Friday, January 30, 2009

Oyeh! aku seorang yang happy person

You Are 68% Happy


You are a very happy person. Generally, you feel content and that all is right with the world.Occasionally, you have a down day - but you have the ability to pick yourself right back up.


Korang nak try gak? klik la ni..
creadit for mynus

Thursday, January 29, 2009

Tekak aku masih lagi nakal..

Aku kurang selesa ngan suara aku sekarang ni. Nak cakap ngan customer pun suara tersekat-sekat dengan perasa sengau sikit. Bila la mau baik tekak aku ni. Aku dah tak minum ais pun. Kalau ada customer yang sememangnya sengau, jangan salahkan aku ye..aku x bermaksud mahu mengejek mu..

Wednesday, January 28, 2009

Kembara aku diselubungi mood demam..

240109SA
Bangun pagi je aku rasa tekak aku amat perit. Aku syak aku akan demam tapi aku wat² mcm xde pape je. Ida wat bekpes. Aku makan ala kadar je. Aku bersiap...kol 11 nak p kenduri kawen rumah cik ros. Tolong sikit²,ushar anak sedara cik ros sikit²(ensem beb),tengok tu sikit²,tengok ni sikit², makan sikit², senyum sikit², gelak sikit².. Sikit² je sudah, masa tu aku mood selesema. Balik dari kenduri tu, aku terus landing kat katil,tidur. Terasa bahang menguasai badan, aku beralih tempat tidur, aku tidur di atas karpet pula. Masa tu mana leh tidur! Aku kena pergi ke satu destinasi lain pula. Kelam kabut aku bersiap..hahaha! padan muka aku. Jasa baik Hana, aku sampai juga di Ayer Hitam tanpa bersusah payah. Aku tunggu pakdak aku untuk aku ke rumah beliau di Machap. Pakdak jemput aku dgn Harley-Davidsonnya..alamak! x pernah aku naik moto tu. selama ni aku tengok,lihat dan ushar saje. nak x nak aku naik juga.. Malam tu, aku rasa pening² lalat sudah..telan sebiji pil selesema,layan sms ngn Petah Ibnu Khaldoon yg sengal pastu tidur.

250109AH
Dari Machap nak ke Segamat pula. Cadang nak gerak pagi. Aku beria-ia la siap pagi tu. Aku tgk makdak aku tidur di sofa. Aku pun pe lagi, sambung gak la tidur depan tv. hehehe.. Dalam angan dan sedar jam dah kol 12 tghhari.. Lama sehh aku ngan makdak aku tidur.. Macam lawan tidur lak sape paling lama dia yg menang...hahaha! Hari tu aku memang mood demam dah. Kami gerak kol 2 lebih..dalam perjalanan hujan lebat. Kereta kenari masa tu mmg de prob time hujan. Seb baik x berlaga ngan kereta perdana. Memang nyaris² masa tu.. Seb baik kami xde berlaku kemalangan. Aku bersyukur sgt². Di Segamat keluarga besar aku berkumpul.

260109IS
Mood demam aku x boleh mematahkan semangat aku untuk makan masakan ibu dan makcik² aku. Sarapan,lunch n dinner sume aku telan bersih. hahaha! Jam dah pukul 10 pagi, aku ajak ayah untuk ke klinik. Klinik Mahkota adalah klinik panel. Thanks Hana for your info. Masuk je dalam perut klinik tu, first yg aku nampak ialah nama doktor tu. Doktor Aznil. Huaaa...best! Ensem beb..hehe. Makan je ubat, pastu aku tidur,3 kali sehari makan ubat..maka,seharian lah aku tidur. hahaha! sepupu aku berlari-lari sebelah aku pun aku x peduli. Mood demam itu mmg aku x suka. Dalam mood demam tu, sempat juga aku melawat atok makdak yg terlantar kat hospital tu kat icu. Tu je la satu-satunya atok sedara yg tinggal. Balik je rumah, aku sambung tidur lagi...weee. Malam tu, aku tidur tanpa bantal..bantal x cukup.. xpe la, aku mengalah ngan sume orang..janji aku dapat tidur.

270109SE
Semua beransur pulang. Aku pun turut begitu. Aku pulang ke Machap terlebih dahulu. Sepanjang pejalanan ke Machap aku tidur. Sampai je kat rumah, aku tidur lagi. hahaha! Giler tidur aku dalam mood demam ni. Malam aku balik semula ke Batu Pahat. huh! skali lagi aku naik harley-davidson. Sejuk aku. Muka aku kebas. Terasa muka aku macam kena karen je. hahaha! Sampai je kat rumah. Rumah sewa tu aku lihat telah berubah warna..dari putih ke kuning. Bau cat masih ada lagi. Seharian aku x telan ubat, sebelum tidur aku gagahkan juga diri ini untuk telan ubat antibotik sebiji. Demam aku x juga kebah sepenuhnya.

Friday, January 23, 2009

Pindah rumah aku dapat adik..huhuhu

Ibu dah sarat sgt dah tu..
Kalau diikutkan tarikh due dah seminggu lambat..
Pindah hari ni..
Esok hari aku dapat adik sudah..

Aku menguntum senyuman..

Skrg adik aku tu dah 9 tahun,
maka..
9 tahun juga family aku menginap di rumah itu..

Thursday, January 22, 2009

Impian mu tak tercapai akal ku

Adik: kaklong masuk la AF..
Aku: xnak la..
Adik: ala...farah nak tengok kaklong kat diari AF tu..
Aku: huh? nape lak?
Adik: hehehe..nak tengok la!

Nape farah nak tgk aku kat diari AF tu? farah nak 'afundi liliyuli' ye? hahaha!

*AF-Akademi Fantasia

Wednesday, January 21, 2009

Mickey sudah tiada..

Mickey,
kucing kesayangan keluarga ku..
kini sudah tiada..

Mickey,
mati di sebabkan kena racun mungkin..
sebelum dia mati..dia muntah²

Mickey,
kini tiada lagi gelagat mu,
tiada lagi aku dengar suara mu..
tiada lagi aku beri kamu makan sekali-sekala.

Mickey,
maafkan kaklong ye..
kaklong tahu kaklong byk dera kamu..

Mickey,
kamu tahu x? tadi ayah dan ibu cakap, ijah dan syafiq nangis sebab kematian kamu.
aku pun turut begitu..



Aku sudah cukup umur okey!

Jejaka kauter: dik..adik xleh tgk cite ni..

Aku: nape?

Jejaka kauter: adik dah cukup umur ke belum?

Aku: dah la,21 tahun..saya leh tunjukkan i/c saya kalo nak..

Jejaka kauter: awak nampak muda la dik..xsangka saya adik ni dah umur 21 tahun..hehe

Aku: saya awek muda la..makan jamu..hahaha!

Jejaka kauter: cite ni ngeri tau..potong kepala punya..

Aku: x kesah pun..saya nak tengok gak..

Jejaka kauter: sume sekali RM22 utk 2 orang..

Aku: ok..dia yg bayar..hehe(sambil senyum² kat jejaka yg ajak aku p tgk wayang)


Masa tu kat wayang KLCC..masa study dulu. tgk cite 300

Tuesday, January 20, 2009

Tag itu buat aku rasa macam nak cabut rumput!

1. Kalau kau tinggal seorang diri di dunia ini. Apa kau akan buat?
~Aku berdoa..supaya wujudkan sorang jejaka yang tampan. kemudian aku berdoa juga supaya kami saling cinta menyintai dan aku berdoa lagi..wujudkan pula tok kadi..leh kawenkan aku ngan jejaka tampan itu..

2. Apa kau akan lakukan jika kau hanya tinggal 24 jam sahaja untuk hidup dan kau boleh lakukan apa saja di seluruh dunia?
~Aku akan buat solat taubat..minta ampun ngan sume orang yg dikenali.

3. Berikan 5 nama untuk kau bawa ke mana sahaja. Dimana dan kenapa?(keluarga dikira satu)
~1. Ibu dan Ayah serta adik²..nak bawa p Mekah..tempat itu adalah tempat yg terbaik..(insya'allah)
~2. Husband..(akan datang..insya'allah)..nak ajak p honeymoon byk kali..kenapa?huhuhu..adalah!
~3. CT(hosmet)..nak jejalan..melancong(insya'allah)
~4. CJ(hosmet)..nak jejalan..melancong(insya'allah)
~5. x²-boyfriend..bawa p gunung everest..nak tanam dorang hidup² ngan salji

4. 3 sebab anda berblog?
~1. aku nak ada blog gak
~2. aku suka
~3. aku suki

5. 2 cara untuk mengubah dunia?
~1. tebang pokok banyak² sampai gondol
~2. pencemaran dibiarkan saje tanpa mengatasi

6. Siapakah sahabat pertama kamu
~ibu...beliau lah sahabat..beliau lah ibu

7. Apakah mimpi kau yang paling teruk?
~aku kena kejar batu besar golek² laju

8. Kau bagaimana orangnya?
~hanya manusia biasa

9. Terangkan kau punya cara?
~cara aku penuh misteri..hahaha!

10. Kau seorang pembuli?
~ye kot..aku suka buli adik aku..aku kan kakak!

11. Sila tag 4 orang untuk membuat tag ini.
~aku x reti nak tag org..so, aku x tag sesape k..

Aku wat tag ini...sebab aku di tag oleh paiseh.

Monday, January 19, 2009

Mari bermesra dengan DRAGON FRUIT

Cerita 1:
Isi dragon fruit atau bahasa melayu buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Zat yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser. Apabila memilih buah naga, pastikan buahnya berat, kelihatan segar, dan keras serta berkilat, dengan sisik, yang berwarna kehijauan. Buah naga sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Nama lain bagi buah naga ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid.

Cerita 2:
Pernah aku wat pencuci mulut sehari sesuntuk.. pas bekpes makan buah naga..pas lunch makan buah naga..pas dinner makan buah naga.. Rancangan tv pun kebetulan de gak cite pasal buah naga ni..haih! aku rasa mmg hari buah naga la hari tu.. nak kopek buah naga senang je..pejam mata pun boleh! huhuhu.. aku ingat nak pelbagaikan la cara makan buah naga tu.. nak masak lemak cili api buah naga ke.. goreng tepung buah naga ke..masak kicap buah naga ke..hehehe.


Cerita 3:
Di suatu situasi,

Jejaka A: huaaa..banyaknya buah naga! sedap ni kalau makan..nyum²
Jejaka B: ish...ne leh makan buah naga!! kang naga xde buah kalau ko makan..
Jejaka A: huh? buah tu naga punya ke..?
Jejaka B: hehehe..len kali sebut dragon fruit la..lebih sopan.
Jejaka A: hahaha..mengong ko! tu bahasa melayu la..yg ko dok suh sebut tu bahasa inggeris punya..lol
Jejaka B: kang naga marah aku tak tau haaa...ko sebut² buah dia..hahaha!!


Friday, January 16, 2009

Sayu hati aku pagi ini

Al-fatihah..

Pagi ini aku dikejutkan dengan kehilangan seorang insan. Pak Sahar. Seorang pak guard yg peramah.. selalu je senyum. Kami di staff TM semua rapat dgn beliau..dengan pak guard yg lain kami mmg x rapat pun. Semalam last aku bergurau dgn beliau..

Aku sedih..

Sejak akhir² ini perubahan yg beliau nampakkan adalah dengan memakai kopiah..sayu hati aku bila terkenangkan Pak Sahar. Selepas ini tiada lagi wajah tua yg menyambut kami dengan senyuman yg ikhlas itu.. aku tahu dia ikhlas.

Air mata aku gugur tika saat ini..aku sedih..

Thursday, January 15, 2009

Suara aku bagaikan Ziana Zain..part corus!

Aku gadoh ngan orang.. macam x caye je aku gadoh. gadoh pun setakat gadoh mulut je la..huhuhu. perghhhh!! memang nyaring la suara aku.. leh lawan anak pak Zain...Ziana Zain..hahaha! pergadohan berlaku semalam!!

Aku ingatkan aku la orang yg paling cool..alih-alih aku lak yg terover nyaring.. korang bengang x kalau barang korang kena kebas pasal orang tu x puas hati ngan korang..bila di tanya xnak lak dia cakap ape yg ketidakkan puas hati itu.. dia ngaku dia yg curi,mmg mcm hampeh!

Pergadohan tu aku rasa x penuh. x penuh sebab aku x puas hati lagi.. bak kata ayah aku, kalau gadoh bertumbuk biar sampai muka pecah. tapi, aku tau kemampuan aku tahap mana. penumbuk aku x padu pun.. aku sedar itu. penumbuk aku kira² 2 per 3 je dari org tu. mmg xde la tumbuk-menumbuk atau tarik-tarik rambut. orang tu kawan kami, kawan serumah. sekarang dia bukan kawan kami lagi dan dia sudah berambus dari rumah. Memang cacian je kami bagi semalam. dia? dia wat diam je sambil kemas barang bawa keluar. dia wat tuli telinga, mmg dia tu muka x tahu malu..tuih! nak je aku ludah kat muka dia..

Suara aku dah volume maksima, adik dia kurang ajar ngan aku. pompuan form 4. budak tu marah sbb aku syak budak tu pun terlibat sama dalam agenda kebas-mengebas. sebelum ni adik dia pernah tinggal ngan kami selama sebulan. mana la tahu kan..sebab aku pernah dengar budak tu nak ikut jejak langkah akak dia tu..belajar setakat SPM dan keje pun nak lebih kurang mcm akak dia. hahaha!! macam sayur busuk je aku dengar cerita adik-beradik itu. setakat keje KFC je pun..ape la sgt..

Aku syak org tu kebas gak bantal 4 biji tuan rumah..bila di tanya. ewah,marah..kunun² nak pertahankan diri yg dia x amek. tinggi suara dia tinggi gak la suara aku.. tapi suara aku mmg nyaring..hahaha! ade gak la aksi aku tendang pintu..wakaka! belakang pintu ada tv..atas tv ada akuarium ikan kecik. aku dengar ada benda yg jatuh, aku jeling ikan tu x lak jatuh.. dia x melawan pun..padahal tv dia kena hentakan pintu tu.. kami gadoh kat bilik mangkuk ayun tu..

Berambus la ko! berambus dari hidup aku selama-lamanya.. kami x mahu ada kawan seperti ko.. kami bertiga pun sudah cukup. aku cerita sume ni bukan ape..aku just xnak cerita ni berlalu begitu saje..kalau boleh hal² dalam perut rumah aku nak simpan sebaik yg mungkin walaupun x seindah rupa.. lepas ni, aku kena berhati-hati dengan kehadiran orang baru di rumah sewa. pengalaman mengajar erti hidup!

Wednesday, January 14, 2009

Jangan dekati aku

malas,
jangan dekat² ngan aku la..
aku xmo kawan ngan ko pun..
nyah ko dari hidup aku..
bila aku ngan ko aku x ke mana pun..
jangan ko bersatu-padu dengan tisu kulit aku..
jangan ko sebatikan dengan darah aku..
jangan,jangan,jangan ko!
aku mahu rajin..

Tuesday, January 13, 2009

Lirik itu

JOGET MENANTI KASIH

BUKAN TAK TAHU TAJAMNYA DURI[saje wat² x tau,uhukz]
SI AKAR SEMALU BERCABANG-CABANG[maksud kat situ, dlm Malaysia ni ramai jejaka tampan]
BUKAN TAK MAHU MENCARI GANTI[tu la pasal,aku cari gak pe..huhuhu]
PARUT LUKA LALU TERPANDANG-PANDANG[masih bersisa lagi nih,tapi aku still cool]

PERGI TAK DISURUH, DATANG TAK DIMINTA[aduyai..ingat aku ni ape?]
ANDAI SUDAH JODOH, INSYAALLAH[ye,insyaallah]

JENUH SUDAH MERATA MENCARI SIRIH[maksud kat situ..merata dah cari kekasih]
MENCARI SIRIH BERTEMU URAT[cari kekasih tapi jumpa salah orang]
JENUHLAH SUDAH MENANTIKAN KEKASIH[tgh tunggu je ni,xkan perigi cari timba]
KASIH SETIA SEPANJANG HAYAT[nak cari yg setia sepanjang hayat aku]

SEKACIPAN PINANG SECUBITAN GAMBIR[untuk sesedap rasa]
SEHELAI SIRIH DICALIT KAPUR[kapur tu perisa tambahan..ahakz]
SEDAP DI PANDANGAN MANISNYA DI BIBIR[sedap ke makan sirih..ni yg nak try ni]
APALAH KASIH ANDAI TAK JUJUR[betul tu..nnt wat merana hidup je,camne nak tau org tu jujur ke x ek? hurmmm]

Monday, January 12, 2009

Aku di-tag oleh Hanna-j


1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag
aku di tag oleh hanna joe..huaaaa
10 fakta/hobi diri sendiri:
1. aku boleh mengadap tv sehari sesuntuk
2. aku suka tangkap gambar
3. aku suka masakan ibu aku
4. aku kekadang becermin mata
5. aku punyai lesen kereta P sekarang
6. aku punyai member card Pacific
7. aku tatahan terik matahari
8. aku suka mengadap cermin
9. aku jenis yang setia
10. aku hanya insan biasa
ok. siap! aku xmo nak tag sape² sbb aku x reti nak tag org..

Friday, January 9, 2009

Member Card

Aku memang dah lama pasang nawaitu nak buat member card. member card ape? member card Pacific The Store.


Aku: kat mana nak buat member card ye?

Gadis: haa..kat sini kak.

Aku: owh! ok. berape ringgit ye nak buat member card? (dlm hati,aku ni tua ke dari gadis itu)

Gadis: 10 ringgit je kak..akak kena isi borang ni dulu.

Aku: hurmm..boleh tolong tuliskan x? (hehehe..aku malas nak menulis time tu)

Gadis: boleh je..(capai borang dan capai pen). minta i/c kak.

Aku: bla,bla,bla,bla... (aku tanya dan borak²)

Gadis: bla,bla,bla,bla... (dia jawab sesambil isi borang)

Aku: awak..xpe ke awak tolong tuliskan? (hehehe..aku tanya gitu sbb org sebelah isi borang sendiri)

Gadis: xpe la.. (sambil senyum² manis, harap² gadis itu ikhlas)







Thursday, January 8, 2009

Huh! Sayur Busuk punya internet..

Tadi aku dah wat entry pasal tugasan baru aku..
time nak publish post tadi x lepas lak..
abes sume karangan aku tadi..huh! bengang aku..

tadi aku cakap pasal aku kena fokus kerja part DATA..
Data,ISDN,DQ,SDSL,DE,DA..sume² tu la..haih!

*bukan aku yg p wat doket tu sume..aku just monitor kerosakan je..huhuhu.
aku unit CSM,Customer Service Management.

Wednesday, January 7, 2009

Feri Sekolah

Kerja di Kimberly Clark Kluang sudah selesai. Dalam perjalanan balik round kejap markas askar. Bos mau jumpa dia punya kawan/customer. Tapi x dapat jumpa,coz orang itu xde..

Perjalanan diteruskan lagi..seterusnya aku menuju ke gerai makan.
Bos bawa lalu jalan kawasan sekolah. Ramai la bebudak sekolah ada di bahu jalan kerana mahu pulang ke rumah masing-masing.



Apa yang menarik perhatian aku adalah aku ternampak lori askar di kawasan tersebut juga..kenapa? Adakah anggota askar itu mahu jemput pulang anak-anak mereka..tu baru 1 lori..
Kereta kembara maju ke depan lagi.. huh!! aku terkejut.. rupanya banyak lagi lori askar tersusun berderet dan dalam perut lori tersebut penuh dengan isi bebudak sekolah.. Belakang lori tu ada tangga..



Dan...lori askar tu ada nama! Feri Sekolah.. hahaha...




















*maaf, gambar tidak memuaskan..

Tuesday, January 6, 2009

Esok 10 Muharam..

Aku nak buat semua perkara sunat 10 Muharam esok...insya'allah
____________________________________________________________________

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. PuasaNiat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.
___________________________________________________________________

*akan buat mana yg sempat...

Friday, January 2, 2009

Kasut

Aku x suka kasut tumit tinggi..nanti penat n kaki aku rasa kejang di betis.
Aku suka pakai kasut tumit rendah je..tapi ibu selalu suruh aku pakai kasut tumit tinggi.
Kata ibu kerana aku sudah bekerja. Jangan asyik sama je masa study dulu di kolej.
Jawab aku nanti kaklong pakai la.. Aku kaklong dalam keluarga.
Kasut aku pilih yg ada reben, bunga, cantik dan saiz 4.
Aku suka kasut saiz 4 sebab kaki aku comel.
Aku ada sepasang kasut tumit tinggi. Aku pakai aku rasa tinggi. Jarang sekali aku sentuh.
Kasut..terima kasih kerana menjaga tapak kaki aku..
Jika tidak..ter noda lah kaki aku..

Thursday, January 1, 2009

Tahun baru 2009

Tahun baru 2009 aku pakai kurung hijau..
Tahun baru 2009 aku cari punch card pertama tahun 2009..
Tahun baru 2009 aku ada azam baru..
Tahun baru 2009 aku moga ada cinta baru..
Tahun baru 2009 aku tak mahu sendiri..
Tahun baru 2009 aku ingin melihat pelangi..
Tahun baru 2009 aku kena berjaga-jaga..
Tahun baru 2009 aku mahu berubah..