Friday, December 31, 2010

Penghujung tahun 2010 dan Melodiku cukup 2 tahun beraksi..


hari ini genap 2 tahun Melodiku beraksi di alam maya ini. followers pun makin ramai. tapi tak la seramai mana pun cuma 91 followers je buat masa ni. huhuhu.. aku tak paksa sape-sape pun nak jadi followers aku. macam biasa, terima kasih menjadi followers aku. terharu seyyyy..ehee.. ok ok tak lupa juga kepada silent reader..aku tahu silent reader aku ramai..hehehe..mekaceh!

macam biasa pada hujung-hujung tahun gini aku akan buat kesimpulan pada diri sendiri. macam tadi, sebelum aku nak buat entry ini aku buka balik entry 31 disember tahun lepas. senang, nak kaji balik azam aku dah terlaksana atau belum..huhuhu.



sebelum ada kesimpulan yang lebih panjang jap lagi aku taip. aku nak minta maaf la kalau sepanjang entry tahun 2010 ni aku ada terkasar bahasa atau terguris hati sesape okey..

liliyuli punya cerita 2010 disimpulkan

1. awal tahun aku berjaya buat reunion untuk kawan-kawan kolej. mana yang sporting dorang join.

2. kawan baik punya pasal, aku sanggup pergi ke Tapah Perak sana nak menghadiri majlis perkawinan dia. bukan kat Tapah je, kat Klang sana pun. eh, tak lupa juga kat Pontian sana.. ada lagi...PD pun.. hehehe

3. cinta masih tak lekat sama aku. heh! masih mencari cinta sejati..kwang kwang kwang..

4. cerita pasal kerja pula, aku cover dua kerja. unit flying squad aku buat, kerja unit complaint pun aku buat. pertengahan tahun dah mula la tak sedap dah nak buat kerja sebab kena buat kerja complaint tu.

5. rumah sewa, still menetap lagi di taman sri tebrau. cuma, awal disember hari tu aku pindah bilik dari bilik belakang ke bilik depan. syokk!

6. dari segi berkawan pula, ada sedikit bosan di situ. heh! tapi seb baik ada jo yang rajin ajak aku tengok movie..keh3

7. ouh! 27hb disember hari tu aku buat pasport. ngeh3.

8. dua kali buat gambar ukuran pasport yang segera punya. 2 minit siap. so, gambar tidak memuaskan bagi aku..cis!

9. tak ada gadjet yang aku beli tahun ini. sadis!

10. sempat juga aku mengikuti seminar millionaire mind power tapi tak mengamalkan ape yang diajar. heh.

11. macam biasa, ibu asyik dok sebut-sebut bila aku nak kawen..ah, bosan.

12. blog melodiku, mungkin tahun ini ada kelainan sedikit cara penulisan aku sehingga ada member cakap aku hipokrit. percayalah, aku tak hipokrit pun. aku cuba sebaik mungkin jadi diri aku di blog ini.

13. peneman setia aku adalah laptop. hehehe.. kalau takde laptop kesanyangan aku ni tak tahu lah ape aku nak buat. eh, lupa la nak bagi nama kat laptop ni. hehehe

14. bulan ramadhan hari tu dah booking tiket kapal terbang pergi ke bali tahun depan..ehee.

15. terlepas peluang nak join member pergi holiday kat Phuket sana..wuwuwu

16. tahun ni aku banyak beraksi dengan senapang M16..best tau menembak ni.. memanah tu try test jek..langsung tak mengena tempat target tu..sume jauh menyimpang..hahaha

17. bab mandi manda, aku tahun ni mandi kat pantai PD dan air terjun Jeram Toi Seremban. best! best!

18. nak sangat bertentang mata dengan shahir af8 tu..dah jumpa dah. lalala~

19. tak tahu nak simpulkan ape lagi dah. takat ni je la yek..huhuhu


#selamat tinggal tahun 2010.


 

4 comments:

  1. aku rasa ko patut kahwin.


    lalalala

    ReplyDelete
  2. Happy new year dear. :)
    Nak belajar menembak jugak...
    Jeles!

    ReplyDelete
  3. hanie,
    memang patut pun. keh3

    ko pun okey...lalala~


    vee,
    hehehe..try la..best tau. happy new year too..

    ernazz,
    hepi nu yer too...welcome my blog, sis..=)

    ReplyDelete