Monday, February 21, 2011

Cik Liliyuli anak sulung

ye. mengikut tajuk yang uols baca tu sememangnya tepat. kalau korang rasa-rasa tak puas hati. kita buka gelanggang, kita lawan silat di sana. walaupun aku ni kelihatan rendah lagi kiut-miut. tulang besi urat dawai okey! kahkahkah.

kita abaikan dulu gelanggang silat itu. ilmu silat aku masih bertenaga. tak payah nak minum kacip fatimah. *tektik menggerunkan pihak lawan*

anak sulung dari dua adik beradik? anak sulung sorang perempuan dari tiga adik beradik yang lain lelaki? anak sulung dari lima adik beradik punya sorang adik lelaki? anak sulung dari empat orang adik beradik dua perempuan dua lelaki? anak sulung dari tapi tak punya adik beradik?

segala jenis anak sulung di atas tiada satu pun kena-mengena dengan aku. jenis-jenis anak sulung di atas ada kena mengena ngan semua opismate aku. sekarang bukan masanya aku nak mengata opismate. sekarang aku nak mengata aku ni anak sulung!

ok. cukup sekadar korang tahu aku ni anak sulung dari enam orang adik beradik. kalau nak lebih tu, kompem ibu aku kata "dah buang tebiat? ibu dah umur 51 tahun okey!". sebelum ibu marah tak tentu hala baik kita jangan buka soalan itu lagi. janji? aku tak nak ar kang ibu buka soalan kat aku balik "bila kaklong nak kawen ni? anak orang lain dah ada cucu".......masak!

adik beradik aku ni selang bunga orang kata (girl, boy, girl, boy, girl, boy). cantik kan aturan anak ibu dan ayah aku? kikiki.. anak sulung sebenarnya tak la sesusah mana pun. nak jaga adik-adik alahai petik jari pun boleh what? basuh berak adik, tampar adik laju-laju sebab mengada sangat, tarik rambut dalam tepung adik sebab nak menang dalam pergaduhan, ajar adik buat matematik sampai menangis, sakat menyakat itu semua perkara biasa. senang bukan? itu semua terjadi semasa aku masih di alam persekolahan. bukan sekarang ye uols...

sekarang adik-adik aku sudah besar. aku sekarang buat adik adik aku seperti kawan. sebagai anak sulung yang bekerja dan adik adik aku yang lain masih belajar. aku harus menjaga kebajikan adik-adik. sampaikan aku memberi pinjam broadband kepada adik aku dah hampir setahun lebih dan perkara ini memaksa aku meminjam wifi jiran untuk update blog. sadis bukan??

heh.

7 comments:

  1. sha,
    rasa nak delete je komen sha tu..heh

    ReplyDelete
  2. oh.. aku anak bongsu perempuan. macam mana tu? hahaha

    ReplyDelete
  3. sy ank sulung perempuan..tapi su yg skang jg semuanya..walaupon ada abg..heee

    ReplyDelete
  4. aku bukan anak sulung~
    aku anak encik Ahmad Mahalli
    kui3

    ReplyDelete
  5. awak sudah besar ya... bila mau kahwin nie

    ReplyDelete