Thursday, February 25, 2010

Jangan memperkecilkan adikmu..


bantulah adik-adik anda yang masih kecil itu
janganlah kamu memperkecilkan ketinggian dia
jika kamu memperkecilkan ketinggian dia
bila adik-adik kamu sudah besar dan lebih tinggi dari kamu
nanti adik-adik kamu akan memperkecilkan kamu semula


aku dah terkena. syafiq adik aku form 5 tahun ni. suka kutuk aku. cis.

Wednesday, February 24, 2010

Tertib tidur

hai kawan-kawan blogger sekalian alam maya..

hehehe..jarang kan aku tegur korang macam tu. suka? kalau suka kira ok la tu kan? pelik? ala..sekali sekala ape salahnya kannn? tak suka? tak suka tak apa..apa leh buat...kan?

hari ni aku nak bagi info berkenaan pasal cara tidur atau lebih dikenali sebagai tertib ketika tidur. aku bukan la pakar macam doktor tu sume. ni pun aku dapat info dari blogger lain. bak kata orang sharing is caring. aku pun nak prektis juga tertib ni. yang baik kita ikut. yang jahat sekali. nakal sikit-sikit takpe kot. hehehe..




selalunya kita tidur tak ingat dunia kan? terlentang. mengiring kanan. mengiring kiri. meniarap pun ada juga. atau pun sume posisi kita main belasah je kan? tanpa sedar. camne tu nak buat? aku pun tak tahu. huhuhu.

mengikut sains kesihatan oleh doktor-doktor pakar, kita sepatutnya tidur mengiring ke kanan. mari klik link yang aku jumpa ini. tidur mengiring ke kanan~

kita dilarang tidur mengiring ke kiri, terlentang, dan meniarap.

jangan korang tanya aku cara tidur menonggeng lak. yang tu aku tak jumpa lak info dia. yang aku tahu frass mengonggeng ada la..hahaha.

akhir sekali, mari kita ketahui tertib tidur Rasulullah SAW.

Tuesday, February 23, 2010

Rumah tak sunyi..

ibu: tengok tu..letak je cawan atas meja! bukan tak reti letak kat sink terus..

ayah: saje je letak atas meja.. kalau tak.. rumah ni sunyi..



tawa ibu dan ayah berderai~


hehehe..


aku terfikir sejenak. ye la. aku pun suka dengar ibu bebel jugak. hakhakhak~
kalau ibu diam je.. aku dah risau..hahaha~

Monday, February 22, 2010

Bila nama aku dipetik..


ada jugak orang nak tiru nama aku..cis!!

endon lak tu...

adoiyai..!!!!!!!!!

Friday, February 19, 2010

Easy roaming

" Easy roaming now available with SingTel! To call home to Msia, just dial +6 areacodephone no for RM5/min or call Singapore no for RM1/min "-Maxis.

sesuka hati dia je swicth kan my line number ke SingTel. aku belum pun masuk area Singapore. baru je lalu tepi tepi laut tebrau tu. menyusahkan betul la.

weh jo. ko penah kena tak cenggitu? nyusahkan je kan? dah la mahal..

pembaca yang lain..pernah ke mai JB? ahakz!

Thursday, February 18, 2010

Budak

semalam..

di sebuah pasaraya Giant.

tak ramai orang.

kaunter tak panjang beratur.

troli masih sama, roda tak sempurna.

sedang elok aku ushar² barang..tetiba ada sorang budak lelaki dlm lingkungan 4 tahun lintas depan aku ni terjerit-jerit cari mak dia.

"ayokkkk..mak hilang!"-aku.

"mak!!!!!!! mak belok mana???!!!!"-budak. sambil melutut cari mak dia.

aku laju-laju tolak troli menjauhi kawasan kejadian. =P

Wednesday, February 17, 2010

Gathering DMB & DMT

gathering kolej aku telah lama berlalu. entry pasal tu aku tak up lagi kan? aku rasa aku nak up entry pasal gath tu hari ni. aku selaku pengerusi gath tersebut telah menetapkan tarikh 30 January 2010 di Berjaya Times Square, KL.

yang hadir tak ramai. separuh mungkin. lagi pun kelas kami memang tak ramai mana pun. balik balik muka tu gak. hehehe. thanks to guys yg hadir. aku hargainya. aktiviti yang sempat buat memang tak banyak. hanya sekadar makan-makan, lepak-lepak dan karaoke. tapi memang enjoy ngan korang beb.

orang yang paling jauh dari KL adalah aku dan ain yang datang dari Johor. tak lupa juga Tengku Norliayana yang datang dari Perlis. cayalah! yang lain-lain sume dari KL jew..ouwh! tak lupa juga terima kasih kat fana kerana sudi bagi kami (aku,ain & tengku) tinggalkan air liur basi kat bilik dia..hahaha. thanks yeah!

korang layan gambar je la ye..












p/s: maaf, tune menaip tak berapa mari. al-maklum la baru naik keje hari ni. cuti panjang sangat berikutan CNY.
**DMB--> diploma multimedia with business computing
**DMT--> diploma multimedia with technology

♫dua cos yang selalu bergabung kelas..rindu kenangan zaman belajar dulu..wuwuwuwu~

Friday, February 12, 2010

Serba salah

hari ni dah masuk hari ke-2 dah aku cuti bermula hari semalam. aku terpaksa ambil cuti awal kerana aku telah terlambat untuk membeli tiket balik. aku tanya tiket untuk hari jumaat petang. habis. satu hari jumaat itu tiket sudah habis. sabtu juga begitu. tiket sudah kehabisan. tiada kompromi. tiada tolak ansur. aku pasrah. aku terpaksa beli tiket hari khamis jam 12 tengahhari semalam. hanya tinggal jam itu saje. kesian kan aku? cis..

sepanjang 2 hari aku cuti ni. ape la cerita kat opis tu kan. salah sorang team aku ada juga keluarkan ayat buat aku seba salah. "ish awal eh balik..sape nak tengok sesion n reset password nanti". pergh! itu terbukti..orang teknikal dari Segamat telah call aku minta bantuan itu. lagi la buat aku serba salah. haisss..

semalam, masa aku banyak berhabis dlm perjalanan saje. hari ni pagi-pagi lagi aku sudah keluar. temankan ibu pergi klinik gigi kerajaan. ibu nak tampal gigi. ayah keje pulak. ayah kata hari ni ayah bizi sebab budak2 PLKN nak balik. so, ayah kena susun atur perjalanan dorang balik supaya selamat sampai. aku tak sampai hati biarkan ibu jalan sorang-sorang ke sana. aku temankan la ibu.

berbalik cerita opis tadi. siriyes aku serba salah. kalau korang, serba salah gak ke dalam situasi aku neh?? hurmm..

Wednesday, February 10, 2010

Melodiku new look!

pertukaran wajah 'melodiku'. kalau nak tahu kenapa sila tanya liliyuli. ape pandangan korang mengenai pertukaran wajah 'melodiku' ini?

wajah dahulu. i miss u lah.



mula-mula ingat nak putih berseri.



last-last, background kaler kuning ter-select. simple.


enjoy it, ok! muacx!

Tuesday, February 9, 2010

Sedang pelajari

aku tengah mempelajari ilmu berblog..
nantikan blog aku yang akan datang..

zassssss!

Friday, February 5, 2010

Dapur


lihat la dapur rumah kami. jeng jeng jeng!!
hari-hari aku dok memasak kat dapur tu hari-hari jugak la aku diperhatikan oleh jejaka jejaka kacak dari negara omputeh iaitu pasukan bola sepak Manchester United. sambil masak sambil jeling kat depa. sambil masak sambil jeling kat depa. sambil masak sambil jeling kat depa.

poster tu kami lekat kat dapur je pun sebagai alas dinding dan meja. huahuahua. bukan minat sangat pun. al-maklum le kami ni perempuan. kalau tengok bola pun tengok gitu-gitu je pun. poster banyak lebih. dah tak tahu nak buat ape. haaa...amek kau, dapur ter-deko sekian rupa. eric tengok pun leh menangis. siap tersedu-sedu.