Wednesday, April 27, 2011

Charlie Angels



Happy Green Day Friends.... ^_^

Wednesday, April 20, 2011

Peha di kaki bukan di hujung jari..

cheerleading 30 april nanti..

aku berdebar!

peha aku sakit giler ni..

nak angkat kaki, sakit! nak turun tangga, sakit! nak berak mencangkung, sakit! nak gedik-gedik pun, sakit!

camne nak cheerleading nanti??

banyak step melompat tu..adoi.

korang tolong doakan supaya kaki aku cepat sembuh eh? eh? eh? mekaceh..

^_^

Sunday, April 17, 2011

Karipap

kami adik-beradik sangat suka masakkan ibu kami. petang-petang ibu selalu
buat makan petang. karipap, misalnya. kebiasaannya ibu uli tepung, ibu buat inti karipap, ibu kelim karipap dan
ibu goreng karipap sorang-sorang je tanpa pembantu pun. punyalah terer ibu aku..

suatu hari, ibu hendak buat karipap untuk makan di petang hari minggu. kebetulan aku balik kampung masa tu.
memang sedang eloklah. rindu aku pada karipap ibu berbalas. karipap ibu sedap. lain dari yang lain tau. aku
tolong mana yang patut sahaja.

tolong mana yang patut tu adalah isikan inti karipap ke kulit karipap dan kelim kulit karipap itu. nampak mudah.
nampak je mudah, lu orang apa tahu? pernah kelim karipap ke? bagi aku mudah je, dah biasa. tang isikan
inti tu senang la. tapi tang kelim karipap tu. kalau tak kena dengan jari lu orang. tah jadi kelim ape tah. tak
lawa langsung. aku terer bab kelim karipap ni. serah je pada yang pakar, aku.

adik-beradik yang lain masing-masing cemburu kerana ibu terlalu kerap memuji kekreatifan aku kelim karipap. macam
biasa aku haruslah berbangga. kehkehkeh. kalaulah ada anugerah kelim karipap terbaik dan dapat percutian ke
Hong Kong Disneyland, alangkah bahagianya aku. kahkahkah!

setelah siap kelim karipap tu semua, haruslah sampai ke peringkat menggoreng pula. nak menggoreng karipap pun ada
teknik dia. kalau tak kena cara, habis la karipap tu ada 'jerawat' nanti. hahaha.


karipap pun siap!



makan karipap panas-panas dengan air teh o. pergh! ada umph!!




sedang enak kami sekeluarga memakan karipap sedap ibu tu. ada pula bunyi:



Farah: ibu, siapa yang kelim karipap ni?

ibu: kenapa?

farah: kelim karipap ni dah rupa gigi.

Tuesday, April 12, 2011

Tidak mencabar pun..

aku rasa kerja aku di unit Compalint Management memang tak best langsung dan tak mencabar pun.

sebab apa??
sebab nak up entri pun tak sempat kat Melodiku ni..

ini kan nak komen ke blog korang.. maaf!

kalau aku ada kesempatan aku akan terjah blog korang...percayalah!
ini pun aku pura-pura masih lagi waktu rehat..kuikuikui.

aku nak macam dulu............tapi

mustahil!!
kalau dulu,
sesibuk mana pun aku sempat je nak up entri baru dan komen kat blog korang kannn.. itu barulah mencabar! hehehe..

Saturday, April 9, 2011

Cheer aku tak macam dorang tu T_T




best giler!!
alangkah bahagianya kalau aku dapat buat sebaik mereka tu..

lagi 2 minggu je lagi aku ada pertandingan cheer..
harap2 aku dapat buat sebaik mungkin. tapi tak kan dapat la macam dorang tu.

T_T

Wednesday, April 6, 2011

Tak tahu dengan perasaan ini

tak tahu dengan perasaan ini

aku rasa aku suka dia
aku rasa aku sayang dia
aku rasa aku cinta dia
aku rasa aku rindu kat dia
aku rasa aku tak suka dia
aku rasa aku tak sayang dia pun
aku rasa tak cinta pun kat dia


camne ni?


aku jadi keliru


camne ni?


sebenarnya aku takut dikecewakan lagi buat ke seratus kali..
okey okey aku tipu..sebenarnya buat ke tiga kali...heh!

betul, aku tak tahu dengan perasaan ini.

T_T

Saturday, April 2, 2011

Cara baru melihat blog Cik Liliyuli

tadi jalan-jalan kat blog jejaka hensem ni. [sila klik--> sini & sini]

rupanya ada cara baru nak melihat blog. kalau nak tahu menjadi atau tidak.
try la klik 5 link kat bawah ni..

♫ Flipcard: available at http://liliyuli.blogspot.com/view/flipcard

♪ Mosaic: available at http://liliyuli.blogspot.com/view/mosaic

♫ Sidebar: available at http://liliyuli.blogspot.com/view/sidebar

♪ Snapshot: available at http://liliyuli.blogspot.com/view/snapshot

♫ Timeslide: available at http://liliyuli.blogspot.com/view/timeslide

menarik kan?

bagi aku ia sangatttttt menarik!!

^_^