Friday, February 18, 2011

Officemate wanita yang sudah berkahwin berlumba-lumba mengandung

sejak tukar unit ni. aku cenderung berkawan dengan kaum perempuan yang tengah mengandung. ada yang tengah sarat dan baru nak ada 'isi'.

setiap hari mereka akan share ilmu dan pengalaman yang penuh di dada masing-masing. tak kira la bahan bacaan mereka tu sendiri atau dari cerita orang lain.

aku yang masih bujang ni.  nak menyampuk tapi aku tak de ilmu dan pengalaman mengandung lagi. so, aku cuma mendengar dan simpan ilmu mengandung itu kemas-kemas dalam otak. supaya nanti aku boleh guna pakai ilmu tu nanti bila aku sudah mengandung kelak. ecehwahh! *entah bila?*

berbalik rakan-rakan opis aku yang mengandung tu. diorang punya aktiviti pun aku TERlibat sama. aktiviti berkumpulan untuk mengetahui cara breastfeeding, misalnya.





sekarang aku penuh ilmu penjagaan kandungan, cara penghasilan susu ibu terbaik, pantang larang semasa mengandung, cerita ngeri masa melahirkan anak, ape yang perlu makan semasa mengandung, berkemahiran meneka anak kandungan itu sama ada perempuan atau lelaki....kihkihkih

sesiapa yang berminat nak tanya, sila contact saya. kahkahkah!!

4 comments:

  1. berlumba-lumba mengandung..haha tak bLeh bLah betuL tajuk entri

    pemenang dikira macam mana? sape keluar anak duLu atau saiz perut paling besar? hahaha

    ReplyDelete
  2. dunia abstrak,
    pemenang semestinya sape yang kuan anak dulu la...hahaha

    anon,
    lu apahal??

    amy,
    hehehe..welcome my blog sis..

    ReplyDelete