Thursday, March 31, 2011

Di sana menanti di sini menunggu bas...

Ukays
Di Sana Menanti Di Sini Menunggu
Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya


Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah 
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah...

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

( ulang dari ♫ )

 Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar...
Untuk menguji...
 ***************************************************************
pergh! syok giler nyanyi lagu tu. terasa macam artis buat konsert sendiri. ada band sendiri. ramai gile dok ikut nyanyi sekali. tak sabar nak naik bas sekolah. dalam bas ada lagu ukays tu. hari-hari pakcik tu pasang lagu tu. pergi sekolah pasang. balik sekolah pasang. total purata 1137 kali sebulan dengar lagu tu dalam bas sekolah. eh, ye ke? kihkihkih..

part korus~
Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah...

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

bukan main punya 'tarik' bila part korus. satu bas tu beb! satu bas 'tarik' bila sampai part korus. bukan calang-calang punya tarik. aku rasa kalah kak ziana zain. mana taknya, masing-masing suara halus dan nyaring. tak kurang hebat juga pada yang bersuara doraemon. hahaha!

suara aku tak payah dipertikaikan lagi. memang dah sedia maklum sedap. ada yang memuji. mula la hidung nak kembang kuncup, bangga. oh! oh! lupa nak kabor. pakcik bas tu pasang lagu ukays tu bukan radio tau. pasang cd versi karoke.. giler syokkk!!!

mana budak yang bengap tak reti membaca lagi tu. bolehlah belajar membaca masa tu. mana yang dah pandai membaca pula, ikut baca la sebab tak hafal lirik. aku? aku kalau bab lagu ni cepat pikap. tak payah tengok lirik. dua kali dengar je terus boleh nyanyi sampai habis. punyalah terer aku...

p/s: kenangan naik bas sekolah zaman sekolah rendah dulu. lagu ukays ni popular pada zaman 90-an.

3 comments:

  1. speedrider,
    ko jeles!! wekk!!! =P

    frwls,
    terima kasih terima kasih..
    huhuhu...

    ReplyDelete