Monday, November 15, 2010

Jamuan deepavali

pergh!

tadi ada jamuan deepavali kat opis. unit lain yang buat.
aku berebut nak amek tosei. makan panas panas memang mabeles!


aku tak nak cerita banyak banyak.


aku nak amek lagi satu tosei.


lalala~

Thursday, November 11, 2010

Pesen makcik-makcik kat opis

 .
entry kali ni aku nak cerita pasal pesen makcik makcik kat opis ni.. bukan nak mengumpat, cuma nak mengata..boleh? kehkehkeh.

tadi aku nak lukis gambar pesen makcik kat opis ni tapi tangan aku tak ditakdirkan untuk pakar melukis. tak menjadi pun lukisan aku tu. hancur. hurmm...nasib badan. dulu masa jurusan pendidikan seni aku lukis orang lidi je woi..kahkahkah.

berbalik cerita pasal pesen makcik makcik kat opis ni. dorang pergi keje ofkos la pakai tudung la kann.. kalau dah tua-tua tu tak reti-reti nak pakai tudung tu aku tak tahu la nak kata ape. kalau makcik-makcik tu semua pergi keje tak pakai tudung dorang nak tayang ape wei? nak tayang rambut beruban? nak tayang leher berkedut? eeeuuuuuwwww....tak sesssswaiii okeh.

kebanyakkan makcik makcik kat opis ni pakai tudung atas dia punya nen. ada pulak tu tengah tengah dia punya nen tu terjuntai rantai siap ngan loket besar dia skali. pesen nak tayang rantai besar memang itu pesen makcik makcik kat opis ni. plus tayang nen skali...pakej woi..pakej tu..kahkahkah.

bila korang gegirl dah tua nanti jangan macam tu yek. tak sesswaii tau. pesanan pada diri aku juga ni..huhuhu.

Tuesday, November 9, 2010

Chill Out bersama Adam AF2

" saya nak sampaikan lagu bertajuk elina " adam af2

" ada ke kat sini bernama elina? " adam af2 lagi

soman dan anwar pandang tepat ke mata adam af2 sambil buat aksi menuding jari telunjuk ke arah aku.

" betul ke awak bernama elina? " adam tanya aku dari atas pentas

aku dengan pantas mengangguk sahaja tanpa bersuara.

" lagu ini ditujukan khas buat awak, elina " adam af2 senyum-senyum nakal kat aku

lepas tu sambil-sambil adam af2 nyanyi dia pergi ke arah aku. sekali lagi aku ulang. adam af2 pergi ke arah aku. perghhhh! semua orang pandang aku. berderau darah aku beb. berderau!! kehkehkeh.

gambar adam af2 pandang aku

sesampai je adam af2 betul-betul di hadapan aku, aku dah tak tentu arah dah. tak tahu nak buat ape. senyum je la, senyuman paling manis aku bagi free free.. adam hulur tangan tanda nak salam aku. aku sambut salam adam af2 tu tanda hormat. semua orang pandang aksi aku dan adam af2 bersalaman..

adam bergerak semula ke pentas tapi masih berlegar-lagar berhampiran aku sambil nyanyi-nyanyi lagu elina. muka aku merah tak usah cakap la bila aku adegan 'malu-malu tapi mahu' aku tadi menarik perhatian ramai, tak abes lagi. kahkahkah.

adam macam tahu-tahu je aku terlupa nak tangkap gambar bersama dia. alih-alih adam af2 datang semula ke berhampiran aku. aku pun tangkap la gambar bersama adam af2. kihkihkih.

aku pun tak paham kenapa muka aku macam tu


pada hari tu sahaja aku tukar nama elina

kehkehkeh

p/s: itu hari aku bertugas ye..bukan kerana adam semata-mata. harap maklum. agagaga~

Thursday, November 4, 2010

Boleh saya tanya?

pelanggan ni menafikan talian di mana dia tak pernah memohon pun talian jalur lebar.

aku pun siasat~

nama: Y D Nahar

sebelum call customer ni minta dia fax report polis dia, aku tanya opismate aku. Y D tu ape? Yang Dipertuan ke? Yang  Disayangi ke? Yang Dihormati ke? atau Yang Dikasihi? harammm sorang pun tak tahu..heh!

pung-pang punya pung-pang aku call si Y D Nahar tu.. aku panggil dia Encik Nahar jek. last skali aku beranikan diri tanya apekejadah ada Y D kat depan nama dia.

" Y D kat depan nama Encik tu shortform ape? " -aku tanya

" kahkahkah " dia boleh gelakkan aku? ciskek betul !

" nak tahu jek, sebab macam pelik " - aku

" ramai orang tanya tapi kalau nak tahu jom kita kuar makan saya blanje " -sah, memang ciskek!

Tuesday, November 2, 2010

Orang dalam mimpi cakap tak boleh korek

mimpi memang syok kalau mimpi jadi tuan puteri kayangan yang pakai baju pengantin hari-hari. minta ape saja semua dapat sebab dalam mimpi...kihkihkih.


tapi...



apsal hari tu aku mimpi tah sape tah cakap kat aku sebagai manusia yang normal. tak boleh korek hidung. kepala hotak dia la kannn..

kalau tak korek hidung...abes la penuh bijih timah dalam hidung kannn. cis! mimpi pun nak permainkan aku. mencik! mencik!

korek hidung kan nikmat macam blog ini...(klik sini) kahkahkah. aku suka header blog ko wei.... sempoi~



seb baik aku pantas kipnap jo punya header sbb skrg jo dah pakai header lain
hahaha