Wednesday, February 9, 2011

Cerita terjumpa pakwe hensem pada raya cina

*tajuk tiada kaitan langsung, tapi tang raya cina tu ada kaitan la juga...kahkahkah*

cuti raya cina hari tu balik kampung memang sonok *seronok*
balik kampung *tampin* dari 2-7 February 2011
tapi dalam sonok sonok aku
kelopak mata belah *sebelah* kanan aku kena tembel
haaa..nak tuduh aku skodeng *mengintip* orang berak la tu..
mana adalah, tak tergamak aku nak buat
eeeee!
aku buh *taruk* minyak gamat je
pas tu demam kejap *sekejap*
ayah cakap " ish kaklong ni, asal balik rumah je demam " T_T

time cuti tu kami sekeluarga buat BBQ
waahhhh........best!!
kenyang pewut *perut*
rabak diet aku
hari sabtu 5/2/2011 pergi timbang berat badan
berat aku menten je 47kg T_T

hari ahad sume adik adik aku bertaburan balik ke tempat belajar masing-masing
aku? masih boleh relax lagi sebab tiket bas aku hari isnin
huahuahua
padah beli tiket lambat
hari ahad tu aku terkena pula terpelicuk *terkehel* kaki kiri
sambil jatuh macam nangka busuk tu
ape lagi, menjerit la aku
arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!
bingit tak? kahkahkah
seb aik *nasib baik* ada ayah leh tolong balutkan kaki aku
ada gambar ni tapi aku malas nak upload

niat nak ke KL naik bas bawa farah dan fadhil tak jadi
sebab aku takde mood
mana tak nyer
mata bengkak
adooiiiiyaaaaiiiii
ape-ape pun aku hepi balik kampung lama-lama sampai nak balik semula ke JB pun terasa malas
kalau boleh nak duduk je rumah tu tak nak kerja
boleh?
huhuhu
mana boleh!!!!

7 comments:

  1. jadi pembantu rumah
    bulih duduk rumah je

    ReplyDelete
  2. boleh je duk umah tpi tgu kawin dgn ank raja..=p

    ReplyDelete
  3. dah 47 kilo....dok diet lg ker?

    hadoiii...kurus lidi la ko nanti

    (^^,)❤

    ReplyDelete
  4. alien,
    ehheee...tak nak lah!

    merahitujambu,
    kawen ngan anak raja kena dok kat istana laaa...huhuhu

    sha,
    kan aku dah cakap aku malas...huhuhu

    pekerjakontrak,
    huhuhu...baiklah~

    yanie,
    aku nak 45kg je laaaa...uhuk!

    dunia abstrak,
    ko gelak malang yg timpa aku? cis! huhuhu

    ReplyDelete