Monday, January 25, 2010

BERKABUNG SEMPENA KEMANGKATAN Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan.

"Adalah dengan sangat kedukaan dan kemasyghulan dilafazkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Sultan Johor yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana kealam akhirat yang baka pada jam 7.15 malam hari Jumaat tarikh 22 Januari 2010 bersamaan dengan 6 Safar 1431H di Hospital Pakart Puteri, Johor Bahru."


PERATURAN BERKABUNG

(a) Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.

(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.

(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.

(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

semalam pergi pasar malam larkin area jam 6pm-7pm. masing-masing bagi yang lelaki memakai songkok berlilitkan kain putih, tanda berkabung. tetapi ada sorang lelaki ni aku pelik. pakai songkok berlilitkan kain putih tapi pakai singlet je. memang cilakak orang itu.

mana gerai yang menjual tudung. abes sume tudung warna putih di keluarkannye. orang yang mcm aku yang memang pakai tudung rilek rilek je tengok. harga tudung kat pasar malam tu amboi bukan main tekan harga. orang yang memang jenis tak pakai tudung tu. kelam kabut cari tudung putih atau selendang putih. takut kena sound.

ini Johor. jangan main main. kalau tak berkabung. tahu la akibatnya..

12 comments:

  1. cukup sekadar sedekahkan al-fatihah..
    lg bermakna wa rasa.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah....Salam Takziah....

    ReplyDelete
  3. sampai nak saman RM300 tu biar betik...wat duit lagi tuh..

    ReplyDelete
  4. berkabung tu bukan macam gula kabung ker..?

    ReplyDelete
  5. hanie,
    betul tu..tapi cara berkabung perkara hormat pada Almarhum Sultan.

    yanie,
    Al-fatihah..

    kecik,
    permintaan melebihi keperluan..

    arabella,
    itu la yg aku maksudkan..jgn main² ngan Johor..

    ayampinko,
    oh. bukan..

    tedi,
    ok. tq baca..hehe

    ReplyDelete
  6. gua tengok kelindan lori separa bogel pun masih pakai songkok lilit kain putih..heh...

    ReplyDelete
  7. al-fatihah
    semoga roh baginda dicucuri rahmat

    btw liga super arini- selangor menang dengan johor 6-0
    erk888

    ReplyDelete
  8. jo,
    kelindan lori? apakah?

    erk888,
    johor kalah sebab johor tgh bersedih tu..sabar dan tabah ye johor..huhu

    ReplyDelete
  9. Kalo tak de wane putih...pakai tudung sekolah jek..hihihihi

    ReplyDelete
  10. arryani,
    haaa...bagus cadangan akak tu..hahaha~

    ReplyDelete