Sunday, April 17, 2011

Karipap

kami adik-beradik sangat suka masakkan ibu kami. petang-petang ibu selalu
buat makan petang. karipap, misalnya. kebiasaannya ibu uli tepung, ibu buat inti karipap, ibu kelim karipap dan
ibu goreng karipap sorang-sorang je tanpa pembantu pun. punyalah terer ibu aku..

suatu hari, ibu hendak buat karipap untuk makan di petang hari minggu. kebetulan aku balik kampung masa tu.
memang sedang eloklah. rindu aku pada karipap ibu berbalas. karipap ibu sedap. lain dari yang lain tau. aku
tolong mana yang patut sahaja.

tolong mana yang patut tu adalah isikan inti karipap ke kulit karipap dan kelim kulit karipap itu. nampak mudah.
nampak je mudah, lu orang apa tahu? pernah kelim karipap ke? bagi aku mudah je, dah biasa. tang isikan
inti tu senang la. tapi tang kelim karipap tu. kalau tak kena dengan jari lu orang. tah jadi kelim ape tah. tak
lawa langsung. aku terer bab kelim karipap ni. serah je pada yang pakar, aku.

adik-beradik yang lain masing-masing cemburu kerana ibu terlalu kerap memuji kekreatifan aku kelim karipap. macam
biasa aku haruslah berbangga. kehkehkeh. kalaulah ada anugerah kelim karipap terbaik dan dapat percutian ke
Hong Kong Disneyland, alangkah bahagianya aku. kahkahkah!

setelah siap kelim karipap tu semua, haruslah sampai ke peringkat menggoreng pula. nak menggoreng karipap pun ada
teknik dia. kalau tak kena cara, habis la karipap tu ada 'jerawat' nanti. hahaha.


karipap pun siap!



makan karipap panas-panas dengan air teh o. pergh! ada umph!!




sedang enak kami sekeluarga memakan karipap sedap ibu tu. ada pula bunyi:



Farah: ibu, siapa yang kelim karipap ni?

ibu: kenapa?

farah: kelim karipap ni dah rupa gigi.

4 comments:

  1. yeay! dah jadi 100th follower liliyuli! :)

    ReplyDelete
  2. kah kah kah masuk bakul angkat sindrik pehtu kena kritikan pedas juri propesenel...

    ReplyDelete
  3. baru kelim karipap
    ce try masak inti.. baru la pakar namanya

    ReplyDelete
  4. fareha,
    hehehe..tahniah! plis pm wa..tq

    achik,
    T_T

    alien,
    cadangan lu akan wa pertimbangkan...huhuhu

    ReplyDelete