Tuesday, August 31, 2010

Merdeka ke-53

semalam semasa najib berhujah pasal kemerdekaan ke 53, aku snap gambar dia. kehkehkeh.
yang paling aku ingat najib kata, di malaysia ni lah tempat kita mencari rezeki, tempat berlindung, tempat mencari kebahagiaan...


 satu malaysia menjana transformasi


kibarkanlah bendera malaysia kita

merdeka! merdeka! merdeka!

salam merdeka buat kawan-kawan blogspot yang follow blog saya..tq

Monday, August 30, 2010

NUR EHSAN

jumaat, 27 Ogos 2010.

pertama kali aku ke pusat jagaan warga emas. PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN. di kempas, JB. program berbuka puasa bersama mereka anjuran syarikat tempat aku bekerja.

sesampai je di sana, aku lihat ramai orang tua yang sakit. nak bangun pun tak larat. ramai juga yang sudah nyanyuk, gelagat dah macam baby. sayu hati aku melihat dorang yang ditinggalkan oleh anak dorang. sampai hati anak-anak dorang kan? tau la nasib anak-anak dorang tu nanti..akan ada balasan!

aku nak cite sikit pasal ada warga emas sepasang suami isteri ni, aku lihat begitu romantik walaupun dah tua dan sakit. si suami menyuap si isteri makan walaupun si suami sendiri sakit. mempunyai anak sorang lelaki sorang perempuan. ditinggalkan begitu saje sehingga terlantar sakit di rumah. sungguh kejam itu anak! jiran yang menghantar ke hospital dan NUR EHSAN yang ambil dorang dan jaga sehingga ke hari ini.

cite kedua aku, ada sorang nenek ni, dia pakai bedak kepuh di muka. tup! tup! aku teringatkan pada arwah tokmak aku yang suka pakai bedak kepuh-kepuh di muka. (kat johor ni nenek di panggil tokmak/tok ibu/tok wan). aku pergi dekat, cuba bermesra. aku ambilkan seketol buah pisang aku beri kepada dia. dia ambil dan menghulur semula pada aku. suruh kupaskan kulit pisang itu. ye, dia orang tua yang sudah nyanyuk dan macam budak umur 2 tahun. sesambil aku kupaskan kulit pisang itu aku menahan sebak di dada bercampur geram. aku geram pada anak nenek itu yang sanggup menghantar ke rumah orang tua. bila aku bercakap-cakap dengan nenek itu, nenek itu menongkat dagu dan senyum kepada aku. begitu comel sekali. sekali lagi nenek itu buat aku sebak di dada. sayu!

p/s: semua orang tahu syurga di bawah telapak kaki ibu. derhaka kepada ibu bapa tahu lah tuhan nak bagi balasan ape. korang paham tak ape aku ceritakan tu? kah kah kah. aku tak reti nak bercerita panjang-panjang. semua entry aku sebelum ni sume pendek-pendek jek.. kang lagi panjang entry aku kang berbelit lak aku bercerita. kah kah kah. sampai sini je la aku tulis pengalaman aku pergi melawat warga emas di NUR EHSAN sana. kalau ada kesempatan aku nak pergi lagi melawat. "nanti datang lagi ye nak"- atok. aku sebak lagi!!

JANGAN HANTAR IBU BAPA KE RUMAH ORANG TUA, JAGALAH MEREKA SEPERTI MANA MEREKA MENJAGA KITA SEMASA KITA KECIL DAHULU!

Tuesday, August 24, 2010

Pertama kali bertentang mata


pertama kali bertentang mata
hatiku berdebar
dup! dup! dup!
..kehkehkeh..
sukaaaaaaaaaa!

niat nak berjumpa Shahir AF8 termakbul. sukaaaaaaaaaaa!! Shahir ni pemalu orangnyer. sama la macam saya..hehehe. sepadan kan saya ngan shahir...kan..kan.. wuwuwuwu~
lepas ni harap-harap dapat jumpa lagi. huhuhu..

Monday, August 23, 2010

PERSOALAN HUKUM BERKAITAN PERUBATAN


saya kongsi......................................................untuk korang my friend

klik gambar bagi besar punya..kehkehkeh

PERSOALAN HUKUM MENGENAI MANDI WAJIB


p/s: soalan tu bukan aku yg tanya okeh. aku lom kawen lagi. harap maklum. just nak share jek.


sila klik gambar untuk tumbesaran serta kejelasan text~

Thursday, August 19, 2010

Salam ramadhan






salam ramadhan dari aku ^_^
hari ni ramadhan yang ke-9
semoga ramadhan ini ramadhan yang indah
aku pun tak paham kenapa aku senyum macam tu dalam gambar...hahaha!
korang nampak tak muka aku tu bercahaya selepas amek wuduk..ahaks!

PERSOALAN HUKUM MENGENAI TERTELAN AIR LIUR


dulu masa aku kecik-kecik asyik la meludah buang air liur sebab tak reti nak kawal air liur yg ada dlm mulut bila time puasa, takut terbatal puasa la katakan. hahaha!

sekarang tak lagi sebab aku dah besar...sebagai wanita. eceh!
hahaha!

korang macam aku juga kan masa kecik-kecik dulu, baik ngaku...hahaha!

p/s: soalan tu bukan aku yang tanya okeh..aku petik dari emel syarikat jek..untuk dikongsi bersama.

PERSOALAN HUKUM MENGENAI MERASA MAKANAN YANG DI MASAK



ada ke lelaki macam tu punya cerewet?? ish..ish..

Wednesday, August 18, 2010

Sesi jumpa kawan sekolah di fb

malam ni aku tak pasang lagu bola-bola api kat lappy aku ni. huhuhu..
malam ni aku sibuk add kawan-kawan sekolah menengah dulu kat facebook..

hari ni baru terhegeh-hegeh aku nak add semua kawan sekolah aku tu dulu..huhuhu
kawan-kawan yang lain sume dah add antara satu dgn yg lain..

aku bukan nak menyombong sebelum ni. aku just segan jek.
kalau nak tahu, aku ni dulu lain...sekarang dah lain...huhuhu

dulu aku comot+sunburn..wakaka!
korang comot+sunburn jugak?

ehee..

PERSOALAN HUKUM MENGENAI TERTELAN BAKI MAKANAN




pengetahuan bersama

Tuesday, August 17, 2010

Baru seminggu puasa

as salam..

baru seminggu kita berpuasa dan berbuka puasa. baru seminggu!! tapi kenapa kat pasaraya dah ada orang buka lagu raya?  kenapa? dah tak sabar sangat ke? bukan ke keghairahan berpuasa baru je nak bermula?

kat radio nasib baik tak pasang lagi lagu raya. selalunya lagu raya akan berkumandang bila di pertengahan ramadhan atau seminggu nak raya. barulah betul cara tu..

tengok aku. pasang lagu bola-bola api(paling comel) nyanyian arwah achik spin ngan siti nordiana. barulah semangat nak berpuasa esok. eh? puasa ke aku ni esok? wakaka!

Thursday, August 12, 2010

Wednesday, August 11, 2010

Sambutan awal ramadhan

salam ramadhan rakan-rakan sekalian,

selamat sehari puasa kita pada hari ini. hari ni awal ramadhan negeri johor sambut dengan cuti. best!


hihihi.. betapa bestnyer aku cuti sampai kat facebook aku dok pung pang..kehkehkeh. korang2 yang tak dok kat johor sila jeles. hehehe. astagfirullahalazim...bulan ramadhan ni wahai liliyuli. jangan asyik nak mendengki orang jek..

bulan ramadhan tahun lepas, aku dapat pegang title ' kaklong of da year ' dan aku jadi ninja seminggu gara-gara bulan mengambang. hihihi. tahun ini? aku niat nak memantapkan lagi sahsiah diri, nak jaga solat, nak jaga percakapan, nak sopan sutun santun, rajin, berdikari, dan nak menten kiut.

p/s: ape itu title kaklong of da year dan ninja? sila rujuk entry ramadhan tahun lepas..terima kasih. ^_^


hari ni aku berbuka dgn air tebu..korang minum air ape?

Tuesday, August 10, 2010

Esok awal Ramadhan

esok dah 1 ramadhan
gembira pun ada
berdebar pun ada
berdebik tak ada

jika aku kelihatan cergas
jangan tanya mengapa
honey apple jawab aku
sedap, sihat, segar!

Monday, August 9, 2010

Khasiat cuka epal

Halal Haram Cuka Epal
Soalan : Saya ada membaca tentang kebaikan apple cider vinegar. adakah ianya halal diminum?
Jawapan :Setakat ini pihak kami mendapat tahu ianya adalah cuka yang dibuat dari buah epal dan ianya halal diminum kerana pembuatannya bukan bermaksud untuk pembuatan arak dan ia tidak mengandungi alkohol. Ia juga mempunyai khasiat perubatan yang tertentu seperti sakit sendi dan sebagainya.

Sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf

Antara Khasiat Cuka Epal :
* Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.

* Melindungi organ hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.

* Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid dalam badan.

* Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.

* Memecahkan molekul lemak dan secara tidak lansung membantu proses penurunan berat badan.

* Memperbaiki masalah sistem kencing.

* Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing
 
mesti tahu! sila klik link ini--> http://www.honeyapple3.com/ 
 
jika berminat honey apple 3
orang johor sila cari saya.
orang melaka/ n.sembilan sila cari ayah saya.
 
^_^
 
 
sedap! sihat! segar!
 

Saturday, August 7, 2010

Enam hari......

hai u all

selamat hari sabtu ^_^

aku kat opis ni..buat ot.

alaaaa...korang jangan ar buat muka hampeh. saje je nak bagi tahu sebab sepanjang aku bekerja kat jb ni, baru hari ni la aku buat ot hari sabtu. hikhikhik.

ok, semua semua ucap pada saya selamat bekerja ye!

semangat bekerja ni aku =P

Friday, August 6, 2010

Jawapan saya, esok. boleh gitu?

orang a : bila nak kawin?

orang b : bila nak kawin?


orang c : bila nak kawin?


orang d : bila nak kawin?


orang e : bila nak kawin?


orang f : bila nak kawin?


orang g : bila nak kawin?


orang h : bila nak kawin?


orang i : bila nak kawin?


orang j : bila nak kawin?


orang k : bila nak kawin?


orang l : bila nak kawin?


orang m : bila nak kawin?


orang n : bila nak kawin?
 
orang o : bila nak kawin?




orang p : bila nak kawin?

orang q : bila nak kawin?


orang r : bila nak kawin?


orang s : bila nak kawin?


orang t : bila nak kawin?


orang u : bila nak kawin?


orang v : bila nak kawin?


orang w : bila nak kawin?


orang x : bila nak kawin?


orang y : bila nak kawin?
 
orang z : bila nak kawin?





korang tak nak tanya gak ke? heh.

Thursday, August 5, 2010

Jikalau pelangi itu selalu ada..

ada kawan opis aku ni. dia ternampak aku baca blog. bukan blog aku. blog sape tah masa tu aku baca. tetiber dia buat satu teka-teki.

" kalau liliyuli dah ada boyfriend, masih lagi ke liliyuli berblog? "


hahaha! soalan ape tu wei? tapi aku buat cool seperti selalu.. nak tahu jawapan aku?

" teruskan je la, ape masalahnyer? " eh! aku tanya dia balik pulak....hahaha

err..korang percaya tak ngan jawapan aku tu? kawan opis aku tu percaya sudaa....hahaha!

Aku cakap je rindu tapi tak pun...ego seorang kawan..hahaha

tetiba terrindu pula sama itu hosmet masa zaman kolej dulu..

tup! tup! teringat terus part kejam masing-masing.

part tarik-tarik tuala selepas member selesai mandi. hahaha!

masing-masing nyaris-nyaris terb**el. nyaris-nyaris jek. masih boleh diselamatkan lagi. hahaha.

balas-balas tepuk t**ek selalu..hahaha. perangai cilakak masing-masing..hahaha!

-->ain aziz, nad, anith, leeya, aku<--

**nama ikut susunan tempat tidur di ruang tamu..hahaha!

Wednesday, August 4, 2010

Demam yang tercampak

hari minggu hari tu kan aku balik kampung kan.. tengok-tengok farah rupanya kena ayam pop. ciken pop lah. hahah..atau bahasa melayunya ialah demam campak. nak tahu lebih-lebih info pasal demam campak, sila google sendiri ye abang-abang kakak-kakak..huhuhu.

aku dah kena dah demam campak tu masa darjah empat kot. entah la, yang pasti aku dah pernah kena. so, aku balik kampung hari tu aku tak perlu risau untuk berjangkit. menurun kata orang tua-tua, demam campak ni hanya kena sekali je seumur hidup. nak tahu kepastian lebih tepat, sila rujuk pada pakar doktor sana.

teringat aku masa kena demam campak tu dulu. semua terbatas. tak leh makan telur, tak leh makan ayam, tak leh makan nasi kicap. tu baru dari segi pemakanan.. main hujan pun tak leh, main tangkap berudu lagi lah tak leh, main tangkap pepatung pun tak leh, panjat pokok pelam pun tak leh. masa tu kena duduk dalam rumah je. soooo, bosan!

dulu, masa kecik aku tengok berudu tersangatlah comel. siap tangkap pakai tangan. sekarang, aku tersangatlah geli pada berudu. nak tengok pun tak lalu. eeeuuuuuu!!

Tuesday, August 3, 2010

Satu tak cukup la weh!

3:43 AM

02/08/2010

sms masuk ke panglima~

sahabat blogger si pari-pari syurga rupanya yang msg. kata dia, dia telah selamat melahirkan seorang anak lelaki jam 12:01 bersamaan 02/08/2010.

tahniah beb. aku tumpang gumbira!!


puisi khas untuk pari-pari syurga..

hanim telah menjadi ibu yang bersahaja,
semoga keluarga bahagia selalu sampai tua,
jadilah ibu kepada beberapa orang anak lagi la,
sekarang pun aku tengok hanim dah macam anak lima.





^_^