jumaat, 27 Ogos 2010.
pertama kali aku ke pusat jagaan warga emas. PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN. di kempas, JB. program berbuka puasa bersama mereka anjuran syarikat tempat aku bekerja.
sesampai je di sana, aku lihat ramai orang tua yang sakit. nak bangun pun tak larat. ramai juga yang sudah nyanyuk, gelagat dah macam baby. sayu hati aku melihat dorang yang ditinggalkan oleh anak dorang. sampai hati anak-anak dorang kan? tau la nasib anak-anak dorang tu nanti..akan ada balasan!
aku nak cite sikit pasal ada warga emas sepasang suami isteri ni, aku lihat begitu romantik walaupun dah tua dan sakit. si suami menyuap si isteri makan walaupun si suami sendiri sakit. mempunyai anak sorang lelaki sorang perempuan. ditinggalkan begitu saje sehingga terlantar sakit di rumah. sungguh kejam itu anak! jiran yang menghantar ke hospital dan NUR EHSAN yang ambil dorang dan jaga sehingga ke hari ini.
cite kedua aku, ada sorang nenek ni, dia pakai bedak kepuh di muka. tup! tup! aku teringatkan pada arwah tokmak aku yang suka pakai bedak kepuh-kepuh di muka. (kat johor ni nenek di panggil tokmak/tok ibu/tok wan). aku pergi dekat, cuba bermesra. aku ambilkan seketol buah pisang aku beri kepada dia. dia ambil dan menghulur semula pada aku. suruh kupaskan kulit pisang itu. ye, dia orang tua yang sudah nyanyuk dan macam budak umur 2 tahun. sesambil aku kupaskan kulit pisang itu aku menahan sebak di dada bercampur geram. aku geram pada anak nenek itu yang sanggup menghantar ke rumah orang tua. bila aku bercakap-cakap dengan nenek itu, nenek itu menongkat dagu dan senyum kepada aku. begitu comel sekali. sekali lagi nenek itu buat aku sebak di dada. sayu!
p/s: semua orang tahu syurga di bawah telapak kaki ibu. derhaka kepada ibu bapa tahu lah tuhan nak bagi balasan ape. korang paham tak ape aku ceritakan tu? kah kah kah. aku tak reti nak bercerita panjang-panjang. semua entry aku sebelum ni sume pendek-pendek jek.. kang lagi panjang entry aku kang berbelit lak aku bercerita. kah kah kah. sampai sini je la aku tulis pengalaman aku pergi melawat warga emas di NUR EHSAN sana. kalau ada kesempatan aku nak pergi lagi melawat. "nanti datang lagi ye nak"- atok. aku sebak lagi!!
JANGAN HANTAR IBU BAPA KE RUMAH ORANG TUA, JAGALAH MEREKA SEPERTI MANA MEREKA MENJAGA KITA SEMASA KITA KECIL DAHULU!
sedihnya baca... ermmm
ReplyDeletefarid,
ReplyDeletebila berhadapan dgn mereka dan dengar kisah mereka...lagi sedih tau.
kesian nyer..
ReplyDeletetak sampai hati nak hantar n tak pernah pikir...
mereka dah susah payah jaga kiter dr kecik
paham. harap2 kite semua tak jadi cam tu. amiin
ReplyDeletexsanggup tgk org2 tua yang kene tinggal dgn anak..xberhati perut punya anak
ReplyDeletesemoga mereka bahagia d akhirat kelak
ReplyDeletedaya,
ReplyDeletekan? saya setuju kata2 daya..
mr noble,
betul tu..amin.
edy,
tu la pasal..sampai hati dorang kan?
dunia abstrak,
aminn..
banyak dah aku terlepas baca entri ko..
ReplyDeletehuuu...sedihnya...kalo pergi umah orang tua, jangan harap aku nak tanya ada anak lelaki ke tak. semua tokleh harap!! ciss..
jo,
ReplyDeletehehehe..aku sokong kata-kata ko. aku pun tak ingin juga bertanya..kehkehkeh