Friday, July 30, 2010

Rindu situasi itu..

turun dari bas..

aku mencari kereta ayah. mencari tanpa bantuan cermin mata. aku rabun ayam. aku bukan pinjam mata ayam okey. maksud aku, mata aku ni banyak silau, senang cerita aku ni rabun.

toleh kiri, toleh kanan. aku tak jumpa jumpa kereta ayah yang mana satu. ayah dapat mengesan kepayahan aku mencari nombor plat pesona beliau. ayah punya idea. ayah pasang lampu kecemasan dan farah serta fadhil akan melambai-lambai bagai nak giler supaya aku perasan keunikan situasi itu..hahaha!

jap lagi nak balik tampin. bas jam enam petang. horeyy!!

aku rindu keunikan situasi itu....hahaha!

doakan aku selamat pergi dan balik yek! mekasehhh!

p/s: maaf ye kawan-kawan, aku tak sempat la nak drop komen kat korang punya blog. minta maaf sangat-sangat-sangat-sangat! nah flying kiss....muuuaahhhhhhhhh!!!

^_^

Thursday, July 29, 2010

Tenaga extra

cerita pasal kastel..

aku kan ajk prasarana sukan batminton. dua hari aku meluangkan masa aku untuk menumpukan sepenuhnya perhatian aku terhadap sukan batminton itu. dari situ juga la aku belajar seba sedikit tektik teknik smash padu. bukan tu je. bah kan cara pemakaian dorang(rasa-rasa korang, dorang pakai tak bra sport?), jenis rekett dorang, cara gelak dorang, cara senyum dorang, cara sokongan dorang, jenis kasut dorang. paling aku ingat skali, bekalan makanan dorang. begitu rare skali. negeri mana aku tak mahu sebut.

bekalan buah pisang!

pisang memberi tenaga extra untuk mencapai kejayaan!

itu rahsia pemain sukan batminton.

jom beli pisang!! hahaha..

Wednesday, July 28, 2010

Suriram...suuuuriram ram ram...

ehem...ehemm...

huhuhu..hai korang! lama dah aku tak update kan? kan? berapa hari ek? akak bizi la nyah. tetiber korang jadi nyah ni apsal?? hahaha..

aku bizi ngan sukan syarikat. tahun ni tahun negeri johor jadi tuan rumah. ok ok aku bukan atlit. aku hanya ajk sahaja. ajk jalan-jalan cari makan. wakakaka! takde lah, aku jadi ajk prasarana sukan batminton.

nak bagitahu korang ni. sukan tahunan syarikat aku bertajuk KASTEL. ape itu kastel? lu pikirlah sendiri.. asah minda anda..tetiber..hahaha!

okey lah, akhir kata dari saya (ber-saya pulak)
majulah sukan untuk negara...assalamualaikum!

Tuesday, July 20, 2010

Nak tembak burung di langit kena ada lesen?

hujan renyai-renyai. becak itu sudah pasti. niat asal harus diteruskan juga. jadual aktiviti telah dirancang seperti yang ditetapkan. baju askar kelihatan sana sini. senapang m-16 tersusun kemas di suatu sudut. mahu menembak sasaran iaitu piring~

alamak!

ape lagi ek aku nak cakapkan yang aku pergi menembak hari ahad 18 Julai 2010 hari tu. huhuhu..

aku dapat dua piala menembak. piala menembak perseorangan aku dapat tempat ke empatbelas daripada duapuluhempat orang. piala menembak berkumpulan pula, aku dapat JOHAN. sila kagum sama aku! =P

-kem TLDM Tanjung Pengelih Johor-

p/s: menembak itu best. try la weh!

**UPDATE: JANGAN TERPEDAYA DENGAN TAJUK ENTRY.  SEBENARNYA BERKISAHKAN PERTANDINGAN LATIHAN MENEMBAK PIRING BUKAN BURUNG. HAHAHA!!

Monday, July 19, 2010

Gambar hilang!

Fine!

gambar aku sudah di-delete oleh aku sendiri dan sekarang tiada gambar itu lagi. ingatkan gambar dah di sent to destop. cilakak! folder tu jadi images-shortcut then aku terus delete gambar yang ada dalam henpon. pergi balik ke folder tu....pun ter-delete sama. aku tak perasan folder tu jadi macam tu. cari balik kat recycle bin pun takde. sekarang aku sakit hati pada kesengalan diri sendiri.

baru nak belagak ngan kengkawan aku dapat piala menembak semalam. baru nak share kat facebook. ye! semalam aku pergi menembak guna M-16 sekali lagi. nanti aku buat entry pasal tu..tunggu!

nak tidur la..nak cari ilham macam mana nak cari balik gambar yang telah di-delete oleh aku. mungkin ada backup lagi kot..korang tahu tak macam mana nak cari? T_T

Saturday, July 17, 2010

Conteng-conteng

aku tak tahu nak tulis ape. konon nak tulis cerita gembira tapi hati aku tak macam tu. konon nak tulis cerita lawak idea pula tak mari. konon nak tulis cerita menyayat hati kang kata aku tiru cerita drama pula kang. penat aku pasang lagu sedih kuat kuat konon nak buat cerita nasib aku tak de pakwe lagi, tak juga nak kencang idea tu. ape kata korang bagi aku tajuk entry nanti aku merepek di situ. huhuhu! nak senang je liliyuli ni kan? kuikuikui..

okeylah kawan-kawan. aku nak tidur dulu lah..selamat malam!

muahhhhh!!! *sambutlah flying kiss aku tu dengan nafas segar ni baru gosok gigi**

^_^

Thursday, July 15, 2010

Intro latihan batminton

petang tadi aku main batminton bersama rakan opis tidak jauh dari rumah. lepas ni aku nak selalu training batminton lah. tadi aku pinjam batminton rekett encik abdul. best siot dia punya batminton  rekett. ringan! mahal tuuuuuuuuu..

nanti nak beli la batminton rekett satu. nak beli yang paling ringan. nak beli bra sport juga. nanti tak de la lantunan berlebihan. eceh! perasan saiz cup 36B. hahahaha!

kasut pun nak kena beli juga ni. kasut dah rabak je aku tengok tadi tapi aku pakai juga sebab aku dah takde kasut lain. sian kan aku? uhuks!

kalau selalu berlatih main batminton, lama-lama nanti aku akan terer main la kan? peluh pun kuar jurai-jurai kat ketiak. tu tandanya ketiak aku sihat! hahaha!!

Wednesday, July 14, 2010

Kasut tumit tinggi

aku ada kasut tumit tinggi. paling tinggi antara kasut aku yang lain. awal bulan hari tu baru beli. vouge kasut tu. sebab tu la aku beli..eceh! *wink**

tapi yang aku mushkil sekarang ni. apsal aku baru pakai kasut tu buat hal? kasut tu tak suka kat aku ke? bongok ah kasut tu! cis! cis!

tak sampai pun sehari tau aku pakai. tapak kat heel tu tercabut. hantar ke kedai balik pegi minta tukar kasut baru. tapi takde saiz kaki aku lagi. tu yang last. cilakak betul la kedai tu. dipendekkan cerita. tokei kedai tu just betulkan kasut aku tu.

esok pakai lagi kasut tu. baru pakai sekejap. tercabut lagi tapak heel tu. kuang ajaq la tu. kannn? hahaha..
apsal eh? kasut tu tak suka aku ke? tau la aku tak reti pakai kasut tumit tinggi..cis!!

Tuesday, July 13, 2010

Perut oh perut kenapa engkau sakit?

sakit perutttttttttttttttttttttttttt!!
arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!

aku tak curi minum 'teh orang kampung' rumet punya.
aku tak makan makanan yang pelik-pelik.
aku tak makan rumput.
aku tak minum air paip.

tapi kenapa aku sakit perut ni? korang ada petua nak hilangkan sakit perut?

Monday, July 12, 2010

Berakhir sudah piala dunia

semalam berakhirnya piala dunia 2010. kehidupan kembali normal semula. semalam aku terkilan tak dapat nak tengok perlawanan akhir sebab nak tengok bola tengah malam tak ada geng. siap set alarm jam 2.30am. tidur awal jam 10pm. lampu bilik dibiarkan terbuka. konon nak bangun semula dan tengok perlawanan akhir piala dunia itu. tapi niat itu dimatikan dengan mematikan bunyi alarm dan tutup lampu bilik. ye la..nak tengok bola sorang-sorang aku, mana best beb. tah tah nanti tivi yang tengok aku. huhuhu. ajak hosmet tengok, sume tak mahu. haih! sape sokong spain semalam, suka la tu. tahniah spain. oh! ada satu lagi aku terkilan semasa demam piala dunia tu. vuvuzela aku tak dapat nak miliki...adeh! hampa..

Friday, July 9, 2010

Keychain bear kiut

kebanyakkan para gadis suka pada benda yang nampak kiut. keychain henpon contohnya. pelbagai bentuk keychain yang ada di pasaran yang berdekatan mahupun yang berjauhan. tapi....

ada juga tu lelaki yang ada halkum pakai juga keychain kat henpon tu. bila ditanya kenapa pakai.

" dah orang bagi, pakai je la. jeles la tu. nak ke? " - lelaki ada halkum

" no need la. tak rock la brader " - aku

heh. aku rasa mesti awek dia yang bagi tu. kalau awek dia yang bagi tu nape dia bagi keychain bear kiut? benda lain kan leh bagi. atau dia nak pakwe dia nampak kiut? hahaha. adoiyai..macam-macam. kalau tak silap. adik aku yang lelaki tu ada juga kot keychain bear kiut kat henpon dia. mesti awek dia juga yang bagi tu. adoiyai...takleh bla siot. budak U zaman sekarang ni memang pesen gitu ke wei? kihkihkih.

lantak la korang. yang pasti kalau aku nampak LELAKI yang ada keychain bear kiut kat henpon dia. aku akan gelak besar. HAHAHA! macam tu. sorry to say la.

nanti bila lelaki yang ada keychain bear henpon kiut ni dah ada anak. korang cerita la balik. " dulu ayah gantung kat henpon keychain bear kiut..kiut kan ayah? ".

Thursday, July 8, 2010

Seorang brader

ada seorang brader ni. tinggi, macho, smart, dan hitam manis. hussein bukan nama sebenar.

macam bagus sangat!!

menyampah aku.


sekian..

Wednesday, July 7, 2010

Vuvuzela

terasa macam nak memiliki vuvuzela. sape tak tahu vuvuzela tu apemende meh klik <sini>. sementara cerita bola dah nak hujung-hujung ni tapi belum habis lagi. baik aku beli cepat-cepat kan? eh? tapi nak buat ape vuvuzela tu padahal aku tak tengok bola. hahaha.



tapi aku nak gak vuvuzela~


ok kan??

Tuesday, July 6, 2010

Kipas kecil berdiri

bila tekan ke level 3 angin bertiup kencang ke muka dan rambut pun menerbang bak lambaian manja. itu terjadi bila kipas tu baru basuh dia punya cover. terasa angin suci menerjah ke pipi. syahdu!

bila dibiarkan selama sebulan. tak perlu nak cukupkan setahun. sebulan je dah cukup penuh segala gumpalan habuk. mana datang habuk tu pun aku tak tahu. habuk tu memang dengki sama aku. takleh nak tengok aku senang sikit.

bila tekan ke level 3 angin bertiup mendayu-dayu ke muka dan rambut pun menerbang bak lambaian tak bermaya. itu terjadi bila kipas tu dah lama tak basuh dia punya cover. terasa angin kotaraya menerjah ke pipi. terharu!


weeken nantilah aku basuh! ehee..

Saturday, July 3, 2010

DIET~

sejak akhir-akhir ini feeling makan macam tak makan seminggu aku semakin merosot. puasa ganti tak juga habis cepat. panahan mahu menahan makan banyak masih kuat. aku harus guna sebaik mungkin kata-kata aku di facebook iaitu DIET~

nasi aku suap hanya sedikit. kuantiti lauk sayur yang banyak diperlukan sehabis mungkin. jika sebelum ini sayur hanya sekali telan untuk buat cukup syarat sudah memadai. tapi tidak sekarang kerana hanya satu perkataan aku mahu DIET~

dalam pemakanan yang seimbang aku ini. tidak lupa kepada zat protien yang dikasihi. jika sebelum ini ayam, esok ayam lusa ayam tulat ayam. kini, seminggu sekali je kunyah ayam. ini semua kerana DIET~

kenapa bila aku sebut aku menahan makan banyak. orang semacam tak percaya? kenapa? aku tak mahu 47 la..aku mahu 45 la. sekian saja entry kali ini kerana aku DIET~

Friday, July 2, 2010

Budak praktikal unit complaint

" kenapa penggali kubur tak gali kubur pakai selipar? " - budak praktikal.

" sebab dia pakai cangkul " - aku jawab.

teka-teki tu olskool la weh..hehehe. tapi tak pe. cubaan untuk bergurau senda dengan kami di opis ni amat dialu-alukan. janganlah senyap seribu bahasa ye dik. hikhikhik.. budak praktikal yang bagi teka-teki lapuk tu lelaki. umur 21 atau 22 kot. baru seminggu lebih dia praktikal di sini.

ouh! jangan bagitahu dia yang aku buat entry kali ni pasal dia eh.. hikhikhik. auw! tetibe~

Thursday, July 1, 2010

Jodoh ditentukan atau dicari?

pakcik (bapa saudara belah ibu adik-beradik kandung) dari JB berpindah ke Seremban pada 27/6/2010. aku, ayah, ibu, farah dan fadhil pergi jalan-jalan melawat ke tempat kejadian. sesampai kami di sana, barang isi rumah semua telah siap di bawa masuk. aku menghembuskan nafas lega sebab aku tak payah bersusah payah untuk itu dan pandangan ku sarat sebab barang itu belum siap disusun.

dalam perbualan ibu dan pakcik, tiba-tiba je pakcik petik nama aku. ouh! tidak. pakcik mahu menjodohkan aku dengan rakan pejabat dia. aku tak terkata apa. ibu ada juga pesan pada pakcik, biar aku berkawan dahulu supaya dapat tahu serasi atau tidak nanti. kalau hensem macam anuar zain aku no hal. agagaga~

ibu risau sungguh jika aku kata cinta is kosong. ibu nak sangat dah menantu. ape kes? aku muda lagi pe? relax2 je sudah~~~~


haru~