Thursday, February 26, 2009

Aku mahu nama glamor aku iaitu liliyuli..boleh tak?











boleh tak gitu? hahahaha..

*jangan campur aduk kan kerja dengan bersosial-pesanan:makhluk tuhan paling seksi*

Wednesday, February 25, 2009

Buai laju-laju

"buai laju-laju,
aku nak kawen dengan anak raja"



hahahaha!!
ape? korang meluat ngan blog aku yg ni ke?
ehhhh!!suka hati aku la..ni blog aku..hahahaha!!


xde la, gegurau je..aku tak reti la nak belagak ngan pembaca-pembaca sekalian..
hari ni aku kering idea la..lirik tu je yg terkeluar dari mulut aku hari ni..so,entry ni je la yg ada untuk hari ni ok..

Tuesday, February 24, 2009

Batu Pahat-Kuala Lumpur-Batu Pahat

horeyy!!

cuti aku dan ct apply semalam sudah di approve kan oleh bos.

aku cuak gak..takut bos tak approve kan je..ye la kami cuti pada tarikh yang sama kan..

jumaat ni aku cuti. nak pergi kl.

jumaat:
  1. pagi.perjalanan dari batu pahat ke kuala lumpur (3jam)
  2. tengah hari.singgah TM bukit mahkamah
  3. petang.lepak MMC
  4. malam.makan.tidur

sabtu:

~jumpa syu n anes kat mid valley..dah lama tak jumpa korang bedua kan..last dulu masa kat kursus induksi ganu.

~jumpa my classmate dulu..abang ean. aku beli laptop dari dia.

~aktiviti lain aku tak tahu lagi.ada sesape nak wat date ngan aku di alu-alukan, tidak kira jantina..hahaha~

ahad:

~target balik jam 2. perjalanan dari kuala lumpur ke batu pahat (3jam)~

::aku jarang naik kl. kl jarang ada aku.

Monday, February 23, 2009

Aku mahu ke tempat aku dulu..tunggu ya!

.
.
aku tengah menghitung hari
.
.
aku akan pergi ke suatu tempat yang dulunya aku selalu ke sana
.
.
sudah setahun aku tidak jejak kaki ke sana,bila tiba masanya nanti akan aku jejak ke sana juga
.
.
tunggu ya
.
.

Saturday, February 21, 2009

Adakah aku sama macam dia,dia,dan dia?

ada orang kata suara aku sama dengan pelakon ni
intan ladyana.




ada orang kata muka aku hampir sama dengan pelakon ni

wan sharmila.



ye ke? aku tak percaya..

tapi orang selalu cakap muka aku macam dia ni la,dia tu la,kawan lama dia la,sedara dia la,anak dia la, dan yang paling tak tahan tu leh sama dengan artis tu...hahaha!


pasal suara lak..ye ke suara aku ni macam intan ladyana tu? ish³..aku tak percaya lagi. yang aku tahu aku suka karaoke lagu ella. huhuhu..

dan..












cuba korang bayangkan bila aku naik moto harley-davidson pakdak aku,aku pakai pulak tu helmet yg mcm ni tambahan ngan spek mata belalang gitu..ish³..sweet gak ek aku..lalala~



Friday, February 20, 2009

Thursday, February 19, 2009

Aku ingin jatuh cinta








Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh






Entry jiwang hari ni..

Wednesday, February 18, 2009

3-D itu adalah 3 dimensi yang berseni



hari tu dah tengok dah movie Geng, Upin & Ipin pada tarikh 14.2.2009. Pergi tengok ngan CT dan CJ. first time aku ngan CJ tgk wayang ngan CT tu. Selalu weekend CT balik kampung. Plan aku ngan CJ tu akhirnya terurai juga untuk menonton movie itu. memang best la movie geng tu.

Movie animasi Geng,Upin n Ipin ni mengingatkan aku masa aku study dulu. Subject ape nama aku lupa la pulak tapi senang nak ingat aku panggil subject 3D. rasa kelakar pulak kalau aku ingat balik masa blajar 3D neh. aku tak minat. kalau ape yang aku bentukkan tu menjadi aku akan tiba² jadi minat 3D. tapi selalunya 3D aku x menjadi langsung. hahaha!

Sebagai contoh..lantunkan bola kat huruf²..bola aku tu entah mana pergi lantun entah. berterabur. ada pulak tu lantun dah cantek smooth je tapi tak jejak lantai lagi bola tu dah melantun balik tanpa sebab..huhuhu..pening². aku memang xde bakat la dalam bidang animasi neh. walau apa pun yg berlaku..3D tetap menjadi pujaan hati ku. kuikuikui

Tuesday, February 17, 2009

Aku cool je bila orang tak cam aku

Encik: saya tak berape cam awak lah..
Aku: *senyum* kita pernah jumpa lah.
Encik: kita pernah de kursus memana skali tak?
Aku: ada. kat Muar hari tu kursus pasal sistem Tollgate.
Encik: owh! ye laaa..tapi hari tu nampak lain..hari ni nampak lain lak.
Aku: lain camne lak? *volume 1*
Encik: *senyum*
BOS: dia dah pakai botox..hahahaha!
Aku: hish! mana ada!
Encik: *senyum lagi* -encik ni tuan haji-

muka aku de berubah ke? makin lawa la tu...lalala~

Monday, February 16, 2009

Gunung daik bercabang TIGA

Tadi pergi beli sarapan..ngan kaksu. ikutkan aku pagi² aku jarang sarapan,tapi tadi cik ros call suh amek telur pindang bg kat pakcik tu..dah alang² tu aku beli je la kuih kasuwi 3 ketol n milo ais. Kawasan company ni masih ramai lagi orang teknikal berkeliaran dan dok lepak sambil berbual.. jap g hampir sume kuar p wat doket masing-masing. diorang sume memang friendly. tapi tadi aku tak berapa nak menonjol sebab sume dok tegur kaksu je. diorang senyum je kat aku.xpe la.senyum tu sedekah.

salah sorang yg tegur kaksu tadi wat aku tergelak.aku tak perasan lak sape yg tegur kaksu tadi. teguran tu berbunyi begini.. "baik² jalan tu..awak tu dah berbadan 3!". hahaha!
korang tau x ape yg aku pikir? selain perut kaksu yg membesar bulat 7 bulan tu. mana datang lagi 2 bulat? hahaha!

terus aku teringat blog fiza. ish³..fiza..fiza..huhuhu

---------------------------------------------------------------------------
Satu kajian menunjukkan kaum wanita lebih gagah daripada lelaki kerana mampu membawa dua buah gunung, kaum lelaki hanya mampu membawa dua biji telur, itupun dengan bantuan seekor burung…..!!!!.

Akhir Kata,
Jinak jinak burung merpati
Jinak lagi burung sendiri
Burung merpati didekat lari
Burung sendiri dipegang berdiri

Sekian, Karam Singh Walia melaporkan untuk TV3.


kahkahkahkahkahkah.........
----------------------------------------------------------------------------

Friday, February 13, 2009

Tamparan auto bukan auta!


bila gelak..
bila geram..
bila kena usik..
bila..bila..bila..

maaf ye kalau pernah kena tu..aku tak sengaja..huhu.
kepada CJ dan CT..korang pernah kena kan..huhuhu..maaf ye..

tapi mana datangnya tebiat tu ek? adui..pusing aku!
tapi ibu aku kalau time gelak mmg kena jejauh la dari beliau..sah sah kena tamparan lima jari hebat hinggap melekat kat badan secara auto.. hahaha!
agaknya ibu turunkan ilmu tamparan itu masa aku dalam perut ibu ye..ohohoho..
ibu...dikau lah sumber inspirasi ku..i love u..ahakz!

Thursday, February 12, 2009

Keliru..peluru..haru-biru..katak puru



Aku selalu keliru dalam berkata-kata

kenapa aku keliru ?

Wednesday, February 11, 2009

Tak tahu-ambil tahu-aku bertanya-baru aku tahu

Masa nak pegi tapau nasi campur kat Restauran Afira

Aku: dah berapa bulan dah perut akak tu?
Kak Su: dah 7 bulan..(yg ni anak yg ke-2)
Aku: huaaaa...ada lagi 2 bulan lagi ni..(aku teruja)
Kak Su: *senyum*
Aku: selalu dah nak dekat² due tu nnt kan..leh x jejalan jauh² lagi?(erkkk..pe motif soalan aku neh..hahaha)
Kak Su: boleh je..tapi tgk orang lah..mcm akak ni boleh je..
Aku: Ooo..*dlm hati aku-harap² aku pregnant nnt aku leh jejalan jauh² gak..huhuhu*

Selalu tapau nasi campur ngan kaksu..opismate.

Tuesday, February 10, 2009

Biar sejuk mata memandang, jangan biarkan mata anda kelabu asap!

Hari ni aku just tukar background blog ni je..
kat MP aku dah wat blog pasal 25 notes about me..
jenuh aku selongkar balik fail² yg ada dlm memori otak aku ni..huhu
hari ni mata aku sangat² letih..aku tertinggal cermin mata! aduh!!

Saturday, February 7, 2009

Aku-tinggal-sorang²-kat-rumah-harap²-aku-berani-macam-sailormoon

Hari ni aku dok rumah sorang²..aku tak balik kampung..hosmet aku sume balik kampung sebab minggu ni isnin cuti..ni aku kat opis la ni..taim ni pun aku sorang² je kat opis..hurmmm..
clan's ym sume dok sakat aku de ha*tu kat rumah tu nnt.. korang jgn la gitu..nnt aku seram..
sekarang ni aku paling rimas la ngan rancangan kat tv tu sume.. sume drama mau cerita hantu..berlumba-lumba nak tayang mcm ikan lumba-lumba menari-nari. hosmet aku skrg ni dok layan cerita 'Anak Betong'. efek pernafasan shiela rusli cuba sampaikan kat corong telinga aku yg bertindik 2 ni mcm aku pernah dengar sekali dulu.. rasa mmg seram.. dulu aku pernah dengar, pernafasan yg mcm baru pas berlari tu. sekali lalu je..bukan datangnya dari aku,hana,almari,gebar,hanger..korang faham tak? kalau tak faham, sudah! biar aku je yg faham..ini blog aku!!! hahahaha!!!


ni la shiela rusli..bawa watak Malika iaitu seorang pengamal ilmu hitam..nak dekat sama ngan nama aku lak..ish³
ehhh..x sama pun...nama aku liliyuli..huhuhu


alamak!!! gambar yg ni aku seram..adeh! dah la kang aku dok rumah sorang²..
xpe²...aku kena kuatkan semangat ni..chaiyok²..
kalau ada sesiapa yg bersimpati untuk menemani aku malam hari ini dan malam esok...sila taip..
temani<-space->liliyuli, hantar ke 33388
aku ulang
temani<-space->liliyuli, hantar ke 33388

Friday, February 6, 2009

Aku layan gak majalah orang dewasa walaupun aku masih remaja

Semalam aku tak de keje yg nak buat kat opis ni. bukan aku yg tak nak buat keje,bukan aku tak nak buat blog semalam..ni sebab tenet ni haa..de prob lak 1 opis aku..
.
.
.
byk kali aku say boring
.
.
.
aku amek majalah 3 buah sekali gus kat surau...pinjam,nnt pulang balik..
.
.
.
majalah yg ni paling aku dok ingat² sampai sekarang..


Tahun 2005 tuuuuu...
.
.
.
nape aku dok ingat²? sebab....ada 1 ruangan nostalgia yg bertajuk 'pengantin perempuan mengigau di malam pertama'

karya suami pengantin perempuan tu.
.
.
.
pengantin perempuan tu ngigau bercakap. dia cakap dalam tidur. ayat dia berbunyi "buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa?".
hahahaha!!!
.
.
.
tapi kan...
aku tak faham..aku tak faham..aku tak faham..
korang faham tak? bagi tau kat aku la weh..huhuhu

Wednesday, February 4, 2009

Aku syak adik aku yang ni rindukan volume aku..hahaha!

Masa kat kampung Segamat. aku beria-ia jerit panggil adik aku Fadhil nak suruh mandi. fadhil!!!!! aku berhampiran dapur, fadhil kat depan ruang tamu. tak de respon. aku jerit lagi,lagi dan lagi. kalau aku tak jerit tak jalan adik aku ni. tetiba..sepupu aku cakap "fadhil kan kat belakang kaklong tu". huh? aku toleh ke belakang.. fadhil dok gelak² kan aku.. hampeh tol la. rupa-rupanya yg aku dok panggil tadi ialah sepupu aku,Hakim, yg sama saiz ngan fadhil. hahaha!! patut la tak de respon. hakim amat yakin yg dia tak tukar nama pun kat Jabatan Pendidikan..hahaha! adakah rabun aku sudah tahap kritikal? oh,tidak!

Tuesday, February 3, 2009

Julung-julung kalinya aku di-tag oleh cik arabella

1/ When do you want to get married?
:: tak tahu lagi la bila.. bayang bakal suami pun tak nampak lagi ni..hurmmm..

2/ What do you want the most now?
:: nak boyfriend..ahakz!

3/ Who is the person you trust the most?
:: family

4/ Do you think you have enough confidence??
:: tak berapa nak confidence sangat ar..

5/ If you can have a dream come true, what would it be??
:: alami sebaik mungkin..nak jadi Jutawan ternama!

6/ Do you believe in seeing a rainbow after the rain??
:: percaya!

7/ What are you afraid to lose right now??
:: keluarga,kawan²,harta benda,kerja,tangan,kaki,mulut,mata,rambut,hidung dan memacam lagi la..

8/ Do you believe in eternal love??
:: percaya!

9/ If you meet someone you love, will you confess to him/her??
:: yes. kenyit² mata ngan si dia. hahaha! buang tebiat aku neh..

10/ List out 3 good points of the reason who tagged you
:: 1. baik 2. lawa 3. sopan

11/ What are the requirement do you wish from the other half??
:: mari bertaranum..

12/ What type of person you hate the most?
:: manusia yang penuh hasad dengki di dada

13/ Do you cherish every friendship of yours??
:: ye saya..tanpa peminat siapa la saya..ahakz!

14/ What do you think is the most important thing in your life??
:: family

15/ Do you find the needs to have a boyfriend??
:: yes. nak²..ehee

16/ At this point in time, would you rather be a heartbreaker or heartbroken?
:: tak mau langsung! tapi selalu je singgah kat lubuk hati aku ni..adeh!

17/ What kind of friend do you want to be in your friend's eye??
:: kawan selama-lamanya dlm suka dan duka

18/ Describe the person who tagged you in 6 words..
:: suka hantar baju kotor ke dobi

19/ The place you wanted to go most with your loved ones..?
:: Paris

20/I'm going to tag..
:: my handphone..hahaha!

~thanks ya cik arabella..*kelip² mata lima kali ni*

Monday, February 2, 2009

Aku stapler telinga aku weh!

Ada gadget baru kat telinga aku. Aku p wat tindik telinga la..
hahaha!! puas hati aku. Akhirnya, hasrat yg macam hampeh terlaksana juga.
Aku p wat ngan sis CJ.. seb baik aku ada geng..hehehe..give me five CJ! pap!!
Memula sampai je kedai buat tindik tu aku dah mula debar..
Langkah aku mulai perlahan..setapak kaki aku maju bertambah debar aku rasa. Macam debar masa aku p intebiu dulu..hahaha!
Memula CJ suruh aku lu..aku suruh CJ balik..hana suruh aku semula..aku suruh CJ lagi..hahaha..akhirnya, aku yg p wat tindik tu lu..
Telinga kanan dan telinga kiri aku di tindik. Macam di stapler weh!
Aku rasa sakit tu mcm ada jerawat batu kat telinga je..aku relax je la..
Turn CJ lak..pas telinga kanan CJ sudah di tindik..hana leh kata "leh tindik sebelah je tak?".
Aku bingung. Nape lak si CJ ni? hahaha.. rupanya dia x tahan sakit. dia takut pun ada. Tapi..telinga hana tu dua² bertindik juga tanpa ada sebarang aksi luar biasa..
*CJ..skrg dah x sakit kan? kalo betul lu angguk kepala je sudah*


Nak gak aku tengok orang p buat tindik hidung,kening,bibir,lidah dan pusat. Kalau boleh aku nak p intebiu skali ape perasaan dorang yg p buat tindik salah parking tu..


ni la gadget kat telinga aku



alatan yg diguna pakai

310109SA