Thursday, December 31, 2009

Penutup 2009 hari ni dan ulang tahun Melodiku..

Aku baru perasan! rupanya blog aku ni sudah berusia setahun. setahun jagung gitu. kalau tak caye meh klik sini. hepi besday blog melodiku..!!

kat blog ni la aku jumpa kawan baru.

orang yang pertama sergah aku ialah jo. kedua pulak ialah kak yus. ketiga pari-pari syurga dan kecik. ke-4 pula ialah hanie, yanie, sakura, macha dan darkk masa wedding pari-pari syurga.

korang memang best weh.. bila nak blanje aku weh? ekeke..

tahun ni gadjet yg aku dapat collect ialah...laptop, panglima (N85), ermmm ape lagi ek? ala..lupa la..

tahun ni paling jauh aku pergi ke perlis sana..tahun depan aku nak pergi jauh lagi. ehee..

perihal percintaan tahun 2009 ni..ermm...biarlah rahsiah.

perihal kawan-kawan? ok-ok la.. lama tak jumpa hana.. rindu pulak kat dia. ye la aku skrg kat jb..hana kat bp.. hope semuanya ok ye hana..

kerja pula..ok la..leh je main farmville,fishville,petville,cafe world. hahahha...sempoi.

k la u oll.. aku nak sambung keje skit je lagi ni..bye 2009.

Eh! macam kenal..

Dalam bas transnasional..

"kak..nak tanya sikit boleh?"

"ye...tanya la.."

"akak ni akak fitri kan?"

"aha..nape? mana kenal?"

"saya kawan skolah fitri"

"oh. ye ke? ingat eh kat akak lagi?"

"tu la..tadi nak tegur takut salah orang sebab nampak akak ni macam dah tinggi sikit"


erk...

budak tu perli aku ke atau memang aku ni dah tinggi sket?

haih..

macam-macam..


untuk mengelak dari budak tu cakap macam-macam lagi.
baik aku sambung tidur.

Friday, December 25, 2009

Kuch Kuch Hota Hai

buat kerja² opis kat rumah sambil
pasang lagu bollywood kuat² syok jugakk..
ibu dan ayah mesti nyanyi² dalam hati lagu bollywood ni.
hehehe..

Wednesday, December 23, 2009

Cuti dan kerja..

via emel..

liliyuli, isnin pagi..

Untuk makluman bos yang budiman lagi baik hati, saya memohon cuti pada 24,28 & 29 Dec 2009.



bos, selasa petang..

Smbl baring2 n kunyah maruku cuti kismas ni, sila bla bla bla ni…
Slmt bercuti smbl bekerja :p




*gedebuk*-pengsan.

Monday, December 21, 2009

Storm warriorssssssssssssssssss..



.

genre: action + adventure + fantasy





penjejak awan & penjejak badai



Ekin Cheng & Aaron Kwok



komik yang berkaitan


mata aku tak lepas dari melihat penjejak awan. tak sengaja aku terminat melihat wajah penjejak awan itu. tak salah aku memilih untuk menonton wayang the storm warrior. watak heroin cerita ini agak bodoh. hanya sebagai penyeri majlis saje. kalau di matikan saje watak heroin itu lagi bagus. aku rasa buat semak mata aku saje. ending cerita aku tak puas hati sebab penjejak awan jatuh dalam gaung. sebab heroin penjejak badai tu la bongok penting diri. nak pakwe(penjejak badai) dia je selamat. abes penjejak awan aku mati. ceh.



oh. sweet sungguh Aaron kwok a.k.a penjejak awan pakai baju sejuk







Thursday, December 17, 2009

Larian..

Semangat ku hingga ke hujung puncak gunung. tiada tandingan lagi sehingga menitik-nitik peluh membasahi muka. jikalau di lihat dari sudut pandangan jauh, aku bagaikan harimau bintang kejar rusa untuk buat santapan.

pecutan ku semakin laju. tanpa menoleh kiri dan kanan. aku sampai juga ke garisan penamat. larian 200 meter itu telah mencabar kemanisan aku waktu itu. bagaikan gula kapas tanpa gula, misalnya.

tapi...

penat dan tercungap-cungap aku memang tidak berbaloi. aku di tempat ke akhir dalam acara 200 meter larian. aku hampir pengsan. dan hampir pengsan.. oh. aku tidak mengerti mengapa ini terjadi...oh!

Tuesday, December 15, 2009

Info menarik tentang Siti..

Antara 9 Siti yang patut dicontohi oleh Isteri-Isteri...

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

**9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah

Siti sifir, honda city dan siti nurhaliza tidak termasuk dalam ini cerita.. macihh.

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

entry kali ni entry copy n paste. aku wat entry ni sebab aku nak wat panduan pas aku kawen nanti...huhuhu. *wink*

Wednesday, December 9, 2009

Fadhil dan potong?

hari ni adik aku fadhil menjalani rawatan potong.
potong yang di maksudkan kat sini bukan potong wayar telefon.
sape potong wayar telefon?? aku nak marah ni..marah!

sejarah hari ini akan diingat oleh fadhil sampai bila-bila.
hari ini fadhil berkhatan. dalam bahasa melayu ringkas adalah bersunat.

tadi pagi aku call ayah.
then aku suh ayah pas handphone ke fadhil.
dapat aku bayangkan lagak ayah mesti macam pas botton dlm acara lumba lari 400meter.

aku cuba tenangkan fadhil supaya dia lebih rasa cemas.
pelbagai kata-kata telah aku guna pakai.
termasuklah lagu potong p1w1max bongok tu.

fadhil ada gak bertanya kepada kawan yang sudah lepas.
fadhil tanya "weh..sakit tak?"
boleh pulak kawan fadhil cakap tak sakit.
adus..hancur harapan aku untuk takut-takutkan fadhil.

aku tahu..fadhil berjiwa kental..macam aku..
sekian..

Tuesday, December 8, 2009

Jika kamu...

jika kamu baik pada ku.
aku akan baik pada mu.

jika kamu ketuk kepala ku.
aku akan ketuk kepala mu dua kali ganda.

jika kamu sayang pada ku.
aku akan sayang kamu juga.

jika kamu memaki aku.
aku akan maki maki maki kamu.

jika kamu cinta aku.
aku akan pikir dulu cinta itu ok atau tak.

jika kamu berikan aku hadiah.
aku akan berikan kamu hadiah senyuman.

jika kamu mengusik aku.
aku akan mengusik kamu sampai kamu menanges.

jika kamu es-em-es aku.
aku akan balas es-em-es kadar segera.

jika kamu berdiri.
aku duduk seorang diri.

p/s: karya liliyuli di peringkat kebangsaan.

Monday, December 7, 2009

Ain Zid dah bertunang..



alhamdulillah..

kini ain berstatus tunangan orang.

gadis kecil molek ini melangsungkan majlis pertunangan dengan kekasih hati iaitu nafi.

perkenalan sejak di bangku sekolah lagi telah disatukan dengan ikatan pertunangan.

walaupun jarak dan masa yang selalu memisahkan mereka berdua..namun,

dengan kepercayaan yang utuh serta cinta yang menggunung.. cinta mereka berdua tetap abadi.


******


pergh!

fisrt time neh aku buat ayat cenggitu..

nak termuntah lak aku..kahkahkah.


ainnnnnn...entry kali ni khas aku tujukan kat ko.

kepada kengkawan yang lain kalau nak tahu ain ni dulu kawan aku sama blaja kat kolej dulu.

aku suka usik dia. hehehe.


kat fesbuk yang aku dok mention nak dapatkan berkat pertunangan dari ain ni la..hehehe

ape² pun..semoga ain dan nafi bahagia lah hendaknya..amin.

Friday, December 4, 2009

Evolusi hosmet..

ke mana harus aku lari??
kuarantin dalam bilik??
oh. oh. oh. aku dilema.

hosmet.
taman sri tebrau, JB.
tiga dara itu mengalami mata sakit.
sakit mata boleh berjangkit.
aku je yang belom kena lagi.
aku tak nak kena!!
ya, allah. hindarilah aku dari sakit mata. amin..


mata dorang macam alien.
merah. bengkak.
serammmmm...ekeke~

dorang pergi klinik. dapat mc dua hari. tak elok lagi. pergi lagi klinik. amek mc lagi.
dapat ubat titis. mcm aimo tu.

tapi bila difikirkan balik. kalau budak kecik yg kena..lagi kesian kan?
mesti nanges je budak tu agaknya kan? gambar sume hasil dari google. tq google. muachhh!
aku lompat link sana link sini..tetiba aku terbaca satu artikel ni.. bacalah!!


kepada pembaca lelaki. tak payah la korang buat sakit mata nak tengok gambar kat bawah ni.. tak nampak punya!!






Wednesday, December 2, 2009

Keperihatinan aku..heh


nampak tak??
kan ada spider tu..

mana datang spider tu?
sape suh spider tu skodeng aku? ekeke..

sedang aku khusuk buat keje..tetiba aku nampak kelibat spider yg agak hensem membuat lagak ngeri dengan tali yg halus.. seperti dalam gambar.

spider tu dah la kecik. skali aku tekan pakai ibu jari. penyek berkecai. kat opis aku ni dah la sejuk tahap peti ais supersaiya. kang tak sengaja boleh je beku aku ni.

oleh itu, aku tak sampai hati membiarkan spider tu membeku terkaku tanpa kata-kata. aku bawa la ia keluar. wahai spider..bergembira la kamu di luar sana.. bina lah keluarga bahagia.. jangan tamak untuk berbini dua..heh.