Thursday, March 31, 2011

Di sana menanti di sini menunggu bas...

Ukays
Di Sana Menanti Di Sini Menunggu
Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya


Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah 
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah...

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

( ulang dari ♫ )

 Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar...
Untuk menguji...
 ***************************************************************
pergh! syok giler nyanyi lagu tu. terasa macam artis buat konsert sendiri. ada band sendiri. ramai gile dok ikut nyanyi sekali. tak sabar nak naik bas sekolah. dalam bas ada lagu ukays tu. hari-hari pakcik tu pasang lagu tu. pergi sekolah pasang. balik sekolah pasang. total purata 1137 kali sebulan dengar lagu tu dalam bas sekolah. eh, ye ke? kihkihkih..

part korus~
Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah...

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

bukan main punya 'tarik' bila part korus. satu bas tu beb! satu bas 'tarik' bila sampai part korus. bukan calang-calang punya tarik. aku rasa kalah kak ziana zain. mana taknya, masing-masing suara halus dan nyaring. tak kurang hebat juga pada yang bersuara doraemon. hahaha!

suara aku tak payah dipertikaikan lagi. memang dah sedia maklum sedap. ada yang memuji. mula la hidung nak kembang kuncup, bangga. oh! oh! lupa nak kabor. pakcik bas tu pasang lagu ukays tu bukan radio tau. pasang cd versi karoke.. giler syokkk!!!

mana budak yang bengap tak reti membaca lagi tu. bolehlah belajar membaca masa tu. mana yang dah pandai membaca pula, ikut baca la sebab tak hafal lirik. aku? aku kalau bab lagu ni cepat pikap. tak payah tengok lirik. dua kali dengar je terus boleh nyanyi sampai habis. punyalah terer aku...

p/s: kenangan naik bas sekolah zaman sekolah rendah dulu. lagu ukays ni popular pada zaman 90-an.

Tuesday, March 29, 2011

Fahrin Ahmad dan Cik Liliyuli...♥

Fahrin: ala awak, marilah sini.
Aku: tak nak lahh..
Fahrin: sinilah..kang saya dukung kang!
Aku: ishh..ape lak nak dukung-dukung ni? kan kat tempat awam ni..
Fahrin: dah tu nak malu-malu tu kenapa? tangkap gambar je pun..
Aku: awak tangkap gambar ngan adik saya je la..
Fahrin: tak nak.
Aku: ala..takpe la..
Fahrin: *merajuk*
Aku: ok ok la kita tangkap gambar sama-sama.
Fahrin: yayyyy!!


*******************


ouh! dialog tu rupanya mimpi je..




kehkehkeh!



cik liliyuli jumpa fahrin kat melaka

gila taf badan dia.. rasa nak gayut je kat lengan dia buat gimnastik...kahkahkah!!

Wednesday, March 23, 2011

Adik S ambil keputusan SPM

hari ini keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) keluar untuk tahun 2010. selalunya perasaan nak ambil keputusan SPM tu semacam 'sesuatu' je kan? debar dia macam nak terkeluar melantun-lantun ko punya jantung kan? teringat pula masa aku nak ambil keputusan SPM dulu. aku dah agak dah keputusan aku dapat macam tu. kahkahkah! subjek yang aku nak tengok paling awal sekali adalah matematik dan matematik tambahan. ternyata! dua subjek ini keputusan dia tersangatlah berbeza. macam langit dan bumi. macam durian dan strawberi. macam kereta dan basikal.

nak tahu ke?
tak payahlah. perkara yang lepas jangan dikenang, nanti merana diri. ewahh! hahaha..

aku call puan ibu kat rumah (kampung) jan 1130am untuk bertanyakan keputusan apa yang si S dapat. fyi, si S ini anak puan ibu yang ke-4, lelaki. si S tersangatlah malas nak belajar. yang dia tahu melepak jek. kalau ikutkan hati aku, tak nak aku ambil tahu keputusan dia tu. aku dah dapat agak dah keputusan dia banyak apa. heh!

aku: S dapat ape SPM?
puan ibu: dia lom ambil lagi. kawan dia datang naik moto ajak dia pergi pun dia tak nak.
aku: kenapa??
puan ibu: dia merajuk. dia nak pergi sekolah bawa kereta ayah, ibu tak bagi.
aku: astagfirullahalazimmmmmmm... bukan main lagi dia! mengade sungguh!! (marah)
puan ibu: tu la. ibu malas nak layan.
aku: jangan layan dia ibu. jangan layan!! biarkan dia..lantak!


tulah dia budak-budak zaman sekarang. macam-macam hal. mau je aku nalik kampung sekarang aku bagi kayu hoki sedas kat belakang badan dia. geram!!



p/s: selalu aku berdoa agar adik aku tu berubah perangai ke perangai orang yang baik-baik.. korang doakan sekali untuk adik aku tu ye. thanks.. ^_^

Sunday, March 20, 2011

Sate Jawa

sate jawa

hari ni kali ke-2 aku makan sate jawa ni. aku jumpa sate ni kat stesen bas larkin. tadi aku beli tiket bas nak balik kampung jumaat ni. tiba-tiba perut berbunyi minta diisi dengan makanan. aku pun tak sampai hati membiarkan perut kosong. atas dasar belas kasihan terhadap perut, terus aku naik atas ke foodcourt. 'dan dan' teringat sate first time makan hari tu iaitu sate jawa siji loro telo papat limo nenam pitu, eh? tercakap jawa pulak..ekekeke

kat situ ada sate kambing dan ayam sahaja. kuah dia adalah kuah cili kicap dan ada kacang tumbuk sedikit. berulamkan bawang merah. nampak tak limau kat gambar tu? haaa..jangan lupa perah limau ye abang-abang kakak-kakak. ermm..tekak aku ni boleh telan. kira okey la rasa dia.. korang try la..

kepada yang bukan orang jawa tu, selamat mencuba!

Friday, March 18, 2011

Serangga sengal

A: kita dah dewasa la!
B: kenapa kau berkata begitu?
A: warna kita sudah berubah. semakin hensem dan gagah.
B: eh, ye ke? eh, ye laaaa!! hahaha
A: kita juga sudah ada kepak.
B: kalau begitu kita harus keluar dari sarang ini.
A: ok jom! ko folo aku k..
B: okey bebeh!
A: wahhh!! cantik cahaya itu. bersinar!!
B: kita pergi sana nak? mungkin itu tempat baru kita.
A: mari. ko folo aku k.
B: okey bebeh!

maka, terbanglah mereke ke cahaya tersebut.

A: arrrghhhh!! kepak aku terkoyak....arrrr terputus dua pulakkkk!! arrrrr tidak!!! panas!!
B: okey bebeh! arrrghhhh!! kepak aku terkoyak....arrrr terputus dua pulakkkk!! arrrrr tidak!!! panas!!

akhirnya mereka terjatuh lalu mati. itulah kelkatu..kahkahkah.

pemusnah rumah adalah anai-anai. bila dah dewasa jadi kelkatu, buat semak rumah je bergelimpangan mati kat rumah orang. dasar kurang ajar binatang itu.

rumah sewa aku abes kena serang. terpaksa la kami pura-pura tidur awal sebab terpaksa padamkan lampu kalimantan... bukan sebab tak bayar bil karen okey.. jangan nak menuduh. dosa tau..hehehe

petua: si bella cakap, gantung cili kat lampu. petua orang dulu-dulu.. aku tak sampailah, tinggi sangat la lampu rumah sewa aku ni..huhuhu

Monday, March 14, 2011

A Doctor In The House!!

selalu tiap-tiap pagi jam menunjukkan pukul tujuh pagi (jarum pendek tepat tunjuk ke arah nombor tujuh dan jarum panjang tepat tunjuk je arah nombor duabelas), itu adalah masa aku iron baju nak pergi kerja yang masuk pukul lapan setengah pagi. sesambil aku iron baju aku akan tengok MHI (Malaysia Hari Ini) dan layan klip video kat astro ria. tu la rutin aku tiap-tiap pagi. hidup bujang, biasa lah kan..tak payah la nak sebok-sebok kelam-kabut buat sarapan. beli je sudahhh..ehee..

sedang aku kusyuk iron sambil jeling-jeling tivi. pengacara MHI tu ada tunjuk sebuah buku yang amat menarik perhatian aku masa tu. siapa pengacara MHI masa tu aku lupa la pula. samada elly iskandar dengan abby fana atau fitri dengan wardina. haaa..salah satu gandingan dua pasang tu la.. huhuhu.. sorry i lupa la nyah!! tu la asyik dok ingat klip video anuar zain je lagu sedetik lebih je. abes lupa semua..kihkihkih

nak tahu buku ape??



tadaaaa!!!!

tu la bukunya!

A DOCTOR IN THE HOUSE
The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad

buku ini terrrrrrsangatttttttt lah laris. macam pisang goreng panas!! orang Singapura ramai yang membeli tau. Kak Maliana (baca: hosmet) la yang kabo. hehehe. aku tak sempat nak ke kedai buku la. buku ni pun aku kirim dekat kak maliana tu. harga buku ni RM100 versi English dan mempunyai 843 muka surat. tebal!! tercungap-cungap aku nak baca. kuangkuangkuang.. aku ada duit lebih sikit ape salahnya aku beli buku ni kan. lagi pun Tun Dr Mahathir salah satu idola aku. mengerti? ehee..

rezeki aku juga la kot aku senang nak beli buku ni sebab stok baru sampai. aku ada dengar dari cakap-cakap kak maliana tu, ramai orang sampai booking buku ni tau dan kena deposit RM50.00. aku tak yah booking bagai. kirim je terus dapat. balik je dari jadi pengapit semalam, buku ni dah ada dah kat rumah. buat masa ni aku baru baca satu perenggan. huhuhu. nanti pelan-pelan aku baca sampai abes. doakan aku baca sampai abes tau. huhuhu..






i like this book!!


Thursday, March 10, 2011

Team Building @Punggai Desaru

anjuran unit. serah duit RM 100 setiap seorang.

errr... ape lagi aku nak tulis ni woi??

beku! beku! otak T_T

*tarik nafas....hembus*


okey la.. aku buat puisi untuk team building~

angin pantai sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi,
pipi makin gebu sebab makan tiga kali sehari,
sepakat membawa berkat sampai ke punggai,
seratus ringgit tu bayar pakai duit gaji sendiri,
oh, alangkah indah melihat pantai itu di siang hari,
di malam hari air pasang eloklah pancing ikan lagi,
sukaneka ada lapan kumpulan campur pompuan laki,
ape yang dapat cuma hadiah saguhati sebagai pengubat hati,
malam bbq lambat turun makanan tinggal saki-baki,
terkilan sebab tak dapat nak tambah pari bakar sekali lagi,
selamat pergi dan pulang dengan naik kereta syarikat telekomunikasi,
haji dollah membawa kami ke sana tanpa peduli,
team building membuatkan kami gembira di hati,
ape ape pun terima kasih daun keladi.

hip! hip! horeyyyyy!!!

gambar? sila tengok kat fesbuk aku yek.. search ~ malina lynviolet ^_^V

Wednesday, March 2, 2011

Panjat Broga Hill dengan kaler pink !!



Aku sangat teruja nak panjat broga hill. teruja macam gadis-gadis nak jumpa pakwe yang dah lama tak jumpa tu....agagaga. Sanggup naik bas dari terminal Larkin sampai kat Bukit Jalil. dari Bukit Jalil amek LRT Star turun ke Masjid Jamek. Pastu tukar pula LRT Putra Masjid Jamek ke Kerinci pula. Sampai Kerinci, aku jumpa si mek wanzai...

ni la dia mekkkkkk!!! hehehe.. pakwe dia orang korea. tak caye? pergi tanya dia. mek ni dah tunjuk kat aku dah gambar pakwe dia. aku tumpang rumah dia semalam. terima kasih ye mek. terima kasih juga kerana membantu aku dengan sabar naik broga tu. huhuhu..

tu dia!!!!!!!! kejayaan aku naik broga hill weh!!!!! sangat bangga!!! wakaka. mana taknya, excited-semput-peha kremm-berpeloh-peloh-termuntah sebab minum air 100plus -kejap berenti-jalan sikit-berenti lagi-selisih ngan orang yang turun tu sebok tanya jauh lagi ke tak-budak kecik panjat broga mendahului aku-bermotivasi-putus asa-bermotivasi balik-sapu ubat kat peha-nampak jejaka hensem senyum kat mereka-kontrol ayu-dll.


baru je sampai agak atas. ada satu group photographer ni snap gambar kiteorang, ingatkan satu-dua snap je. alih-alih tak pasal-pasal si arabella dipaksa jadi model. dengan terpinga-pinga arabella menurut perintah. kihkihkih..

dia ni la bro zack. selambek je dia cari model on da spot. bella juga yang jadi mangsa..hehehe


oh oh..ada serang hendap dari belakang rupanya. ciskek!


panjat lagi cikit. sampai la kat batu besar tu. ingatkan mahu relax-relax amek angin atas broga. group abam zack tu pun muncul lagi. geng aku meneruskan panjat lagi sikit broga tu. aku? aku dah tak larat nak panjat lagi. cukup la setakat batu besar tu. tu dah cukup tinggi dah bagi aku..kuikuikui.



chantekk kan? *puji sendiri je la* huhuhu.. tu gambar hasil dari camera abam zack. mekaceh abam zack!! aku pun dipaksa jadi MODEL BROGA. hahaha!!
satu jam aku dok tunggu dorang (geng broga aku ler) turun balik ke aku. panas giler. abes terbakar muka aku. '-_-


kami dah turun!! penatttttttttttt. kaki sakit.

thanks u'ol kerana menjayakan trip ini bersama aku.
arabella,wanzai,faryza,anoy


kami ada baju yang sama!! hehehe. bak kata arabella "orang bajet team photographer padahal team kaki bergambar". kahkahkah.