Friday, January 29, 2010

Tiket bas

esok aku terpaksa buat-buat muka seratus peratus comel serta wangi yang teramat sangat sampai baju tu setahun tak basuh pun tak pe sebab wangi lagi. aku terpaksa lakukan. lakukan sebab nak melepaskan diri untuk mendapatkan 2 tiket bas. tiket ke KL aku tak beli lagi ni. dah la esok cuti Thaipusam. kalau nak ke batu cave tu kena la naik bas ke KL. aku pergi KL bukan nak ke batu cave. aku nak ke KL sebab nak pergi gathering kat Berjaya Times Square.

bercakap pasal melepaskan diri ni dan perkara comel. tetiba aku teringat pasal satu peristiwa ni. mari kita flasback... *dongak kepala ke atas*

bas seperti biasa..jam 5.30pm. jumaat. aku sampai jam 5pm. cuaca panas terik. terik petang. sedang elok aku menunggu depan bas seperti orang lain. tetiba aku ditemu ramah oleh pakcik pemungut tiket dan pakcik pemandu bas. depan pintu bas yang aku nak naik tu. bas transnasional.

borak punya borak. sesambil tu aku buat muka comel sangat macam muka anak erra fazira, aleesya. alih alih, pakcik dua orang tu suh aku naik bas awal dari orang lain. ehee.. aku pun naik je la sebab dah penat berdiri. nak duduk kerusi sume dah penuh ngan punggung orang. nak selit punggung aku pun tak de tempat dah.

aku naik bas dengan perasaan semanis buah manggis. kalau dah naik sorang, orang lain pun nak naik bas juga kan. tapi pakcik tu tak bagi. dia cakap belum masanya lagi nak naik bas. aku? fuh! best kena ekon bas dan bersandar kat kerusi bas..hahaha.

harap-harap perjalanan bas ke KL esok berjalan lancar. tiket pun ada lagi esok untuk aku dan ain, kawan aku.

Monday, January 25, 2010

BERKABUNG SEMPENA KEMANGKATAN Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan.

"Adalah dengan sangat kedukaan dan kemasyghulan dilafazkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Sultan Johor yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana kealam akhirat yang baka pada jam 7.15 malam hari Jumaat tarikh 22 Januari 2010 bersamaan dengan 6 Safar 1431H di Hospital Pakart Puteri, Johor Bahru."


PERATURAN BERKABUNG

(a) Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.

(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.

(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.

(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

semalam pergi pasar malam larkin area jam 6pm-7pm. masing-masing bagi yang lelaki memakai songkok berlilitkan kain putih, tanda berkabung. tetapi ada sorang lelaki ni aku pelik. pakai songkok berlilitkan kain putih tapi pakai singlet je. memang cilakak orang itu.

mana gerai yang menjual tudung. abes sume tudung warna putih di keluarkannye. orang yang mcm aku yang memang pakai tudung rilek rilek je tengok. harga tudung kat pasar malam tu amboi bukan main tekan harga. orang yang memang jenis tak pakai tudung tu. kelam kabut cari tudung putih atau selendang putih. takut kena sound.

ini Johor. jangan main main. kalau tak berkabung. tahu la akibatnya..

Wednesday, January 20, 2010

Kembali..

Assalamualaikum..


berkaitan dengan tajuk entry pada hari ini. aku kembali semula beraksi dengan cara yang lebih feminin. tak mahu lagi perangai tak senonoh lagi. ye! aku semakin dewasa. makin wanita.

oh. harus diingatkan. aku tak mungkin akan wujudkan entry setiap hari. mungkin akan ikut mood atau sebulan sekali atau seminggu sekali atau dua hari sekali atau sekali sekali. maaflah pada episod lepas aku cakap nak off blog bagai.

aku kembali pun sebab aku sayang para blogger ler. korang ler. *blush *blush
korang ada sayang aku? kalau xde xpe. aku tak kisah. bakal suami aku nanti akan sayang aku. eceh.. *blushing lagi

tahun ni mungkin akan lebih banyak aksi. saksikan lah di pawagam 'melodiku'. ehee..

aku rasa aku nak nyanyi lagu siti nurhaliza la.. korang hayati eh. dengan ini entry ini pada kali ini akan di akhiri dengan lagu dari saya~ *tepuk *tepuk

Tajuk/Lirik Lagu: Wanita
Penyanyi: Liliyuli

huuuu…

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)

aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Korus) (2x)

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…


*tepuk *tepuk

Thursday, January 14, 2010

Blog!

ehemm..

testing! testing! 1! 2! 3!


aku nak off blog la..


ape pendapat korang?

Tuesday, January 12, 2010

Lif overload.

baru aku tahu perasaan overload macam mana. terpaksa-keluar-dari-lif-sebab-terlebih-muatan. aku kurus. orang yang kat dalam tu yang besar-besar. memandangkan aku last skali masuk pas tu lif bunyi sebab overload. aku mengalah dan terus keluar. bukan sebab aku gemuk. bukan sebab aku berat. sebab orang kat dalam lif tu dah penuh dan besar-besar. yang kat dalam lif tu ramai bos bos yang besar dari aku.

kenapa harus gelakkan aku? kenapa?

oh. korang geli hati ye sebab aku kena keluar lif dan bagi korang sume naik lif. ok. sila kan gelak. kalau itu bahagiakan korang wahai incek bos. yang penting bos aku tak de time tu. kalau bos aku ada dan gelak gelak kan aku. aku nak mogok. tak nak senyum dah dan tak nak buat keje.

baru aku tahu perasaan overload. biarkan statement aku begitu. jangan ubah.

Monday, January 11, 2010

Misi january

suara aku ni unit ke ek?

mudah sangat di cam..

tadi aku call member-kolej-yang-dah-lama-terputus-talian. terus dia attact ini aku si gadis manis. *statement puji diri-sape nak muntah sila muntah jauh jauh.

sekarang misi aku kena invited kengkawan kolej untuk gath 30 january 2010. call sana call sini. seb baik line tepon opis ni free. hahaha

aku selaku pengerusi mestilah mempunyai harapan besar menggunung. harap2 gath ini berjaya. penat tau nak uruskan sorang2.

sebenarnya aku geramkan something. tu pasal la tercetus tak-de-keje-cari-keje. aku buat gath mengejut.

card invited dah publish kat fesbuk.
call kengkawan sudah sedikit sebanyak.
just...tunggu respon kengkawan je ni.
ada ke tak de orang aktiviti tetap jalan..peduli hape aku!

Friday, January 8, 2010

Hijau bumiku..

kempen "BumiKu" diperingkat negeri Johor, pihak pengurusan *M Johor telah bersetuju untuk menjayakan kempen Green Day dimana satu hari dalam setiap minggu seluruh warga *M Johor digalakkan berpakaian hijau. Hari tersebut telah ditetapkan pada JUMAAT setiap minggu bermula esok, 8hb Januari 2010.



ok.

hari ni aku pakai baju kurung kaler hijau.

hari ni semua staff syarikat *M jadi daun.

Tuesday, January 5, 2010

Dah besar..




Farah, darjah 6,2010. Fadhil, darjah 5,2010.




.






hmmm...dah besar dah adik aku 2 orang tu. adik aku yang lain memang dah besar dah. yang lain tu aku tak herankan sangat. ni adik aku yang 2 orang ni. dulu si farah ni aku jaga dia dari kecik sampai la aku SPM. aku jaga farah sepenuh masa. sejak study kat KL je aku dah mula jarang balik. tapi kasih sayang aku tak pernah pudar. ewahh ayat. kuikuikui.. si fadhil lak aku serah kat ibu aku bulat bulat untuk menjaga. nampak tak kat situ ada situasi pilih kasih. hahaha.




dan sekarang..




aku akan pastikan farah akan dapat 5A dalam UPSR pada tahun ni. aku dulu dapat 3A je. kahkahkah. semalam farah call sebab nak bagitahu dia nak pinjam beg aku. hmmm...pakai la farah oit. tak dapat 5A nanti, siap! kaklong ikat kat pokok pastu buh kerengga. harharhar!!

fadhil si ngade-ngade, farah si mulut lazer

Monday, January 4, 2010

Tersalah panggil..

.

" ibu. eh! salah orang. hehehe. farah selalu terpanggil kaklong, ibu. kihkihkih "-farah 11 tahun.



" ibu."-farah 2 tahun. muka farah pandang tepat ke arah aku.



heh. aku ni ada lagak macam ibu ibu ke?

cis.

Friday, January 1, 2010

Satu hari bulan satu dua ribu sepuluh

set! tadaa..

wallpaper baru kat komputer opis aku.

colourful kan? kan? nice..










tahun baru ni aku drift..ngan kete ni. (sila rujuk gambar di bawah).

ye la ye la..bukan aku yg drive. kawan aku syafiq (kawan kolej) yang drive. aku co-pilot je. hehehe.

macam roler koster. kecut pecut aku. hadui.





tuan punya kereta yang snap gambar aku

kete tu ratusan ribu tu...sikit pun capik tak sombong.
aku ada gak tanya capik tadi.
"ko beli kete ni ko makan pasir ke ko makan nasi"
hahaha..lazer tak?
capik jawab balik..dah pandai menjawab dah dia..ekeke
"aku diet..tu pasal aku nampak kurus skrg ni"
hahahaha
*gelak sama-sama*