Friday, June 11, 2010

Bos oh bos..

macam mana la lepas ni aku ber-bos-kan wanita. sebut wanita lebih manis daripada aku sebut pompuan atau gegirl. nampak dewasa skit tak la nampak gedik bos itu. bos wanita adakah akan lebih sempoi atau lebih bebel pesen mak mak. minggu depan stat la aku ke unit lain.

berat hati sebenarnya. betul. tak tipu. bayangkan aku pinokio. kompem hidung aku tak panjang sebab aku tak tipu. lainlah kalau main dam ular kompem aku tak nak letak pinokio tu dalam diri aku sebab nak menang punya pasal. ayah aku cakap tak baik menipu bila main dam ular. tapi nak buat macam mana. asyik turun je ke nombor satu ikut badan ular tu. memang tak aci.

lepas ni aku rasa aku akan lebih takde masa nak berblog atau berfesbuk lebih masa di siang hari. sikit sikit masa tu akan aku pastikan ada. dunia blog ni semacam dah sebati dalam diri. tak lena tidur tak lalu makan kalau tak berblog. ibarat air sirap hanie takde gula. ibarat evocil jo takde pemandu seperti jo, misalnya. atau ibarat ezam tak keje syif malam, mungkin.

selama tiga tahun aku bekerja di syarikat suruh lariskan streamyx ni. tak pernah pula aku ber-bos-kan wanita. sebelum ni aku ber-bos-kan dua bos lelaki. macho lak tu. eceh! bos dah kembang la tu..agagaga~

bos korang lelaki atau wanita? ape pula pandangan korang? kongsi skettt..



7 comments:

  1. aku suka bos lelaki.

    bos sekarang wanita
    ujung bulan depan pencen
    ckp pun dah nyanyuk
    Maaf bos
    kenyataan!

    ReplyDelete
  2. boss pompuan????????


    hrmmmmmmm....yg jenis sempoi oklah...yg jenis perfectionist kaluuuuu mmg leteyyyyyy~

    ReplyDelete
  3. aku mase keje kat Ipoh dulu bos pompuan..leceh banyak songeh..masuk tm bos lama pun laki bos skg pun laki..best..aku memang tak suke bos keje dengan bos pompuan..huhu

    ReplyDelete
  4. perempuan ni peel dia lain macam sikit kalau dah jadi bos tu..

    evocil tu memang dah sebati dengan diri aku...

    ReplyDelete
  5. Entahlah. tak boleh rasa. Bos aku dulu lelaki. Boleh turun minum air berlaga cawan.

    Steady jee.

    ReplyDelete
  6. bos pompuan mmg leceh sikit...sabar je la

    ReplyDelete
  7. tedi,
    hehehe..seb baik bos tedi bulan depan dia dah pencen..next bos harap2 bos tedi lelaki..hehehe

    ezam,
    tau xpe kan? kan? hehehe

    arabella,
    sabar beb sabar..hehehe

    jo,
    abes tu kalau aku jadi bos? kalau ko pun jadi bos nnt? camne??? hehehe

    kuwe,
    haaaa..kan aku cakap..bos laki sempoi..nnt ko rasa la bos wanita..baru lu tau beb

    edy,
    hehehe..sabar sabariah =)

    ReplyDelete