. abes la jahanam nanti. hahaha

bila dapur gelap di malam hari. mood rajin memasak bertukar kepada mood malas memasak. bukan salah aku, salah lampu tu. bila masuk je ruang dapur. aku jadi gelap, rambut bertambah gelap, kaki jadi gelap, kuku jadi gelap, baju pink jadi gelap, spender pink jadi gelap, periuk jadi gelap, dinding jadi gelap. bukan itu sahaja, bila masak, makanan pun jadi gelap. sebab tu la malas aku nak masak, lauk jadi hangus. demm!

.
.
.
seminggu berlalu...
.
.
.
dua minggu berlalu...
.
.
.
.
ahad lepas,

ahad lepas baru baiki lampu. tak sangka pakcik (adik tuan rumah) penipu. sampai hati pakcik tipu kami. kata nak baiki esoknya selepas saya call. apa salah kami pakcik sampai pakcik nak tipu kami? apa salah kami pakcik membiarkan kami jadi gelap? pakcik suka eh kami jadi gelap??


sumber: google













Tuesday, October 18, 2011

Bas No. 2

aku sekarang berada di Johor Bahru. sesuatu perbuatan tu pasti ada niat. maka niat aku yang mulia ini, aku nak ke Machap Johor pada petang sabtu lepas.
kenapa? sebab nak melawat makdak di Machap. *konon-konon lah kannnn..hahaha* padahal ada motif lain. kehkehkeh. motif ape, biarlah rahsia..


sumber: google
tu la dia bas no. 2

Bas no. 2 ni adalah bas sangkut-sangkut orang kata. aku panggil bas ting-tong *ting tong- bunyi loceng*. itu la bas aku naik masa nak ke machap tu. tambang bas tu untuk gadis manis comel macam aku =P adalah sebanyak RM8.80. lepas ni nak naik bas ekspress je.

kelebihan baik bas no. 2 ni:

1. korang akan menikmati pemandangan kehijauan dengan pokok getah dan kelapa sawit sebab ikut laluan jalan lama.
2. laluan adalah Larkin-Tampoi-Skudai-Kulai-Senai-Simpang Renggam-Machap-Ayer Hitam.
3. nama pun bas ting-tong, mesti la ada orang akan tekan loceng nak turun bas sebab dah sampai ke destinasi. kejap-kejap berhenti kejap-kejap berhenti. bila nak sampai woi? huhu
4. bas tu bas ekon, tapi panas weii. berpeluh aku. nak je aku bawa kipas garfield-cucuk-cpu aku neh.
5. perjalanan aku dari larkin ke machap mengambil masa 2 jam. mengucap panjang aku.. =_=#
6. tidur dalam bas tu tak lena berbanding tidur dalam bas ekspress.
7. pakej berhenti di bas stop tepi jalan depan rumah. menarik kan?
8. sekarang aku dah tahu camne nak pergi ke area yang dekat seperti Tampoi-Skudai-Kulai.


just nak shared pengalaman aje. sekarang dah tahu camne nak naik bas no. 2 bila nak ke Machap. tapi lepas ni jangan harap aku nak naik bas no. 2 ni lagi. baik aku naik bas ekspress ke ayer hitam terus. huhuhu..

sekian.





Friday, October 14, 2011

Mana kereta milik aku?

syok je tengok orang pakai kereta ke sana ke mari. berdesup kejap je dah sampai ke destinasi. dah penat dah berangan aku tengah pandu kereta sendiri. bawa kereta Vios, misalnya. kalau orang kata kereta tu jalan sendiri tak nampak pemandu. peduli apa aku. ingat orang berbadan kecil tak boleh pandu kereta besar ke? nanti buh la sit double. demm!

sasaran untuk beli kereta sendiri pada tahun lepas dengan bayar duit muka dan duit bulan-bulan sendiri, meleset. kira punya kira. tak cukup nak beli kereta. sedih. sedih dengan gaji yang dapat tapi alhamdulillah.

anganan nak beli kereta tahun lepas dibawa ke tahun ini. sekarang dah pertengahan bulan oktober. satu batang hidung kereta milik aku pun tak nampak. demm again! *nangis dalam hati*

bila ditanya kepada pakcik dan makcik kat opis ni. rata-rata menyuruh aku simpan duit. mereka nampak keperluan beli kereta pada aku, tak banyak. kalau tak tumpang naik kereta dengan housemate pergi kerja, aku boleh jalan kaki selama 8 minit. ya, opis dekat. tapi mereka tak tahu, betapa berdebarnya aku bila nampak anjing nak dekat. dorang tak tahu aku pernah kena kejar anjing masa nak balik terawih hari tu. setan, kau anjing!

ok. aku sudah ada keputusan sekarang.


kumpul duit.


untuk,



KAWEN!






=p




Wednesday, October 12, 2011

Jering bukan jerung

Jering sememangnya tumbuhan asli di negara ini. Daripada kajian yang dijalankan didapati jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C. Biji jering enak dimakan sebagai ulam dengan pelbagai sos pencicah tempatan mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar. Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jengkolik. Sekiranya kita memakan terlalu banyak kita akan mengalami ‘sembelit jering’. Ini berlaku kerana asid jengkolik yang banyak terkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam buah pinggang dan akhirnya akan menyumbat pundi kencing. Namun bagi pesakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan. Ini kerana kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.
Pokok jering atau nama saintifiknya Pithecellobium jiringa (Jack) Prain dari keluarga Leguminosae, besar dan rendang manakala daunnya berpasangan tanpa berbulu.
Bunganya pula berwarna putih dan berjambak manakala buahnya dalam bentuk lenggai panjang tetapi tidak lurus dengan ukuran lazim antara 20 dan 26 sentimeter (cm).
Kulit jering tebal dan berwarna coklat tua sementara bijinya bersaiz besar lebih kurang 3 hingga 5sm tetapi leper.
 
*****************************************************
 
dari kecil lagi aku diajar makan jering. sebagai ulam. aku tak reti pula makan bila jering tu dijadikan lauk jering masak sambal, etc. bila jering tu dimasak, kerangupan jering tu hilang. bunyi rangup krup krup krup dengan rasa lemak-lemak pahit membuatkan selera makan korang bertambah tau. jering dibuat ulam adalah jalan yang terbaik.
 
oh! teringat makan malam semalam. my roomate masak jering tumis. aku cuba makan tapi tak boleh 'in'. tak power berbanding jering ulam. so, bila roommate sorang je yang makan masakan jering dia tu. maka, ketidakhabisan melanda. jadi, hari ni my roommate bawa bekal ke opis untuk makan bersama rakan-rakan se-opis. mereka suka, mungkin.
 
aku: kak, bekal jering tu jangan ditinggalkan (aku mengingatkan)
 
roommate: oh! oh! my perfume at toilet.
 
*kami ketawa berdekah-dekah*
 
 
itulah jering, khasiat pun banyak. tapi bila membuang tu...bau semerbak la kat toilet. kehkehkeh. bila di flush pun sisa-sisa bau jering tu tetap hado. hehehe.
 
apa-apa pun nak aku bagi gambar jering sebagai hadiah. lagi pun aku dah lama tak bagi apa-apa kat followers. hehehe.