Monday, February 21, 2011

Cik Liliyuli anak sulung

ye. mengikut tajuk yang uols baca tu sememangnya tepat. kalau korang rasa-rasa tak puas hati. kita buka gelanggang, kita lawan silat di sana. walaupun aku ni kelihatan rendah lagi kiut-miut. tulang besi urat dawai okey! kahkahkah.

kita abaikan dulu gelanggang silat itu. ilmu silat aku masih bertenaga. tak payah nak minum kacip fatimah. *tektik menggerunkan pihak lawan*

anak sulung dari dua adik beradik? anak sulung sorang perempuan dari tiga adik beradik yang lain lelaki? anak sulung dari lima adik beradik punya sorang adik lelaki? anak sulung dari empat orang adik beradik dua perempuan dua lelaki? anak sulung dari tapi tak punya adik beradik?

segala jenis anak sulung di atas tiada satu pun kena-mengena dengan aku. jenis-jenis anak sulung di atas ada kena mengena ngan semua opismate aku. sekarang bukan masanya aku nak mengata opismate. sekarang aku nak mengata aku ni anak sulung!

ok. cukup sekadar korang tahu aku ni anak sulung dari enam orang adik beradik. kalau nak lebih tu, kompem ibu aku kata "dah buang tebiat? ibu dah umur 51 tahun okey!". sebelum ibu marah tak tentu hala baik kita jangan buka soalan itu lagi. janji? aku tak nak ar kang ibu buka soalan kat aku balik "bila kaklong nak kawen ni? anak orang lain dah ada cucu".......masak!

adik beradik aku ni selang bunga orang kata (girl, boy, girl, boy, girl, boy). cantik kan aturan anak ibu dan ayah aku? kikiki.. anak sulung sebenarnya tak la sesusah mana pun. nak jaga adik-adik alahai petik jari pun boleh what? basuh berak adik, tampar adik laju-laju sebab mengada sangat, tarik rambut dalam tepung adik sebab nak menang dalam pergaduhan, ajar adik buat matematik sampai menangis, sakat menyakat itu semua perkara biasa. senang bukan? itu semua terjadi semasa aku masih di alam persekolahan. bukan sekarang ye uols...

sekarang adik-adik aku sudah besar. aku sekarang buat adik adik aku seperti kawan. sebagai anak sulung yang bekerja dan adik adik aku yang lain masih belajar. aku harus menjaga kebajikan adik-adik. sampaikan aku memberi pinjam broadband kepada adik aku dah hampir setahun lebih dan perkara ini memaksa aku meminjam wifi jiran untuk update blog. sadis bukan??

heh.

Saturday, February 19, 2011

Impian Datuk Siti tercapai

masa blogwalking ke blog beutiful nara tadi. ada entry pasal Datuk Siti. teruja aku baca. Tahniah Datuk Siti dan Datuk K. Membina Masjid ni besar giler pahala dia. mahu info lebih [sila klik]

lepas tu terus aku follow twitter Datuk Siti. best twitter ni sebab dekat ngan artis kesayangan. nak tweet Datuk Siti lah.. err..tapi nak kata ape? huhuhu

kredit to beutiful nara.

Friday, February 18, 2011

Officemate wanita yang sudah berkahwin berlumba-lumba mengandung

sejak tukar unit ni. aku cenderung berkawan dengan kaum perempuan yang tengah mengandung. ada yang tengah sarat dan baru nak ada 'isi'.

setiap hari mereka akan share ilmu dan pengalaman yang penuh di dada masing-masing. tak kira la bahan bacaan mereka tu sendiri atau dari cerita orang lain.

aku yang masih bujang ni.  nak menyampuk tapi aku tak de ilmu dan pengalaman mengandung lagi. so, aku cuma mendengar dan simpan ilmu mengandung itu kemas-kemas dalam otak. supaya nanti aku boleh guna pakai ilmu tu nanti bila aku sudah mengandung kelak. ecehwahh! *entah bila?*

berbalik rakan-rakan opis aku yang mengandung tu. diorang punya aktiviti pun aku TERlibat sama. aktiviti berkumpulan untuk mengetahui cara breastfeeding, misalnya.





sekarang aku penuh ilmu penjagaan kandungan, cara penghasilan susu ibu terbaik, pantang larang semasa mengandung, cerita ngeri masa melahirkan anak, ape yang perlu makan semasa mengandung, berkemahiran meneka anak kandungan itu sama ada perempuan atau lelaki....kihkihkih

sesiapa yang berminat nak tanya, sila contact saya. kahkahkah!!

Thursday, February 17, 2011

Twitter cik gula kapas

tadaaa!!!
cik liliyuli sudah ada twitter!!
kahkahkah
sebenarnya awal tahun hari tu dah buat dah
tapi lepas tu buat tak tahu saje dengan si twitter tu
huhuhu

hah!!
ape lagi??
follow la cik liliyuli punya twitter
boleh mengaratkan mengeratkan silaturrahim

atas permintaan cik arabella
aku pun masukkanlah gambar
konon-konon tu gambar yang paling gula kapas
kahkahkah

cerita lain pasal twitter~

cis!!
kuang asam jawa korang (azizee,keri,arabella) 
korang kutuk shahir aku kena tampar dengan nasha aziz ye?
sama je macam paiseh tu
kedengki
hahaha
tapi aku baca twitt korang aku gelak terbahak-bahak weh
hehehe



aku baru je tadi baca twitt korang tu kat aku
sebelum ni kan aku blurr pasal twitter tu
tu yang aku tak buka twitter dah lama tu
kehkehkeh

asal boleh je cik liliyuli mita tolong kawan-kawan FB ingatkan username
hahaha
tu kira genius lah juga kannnn? kehkehkeh


ape-ape pun. korang jangan lupa follow twitter cik liliyuli yek...
have fun!!

^_^

Tuesday, February 15, 2011

Hari ini hari Maulidur Rasul 2011

SaLaM

           MauLidUr

                           RASUL








                                                                                               dari cik LiLiYuLi...



kalau aku balik kampung kat Segamat ni
dapat aku pergi dengar ceramah kat masjid.
dan,
dapat makan nasi beriani dalam dulang sama-sama keluarga..

tapi,
aku masih di sini
di sini tempat aku mencari makan
JayBee.

lepak di rumah cuma
tiada aktiviti sihat
melainkan aku online
online pinjam wifi jiran
oh asyik!!

Sunday, February 13, 2011

Membantu mangsa banjir area Tangkak

cerita bergambar
 seperti tajuk di atas
aktiviti tu berjalan lancar pada 10/2/2011 hari Khamis


sebelum hari khamis
pada hari rabu petang aku mula gerak ke tangkak
dan menginap di homestay penginapan nur

tadaaa!! ni la bilik aku aku chopp! kehkehkeh
katil single tu katil aku

dorang ni memang best
otw nak tido pun leh gelak-gelak lagi
dorang la satu bilik ngan aku masa tu


tu dia ramai sukarela yang nak membantu mangsa banjir
bukan dari Johor je seperti kami
dari Selangor, Kuala Lumpur, NS dan MMU
under syarikat tempat aku kerja

dalam ramai-ramai tu
jumpa pula kawan lama dari KL
tu yang dua orang tengah-tengah
seronok jumpa dorang
tak sangka leh jumpa dalam aktiviti itu

sebelum mula bergotong-royong
harus bergambar dahulu beramai-ramai
untuk kenang-kenangan



tu dia!!
membersihkan sekolah
bukan satu sekolah
tapi tiga sekolah
sekolah menengah kebangsaan, sekolah rendah tamil dan sekolah agama
cuci lumpur yang tebal, pekat dan likat
menurut kata cikgu di sekolah itu
kat situ tidak hujan pun
air banjir yang melimpah tinggi hingga ke leher itu datangnya dari banjir Segamat


malam kami bergerak balik
penat dia tuhan saja yang tahu
walaupun penat tapi best tau!

cik liliyuli tetap tersenyum walaupun kepenatan





Wednesday, February 9, 2011

Cerita terjumpa pakwe hensem pada raya cina

*tajuk tiada kaitan langsung, tapi tang raya cina tu ada kaitan la juga...kahkahkah*

cuti raya cina hari tu balik kampung memang sonok *seronok*
balik kampung *tampin* dari 2-7 February 2011
tapi dalam sonok sonok aku
kelopak mata belah *sebelah* kanan aku kena tembel
haaa..nak tuduh aku skodeng *mengintip* orang berak la tu..
mana adalah, tak tergamak aku nak buat
eeeee!
aku buh *taruk* minyak gamat je
pas tu demam kejap *sekejap*
ayah cakap " ish kaklong ni, asal balik rumah je demam " T_T

time cuti tu kami sekeluarga buat BBQ
waahhhh........best!!
kenyang pewut *perut*
rabak diet aku
hari sabtu 5/2/2011 pergi timbang berat badan
berat aku menten je 47kg T_T

hari ahad sume adik adik aku bertaburan balik ke tempat belajar masing-masing
aku? masih boleh relax lagi sebab tiket bas aku hari isnin
huahuahua
padah beli tiket lambat
hari ahad tu aku terkena pula terpelicuk *terkehel* kaki kiri
sambil jatuh macam nangka busuk tu
ape lagi, menjerit la aku
arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!
bingit tak? kahkahkah
seb aik *nasib baik* ada ayah leh tolong balutkan kaki aku
ada gambar ni tapi aku malas nak upload

niat nak ke KL naik bas bawa farah dan fadhil tak jadi
sebab aku takde mood
mana tak nyer
mata bengkak
adooiiiiyaaaaiiiii
ape-ape pun aku hepi balik kampung lama-lama sampai nak balik semula ke JB pun terasa malas
kalau boleh nak duduk je rumah tu tak nak kerja
boleh?
huhuhu
mana boleh!!!!

Wednesday, February 2, 2011

DUN Tenang dan Banjir



ahad lepas 30/1/2011. DUN Tenang adalah berpihak BN iaitu Azahar Ibrahim. Abang kepada bos aku dulu kat Batu Pahat. tu muka yang aku bulatkan tu la bos aku tu dulu. eh, tak berat ke angkat DUN tu? hahaha..




semasa pilihanraya tu juga hujan lebat tak henti-henti. dan banjir bah kat Segamat sampailah sekarang. rumah tokbak aku tak kena banjir tu sebab di kawasan tinggi. tapi kesian kat paktam dan pakcu aku la. rumah abes masuk air. aku tak dapat la nak balik kampung kat Segamat sana. huhuhu..