Monday, August 31, 2009
Merdeka dan gadjet
ehee..
hari ni aku hepi. aku miliki gadjet baru.. lalala~
seb baik ada adik aku, fitri.
dia yg tolong aku sama-sama cari gadjet itu.
duit pun melayang-layang.
huahuahuahua
notafizik: gadjet tu aku namakan incik panglima. kihkihkih
Sunday, August 30, 2009
Tenda hijau
update ni pun celah kerusi..
network pun cam hampeh..
esok wa nak g kedai henpon..
ehee..
Friday, August 28, 2009
Tak sengaja konon..
masa umur aku berapa ek..hmm tak ingat la..
masa tu aku dok kat hulu langat..taman sri nanding(nama taman perumahan)
aku bukan nak cite pasal aku..
aku nak cite pasal fitri..adik aku yg tinggi dia 17++cm
cett!
camne dia leh tinggi dari aku??
masa tu masih darjahan..
tokbak(panggilan atok versi johor) datang melawat kami dari kampung..
tokbak mmg suka berjalan-jalan rumah anak anak beliau.
bawa rambutan berguni-guni
fitri baru bangun dari tido(konon letih sangat sebab puasa)
terus salam tokbak..
amek port baik punya duduk.
tiba-tiba..
aku nampak fitri dok sedap makan rambutan.
" ibu! fitri makan. " -aku
" hey! puasa. " -ibu marah
" tak ingat. tak sengaja makan. " -fitri hentikan makan
aku jeling fitri. masa tu menyampah aku tgk..suka-suka je dia makan.. konon tak sengaja..
cis! aku nak gak makan.. pas tu buat² tak sengaja..
ibu cakap kalau betul-betul tak sengaja xpe. masih lagi di kira puasa..
aku tetap tak puas hati ngan fitri masa tu..cis!
notaaku: balik tampin hari ni bas kol 6.30pm. berbuka dalam bas. tak tahu nak makan ape nnt. kalo org sebelah nak share..aku tak bagi. sebok je!
Thursday, August 27, 2009
Pernah
berbuka di tepi jalan raya..pernah
berbuka dalam rumah..pernah
berbuka dalam bas..pernah
berbuka dalam bilik..pernah
berbuka kat hostel..pernah
berbuka dalam kereta..pernah
berbuka di rumah orang..pernah
berbuka ngan member..pernah
berbuka ngan family..pernah
berbuka ngan mak sedara..pernah
berbuka kat KL..pernah
berbuka kat shah alam..pernah
berbuka kat Tampin..pernah
berbuka kat JB..pernah
berbuka kat Segamat..pernah
berbuka kat Hulu Langat, Selangor..pernah
berbuka ngan hati sedih..pernah
berbuka ngan hati gembira..pernah
Wednesday, August 26, 2009
Tak boleh
fadhil: korek idung tak boleh kan?
masa tu fadhil baru nak mula blaja berpuasa
aku: berak ngan kentut pun tak boleh.
nada serius
hahaha.. aku suka usik fadhil..
.
Tuesday, August 25, 2009
Tak macam dua hari yang lepas
via sms~
tak mcm 2 hari lepas 1:
aku: sakit hati. nasi lemak 2.50 tp lauk smbal sotong sikit jek. kamu buka pe?
fitri: kwn bwk lauk. ayam sambal.. kari ayam.. fitri jap lg ayh amek.. kene kuarantin 5 ari.. dmm pnas..
tak mcm 2 hari lepas 2:
aku: abg demam..siap kena kuarantin..ijah buka pe? kaklong nasi lemak mahal tp x best pun..cis
ijah: pergh..siap kne kuarantin lg? k'long, blnje eja tpap.. eja tggl bpe sen je ni.. nsb bek mcg k'long 1 sen tau..da aktif no kaklong da..
haihhh! mcm²...
Monday, August 24, 2009
Apa khabar sayang?
via sms hari²
aku: sahur pe?
aku: buka pe?
aku sms kat 2 ketul adik aku tu.. sungguh mengambil berat aku ni kan? nak tunggu adik aku 2 ketul tu tanya aku sahur pe buka pe..harammm..xde pun.
agak-agak korang la kan..aku ni layak dapat award
"kaklong of the year"
kan? kan? kan?
hahahahaa..
Sunday, August 23, 2009
Tak usah risau
2 ramadhan..
aku mengalami sindrom
1. takleh tido lagi pas kol 9 pagi..mata dah rabak ni.
2. perut berdendang dari pagi tadi..cepat sgt lak.
3. main farmville kat fesbuk..mentor adalah pari-pari syurga.
Saturday, August 22, 2009
Sahur pertama di taman sri tebrau
alarm henpon bunyi. aku stopkan. henpon bunyi tanda ada msg. aku tak hiraukan. pintu diketuk kuat.. dengan suara suh bangun. aku kelam kabut bangun... (hosmet bilik lain kejut)
5.13am. menandakan aku bangun masa itu. aku termenung seketika. aku khayal. aku mamai.
aku bancuh nestum madu 3 in 1. itulah sahur pertama aku untuk ramadhan pertama ini.
di selang-selikan nasi goreng ida masak malam semalam. masih elok. aku tak suka membazir.
sekian sahaja...laporan sahur dari si jelita mcm gula kapas..
Friday, August 21, 2009
Sayap-sayap baru
Thursday, August 20, 2009
Tag ape yang aku pikir hari ni
Ape yang aku pikir hari ni
1. hari ni kompem punya aku jelita macam gula kapas.
2. kenapa bos tanya tadi aku dah makan ke belum ek?
3. raya pertama nnt aku nak pakai yang mana satu baju raya..pink dulu ke purple dulu ke hijau dulu..
4. sape la bakal suami aku nanti..hensem kah tarak hensem kah..
5. dapat ke bercuti selama sebulan siap dapat gaji tanpa buat keje langsung
6. ada ke tak orang rindu aku ek
7. ada ke orang buat macam aku buat ni ek..makan nasi campur sampai 2 sudu sbb garfu xde
8. tak sabar tunggu gaji..cepat la tarikh gaji.
9. nak pegi ke tak ek ke PBB kat PD tu..
10. bila la aku ni nak kaya raya
11. rasa macam nak nyanyi lagu cinta versi jerman la
12. kan best kalau aku ada kuasa magic
13. farah adik aku tgh buat ape ek
Wednesday, August 19, 2009
Gadjet baru aku miliki
Tuesday, August 18, 2009
Jom round² KL
lalu pavilion..
lalu kat jln bukit bintang..
lalu klcc..
lalu sungei wang..
lalu plaza imbi..
lalu low yatt..
lalu lorong haji taib..oppsssss!
lalu jln TAR..
lalu jln pudu..
lalu midvelly..
********************************
wa tau..korang pun slalu gak round² KL kan...
peberet wa round² kat area BB la weh..
kenapa?
hehehe
sebab...
siang malam ada je mat saleh bersepah dok berciom tepi jalan
dia ingat tempat tu bapak dia yang punya ke?
ish...
tetiba lak wa naik marah..
Monday, August 17, 2009
Dua orang blogger kidnap wa
ok la. ok la.
aku bagi tahu je senang kannnn..
lagi pun memang aku nak bagi tau kat korang pun..hahaha
hahaha!
peng-kidnap yang kedua lak.
dia ni seorang ibu yang gebus,
tapi aku lagi comel,
aku panggil dia kakyus.
wahwahwah! kebambooommmm!
hahaha!
Thursday, August 13, 2009
Ibu
kali ni aku nak buat entry pasal ibu
tapi tepon tak gak
huhuhu
ibu selalu suh aku mengalah ngan adik-adik
ibu slalu pesan jangan tinggal solat
kalau aku nak balik semula ke JB
ibu mesti bekalkan aku lauk
tak satu lauk mesti dua lauk
aku cakap satu lauk je cukup la
ibu ikutkan saje
ibu suka ketawa
kalau dah ketawa tu
tangan mesti nak naik gak
bedebik kena kat badan
sesape yang dekat tu
nasib la
ibu memang baik
yang baik tu ibu aku
ramai orang kata muka aku ada rupa ibu
sedara yang jauh
jarang jumpa aku
pun cakap perkara sama
muka aku sama muka ibu masa muda
aku percaya sikit-sikit je
suatu hari nanti aku pun akan jadi ibu
kepada anak anak ku
nanti kaklong nak jadi macam ibu gak la
huhuhu
walau macam mana pun
ibulah satu-satunya ibu kaklong
setiap hari pun adalah hari ibu
so,
selamat hari ibu, ibu
*wink*
kalau ibu aku tahu blog aku ni
mau menages ibu aku baca ni
ekeke
Wednesday, August 12, 2009
Peptalk
lebih mesra dipanggil morning talk
turn wa present something
pergh!
berderau darah wa
jari jemari dah mari sejuk tahap esbok
wa kontrol tenang
tenang tak tenang la wa gigil jugak
semalam wa dah siapkan text ape yg nak cakap tadi
wa cuma tulis sikit je
2 baris je
wa pegang mic wa ok lagi
ye la
dah biasa pegang mic la beb
karok
tapi wa nak stat kuarkan suara
wa terketar-ketar
tetiba blur
wa kontrol lagi keayuan wa
seb baik ada bekap en aziz
jap g wa nak ucap mekaceh kat en aziz
wa nak berpantun pun tak sempat
soalan mari tembak bertubi-tubi
macam la wa ni pro sangat
wa cuma biasa-biasa saje
kalau nak wa luar biasa
tunggu wa jadi GM lu
baru keluar itu luar biasa
.
.
.
.
kepada yang wa es-m-es lu
kepada yang lu es-m-es wa
semalam
lu org wa masukkan dalam drama mimpi wa
nasib la korang
watak luar biasa wa bagi kat lu
ها ها ها
Tuesday, August 11, 2009
Bila tutup mata memang la tak nampak
shhhhhhhhhhhhhyyyyyyyy
diam²
aku tahu
aku ada pembaca tegar yang baca tanpa bunyi
walaupun bunyi kentut skali pun
dasyat orang tu
yang baca ada bunyi tu korang la my followers
siap bagi komen pung-pang-pung-pang
korang pun dasyat gak pe
ye la ye la
nak gak kan
hambek la
korang sume pun dasyat²
aku je hanya insan biasa yang punya hati dan perasaan
apakah?
Monday, August 10, 2009
Opis hari ni suram muram
aku kuar la kan
pastu nak tutup pintu balik
belum sempat aku tutup pintu tu
drebar teksi tu sempat lagi tu tanya nama aku
ape motip?
pas ditanya
aku jawab je la
aku bagi nama komersyel aku
liliyuli
oh!
ye la ye la
aku tipu
aku bagi tahu nama lain
nama lain aku
bunga lili lestari
tergamam drebar teksi tu
aku tak heran dia punya gamam
sebab tambang teksi dia tetap mahal
hensem gak drebar teksi tu
ekeke
cair wa tengok dia punya lakonan yang bagaikan shah rukh khan
cintanya setia
romantik
oh!
cinta itu buta
tapi jgn kita butakan hati kita
butakan mata kita
buang kawan
buang keluarga bagai
cinta itu memang sedap
tapi
ada cinta yang pahit mcm minum kopi tanpa gula
Thursday, August 6, 2009
Hari ni aku pakai blaus kaler pink
Wednesday, August 5, 2009
Lari dalam guni
dulu 2 tahun berturut-turut aku wakil rumah kuning acara tu. otak pun dah tercemar skit kaler tu. heh! tak sengaja hokeh..wakaka.
ada sorang mak sedara bertanya, "kaklong masuk sukan pe kat skolah?"
aku pun jawab la sambil korek taik idung mata pandang tivi.. "lari dalam guni"
mak sedara aku punya la bantai gelak kaw² sampai meleleh ayaq mata.. "
aku off tivi kuar pergi cari sepupu ajak main konda-kondi.. sepatah senyuman pun aku tak bagi.
Tuesday, August 4, 2009
Basikal
bila dah mahir beroda pat. ayah cabut dua roda kecik tu. ayah yakinkan aku dengan slogan "kaklong boleh". konpiden tu datang tinggi menggunung. kayuhan pertama aku dibantu oleh ayah. kayuhan kedua aku sendiri. kayuh sikit, pastu kaki jadi tongkat basikal. kayuh sikit, pastu kaki jadi tongkat basikal. kayuh sikit, pastu kaki jadi tongkat basikal. sampai la ada kemalangan yang mengakibatkan luka-luka kecil di lutut serta tapak tangan. aku pasrah dan redha. kecik-kecik lagi aku dah kenal apa itu erti pasrah dan redha.
lama-kelamaan kayuhan basikal aku menjadi semakin sempurna. kalau ada la ujian jpj basikal masa tu mungkin aku lulus markah penuh. peraturan di jalan taman perumahan aku patuhi. kelajuan mengikut piawaian. masa tu round taman pun sesorang. sekali-sekala je ajak fitri round. ye la..slalu aku round bawa anak patung barbie. makan angin.
sejak itu.. sejak aku pro kayuh basikal..
"kaklong! belikan ibu santan." perintah ibu. "kaklong! belikan ibu rempah kari." perintah ibu. "kaklong! belikan ibu garam dan gula." perintah ibu.
"ye la...bak duit upah skali!" jawabku lembut..