Wednesday, September 29, 2010

sofea dan rita

sofea 24 tahun. orang dia biasa-biasa sahaja. kata jamal abdillah siapa bilang gadis melayu tak menawan. sofea memang gadis melayu yang menawan. cuma kalau sofea gelak memang tak pandai nak kaber, suka gelak kuat kuat. sejak orang kata dia dah gemok, dia pandai pula tu kaber, makan sikit-sikit je. kalau tidak, sofea makan la sampai tak boleh nak jalan dah.

tapi, dalam masa setahun je. ada la beberapa jejaka muda setahun dari umur sofea ni cuba cuba mengorat sofea. sofea berasa pelik. sofea mula mencorak pertanyaan demi pertanyaan pada diri sendiri. nampak muda sangatkah aku? aku ni umur berapakah sebenarnya? aku ni nampak macam umur 17 ke? comel sangat ke aku ni?

begitulah beberapa pertanyaan yang terbuku di hati sofea. itu pertanya sofea pada diri sendiri. ini pula pertanyaan aku di sini..adakah sofea memakai produk safi rania gold macam rita rudaini pakai tu?

"usia bukan penghalang" - rita rudaini

Tuesday, September 28, 2010

Nak!

orang kata kalau nak akan sesuatu tu kita kena tanam azam. bukan setakat azam je..niat pun termasuk skali dalam kamus 'nak' tu. tanam niat dan azam tu dalam dalam serta usaha. setakat niat dan azam tanpa usaha, tak menjadi juga..kan? usaha untuk mendapatkan sesuatu..

azam tambah niat tambah usaha samadengan memiliki.

setuju??

ngehngehngeh..

tahun depan aku ingat nak sebat la kereta sebiji..

murni kan niat aku tu?

Monday, September 27, 2010

Dua hari ulang alik bagaikan tempe di goreng sambal

ape yang dirancang telah pun dilaksanakan dengan lancar. kini, alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Sabtu dan Ahad semalam aku dipenuhi dengan hari-hari yang ceria dan bermakna. kehkehkeh...

takde mende lah..

ayat propa je tu..hahaha. Sabtu aku pergi beraya ke Batu Pahat dan hari Ahad pun aku beraya di Batu Pahat. sungguh penat hokeh. mana taknya, JB-BP-JB-BP-JB. tapi bukan aku drive la..huhuhu.

calon-calon yang terpilih aku beraya rumah mereka adalah seperti berikut....

Sabtu,
1. Rumah tuan rumah sewa dulu..
2. Rumah encik mad din
3. Rumah kawan nama dia dirahsiakan...lalala
4. Rumah mak dak
5. Rumah kawan nama dia salmiah
6. Rumah bos pangkat exec nama dia Ellyana

Ahad,
1. Rumah Bos pangkat manager nama dia Asemah
2. Rumah cik Ju
3. Rumah kak limah

wahh!! ramai rupanya kenalan aku di BP sana. ingatkan dah takde dah...huhuhu. tu pun ada lagi yang tak sempat nak pergi.. lain kali lah..tahun depan ke...kuikuikui.

semalam kol 9pm aku dah tido dah..pergh! giler awal...hahaha

Friday, September 24, 2010

UPSR aku dulu dan UPSR farah sekarang

Farah UPSR tahun ni. semalam last paper dia ambil. dulu aku lepas 3A jek. yang A tu pun BM1, BM2 dan Math jek. kuikuikui. harap-harap farah 5A la hendaknya. sebelum farah ambil UPSR tu cabaran dia adalah musim raya. risau aku tengok. orang raya dia raya. orang raya dia raya. orang raya dia ikut raya. study dia aku leh kira. hurmm..

dulu aku UPSR takde pun buku rujukan yang harga dia puluhan ringgit. malah seingat aku takde lah ape nama segala buku rujukan. sadis! aku hanya bergantung pada latihan yg cikgu bagi jek. oh! aku ada juga pergi tuisyen. tuisyen kat rumah cikgu lagi tau. masa tu kat hulu langat, selangor.

masa tu masya'allah aku selekeh nak mampus. hahaha. selekeh selekeh pun ada gak seorang teruna sama kelas dok minat kat aku. aku ingat lagi. kuikuikui. pakai tudung dulu bukan mcm tudung skrg. skrg shawl. eceh! ekeke.

eh! aku nak ke open house tokei kantin opis jap. oooo...patut la kantin tutup hari ni. rupanya nak bagi kami kami ni makan free.. cayang kak G...*time ni la baru nak sayang bagai..huhuhu

Thursday, September 23, 2010

Blog berwajah baru semperna raya!

jangan terkujat terkejut lak ngan blog aku yang berkaler baru nih.
pergh!! terangkan mata korang.
keh keh keh

















cantik tak? *tanya ala ala eric leong











errr...mata bengkak sebelah kanan ape ubatnyer? aduh!!

Tuesday, September 21, 2010

Farah UPSR

hari ni farah UPSR
good luck farah!!
kaklong doakan farah dapat 5A k

Monday, September 20, 2010

Cerita raya 2010

hye korang!! ^_^

dah lama dah aku tak update blog kan? huhuhu.. al-maklum le RAYA. bizi je memanjang..

sehari sebelum raya aku dah balik kampung kat segamat sana. kampung kat segamat tu kampung belah ibu aku. paling rapat la jugak. sampai-sampai je aku dah bizi. mana nak blen lada la, nak basuh pinggan la, nak dengar gosip mak mak sedara la, nak berbuka akhir ramadhan lagi, nak tengok sepupu main mercun lagi, tengok tv pun tak sempat..sampaikan iron baju pun kol 12 tengah malam. iron baju tu pulak bukan aku iron utk aku sorang..baju ibu, ayah, fitri, syafiq, farah, fadhil, aku. baju ijah biar dia iron sendiri..keh keh keh

hari raya pertama je aku dah sibuk nak salam salam keluarga, keluarga aku besar kat segamat ni. mana nak salam lagi, nak bagi duit raya kat sepupu la, mana nak makan lagi, nak berak pun, orang datang lagi la berduyun-duyun, masa tu juga la nak bluetooth bunyi sms kucing meow meow la.

begitulah hari-hari seterusnya..nama pun hari raya. kunjung sana kunjung sini. upload gambar kat facebook la pastu tag sepupu sepapat sume. raya ke-3 malam sempat lagi main bowling bersama sepupu. main bowling hari raya tu kira dah macam acara tahunan la pula. konon konon main bowling tu nak mengeratkan lagi lah silarurahim sesama sepupu. kehkehkeh.

seminggu aku cuti, semalam balik JB semula. nak atau tak nak, aku kena la juga balik ke JB semula. keje semula hari ni. sungguh tak sedap bila kena bangun pagi dan kena bersiap untuk pergi kerja. raya tahun ni aku dapat dua ringgit je. baik sungguh sedara tah belah mana aku dah tak ingat tu.. mak sedara yang lain kedekut nak bagi aku duit raya..wekk!

eh, raya korang amacam? sama tak bizi macam aku?? huhuhu..

Tuesday, September 7, 2010

Ucapan sebelum aku balik kampung!!


selamat hari raya tau korang
aku bizi la
nak abes kan keje sebelum raya ni
nanti backlog banyak pula
bila malam lak jiran tak on wifi
camne la aku nak online kan?
keh keh keh
maaf eh aku tak sempat nak melawat blog korang
balik kampung tu hati-hati tau
makan kuih raya dan ketupat rendang
jangan lupa kat liliyuli tau
huhuhu
nah flying kiss
muuaaahhhh!!
^_^

ni greeting card my team keje
lantak kau di situ aku sorang-sorang gadis
~agagaga~

Saturday, September 4, 2010

Acara berbuka puasa secara beregu


ye!
tajuk aktiviti tu aku bagi nama
'acara berbuka puasa secara beregu'
keh keh keh
dorang suka atau tak tajuk yang aku bagi tu, terpulang~
aku rasa doarang suka kot
sebab dorang sporting jek datang ke acara tu
thanks korang
jo tu dah banyak kali dah aku jumpa
slalu dah kuar dating ngan jo tu
si sha n si jana ni first time jumpa
seronok kenal dorang tu
hehehe
2 september 2010
angsana, jb


p/s: 2 september adalah bezday bos aku. En. Faiz hepi bezday yeah! semoga panjang umur dan murah rezeki

Thursday, September 2, 2010

Tu lah dia

bulan ramadhan tahun ni aku tak dapat title "kaklong of da year".
T_T
sebab
duit aku banyak dihabiskan untuk bayar booking flight
rm373.00
ke bali tahun hadapan 2011
aku dah lari bajet
raya tahun ni aku dok je la kat rumah diyam-diyam
T_T



tu lah dia
kalau dah kata dia
kata dia juga
nak pergi juga tu ke bali
-ibu

Wednesday, September 1, 2010

Al-kisah bazaar larkin

bazaar larkin #1

hari pertama puasa aku, ida, kakmaliana dan fiza pergi ke bazaar larkin sebab nak cari makanan untuk berbuka. pergh! ramai orang siot kat sana. macam2 jenis orang aku jumpa. bukan orang melayu je yg ada. bangsa lain pun ramai. ada masa kami melawan arus. ada masa kami ikut arus. bila kami melawan arus, aku folo belakang ida. bila kami ikut arus, aku potong jalan ida jalan depan dia. kehkehkeh. ouh ida, ko la penyelamat aku dari arus orang ramai yang lapar itu. wuwuwuwu~


bazaar larkin #2

nak beli nasi lemak kukus semahal rm6. kira punya kira, takpe, gaji dah nak dekat, leh cover lagi. kahkahkah. pilih punya pilih ayam, alih-alih mamat tukang jual tu pulak yang dok pilihkan ayam yang besar dan bungkus cermat-cermat untuk aku. ape kes? adakah service five star? kehkehkeh. fiza dan kakmaliana kata serentak "tak sia-sia liliyuli pakai liptik kan dah dapat layanan baik punya". free free aku kena bahan. cis!


**liptik adalah sebutan manja manja bagi lipstik..ngehngehngeh