Friday, February 12, 2010

Serba salah

hari ni dah masuk hari ke-2 dah aku cuti bermula hari semalam. aku terpaksa ambil cuti awal kerana aku telah terlambat untuk membeli tiket balik. aku tanya tiket untuk hari jumaat petang. habis. satu hari jumaat itu tiket sudah habis. sabtu juga begitu. tiket sudah kehabisan. tiada kompromi. tiada tolak ansur. aku pasrah. aku terpaksa beli tiket hari khamis jam 12 tengahhari semalam. hanya tinggal jam itu saje. kesian kan aku? cis..

sepanjang 2 hari aku cuti ni. ape la cerita kat opis tu kan. salah sorang team aku ada juga keluarkan ayat buat aku seba salah. "ish awal eh balik..sape nak tengok sesion n reset password nanti". pergh! itu terbukti..orang teknikal dari Segamat telah call aku minta bantuan itu. lagi la buat aku serba salah. haisss..

semalam, masa aku banyak berhabis dlm perjalanan saje. hari ni pagi-pagi lagi aku sudah keluar. temankan ibu pergi klinik gigi kerajaan. ibu nak tampal gigi. ayah keje pulak. ayah kata hari ni ayah bizi sebab budak2 PLKN nak balik. so, ayah kena susun atur perjalanan dorang balik supaya selamat sampai. aku tak sampai hati biarkan ibu jalan sorang-sorang ke sana. aku temankan la ibu.

berbalik cerita opis tadi. siriyes aku serba salah. kalau korang, serba salah gak ke dalam situasi aku neh?? hurmm..

6 comments:

  1. cuti tu cuti je...bos da approve kan...
    hal keja tinggal kat opis...

    ReplyDelete
  2. x yah serba salah. bukan lari dari kerja!

    ReplyDelete
  3. Adussss..hang ni pun satu aku lepak mkn ngan paiz mgumpat pasal ko dia tak ckp pape pun..betuah la ko boss paling syg..hehe

    Kamon la beb ko keje sampai ko pencen pun tak abes..haha..

    ReplyDelete
  4. ...cuti tutup semua cerita office...okey...=D

    ReplyDelete
  5. jo,
    hokeh bebeh..

    sharamli,
    hahaha..saje je kannn..

    tedi,
    hehehe..hokeh..

    muhaimin,
    ko memang suka ngumpat aku kat bos aku...cis.

    lieya orange M.I.,
    hokeh...=)

    ReplyDelete