Thursday, June 25, 2009

Cokodok pisang

yeay!
yeay!
yeay!

meh la join ngan aku sebut yeay!
hari ni aku balik tampin. esok kalau muat kete sona aku follow family aku hantar ijah ke UITM Perlis. gasak la kamu ijah oi dok jauh² dah...hahaha! rasakan! hahaha!

ayah,ibu,aku,ijah,fitri,farah,fadhil. muat ke tak ek kete sona? belakang je kena lima orang. arghhhhh!! sempit. kalau tak pun..aku la yg kena tinggal kat rumah ngan syafiq. ish! bosan. nak ikut gak. kalau aku ikut. aku kena lakukan teknik penyamaran. bertukar sebagai cermin mata hitam ayah. xde la nanti farah dok atas riba aku. huh! farah dah besar hokeh! kaklong dah tak larat dah nak pangku lagi. farah kena berdikari dah sekarang ni. ecececeh! hahaha..

jumaat,sabtu,ahad,isnin,selasa. aku cuti. sila rindu aku hokeh! aku apply cuti jumaat dan selasa je. isnin sedia maklum, cuti birthday of S.P.B Yang di-Pertuan Agong Hol Day of Almarhum Sultan Johor.

k la u ol.. daa~

Wednesday, June 24, 2009

Air tumpah

sofea (hampir nama sebenar), ingin membuat air minum pagi iaitu nescafe 3 in 1 di opis. sedang leka membuat air, tiba² air itu tumpah ke baju kurungnya dari aras pinggang hingga ke bawah. kucar-kacir pun berlaku. "ala...mcm mana ni. baju basah", "adui..bau nescafe ni kuat lak tu..", huh? jap g de meeting? alamak!" dan bermacam-macam lagi sofea bermonolog sendiri.

walau macam mana pun...sofea tetap buat² muka selamber depan orang ramai.. juga dengan jejaka hemsem sekali pun.. control ayu tetap menten..hahaha

Tuesday, June 23, 2009

Pelanduk la tu

Tadi aku pergi salah sebuah kilang di pasir gudang. ada kerja kat sana. belajar cara tukar dan setting modem. tengok je mmg aku tak paham lagi. nak kena belajar bebetul ni. hurmm..

salah sorang pekerja kilang tu aku tengok mirip PAISEH. hahaha!
ke salah aku tak tahu la.. ke aku rindu kat paiseh? ahh! takleh bla..

hahaha!

Monday, June 22, 2009

Ushar jejaka hensem, sekejap pun jadi

pc opis aku telah di format semula. aku pakai streamyx dah skrg. dah tak pakai intra dah. dah xde admin dah nak kacau atau blok. pasni kencang la aku nak donlod itu donlod ini..yeay!


Friday, June 19, 2009

Penselbox



sape kata aku tak belikan?

bezday farah 6hb 6 hari tu aku bagi hadiah

ternyata farah amat suka

penselbox itu

lanjutan dari entri ini. harap maklum!

Thursday, June 18, 2009

Aku bunga yang berseri

team kerja, gua sorang-sorang gegurl. mesyuarat ngan unit lain pun gua sorang-sorang gegurl. itu bermakna gua berat ke arah berdiam diri. nasib baik bos nak bercerita pasal kerja ngan gua. buka juga la mulut gua untuk bercakap. itu pun sekadar sebut 'O'. tanda faham. ada ustaz cakap kita kena berlajar sampai 'O'. so, gua dah pun sampai 'O'.

terasa bosan sebab xde geng nak ajak gossip. tapi kadang kala gua suka sebab dapat cuci mata tengok jejaka hensem. pergh! bagai nak gugur jantung bila gua bertentang mata sama ada sengaja atau tidak sengaja. assist. manager dari KL tadi hensem beb!

makan masa meeting pun gua kena tertib dan bersopan. gua kena tuangkan air untuk bos-bos yang ada. bos gua panggil gua bunga. bunga yang jelita macam gula kapas. penyeri team gua. gua tahu itu bos. ape² pun kerja perlu diteruskan..

bukunota: gua hanya insan biasa

Wednesday, June 17, 2009

Bahasa baku

sekarang aku kerja kat JB. dekat ngan singapore. gerek sehh!

aku de terdengar channel radio singapore. bahasa baku. aku yang letih dengar cara dorang cakap. kat tv pun sama. rasa kelakar pun ada gak. seketol-seketol sebutan..

tetiba teringat suatu masa itu..

aku sebut nama orang tu ngan bahasa baku..

err..hosmet jalan talib abu..cadap u!

hahaha!

Monday, June 15, 2009

Ringan vs. berat

berat aku sekarang ni hari sabtu hari tu timbang...46kg. usia dah 23 tahun baru nak berat normal..ish². dulu masa skolah rendah..misi de wat cek kesihatan kat skolah. dia tanya aku suka makan ape.. aku jawab "ayam goreng". misi tu tanya lagi.."tapi nape kurus je ni adik?". aku jawab "entah". dia misi dia tanya aku balik..patutnya dia tahu sebab ape..nak² pula masa tu aku budak darjahan lagi. ape kes?

naik menengah. tiap² tahun ada cek berat badan. cikgu nak tulis dlm buku butir² anak murid. pun cikgu ni tanya gak. " nape ringan sangat ni? tak makan ke? ". masa tu berat aku 20kg. ringan kan? wahaha! aku pun pelik. nape la ringan bebenar aku ni. dah la nak pikul beg berat. bakul teh kat cameron highland pun tak seberat beg skolah. perkara berat badan aku semasa menengah menten je sampai la abes amek SPM.

sementara tunggu nak ke U. aku kerja di suatu kedai runcit. kerja runcit je la senang kira aku habaq. berat aku naik. terpancar sinar kebahagiaan di muka. 29kg. tak tahu la camne leh naik mendadak.. nak kata aku minum weight gain tak pun.. nak kata aku makan pizza hut hari² tak pernah pun, jarang²..

pengembaraan aku ke Kolej menaikkan lagi berat badan aku.. dari 29kg ke 30kg ke 35kg. sepanjang 2 tahun setengah aku kucar-kacir blajo sampai dapat sehelai sijil diploma tu la mata kejuaraan berat badan aku mengikut peringkat.

start keje, berat badan aku adalah 39kg. masih lagi dlm kategori 'kurang berat badan'. kenaikan berat aku kenaikan dia macam ni.. 39kg ke 42kg ke 43kg ke 45kg dan ke yang sekarang ni 46kg. normal sudah berat ni dengan ketinggian aku.. aku tak pernah pun minum weight gain hokeh. makan macam biasa je. kerana aku seorang wanita biasa..

soalan kuiz mingguan..
patut tak cik liliyuli ini naikan lagi berat badan dia atau hanya menten sudah memadai?

Friday, June 12, 2009

Lidah lecur

lidah lecur ape ubatnya ye?
comolot? huh! giler ar korang ni..ish³

Wednesday, June 10, 2009

Lompat lompat lompat

kalau la aku ada kuasa 'lompat'. dah lama dah aku melancong merata tempat. bangun pagi je aku gosok gigi kat london. sarapan aku kat paris. keje kat JB. huh! bosan² aku lompat jap sembang² ngan hana selaku hosmet jalan talib abu. pastu aku kucar-kacir nak lompat ke tampin jap skodeng ibu wat ape. masak ke sidai baju ke. kalo ibu bizi aku leh tolong ibu jagakan ayuni. ayuni anak orang ibu jaga. baby lagi tu. kememe je. ngade budak tu. nak perhatian je lebih. ayuni..ayuni..seb baik ko baby lagi..kalo tak aku dah lempang² dah lu sedas dua.

aku teringin nak lompat ke opis dak hanie mak enon tu.. aku nak kucar-kacir kan opis dia. hahaha. sebelom tu aku kidnap dak ierma lu..aku bawa dia pergi opis hanie jap. leh bertepuk tampar sampai lebam.. gossip tu sudah tentu..hahaha. makan tengahari aku semestinya di eropah. makan ape yg ada kat eropah ye? kalo tak sedap wa nak lompat ke rumah kak yus la..tgk dia masak ape..huh? akak tak masak? lupa lak..akak kan sama pesen ngan aku..malas masak..hahaha.

lompat sana lompat sini. best sehh! sesekali aku nak kacau si paiseh. jerit kat telinga dia kuat². pastu cepat² aku lompat ke opis yanie. aku nak kidnap cermin mata petak dia tu. biar dia kucar-kacir nak beli yang baru. hahaha. jo, sharamli, mrblind, azizee, apei, datopadukamasri, hurmmm sape lagi ek? dorang² ni sume aku jumpa gak. nak suh blanje aku makan kat hotel 5 bintang. lompatan aku ni 5 saat je dah sampai kat dorang tu sume. pergh! superb kan..

bizi sungguh la aku..lompat serata tempat tanpa sempadan. aku nak lompat kat opis arabella gak..tak lupa ok.. nak gossip pasal madu. wakaka. nak gak lompat ke bayan baru, nak jumpa incik ecece dan incik afad serta incik mus rock kangkang tu.. makan durian yang dorang kutip time opis hour bersama bos mereka. kikiki. las skali aku nak lompat pergi mekah la..minta ampun pada tuhan.

Tuesday, June 9, 2009

Gelek

semalam wa karaoke lagu goyang inul di suatu tempat. saje je. wa kesian tengok inul tu. gelek macam tu skali. gelek gerudi. ape motip? selain gelek gerudi..gelek ape lagi yang ada ye?

Monday, June 8, 2009

Peralihan baru!

meja baru
kerusi baru
kenalan baru
tempat baru
rumah sewa baru
bilik baru
bos baru
sistem baru
opis baru
senyuman baru
langkah baru
jiwa baru
emosi baru
suasana baru
bilik air baru
hosmet baru
pandangan baru
baru,baru,baru,baru

Thursday, June 4, 2009

Weh korang sume!



korang jgn lupakan aku ye.. kalau rindu aku tu emel la aku kat sini. aku akan kembali juga update entry hari² mcm biasa..
bagi aku ruang, peluang dan sedikit masa..wuwuwuwuwu~~




Wednesday, June 3, 2009

Makan² tadi sedappppppppp

hari ni ada majlis khas untuk aku. majlis perpisahan. aku tak prepare pape pun untuk berucap. pakai redah je. majlis ni bukan aku je okeh. ida pun skali. aku ngan ida kena pindah. bos dah beri kata putus tadi. "isnin minggu depan awak berdua kena ada di TM Pelangi."

ida start berucap dulu..nanges² dia sambil berucap. pastu turn aku lak. dari duduk aku berdiri. nak berucap kena la berdiri kalau aku duduk maknanya dorang dengar suara aku je la tanpa melihat wajah jelita mcm gula kapas aku ni. kannnnnnnnnnnnnnnnn... berdiri je aku terus nanges gak..wakaka. ida punya pasal la ni..sape suh dia start nanges lu. aku ni tak leh tgk org nanges. suka sangat turut join sama shahdu².. sikit je yg dapat aku cakap.. kalau aku tak nanges tadi berjela dah aku berucap tadi beb. siap pantun dan syair bagai.

dah la..malas aku nak cite panjang² ngan korang lagi.. kang lagi panjang aku bercerita lagi kencang korang kutuk aku. sikit je sudah. aku nak kemas barang ni. meh la tolong aku wei.. buka blogspot je korang ni tau..haih! mana pergi semangat kerjasama korang? tak wonder pet la korang ni..wahaha!

notakaki: kepada org JB..roger la aku..sara makan minum aku..muahahaa!

Tuesday, June 2, 2009

Pesanan seriyes

haluuuuuuuuuuuuuuu....
semalam aku lapor diri kat JB.. unit baru. dalam team tu ada lima orang bro n aku sorang² wanita jelita mcm gula kapas. secara tak rasmi isnin minggu depan aku keje kat JB. bukan BP lagi dah.. =(
lepas ni xde dah kot entri akan ke udara time opis hour.. team aku yg ni expert internet, komputer, bla bla bla.. aku tak nak terkantoi.. ini seriyes! then, moga² suatu hari nnt aku pun terer mcm dorang gak..
aku akan usahakan untuk beli modem broadband guna tenet kat rumah. update entri kat rumah je.. harap² aku dapat menyesuaikan diri di JB sana..